Sunday, March 22, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (4)


Andai Ia sekadar sebuah WISH…?


Sesaat ku memandang di setiap perjalanan ku di highway-highway dan jalan-jalan kecil dibandaraya kuala lumpur ini. Tak lekang akan perjalanan ini memandang asyik kehadiran dan pergerakan kereta Toyota Wish. Meluncur penuh kelajuan dijalan-jalan besar mengambarkan kekuatan dan kehebatan sebuah MPV dari jenama Toyota, perlahan penuh berhati-hati, dijalan-jalan kecil pula menunjukkan kecenderungan dan kesayangan sang pemilik akan MPV yang dipunyai. Betapa ia sangat menjaga dan menghargainya. Begitulah juga akan diriku betapa dapat kurasakan, kehadiran Wish sahaja sudah tentu membuatkan ku ghairah sendirian. Ghairah yang bukannya disulami dengan noda, akan tetapi ditunjangi kecintaan dan kasih sayang yang penuh suci dan mulia. Mungkin penuh persoalan bermain di fikiran ku. Apakah yang aku lakukan untuk memilikinya. Memiliki? Sudah pasti tidak, aku tidak menganggap kehadiran MPV ini suatu pemilikan oleh diriku. Akan tetapi sebuah perkongsian dan perjuangan antara aku dengan Wish dalam menuju keredhaan Ilahi. Dari sebuah ke sebuah kereta Wish, aku perhatikan. Setiap satunya laju memecut dari arah sisi, kanan dan kiri memotong kenderaanku. Disebelah sininya Wish, sebelah sananya Wish dan segalanya Wish. Begitulah, andai diriku menganggap ia hanya sebuah Wish,sudah pasti dan sudah tentu aku tidak segusar begini.

Begitulah hakikat sebenarnya, untuk mendapatkan Wish ini tidak, semuanya aku bermula daripada sebuah pemilihan dan penilaian yang tidak terhingga. Di mana seratus peratus pengharapan dan keredhaan telah ku letakkan pada Wish. Setiap kebaikan dan kekurangan nya ku selidiki, dan aku akui akan takdir, bahawa Wish bukanlah antara automobil MPV yang paling sempurna pernah dicipta pada abad ini. Namun takdir-Nya telah menentukan aku mungkin akan membelinya, kerana apa? Entah mengapa..aku sendiri pun tidak sangat mengerti akan ia, bukannya selama ini tidak ku lihat Wish. Senantiasa sahaja ku melihatnya. Akan tetapi mungkin sudah termaktub dalam diari hidupku, bahawa mungkin dia yang terbaik untuk ku miliki. He he he….kadang-kadang aku tergelak sendirian, pernah beberapa kali dulu, aku sering mengatakan aku sangat mengasihi Honda Stream, membawanya dan memandunya seolah-olah suatu rahmat terbesar yang ku kecapi. Dari raut luarannya dan aksesori dalamanannya semuannya sangat sempurna. Tiada sesempurna akannya. Dan sememangnya telah ramai yang mengatakan, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana kesempurnaan itu sangatlah sukar untuk ditemui. Ibarat kita berjalan dijalanan yang lurus mencari sesuatu ranting kayu yang ingin kita bawa pulang, dimana disepanjang perjalanan itu kita sudah tidak boleh berpatah lagi kembali sesudah melaluinya. Mencari ranting kayu bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya, yang sukar ialah untuk mendapatkan sesuatu yang terlalu sempurna itu amatlah sukar.

Namun begitu, didalam arus kehidupan yang ku lalui ini, ada beberapa perkara yang mulai ku sedari. Iaitu tentang banyaknya pilihan? Huhu..Ia bukan lah sesuatu yang pelik dan salah. Ramai yang memandang pelik dan serong akannya. Sedangkan bagiku ia adalah satu rahmat dan nikmat padaku. Samada Stream mahupun Wish..kedua-duanya memiliki dan ciri perwatakan yang hampir sama. Begitu juga Estima, ia tetap tak kurang hebat dari keduanya, Wish dan Stream. Namun pandangan dunia mengatakan pilih lah dulu akan satu seandai ada rezeki belilah yang lain. So, begitulah aku, akur pada adat resam kehidupan. Telah ku buat akan pilihan dari ketiga pilihan yang ada. Aku cubai redha dan yakin pilihan ini adalah paling sempurna dan paling cocok dengan ku. Dan aku yakin aku tidak salah memilihnya. Namun, dari saat hingga minit hingga jam, jam hingga ke hari .Hari hingga ke bulan, suatu seksaan yang amat berat ku tanggung.Apakah ia? Menyesal setelah membuat pilihan?..tidak, itu bukan jawapannya. Aku masih yakin pilihan ku tepat. Akan tetapi apa yang menguji hati dan perasaanku sekarang ialah bagaimana untuk ku kekal dan tetap dalam pilihan yang ku buat. Itulah yang paling sukar bagi ku saat ini. Ibarat diluah mati mak di telan mati bapa.

Mungkin ramai mencadangkan, tukar sahaja yang baru? Ha ha ha..ini pastu membuatkan aku pasti tergelak besar. Kenapa? He he he, aku pun tidak pasti jawapannya..mungkin, kenangan yang telah aku lalui bersamanya tidaklah semudah itu untuk ku hilangkan. Ataupun paling lojik dan pasti ialah, aku masih menginginkannya. So, apakah solusi dan konotasi bagiku? Entah aku masih lagi kesamaran. Hatiku mulai tawar. Kemanisan dan keterujaannya sudah kian pudar. Ya Allah!!..dimanakah silapnya ..dimanakah salahku..aku muhasabah diriku. Yang pasti telah ku temui. “Hati ku masih Milik Mu, Ya Allah..akan ku jagailah ia..takkan ku tempati hati-hati lain lagi..selain kasih dan cinta mu ALLAH”..hu hu hu, bisik hatiku,duhai jebat. Andai jantung ku di masih dikepulauan..pastikan pantai takkan berubah.

Wednesday, October 8, 2008

Masanya memilih jalan bermadu (3)


Assalamualaikum w.b.t,

Mencari cinta Ilahi..di bumi hitam putih.

Sesaat di waktu subuh kami kesampaian di bumi hitam putih ini, turunnya kami di perhentian bas. Begitu ramai sekali umat manusia masih berada disini. Dingin subuh yang sejuk di rasakan begitu hangat sehangat suasana pakcik-pakcik kereta sewa dan teksi-teksi meraih penumpang. Aku dan sahabatku kaget seketika, memikirkan perjalanan kami seterusnya. Telefon ku diambil. Ku dialkan sahaja nombor sahabatku yang berada di sini dengan harapan beliau datang menyambut kami..tapi gamaknya senyap tidak diangkat. Kami membiarkan sahaja, mungkin sahabatku masih lena di buai tidurnya. Kami mengalas beg masing-masing, sayup-sayup meneruskan perjalanan kami ke sebuah masjid di seberang jalan, agak-agak 100 meter dari tempat perhentian bas. Kami fikirkan sebaiknya kami solat subuh terlebih dahulu. Sayup-sayup kedengaran alunan zikir-zikir munajat dari speaker masjid. Cukup mengasyikkan, menghibakan setiap yang mendengarnya. Masjidnya putih cukup indah dan hebat sergamnya. Aku bagaikan terpaku setelah aku melangkahkan kaki ku ke halaman masjid putih ini. Suasana dingin dan sepi sebelum subuh, betul-betul menyentapkan jiwaku. Lantas ku nampak sebuah kerusi batu di halaman masjid ini. Ku membiarkan sahabat yang bersamaku melangkah masuk dahulu ke masjid putih. Setelah meletakkan beg galasku ketepi kerusi batu itu, ku duduk untuk menanggalkan kasutku. Tetiba lamunan ke berbicara seketika, dikala alunan zikir semakin mendayu-dayu menusuk jiwaku, aku mula mengingatkan betapa hari semalam sebelum aku menaiki bas menuju bumi hitam putih ini, pelbagai peristiwa tak disangka-sangka berlaku. Peristiwa yang cukup membuatkan aku berfikir dan terfikirnya betapa Ilahi sentiasa menyayangi ku. Betapa nikmat yang dikurniakan kepada ku tidak terbatas, sehingga kadang membuatkan aku terlupa untuk memuji-Nya tanda ucapan kesyukuran. Namun Ilahi tidak pernah menarik balik akan nikmatnya, hati sentiasa disenangkan dengan perkara-perkara yang indah, seindahku mendapat pesanan mesra dari seorang teman yang tidak pernah ku dambakan langsung. Pesanannya ringkas tapi penuh dengan erti dan makna. Hariku di hari semalam cukup bahagia dan mengembirakan. Alhamdullilah duhai Ilahi, andai aku masih tidak terlewat untuk mengatakan kesyukuran dan tanda terima kasih ku kepada-Mu. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang-Mu betul-betul ku dambakan. Seketika lamunanku terhenti, aku kembali gegas menaiki masjid putih yang indah ini, ku mengumitkan salam doa ketika masuki rumah Allah ini. Dalamnya seindah rupa luaran masjid putih. Suasananya sungguh tenang dan damai. Aku bagaikan terpaku. Hatiku tetiba terasa begitu sebak sesebaknya. Hendak sahaja dialirkan air mata ini yang tidak pernah lagi tumpah setelah aku kian meningkat remaja hinggalah dewasa. Tapi masih tidak berderai, ia hanya bergenang-genang dibibir mataku. Mengapa? Tiba persoalan dihatiku..betapa aku menyesali dan bersyukur kepada Ilahi. Mencari cinta Ilahi rupanya telah ku temui di masjid putih ini. Aku begitu dambakan kasih saying Ilahi, betapa selama ini corak kehidupanku menjauhkan dari rumah Allah, menyebabkan ku kehilangan kasih-kasih Mu. Tapi kini..aku dapat rasainya kembali Ilahi..Oh, ianya suatu perasaan yang sangat ku rindui, suatu perasaan yang telah lama ku tidak rasai di hati kecil ku ini. Terima kasih ya Ilahi, mencari cinta Ilahi..telah aku temuinya kembali. Aku pasti mengengamnya, tidak akan ku persiakannya lagi. Tidak akan ku biarkannya semula setelah selama ini aku abaikanya. Pasti tidak lagi ya Allah. Aku menemui Cintamu Ilahi….di bumi hitam putih ini.


Friday, August 8, 2008

Diari Seorang Pencari 'Madu'

Bismillahirahmanirahim,
080808@ 8hb ogos 2008: Pagi ini ini, banyak yang bertanya tentangnya, hadirnya hari ini dimeriahkan dengan berlangsungnya sukan olimpik yg ke-29 di bandar beijing, dimana masyarakat mereka begitu percaya akan nombor 8 ini adalah suatu yang memberikan suatu maksud yang baik dan elok. Tarikh ini juga turut menjadi keramat bagi pasangan-pasangan bakal pengantin samada untuk sedia mengikat tali pertunangan ataupun bagi yang sudah bertunang, tarikh ini menjadi pilihan bagi mereka untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Fenomena ini amnya di Malaysia bukan sahaja menjadi ikutan masyarakat cina sahaja tetapi ianya sekarang turut menjadi tradisi dan 'trend' masyarakat Malaysia sekarang tanpa mengira kaum dan agama.
Bermain dengan adat resam dan kepercayaan orang cina ini, seorang sahabat saya yang berketurunan cina pernah menanyakan satu soalan, Soalannya simple dan mudah, andai anda diberikan dua biji telur, yang mana satunya adalah telur yang sudah masak dan satunya lagi adalah yang belum lagi masak (separuh masak takde ek!!, soalan ini saya dah tanya kat kawan cina itu, hehehe). Ok, persoalannya selepas itu, dimanakah kita akan meletakkan kedua biji telur ini? empat tempat yang beliau berikan pertamanya diatas pokok, kedua dibawah tanah dan ketiganya didalam kocek baju @ seluor dan yang keempatnya didalam air. Syaratnya kita mesti meletakkan kedua-dua biji telur itu di tempat-tempat yang diberikan. Tidak kisahlah samada kita ingin meletakkan kedua-dua biji telur itu ditempat yang sama, atau berasingan. Hakikatnya setiap telur itu perlu diletakkan disalah satu atau keduanya ditempat-tempat yang diberikan. Oleh itu, yang mana menjadi pilihan anda? Tempat yang mana kita akan letakkan telur itu? Apa jawapan anda, saya telah menjawabnya dan saya rasa jawaban yang saya berikan memang tepat dan jelas untuk mengambarkan diri saya (kot!!gitu agaknya). Akan tetapi, ia mungkinnya bebeza pada anda. So, apakah pilihan anda? angin, air, tanah atau kocek.
Walaupun hakikatnya, teka-teki ini adalah suatu permainan yang tidak dapat tidak tiada lah boleh kita mempercayainya 100% (berdosa atau syirik anda kita jelas mempercayainya), akan tetapi pada saya ia cukup sekadar 'Game' yang digunakan untuk merehatkan minda dan secara tak langsung untuk mengenali diri sendiri. Antaran jawapan yang diutarakan memang mempunyai maksudnya yang tersendiri dan simbolika-simbolika tertentu. Itu sudah pastinya!! cubalah membuat pilihan anda. Nanti saya kan membagikan maksud pilihan anda. Untuk berkongsi dengan anda, pilihan saya dimana saya menyimpan dan meletakkan kedua-dua telur itu di dalam kocek saya. Mengapa? hahaha, inilah pilihan saya. Buatlah pilihan anda, pasti ianya kena dengan anda.
P/s:
Telur oh telur, sekarang ini memang kau sahaja yang menjadi pilihanku di rumah,
masak nasi dengan telur, masak lempeng tambah telur,
masak sardin lauk telur dadar, dalam maggi pun dibubuh telur.
Hai telur~memang dasar kau telur,nak dikata murah tapi mahal juga. tanpa telur tidak cukup khasiat, lebih telur banyak pulak penyakit,
Hai telur!! Ayam dulukah atau telur dulukah?
itu ayam tapi pada manusia, Allah telah jadikan adam terlebih dahulu, kemudiannya hawa,
selepas itu barulah telur (sperma & ovum), sehingga terbentuknya anak.
Banyak sunggu cerita pasal telur, sedarlah manusia itu baru telur benda sebesar bola pingpong gamaknya, akan tetapi manfaat dan ceritanya pelbagai, lihatlah kebesaran Allah ini. Cukup sempurna cukup hebat. Haza min Fadli Rabbi.
Wallahuallam

Thursday, August 7, 2008

Madu 7: Pelengkap Segala Madu

Salam dan syukur ke hadrat Allah S.W.T,


Semoga Allah memanjangkan usiaku dan jalan hidupku dijalan perjuangan. Bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Tersentak ku sesekali memikirkan apakah aku akan terus kekal dijalan perjuagan, dan betulkan jalan yang ku lalui ini adalah jalan perjuangan yang diredhai. Bukannya aku menyangsikannya akan jalan yang aku pegang dan bawa ini. Cuma hati ini amat pilu dan resah sekiranya Allah tidak megiktirafkan aku adalah seorang pejuang, kerana kriteria seorang pejuang agama Allah amatlah besar dan hebat. Apakah aku tergolong dalamnya? hati kecilku sentiasa menyenangkan hati berkata, menyatakan aku ini hanya picisan seorang pejuang, hendak mengatakan langsung untuk aku, tidaklah layak berada ditempat seorang pejuang, tidaklah mampu katakan. Inilah yang menjadi persoalannya, ingin aku menjadi seperti pemuda-pemuda Allah yang langsung meletakkan harga diri, harta dan segenapnya atas nama perjuangan islam. Kemanisan dan keimanan mereka, Allah Akbar. Manisnya!! Namun amatlah jauh ku rasakan akan diriku ini. Dimanakah aku ya Allah!! adakah aku sekadar picisan ataupun seorang "tensai"? aku harapkan kau tetap menerimaku ya Allah. Maafkan atas kekurangan diriku ini, hanya ini yang aku terdaya lakukan, andai ada lebih pastinya akan aku korbankan segalanya demi-MU duhai tuhanku..jeritan batinku~jebat yang insaf.







Dunia ini adalah ibarat kebun kepada akhirat. Hati manusia pula ibaratnya tanah. Benihnya pula adalah iman yang tersimpan di dalam dada. Manakala segala taat dan patuh seperti puasa, solat, zakat, sedekah dan segala maknika amal maaruf itu adalah menyiram dan membajai biji benih. Sebagaimana misalnya, padi jika hendak dimakan dan dirasai perlu disemai benihnya dan ditanam ditempat yang sesuai dan sentiasa dialirkan air dan diberikan baja yang bagus untuk pembesarannya. Walhal juga membesarkan pokok buah-buahan yang lain, untuk merasai hasilnya semua ini adalah perlu. Begitulah juga dikias alam akhirat ini, untuk menuai hasil di akhirat kita perlulah menanam untuk memperolehi hasilnya. Kerana sebagaimana kita perlukan dunia sebagaimana itu jugalah kita perlukan akhirat. Akhirat mafhumnya seperti kita perlukan makanan didunia begitulah juga kita perlukan makanan semasa kita di akhirat nanti.

Tinggal didunia ini tidak dapat tidak kita berjauhan dari tanah, hal nya juga akhirat. Cuma tanah akhirat pada kita adalah dunia. Dunia adalah ladang akhirat, ladang untuk kita bercucuk tanam dan mendapatkan hasil. Benih yang kita tanam dan semai pula adalah benih yang paling molek dan paling baik. Benih ini diturunkan sendiri oleh Allah dan diakui barangsiapa yang berpegang pada benih ini, maka ganjaran dan rahmat Allah buatnya. Benih itu ialah benih islam iaitu benih La ilaha Illa Allah, Muhammadu rasullah. Sebab itulah mana-mana orang yang beriman kita perhatikan segala tindak dan lakunya adalah sungguh baik dan elok. Ini kerana benih yang ditanam dihatinya adalah benih Islam, benih yang paling baik dan terbaik. Samada benih socialis ka, benih nasionalis ka, atau komunis ka, ini semua benih palsu dan tipu semuanya. Ini semua akan hanya membawa kepada masalah dan kerosakan sahaja sebenarnya.

Telahan itu ditambahi pula dengan tanahnya yang subur dan baik, bertambah suburlah benih iman ini. Tanah yang subur bererti hati yang suci, sempurna dan tidak lalai dan lagha oleh benda-benda dunia, ini bukan sahaja menambah baik kepada pembentukan isi benih yang disemai tadi. Bahkan keadaan ini jika diibaratkan seperti benih yang baik ditanam pada tanah yang subur dan elok, maka bertambahlah subur dan membesarlah benih iman yang ditanam tadi. Ditambahi pula dengan siraman air yang cukup, baja yang sempurna, penjagaan yang elok. Sudah tentulah pokok ysng ditanam akan memberikan hasil yang elok dan lumayan. Ini kerana air ibarat zikrullah, baja ibarat solat, puasa dan zakat, lain-lain ibaratnya kita sedang menjaga tanaman kita dari makhluk-makhluk perosak. Hasilnya semua akan menyuburkan lagi tanaman atau iman kita. Begitu juga disifatkan manusia yang mempunyai hati yang bersih, ditanam pula dengan benih iman yang satu, dilengkapi dengan amal ibadat yang tidak kurangnya, maka lahirlah seorang insan yang soleh atau solehah yang tiada tolak bandingnya.

Oleh itu bagaimanakah kita?? Harapnya hati kita adalah dari jenis tanah yang subur. Ulama’ ada membahagikan hati kepada beberapa bahagian, hati yang pertama adalah hati yang subur sebagaimana contoh diatas. Hati ini adalah hati yang subur, maknanya apabila didengarkan padanya firman Allah, ataupun hadis-hadis nabi maka teruslah berbekas dan berkesan dihatinya. Remuklah hatinya dan insaflah dirinya. Tanda-tanda ini menjadi tanda hati yang subur dan memberikan kesan pada dirinya dan orang lain juga.

Begitulah juga tatkala kita melihat manusia-manusia yang mengaku islam, mengucap dua kalimah syahadah akan tetapi solat, puasa dan segala suruhan Allah tidak ditunaikan. Manusia jenis ini, atau hati jenis ini adalah ibarat seseorang yang menyemai benihnya ditempat yang gersang dan tidak subur. Lambat laun, akibat tidak mendapat baja dan air yang sempurna, benih itu akan rosak dan punah. Dan manusia ini lama-lama ditakuti nanti akan menjadi murtad dan berpaling dari Allah.

Begitulah dunia, dunia ibarat ladang ke akhirat, di dunia kita bercucuk tanam dan berpuluhan tahun juga barulah kita dapat menyemai hasilnya. Begitulah juga tanaman akhirat, menjalankan suruhan agama ibarat kita bercucuk tanam untuk akhirat, buahnya dan hasilnya dapatlah kita semai selepas kita mati dan bangkit di akhirat nanti.

Ada juga hati manusia jika yang sekiranya langsung tidak mempedulikan hal ehwal dunia. Tidak ada perancangan untuk akhirat, tidak langsung bersedia untuk akhirat. Akhirnya tenggelam dalam dunia, lemas dan terkapai-kapai tanpa hala dan tuju. Hati seperti ini dibaratkan seperti tanah yang tidak subur dan berbatu. Sebanyak dibubuh baja, disiram air tetap tidak akan hidup. Ini kerana hatinya telah kosong dan tidak bermaya. Bagitahulah tentang syurga ka, atau tentang neraka ka? Usahlah kerana tidak memberikan kesan apa-apa kepada mereka.

Ada juga hati yang ibaratnya seperti tanah kolam, semasa ditimpa hujan maka bertakunganlah air didalamnya. Didalamnya tiadalah buah atau pokok-pokok yang tumbuh, akan tetapi disekitarnya terdapat banyak pohon-pohon yang hidup dan membesar. Ini maksudnya hati seperti ini dia sendiri tidak akan berubah, namun segala nasihat dan amalan ramai orang boleh belajar dan dapat darinya, Cuma sayangnya dia sendiri tidak mendapat apa-apa manfaat dari kebaikan yang dia ada. Itulah diibaratkan hati ini seperti tanah kolam, airnya banyak member manfaat kepada orang dan makhluk sekitarnya kan tetapi dia sendiri langsung tidak berubah dan tidak subur sperti orang lain.

Begitulah jenis-jenis tanah atau hati yang disebut. Hari kiamat adalah hari mengetam dan mendapatkan hasil. Masalahnya untuk kerja akhirat ini perlulah kita tunggu. Jangan kita fikir hendak menuainya cepat. Contohnya solat, mungkinlah jika Allah hendak membalasnya di dunia, maka Alhamdullilah. Akan tetapi selalunya barang ibadat ini payah nak diperolehi, maka harapnya janganlah kita mengharap mendapat hasilnya segera.

Dan akhirnya, setiap manusia tidak dapat mengetam kecuali apa yang ditanamnya. Contohnya tanah yang ditanami pokok pisang tidak akan memberikan hasilnya durian, begitulah juga akhirat andainya kita ingin tahu apa itu hasil buahnya solat maka tinggulah di akhirat nanti. Dan seandainya kita adalah terdiri daripada orang-orang yang suka lalai, tunggu dan tengoklah nanti akhirat nanti apa hasilnya buah lalai itu. Hakikatnya juga sama bagi yang mereka yang tidak langsung berusaha bercucuk tanam, hasilnya tetap ada. Tanah yang tidak diusahakan pastinya kan menumbuhkan lalang dan rumput rampai yang tidak berfaedah, begitulah juga hati yang langsung tidak mengingati Allah dan agamanya. Pastilah menumbuhkan sesuatu yang akan merosak dan membinasakan dirinya nanti.


Demikianlah, jenis-jenis hati yang ada. hendaklah kita menjadi yang pertama. Benih yang baik, tanah yang subur, dan penjagaan yang sempurna pastinya kan membentuk kita menjadi muslim yang sejati. InsyaAllah.

Masanya memilih jalan yang bermadu (3)

(-_-) : Jangan mencari terlalu sempurna




Forward dari seorang teman yang agak poyo:

SOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO ....... Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan..... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.... Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ' Jadilah engkau! '. Maka ia terus menjadi
SEKADAR RENUNGAN.. ;)


p/s dari sang jebat: huhuhu..tak tau nak setuju ka tak nak setuju...??? konfius, konfius.