Baru genap seminggu aku kembali dari pulau pinang…TUP TUP TAP, ke penang lagi. Ha’ah..begitulah gamaknya, laksana sireh pulang ke gagang, begitu jugalah laksananya aku kembali ke Penang,
Pulau mutiara pulau mahkota,
Tempat terpendam syurga dunia
Ibarat janji sudah di kota
Akan ku kembali jua bagai di kata
Hospital PPUKM tempat bermula,
Tempat tungguan uda dan dara,
Barang dibawa penumpang dah ada.
Hanya menunggu bas yang tiba
Sungai perak Kuala kangsar
Kepala Batas tanahnya besar
Motel bertam yang di sasar,
Dek konferen dan juga seminar.
Prof. Dr. Abdul Aziz. Dr. Sajjad, (sape lagi ntah)…adalah antara nama-nama besar dalam penyelidikan stem cell ini. Diundang menjadi speaker dan penceramah untuk menyampaikan “lecture” berkenaan kajian stem cell banyak memberikan input dan output yang berguna kepada diri ku untuk terus tidak berlengah lagi dalam memilih stem cell sebagai “field of interest” yang perlu aku dalami.
He he he…hidup ini tidak lekang dari bermain perasaan. Dalam mengejar cita-cita perlu ada onak duri dan cabaran. Begitulah juga setiap pengembaraan tentulah tidak lengkap tanpa kisah-kisah manis. Apakah ia percintaan? Huhuhu...setiap onak dan duri ibarat butiran pasir di pantai. Namun demikian yang lekat dihati bukanlah sebarangan, pasti ada kisah dan kenangan. Di AMDI, kenangan mula terjelma, bebat luka yang dibalut kembali terasa, seakan pasti terpancarnya aura, sinaran “kekuningan” rindu warnanya.
“Ku tak tahu mengapa..Tiba-tiba sahaja..Di dalam hati ini sering rindu padamu..Ingin ku meluahkan..tak berdaya”~Spring
Seakan sudah suratan atau adakah kebetulan. Kita ditakdirkan untuk bertemu. Bertemu tidakkan jemu, berpisah kita takkan gelisah. Bila mata bertentang mata, masing-masing diam tidak berbicara, hati gundah ingin berbahasa, begitu sudah tubuh berbahasa, tanda mekarnya bunga-bunga cinta. Chewah..gila..gila.
“Entah mengapa..Ku rasa tak menentu..Semenjak aku mengenali dirimu... sayang..Terbayang-bayang wajahmu dimataku..Hingga tersentuh rasa indah di kalbu..Apa kah ertinya...”~Sting
Salam perkenalan ku lafazkan..kerna kau dan aku berjumpa dan berjumpa..tapi tetap tak bersapa..kau segar dalam jiwa, warna mu itu cahaya.
“Aku tak tahu..Mengapa aku rindu..Ingin ku curah tetapi rasa malu..Cubalah engkau mengerti isi hatiku..Di dalam diam aku mencintaimu”~Sting
Rindu itu satu anugerah, buat yang di hadiri satu perasaan. Insan mampu punyai semua tapi tak semua mampu punyai rasa rindu dan kerinduan. Oleh itu, andai ia hadir dalam pandangan, genggam ia jangan di lepaskan.
“Tidak terdaya bagiku..Hendak memetik cintamu..Bimbang nanti tidak kesampaian..Kau bagai hujan yang datang..Menyiram musim kemarau..Indah mu tiada bandingan..Sedang aku cuma dagang yang merantau”~Spring
Bukannya intan atau permata yang ku pandang akan dirinya..hanya pandangan tuhan untuk manusia yang ku pinta. Bakti dan ketabahan dengan kesabaran itu yang ku pandang..kau kurniaan tuhan yang utama untuk diri.Namun, aku hanya dagang sementara. Singgah di sini menjenguk cuma. Tatkala ada masa, ingatlah kita detik ini kerna ia pasti pergi jua
“Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga..Engkau datang membawa bahagia..Entah apakah gerangan di jiwa..Hendak ku tinggal tiada berdaya..Kerana budi aku jatuh hati..Aku tak mengerti ianya terjadi..Kerana budi aku jatuh hati..Kepada mu kini cinta bersemi” ~Spring
Sebenarnya malu untuk mengatakan..kerana kau insan mulia. Ku pujuk-pujuk hati dan jiwa agar meluah rasa yang membara melalui pujian dan penghargaan kepadamu. Aduh kerana peribadi aku terpesona, kerana budi aku jatuh cin** lagi. He he he..jgn mare.
“Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu ..Dan tiba-tiba kita jatuh cinta ..Ini semua sudah suratan ilahi ..Dan kita harus tabah hadapi kenyataan”~Spring
Sampai masanya..kini yang nyata menjadi mimpi..mekarnya bunga cinta penuh rahsia..kini semuanya mimpi indah, entah ke mana menghilang entah ke mana kenyataan..di dalam lena di dalam jaga. Berakhirnya kisah kita..kau dan aku terpisah akhirnya..tempuhilah dengan tabah. Kita hanya pasangan sebagiamana pasangan yang lain..bertemu dan berpisah hanya sementara. Moga tidak gelisah, jemu tak selamanya. Adiossss..AAAAA**
Makan VIP di Penang Golf Club Resort
~semuanya terjadi spontan cuma..Prof.Aziz, Dr. Sajjad, Dr Bakiah, Dr. Aleyah..pendek kata semua doktor dan prof..aku dan Abg Aly turut sama.semeja dan sehidangan.
Bukit larut Bukit Kemahkotaan
Taman Tasik Taiping
~ naik bot, ambik gambar..beri makan ikan. Semua ada.
Mee Udang Banjir di Sg Mati Bukit Gantang
~ tak nak cakap pape..biar gambar yang menceritakan..hahaha
~nak beli tak nak beli..nak beli tak nak beli..dah lah dalam bas terkunci…sedih sedih sedih.
Sampai di, Cendana tepat 12 tengah malam, suasana bandaraya pinggiran kuala lumpur tetap masih sama, sebagaimana aku meninggalkannya dalam 2-3 hari ini. Antara kerinduan pada destinasi-destinasi dan kisah cinta. Semuanya tamat disini. Tiba sahaja di “last” tol, maka semuanya kembali betol. Tiada lagi mimpi….yang mimpi menjadi nyata……tamat sudah.


.jpg)
.jpg)





.jpg)





