Wednesday, September 30, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (21)

"Erti Sebuah Syawal.."
Assalamualaikum wbt..kepada insan-insan yang di sayangiku..Semoga Allah senantiasa merahmati dan meredhai di kau semua.
Gemersik Aidilfitri dan sinar indahnya Syawal, biarlah menjadi teman-teman gembira yang membatalkan segala ribu-ribu keresahan dan kedukaan di hati-hati mu semua. Insya Allah, duhai insan-insan yang ku sayang..maafkan segala salah kesilapan dan kekhilafan diri hina ini. Semoga Allah terus menerus melabuhkan dan menaung kita semua dengan rahmat dan magfirahnya yang dirindui. InsyaAllah.
Alhamdulillah, “erti sebuah syawal..”. Sejak bermula datangnya ramadhan, maka bermulalah tanda turunnya sepertiga rahmat, magfirah dan jaminan dari Allah taala. Semoga senantiasa ya Ilahi..biarlah rahmat, magfirah dan jaminan mu Ilahi, sudi menjadikan aku salah seorang yang berusaha untuk mengejarnya. Biarpun hakikat penerimaannya adalah seratus peratus milik-Mu, semoga biarlah usaha dan daya yang ku lakukan selama ini menjadi saksi dan bukti bahawa aku adalah dikalangan hamba Mu yang berusaha Ya Allah. Entah betapa daya dan usaha aku itu sempurna ataupun tidak ya ilahi, tetapi betapa aku mampu ucapkan Ya Ilahi..itulah yang terdaya untuk ku lakukan. Semoga kau meredhai..Ya Allah.

Datangnya syawal membawa seribu erti dan kenangan. Perginya ramadhan dalam sepi dan kerinduan. Moga ada rahsia dan hikmat dalam setiap kejadian.

“Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin, abah..mami..semua keluargaku dan sahabat-sahabatku”

Thursday, August 6, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (20)

Rangkuman Siri Penjelajahan Jebat Kacak (2)



AHAD, 2 Ogos- Pagi yang indah kini makin cerah, aku bangun awal. Berkebetulan hari ini lain dari yang lain, kedatangan sahabat jauh dari Kedah di hening pagi sikit membingitkan suasana pagi yang selalunya hambar dan pudar. Jam walaupun sudah menunjukkan 9.30 pagi, matahari pula kian memancarkan sinarnya, tetap masih 1-2 rakan yang masih lena diulit mimpi. Aku mengajak sahabat kedah untuk bersarapan di luar, namun masih di area-area Cheras. Sarapan kami sebentar saja dan Alhamdulillah, murah rezeki ku di belanja sahabat..Ya Allah, murahkan rezekinya dan rezeki ku. Rahmatilah kami dan mati kan kami dalam kecintaan-Mu.



Trip ke Penang..laksana sireh pulang ke gagang


Baru genap seminggu aku kembali dari pulau pinang…TUP TUP TAP, ke penang lagi. Ha’ah..begitulah gamaknya, laksana sireh pulang ke gagang, begitu jugalah laksananya aku kembali ke Penang,


Pulau mutiara pulau mahkota,
Tempat terpendam syurga dunia
Ibarat janji sudah di kota
Akan ku kembali jua bagai di kata

Hospital PPUKM tempat bermula,
Tempat tungguan uda dan dara,
Barang dibawa penumpang dah ada.
Hanya menunggu bas yang tiba

Sungai perak Kuala kangsar
Kepala Batas tanahnya besar
Motel bertam yang di sasar,
Dek konferen dan juga seminar.



Tissue Engineering Scientiests


ISNIN, 3 Ogos- Seminar AMDI (Advanced Medical Dental Institute) bagai dihadiri oleh pelbagai hadirin orang. Ada ahli akademik berstatus professor hinggalah ke doktor, para pelajar mungkin PHD ataupun sarjana sepertiku, internationale dan tempatan , ahli-ahli saintis, para penyelidik hinggalah kepada pekerja klinikal turut terlibat. Seminar kali ini banyak berkisar tentang STEM CELL.. suatu yang kalau sepuluh tahun dahulu, mungkin dikalangan akademik sendiri pasti meragui fungsi dan keberkesanananya, tapi kini meluas di guna pakai samada dalam atau luar Negara.Mungkin kini, STEM CELL adalah satu bidang yang menjadi lapangan minatku. Sudah sekian menjalankan penyelidikan yang melibatkan penggunaan stem cell ini, aku kini memutuskan untuk benar-benar menguasainya berdasarkan minat dan juga peluang yang ada. Ayuh..”aiwahh azhan..go and pursuit your honorable dreams, Wish may its come true..insyaAllah biiznillah”.


Prof. Dr. Abdul Aziz. Dr. Sajjad, (sape lagi ntah)…adalah antara nama-nama besar dalam penyelidikan stem cell ini. Diundang menjadi speaker dan penceramah untuk menyampaikan “lecture” berkenaan kajian stem cell banyak memberikan input dan output yang berguna kepada diri ku untuk terus tidak berlengah lagi dalam memilih stem cell sebagai “field of interest” yang perlu aku dalami.


AMDI

Seri cinta di Hotel Seri Malaysia


He he he…hidup ini tidak lekang dari bermain perasaan. Dalam mengejar cita-cita perlu ada onak duri dan cabaran. Begitulah juga setiap pengembaraan tentulah tidak lengkap tanpa kisah-kisah manis. Apakah ia percintaan? Huhuhu...setiap onak dan duri ibarat butiran pasir di pantai. Namun demikian yang lekat dihati bukanlah sebarangan, pasti ada kisah dan kenangan. Di AMDI, kenangan mula terjelma, bebat luka yang dibalut kembali terasa, seakan pasti terpancarnya aura, sinaran “kekuningan” rindu warnanya.


Ku tak tahu mengapa..Tiba-tiba sahaja..Di dalam hati ini sering rindu padamu..Ingin ku meluahkan..tak berdaya”~Spring


Seakan sudah suratan atau adakah kebetulan. Kita ditakdirkan untuk bertemu. Bertemu tidakkan jemu, berpisah kita takkan gelisah. Bila mata bertentang mata, masing-masing diam tidak berbicara, hati gundah ingin berbahasa, begitu sudah tubuh berbahasa, tanda mekarnya bunga-bunga cinta. Chewah..gila..gila.


Entah mengapa..Ku rasa tak menentu..Semenjak aku mengenali dirimu... sayang..Terbayang-bayang wajahmu dimataku..Hingga tersentuh rasa indah di kalbu..Apa kah ertinya...”~Sting


Salam perkenalan ku lafazkan..kerna kau dan aku berjumpa dan berjumpa..tapi tetap tak bersapa..kau segar dalam jiwa, warna mu itu cahaya.


Aku tak tahu..Mengapa aku rindu..Ingin ku curah tetapi rasa malu..Cubalah engkau mengerti isi hatiku..Di dalam diam aku mencintaimu”~Sting


Rindu itu satu anugerah, buat yang di hadiri satu perasaan. Insan mampu punyai semua tapi tak semua mampu punyai rasa rindu dan kerinduan. Oleh itu, andai ia hadir dalam pandangan, genggam ia jangan di lepaskan.


Tidak terdaya bagiku..Hendak memetik cintamu..Bimbang nanti tidak kesampaian..Kau bagai hujan yang datang..Menyiram musim kemarau..Indah mu tiada bandingan..Sedang aku cuma dagang yang merantau”~Spring


Bukannya intan atau permata yang ku pandang akan dirinya..hanya pandangan tuhan untuk manusia yang ku pinta. Bakti dan ketabahan dengan kesabaran itu yang ku pandang..kau kurniaan tuhan yang utama untuk diri.Namun, aku hanya dagang sementara. Singgah di sini menjenguk cuma. Tatkala ada masa, ingatlah kita detik ini kerna ia pasti pergi jua


Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga..Engkau datang membawa bahagia..Entah apakah gerangan di jiwa..Hendak ku tinggal tiada berdaya..Kerana budi aku jatuh hati..Aku tak mengerti ianya terjadi..Kerana budi aku jatuh hati..Kepada mu kini cinta bersemi” ~Spring

Sebenarnya malu untuk mengatakan..kerana kau insan mulia. Ku pujuk-pujuk hati dan jiwa agar meluah rasa yang membara melalui pujian dan penghargaan kepadamu. Aduh kerana peribadi aku terpesona, kerana budi aku jatuh cin** lagi. He he he..jgn mare.


Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu ..Dan tiba-tiba kita jatuh cinta ..Ini semua sudah suratan ilahi ..Dan kita harus tabah hadapi kenyataan”~Spring


Sampai masanya..kini yang nyata menjadi mimpi..mekarnya bunga cinta penuh rahsia..kini semuanya mimpi indah, entah ke mana menghilang entah ke mana kenyataan..di dalam lena di dalam jaga. Berakhirnya kisah kita..kau dan aku terpisah akhirnya..tempuhilah dengan tabah. Kita hanya pasangan sebagiamana pasangan yang lain..bertemu dan berpisah hanya sementara. Moga tidak gelisah, jemu tak selamanya. Adiossss..AAAAA**




Nur Kasih



Destinasi-destinasi cinta:

Daripada Hotel tukar ke motel


~tak kisahlah..mungkin ada hikmah yang tersembunyi.


Motel Bertam



Hotel Seri Malaysia (belakang)


Makan VIP di Penang Golf Club Resort


~semuanya terjadi spontan cuma..Prof.Aziz, Dr. Sajjad, Dr Bakiah, Dr. Aleyah..pendek kata semua doktor dan prof..aku dan Abg Aly turut sama.semeja dan sehidangan.


Bukit larut Bukit Kemahkotaan


~jejak sebentar untuk melawat, mungkin ke Zoo Taiping atau ke Bukit Larut. Semua sekata menggalas beban menaiki bukit..Cuma harapan tinggal harapan. Sudah cempedak menjadi nangka. Nak kembali ke Zoo sudah tiada masa. Destinasi lama di tinggalkan yang baru jua di tuju. Apapun, nangka abg Aly beli pun sodap.



Taman Tasik Taiping



~ naik bot, ambik gambar..beri makan ikan. Semua ada.

















Mee Udang Banjir di Sg Mati Bukit Gantang


~ tak nak cakap pape..biar gambar yang menceritakan..hahaha













Ke Tapah Mencari Buah


~nak beli tak nak beli..nak beli tak nak beli..dah lah dalam bas terkunci…sedih sedih sedih.


Sampai di, Cendana tepat 12 tengah malam, suasana bandaraya pinggiran kuala lumpur tetap masih sama, sebagaimana aku meninggalkannya dalam 2-3 hari ini. Antara kerinduan pada destinasi-destinasi dan kisah cinta. Semuanya tamat disini. Tiba sahaja di “last” tol, maka semuanya kembali betol. Tiada lagi mimpi….yang mimpi menjadi nyata……tamat sudah.

Masanya Memilih Jalan Bermadu (19)

Rangkuman Siri Penjelajahan Jebat Kacak (1)

SABTU, 1 ogosBanyak mencalit sejarah dalam diari kamus hidupku. Sekurang-sekurang lebih tiga jemputan kenduri perkahwinan untuk di penuhi. Namun sedihnya tak kesemua undangan dapat di penuhi. Satu daripadanya terpaksa ku korban untuk dua yang lain. Undangan ke Terengganu terpaksa ku tolak, kerana melihat kepada lebihnya untuk ku memenuhi 2 undangan perkahwinan yang bertempat di selatan tanah air. Satu di muar dan satu di Sg. Rengit, hulu negeri johor.
Muar, Johor
Singgah di Muar hinggap ke Johor

Perjalanan bermula sejak dinihari bertepatan pukul 6.45 pagi lagi. Aku menumpang sebuah kereta Myvi “kelabu taik anjing” yang datang mengambilku di HUKM. Konvoi kereta ke johor di sertai oleh 3 buah kereta lain..iaitu Sebuah Toyota Corolla, Perodua Viva dan sebuah lagi Kereta Myvi berwarna putih.

Untuk ke Muar perjalanan tiba tepat seperti yang dijangka, walaupun masing-masing kereta, berhenti sekejap di RnR Seremban untuk mengambil sarapan. Sampai di rumah Eja@Shahriza, suasana walaupun belum penuh dihadiri jemputan, tetapi sudah jelas kemeriahannya dengan susunan bunyi audio lagu-lagu perkahwinan. Dan kehebatan seorang brader pemain gitar yang menyambut rombongan kami dengan petikan dan gorengan sakti gitarnya.

Kesempatan bertemu pengantin yang nampaknya baru pulang dari masjid berdekatan yang sebenarnya baru selamat diijab kabulkan, jelas terpampang senyuman seindah seri muka pada raut wajah yang cantik di solek menambah ayu sang pengantin bak puteri lilin dari kayangan.Walau begitu, tidaklah terlalu lama kami di rumah Eja, belumpun sempat panas punggung dibangku masing-masing. Perjalanan harus diteruskan. Rumah Hidayah masih belum dihadiri. Dan mempelai sana juga turut perlu dirai. Persinggahan tidak lengkap tanpa menjamu selera terlebih dahulu. Ibu bapa Eja menjemput makan. Perghh!! Hidangan nasi putih, ayam masak pedas johor, gulai daging dan gulai masak kambing tampak memang menyelerakan ditambah pula dengan pecal dan buah-buahan sebagai pelengkap jamuan. Bunga telur dan saguhati dibahag-bahagikan tuan rumah sebagai teman perjalanan kami yang jauh.

“Keluar dari Bandar Muar dan masuk balik ke Lebuhraya” itu adalah antara arahan yang kami terima oleh ketua konvoi sebelum meneruskan perjalanan. Satu persatu menyelusur masuk ke jalan raya dan mengikuti sesama kereta yang ada.
Sg. Rengit, Johor
Sg. Rengit, Johor..aduh jauhnya.

Sempat di dalam kereta aku mengapai handset ku yang penuh celoreng-celoreng dibadannya. Tanda usianya seusai denganku. Aku menghantar mesej kepada saudaraku yang menjemput untuk ke majlis walimahnya di Terengganu. Aku mengharapkan beliau sempat untuk membacanya..ku doakan perkahwinan yang terbina bahagia berkekalan hingga ke syurga. Dan memaafkan aku kerana terpaksa untuk tidak menghadiri majlis keraiannya.walaupun begitu, ku harapkan semuanya berjalan lancar. insyaAllah.
Perjalanan ke rumah Dayah Taib sudah pun separuh hari, kami memang dikhabarkan memang perjalanan agak jauh. Oleh itu, walaupun berbagai rupa halangan yang terpaksa dihadapi semasa menuju ke rumah Dayah Taib akan tetapi “mood” perjalanan kami masih lagi meriah dan diiselang-seli dengan “tidur-tidur ayam” di dalam kereta masing-masing. Akhirnya, setelah lebih kurang 3@4 jam lebih perjalanan, kami tiba juga di destinasi. Dewan UMNO menjadi tempat majlis keraian, apapun kedatangan kami memang dinanti-nanti. Walaupun agak sedikit terlewat, ayah dan ibu si mempelai tetap bermanis muka menyambut kehadiran kami disini. Pertama kali melangkah ke dalam dewan, sayup jauh di atas pentas kelibat sang pengantin bergandingan “ibarat terbang merpati dua sejoli, seiring seganding bertepi-tepi. tanda terpatri janji dihati, moga bersemi cinta abadi. InsyaAllah.

Kami mula diperkenalkan kepada pengantin lelaki. Orangnya hensem, macho, kacak bergaya. Laksana putera turun dari kayangan. Begitulah juga puan Hidayah, bak sang puteri berlesung pipit. Saat bersalaman dengannya, tak lekang senyuman di bibirnya menandakan manisnya hati, akhlak dan budi pekerti. Andai berpisah pasti tidak gelisah, andai bertemu pastikan tidak jemu. Alhamdulillah…Seeru Ala Barakatillah.

Pencarian kini di meja hidangan, kelainannya jelas sekali. Seandai selalunya dijamu dengan air-air seangkatannya seperti air sirap merah, hijau dan lain-lain. Kali ini memang menarik sekali, pertama kali aku mendapatkan air cendol di majlis perkahwinan. Walaupun, tidaklah sehebat Cendol Raja di Changlun, tetapi ianya sudah cukup untuk menjadi pilihan para pengunjung majlis menghilangkan haus di tekak dek kepanasan udara dari selat semenanjung Johor. Hidangan makanan juga pelbagai, nasi beriani, ayam pedas, dan gulai daging jadi pilihan. Ditambah pencuci mulut penambah selera.

Sudah seakan trend “pelajar biomed”..bergambar sudah menjadi identiti. Sesi bergambar bersama pengantin sudahlah pasti. Di meja makan, di atas pentas, di bawah pentas dan disetiap ceruk dewan adalah pasti. Asalkan shot yang cantik, angle yang menarik ditambahi model-model gambar yang kepingin. Klik-klik kamera pasti dipetik.
Laksana Camar pulang Ke sarang

“Bagaikan camar pulang senja..patah sayapnya tetap terbang jua..bagai mencari secicip rezeki..buat yang sabar rindu menanti..”, begitulah indah dan berertinya lirik lagu dari nyanyian kumpulan in-team. Diriku umpama camar yang pulang senja. Setelah jauh berkelana, kini aku perlu pulang kembali ke kuala lumpur. Hari ini juga kami bergerak, walaupun memang ada sebahagian daripada kalangan kami yang sejak awal berkeputusan untuk menetap sekejap di johor bharu melawat kawan-kawan di sini. Namun aku dan kawan-kawan lain ada misi sendiri, kami perlu pulang walaupun sudah lewat senja dan rintangan pun mungkin ada yang berbahaya, tapi begitulah demi secicip rezeki aku perlu pergi jua. Kerana ada yang sabar menanti kepulangan. “Home Sweet Home..babeh”.
Tepat jam 12.30 malam, aku tiba dirumah, terima kasih yang menghantarku. Semoga kalian berbahagia selalu. InsyaAllah.

Wednesday, July 29, 2009

Masanya Memilih Jalan Yang Bermadu (18)

Semoga kita saling mengerti...

Cinta di ufuk timur~comel


Bergenang air mataku..membayang kisah yang berlalu pergi..kudusnya seperti awan berarak ..terlakar cerita sebuah perjalanan..adanya ribut adanya damai..namun semuanya indah. Semoga kita saling mengerti...

Kembara utara melakar suatu sejarah tersendiri untuk keluarga G7 nampaknya. Di sebalik perjalanan yang di awalnya banyak sekali perubahan dan halangan..namun kembara ini masih tetap di laksanakan dengan penuh semangat ukhwah dan tarbiyyah.


Telah berkali ku melancong ke utara..menjadikan aku bukan seorang yang asing disini..Perak, Kedah dan Penang..telah ku gambarkan dalam post yang terdahulu. Kedatangan kali ini hanya mungkin biasan dari rasa cinta dan rindu pada ke tiga-tiga buah negeri ini.

putra dan putri

Dari Cheras sampai ke kamunting, kami bertandang . Tiba di Kepala Batas melaksanakan tujuan. Hingga ke Baling tanah bersejarah, jemputan kami penuhi. Semalam bertamu di Alor setar, dek mengembalikan tenaga yang hilang. Akhirnya berakhir di pekan changlun..pekan koboi yang di rindui.

Dalam semua berjalan lancar dan terancang, tetap masih ada sekelumit kesilapan-kesilapan kecil yang terjadi. Sudah alah tegal bisa belaka. Namun jangan di lupa bebat luka yang disimpan tetapkan bernanah. Apabila bonjong nanah memuncak maka meletuslah noda-noda ketakpuashatian dan salah faham di perbesarkan.

Suasana berubah tegang, menjadi setegang urat yang diregang. Masing-masing mula menyalahkan. Kini soal betul atau bukan tidak lagi dipersoalkan. Parut lama yang disimpan dibongkar satu persatu. Tiada di simpan terus ditunjukkan, tidak berlapik tidak disembunyikan.

Aduhai diri yang dipersalahkan..


Begitulah hati bila hiba.. jiwa akan melara sehingga tiada
penghujungnya.


Aduhai diri yang dipersalahkan..


Jangan didusta kata hatimu..kelak kecewa tiada berlagu. Walaupun sudah..tidak ingin ku dusta..namun masih jua aku.. tidak mampu mengiyakannya..andai kecewa kebarangkalian..biarlah jelas jawapannya

Aduhai diri yang dipersalahkan..


Hanya senyuman penawar duka pengubat sengsara. Masih jelas setiap garisan halus, bila senyuman terukir..Oh!! masih jelas... Setiap lekuk penjuru. Menghiasi wajahmu. Waktu kau renung aku..kini, apalah erti senyuman..jika kau lirik dengan benci, apalah erti renungan..jika dihati kau masih menyalahkan. Tetapi ku tetap sabar menanti..agar kau datang membawa pasti..sebuah senyuman penuh berseni..memberikan seribu inspirasi..


Wahai sahabat..

Apakah masih wujud diantara kita slogan ini..”berpisah tidak gelisah..bertemu tidak jemu”. Mungkin kah ada..mungkin kah sudah tiada..di hati-hati kita. Apakah ertinya bertemu andai menyimpan dendam..apalah ertinya berpisah jika tidak di maafkan..namun apakan daya..yang berdendam di salah erti..yang didendam tiada nak mengerti.


Wahai sahabat..

Berikan ku segenggam tabah..
Tidak ku tempa untuk hidup sengsara..sudah hanya suratan nasib yang melata..bagaikan ku menongkah badai bergelora..saat kini ku redah bersendirian..mungkin derita ada hikmahnya..moga terlukis senyum di bibir walaupun lesu..Tetap..tak siapa tahu hatiku.

Thursday, June 18, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (17)

Salam persahabatan

Ke hadapan pada setiap sahabat yang pernah berkongsi segala rasa. Semoga dirimu dirahmati oleh-Nya walau di mana jua dikau berpijak di bumi Allah ini.
Duhai sahabat..

Berdekad sudah umur kita menjadi pengembara di bumi milik Allah ini. Semoga kita beroleh manfaat pada bumi yang maha luas ini. Penerokaan akan berhasil dari kaki yang tidak mengenal letih melangkah, dari jiwa dan hati yang tidak kalah meskipun di uji hebat, dari semangat yang tidak pernah luntur malah terus teguh dengan sinar, dari harapan dan impian yang menjadi teras hala dan tuju kehidupan kita.
Aku

Aku tidak bercadang untuk mencoret kata yang panjang. Sekadar bercerita dan berbahasa dari kenangan yang melatari hari-hari sebelumnya. Aku lorekkan kembali pada lipatan kenangan yang mungkin ada. Ketikanya aku perlu juga menghitung kembali, menilai dan mentafsir sendiri. Mencari nilai dan membina kekuatan dari rentetan yang panjang dan penuh pergolakkan.

Kamu
Entah mengapa kali ini..telah ku simpul didalam hati walaupun berat untuk mengatakannya. Ku biarkan hati ini jua yang berbicara..agar terhurai maksud-maksudnya. Dijiwa kamu dan dijiwa ku juga. Biarlah bertambah mudah untuk kita mengerti..bahawa segala suratan dan yang terjadinya adalah milik Ilahi.

Akhi

Akhi..Godaan itu juga sebenarnya..semakin kuat bila kita keseorangan..Lantaran itulah..Aku perlukan teman-teman..Yang sentiasa bersedia membimbingku..Untuk mencari dan menggapai redha-Nya..Seperti yang kau tahu..Teman itu adakalanya seperti penawar..Sumber kekuatan kita..Dan adakalanya..Teman juga seperti racun..Melemahkan kekuatan kita..

Akhi..Aku selalu berharap..Mendapat sahabat sejati..Yang tak luntur baik dalam suka atau duka..Yang tak hilang baik tika ku lemah ataupun bertenaga



Dan hari ini..Aku mula mengerti..Sebenarnya masih ada yang setia..Yang sentiasa menyedarkanku dengan amaran-amaran Allah..yang sentiasa memujukku dengan tarbiah pencipta..yang sentiasa mengingatkanku dengan kehebatan syurga..dan sentiasa mendorongku menjadi dai’e mulia..


Akhi...Sunyi hidupku tanpa bicaramu..Lemah hatiku tanpa nasihatmu..Resah hatiku tanpa khabarmu..Pasrah langkah ku tanpa doamu..Terima kasih teman..Kerna kau hadir tanpa jemu..Memberikan sebuah pengertian ..Erti seorang sahabat sejati.


Akhi..Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan. Kalaulah aku tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula aku menambah dukanya.


Akhi..Kau banyak tahu dalam diam, kau banyak senyap dalam bicara..Akhi..Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.


Akhi..Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Akhi..Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Ingatlah..Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan



Akhi..Dalam kau mencari diri..jangan kau abaikan temanmu disisi..Bumi kita bumi yang payah,Penuh peluh, air mata dan mungkin darah..Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah..Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah..Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah..Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah. Dalam keghairahan kau mencari identiti. Zahirlah kelemahan dan mungkin kekurangan diri.Usia remaja ini bagaikan debunga kembang sementara dan layu akhirnya
Sahabat


Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.


Persaingan perlukan bersaing

Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Dia
Dulu aku sering kali menyalahkan takdir bila hati dan jiwa diasak gelora pada ombak sebuah kehidupan. Sering kali mempersoalkan kenapa dan mengapa aku harus lalui kehidupan sebegitu? Kini, bila usia semakin menginjak ke angka 20-an aku buang semua rasa itu sejauh mungkin. Aku kuburkan semua keperitan silam dan aku hanyutkan semua yang Allah sayangkan kita kerana itu dia uji kita dengan bermacam2 rencah pada laluan sepanjang kehidupan ini

Dan itu lah yang aku fikirkan sekarang. Apa saja yang berlaku, aku cuba positifkan minda aku. Allah menguji kerana DIA tahu kita boleh dan berjaya harunginya. Berapa lama masa diperuntukkan, berapa lama menghitung kesal, sedih, benci, sakit hati, rasa marah, rasa kecewa, akhirnya aku telan penawar kehidupan ini dengan rasa kesyukuran yang tinggi kerana Allah masih bagi aku peluang untuk melupakan semua rasa itu, Allah buka ruang untuk saya cipta keindahan rasa yang kian mengukir hari ini. Alhamdulillah....selayaknya pujian ini hanya untuk DIA

Terima kasih akhi dan sahabat..Kerana kaulah temanku yang setia..Moga ukhwah kita untuk selamanya…


Saat manis di kongsi bersama

bagaikan keluarga..abang..adik..dan..abang





Begitulah indah sastera gambar..gambar menghidupkan emosi jiwa, memainkan lagu-lagu perasaan, ada yang bisa menangis, ketawa...marah, geram, gundah, bosan, merajuk, cemburu, bersemangat, putus asa. Semuanya lahir hanya kerana titik-titik gambar. Indahnya kalau hati ini bisa berkata-kata, hati ini bisa merencana sebuah kata-kata, bisa juga melukiskan, menggambarkan benda yg terkadang tiada dalam kepala.Mulalah menulis, merencana, menggubah, melukis...Gubahan sebuah sastera gambar yg sebaiknya dan seadanya, punyai sekalung manfaat untuk semua.