Thursday, April 8, 2010

Masanya Kini.....

Malam ini malam kerinduan..

Ya Allah, malam dah nak separuh abad..namun otak aku ni semakin jam berdetik semakin ia untuk celik. Adakah sebab aku dah tidur sekejap tadi awal tadi…adakah itu yang menjadi puncanya ataupun sesuatu yang lain…hu3. Ntah, aku pun pening, sokmo begini…pah ceroh lah gamaknya.

Hahaha, seperti benar post kawanku di laman facebook nya, ibarat seperti ada alat dreammaker kat dalam kepala hotaknya…menyebabkan beliau euphoria. Cheh, begitu juga aku terasa, seolah-seolah alat dreammaker yang kalu mengikut komik pendekar laut bagi sesiapa yang mengikuti cerita-cerita sebegi ni. Pasti akan mengetahui kehebatan alatan ini. Aku sendiri seolah-seolah terasa seperti di induksi olehnya dan seakan dah berada di tahap 900 ribu hp dah aku nie…setaraf dengan kekuatan pendekar laut dan pendekar seabadnya…ha3, Penjejak Neraka idola ku, Jerung Raksasa dan Orga antara-antara yang terkuat. Huh !! bagaimana nak tidur? Paginya nanti dalam kul 2.40 pagi nak pergi tengok bola sekejap. Bukan ape? Musim champion league, sayang tak tengok..game pun bukan calang-calang MU lawan Bayern Munich. Of course, lah nak pergi tengok sebab bukan sokong salah satu team yang bermain..tapi sebab nak pergi tengok kekalahan satu pasukan yang sampai bila pun aku tak berminat nak sokongnya….Cuma aku akui kehebatan nya…ha3. Xpelah, harap nanti may the best team wins..okay.

Lampu dah tutup, facebook dan tutup…tapi mata tetap tak leh nak pejam…kecewa-kecewa. Dah lah esoknya nak kena pergi lab awal-awal…bos datang, lagi ada presentation..pe hal? Boleh ka nie…tengok bola lagi…kang tertidur plak..mampus aku. Nama aku dah lah buruk dah skang nie..hu3, nak wat camne, ape nak jadi jadi lah….ha3. Nama jer tutup lampu…tapi laptop masih terpasang, layan lagu-lagu sikit sambil-sambil nak cuba tidur…ha3, tapi cam silap sikit jer malam ni, kata nak tidur awal..tapi entah kenapa mood malam ni layan lagu-lagu rock orang putih pulak, 3 Doors Down-Here without you, Creed-One last breath, Trap-Headstrong, Hoobastank-Crawling in the dark, Simple Plan-Addicted….cam siot jer.Kononnya berlatih tuk karok lah..ha3, cam dapat bawak jer, keh3x. Habis nak tiduq cam ne? ntah, apa-apa ajelah. Ha3, entah mungkin sebab tengah-tengah maghrib tadi tetiba-tiba terbau plak bau orang masak sup perut, hu3, konpius gak, mane dorang dapat perut lembu kat tengah-tengah Bandar K.L ni…cam tak logic ajer..kot-kot perasaan aku je kot. Lagi pulak, bau sup perut tue plak persis masakan mami. Allahhuakbar tak leh nak bayang pulak rasanya mengidam nie…sokmo mami masak hari-hari jumaat, selalu lepas solat jumaat lah makan ngan abah, mami dan semua yang ado kat rumah. Terbaik lah punya. Kalu perah asam limau nipis dan letak cili burung, mak aihhh..lagi terbaik ore kato..ha3. bestnya…bestnya. Tapi nak wat camne? Dah budget doh..kalu balik umah pun..bulan 5 nie..ha3, nampaknya..mengidam lagi lah jawabnya..keh3x. Malam ini malam kerinduan..malam kerinduan. He3.

Cukuplah setakat tue jelah…yang lain tak yah nak cerita lah…cukup dengar lagu sudah lah. InsyaAllah pasti ada sesuatu padanya….

Friday, April 2, 2010

Masanya Kini....

Kasih belum termiliki.

Alhamdulillah, kereta paling baru setakat ini, ha ha ha, Kia Forte (poker) dah sampai…Honda City (Horn) mungkin seminggu lebih awal sampai daripada kereta poker…Saga merah wustaz pun rasanya dah genap setahun setengah lebih kot umurnya..berjasa dan mengerahkan keringat untuk tuannya. Si jimbit, entah masih dalam tanda tanya? Kereta ka atau kawen ka…ha3, pape jelah jimbit. Kedua-duanya adalah yang terbaik. InsyaAllah, aku akan menyusul ke kenduri mu..Huissh, Sabak Bernam, rindu plak nak memancing..dah getar nak pegang joran nie…ni raja patin nak beraksi nie…kali ni kalu tak dapat 4-5 ekor..tak tau lah. Dah lama training kat game dalam computer lap top nie..he3 “Bass Pro Fishing”..mau pejam mata jer kalu nak naikkan ikan bass cam dalam game ni yang berat 13@14 paun..easy-neh..he3.Aniep, bila nak tukar keta baru..kacil lagi ke..ops, sori boh, nampak jah kancil tue…enjin turbo tue maa…ha3. Alhamdulillah, masing-masing dah ada rezeki lebih-lebih..molek-molek. Gambate semua..semoga dapat yang lebih baik lagi…insyaAllah amin….Cuma jangan lupa tuhan blako deh.

Dan kini, masih tinggal aku yang begini…masih tak berharta..nak punyai kereta jauh sekali…sebab tue post kali ini tajuk dia “kasih belum termiliki”..Hu3, sebenarnya geram jugak tengok bebudak ni semua dah ada kereta belako dah. Nak bandingkan aku, motor takdok kereta takdo..gapo sangatlah harta aku yang ado nie…ha3, setakat almari kain dan set meja untuk letak buku-buku dab journal-journal lah je lah yang ada..ha3. seyes, sedih weih. Rasanya…he3. Insya Allah..dalam geram tak geram nie…aku target doh, paling koman aku beli kereta pah nie..honda civic 2.0..ha3, senang citer Honda civic lampu bulat warna hitam..tak kisahlah berapa harga, aku bayar..aku sanggup. Jaga forte..jaga city, he3…kita jumpa di jalan raya suatu hari nanti. Cucuk angin lah semua. Jaga baik…!!.

Minta maaf banyaklah..ore kate, dalam macam ni, tengok orang dah beli keta, kiter pun rasa nak beli jugak…ntahlah. Kekadang tercabar jugak perasaan ni, bukannya tak mampu, mampu lah sikit-sikit. Tapi takpelah…nak yang terbaik..sabar-sabar. insyaAllah, pasti ada. Tunggu je lah. Cuma kekadang bila lihat kawan-kawan dah start pakai dan beli-beli keta ni..hatii pun meronta jugak nak. Hah , tapi nak wat macam mana pilihan takda yang sesuai..mampu tue, takpalah, untuk setakat ni aku mengalah lah..yang aku masih lagi belum bersedia dan tak mampu untuk memiliki barang mana kereta pun..tapi takpo suatu hari nanti masanya kan tiba jugak…yang terbaik menjadi pilahan aku…jaga baik semua Honda Civic 2.0 ..lampu bulat warna hitam. Milik Azuya Azhan…kalu lalu tepi tak laye tue..pahe2 lah tak sir bui tupe lah tue..keh3x..insyaAllah di permudahkan. Amin.


Kasih Belum Termiliki
Telah aku renangi Lautan bergelora Hanya untukku menggenggam kasihmu Telahku persembahkan Seluruh rona jiwa Jadi bingkisan semahu kau pinta (Chorus) Apa lagi perlu aku perkorbankan Buat membuktikan niat ini Akan terzahir ke mata Apa lagi perlu aku laksanakan Untuk kau selami dan mengerti Kejujuran perasaan Keperitan rintangan Persis mawar berduri Petanda kasih belum termiliki (Repeat Chorus)(Bridge) Jika ku masih gagal Meyakinkan sebuah keikhlasan Khabarkanlah mana kesilapanku

Masanya Kini....

amir..amir..amir
Alhamdulillah…Akhirnya terhurailah juga si misteri yang berlalu sesebelum ini..di saat ku dalam perjalanan ke kota bandaraya neon, saat itu juga aku menerima sebuah panggilan misteri yang kurang ku jelas siapa diri pemanggilnya…bahasanya Kelantan, suaranya familiar tapi tak dapat ku meneka siapa. Ku tanya; siapa beliau? Namun di jawabnya acuh tak acuh..tapi lagaknya seolah mengenaliku terlalu lama agaknya. Siapa? Itu yang bermain di mindaku..aku tewas dalam persoalan. Ku cuba lanjutkan perbualan namun beliau persis untuk memutuskan panggilan dan mengatakan untuk menelefon kembali sesudah ku selesai urusan ku. Aku akur dengan niatnya..tapi ia tidak pantas untuk terus ku membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja. Aku mengamati kotak panggilan telefon ku…ku terokai kembali nombor yang menelefon ku…ha3, tiada nama..nombor sahaja..jelas sekali aku tidak terlalu biasa dengan dialan itu..berakhirnya ia disitu..lama ku tunggu kemudiannya. Namun tiada lagi panggilan itu yang memasuki kotak telefon bimbitku….

Kini semuanya terjawab disini…di saat ku melaksanakan suruhan Tuhan yang tercinta..telefon ku menyanyi..jarang dan amat jarang ku untuk tidak men “silent”kan HP ku, disaat ku melaksana ibadah solat..wahlal disaat memasuki masjid sekali pun..”Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi”..Cuma kali ini aku lupa barangkali..HP di poket menderingkan irama panggilannya..aku membiarkan sahaja. Namun tidak sedap hati barangkali menganggu jemaah bersama..ku usaha untuk membatalkan panggilan. Alhamdulillah..ia berhenti, samada kerana ku tekan..atau pemanggilnya meletakkan panggilannya. Aku selesai bersolat. Alhamdulillah. Terus ku lewati papan skrin HP ku..lihat senarai “missed called”…HAH!!..pelik private number..hu3, siapa? Ntah..ku biarkan sahaja. Ku fikir andai barangkali penting, nyata ia akan menelefon ku kembali…dan jangkaan ku tepat..ia berdering lagi.

“PRIVATE NUMBER”….siapalah agaknya. Assalamualaikum..perkataan pertama yang ku sambut dengan salamnya juga. Sudah selesai sembahyang? Pertanyaan kedua. Aku membalas, Alhamdulillah sudah. Ku amati suara….ha3, memang kenal benar, suara sang sahabat yang jauh di perantauan..he3. Setelah lama tak dengar khabaran, beliau menelefonku. Ku gembira. Amir..Amir..lama sekali tak mendengar khabaran mu..ha3, berada di tempat orang laksana kamu tidak mahu pulang ke tanah air, namun tak sangka kamu masih mengingati sahabat mu ini..Alhamdulillah, aku bangga. Aku beredar ke tempat yang lebih privasi..di bilik sebelah aku memulakan bicara, menanya keadaan nya…sehinggalah menanyakan apa mimpi menelefon ke mari?...tekalah. Heh he he..Siot !!..itu jawapan pertama ku di saat Amir menyatakan beritanya..hahaha. Sorilah kawan, terkejut kot..keh3x. mungkin aku tak tersangka. Soalan mu masih lagi bermain di minda aku amir, itu yang menjadi idea untuk ku menulis hari ini amir, ha ha ha..Apakah OK jika aku kawen bulan 6 ini?...cheh, ape punya soklan ko tanya…namun dalam jawapan siot, yang terpacul di mulut ku, aku melafazkan sesuci-suci kalimah Alhamdulillah, memuji muji Ilahi di atas berita rahmat yang ku terima ini. Ha3, apa tak Ok nyer amir, andai itu jodoh mu..terimalah, buat apa nak di fikirkan…umur mu pun sudah di sempadan, berusahalah untuk mencari keredhaan nya..Ha ha ha, ku selidiki lebih mendalam siapa bakal mu, bagaimana permulaanya dengan aju persoalan dari mulut ku…ha3, pantas tenang ko menjawabnya..ha3 aku kagum dengan konfiden mu..bagus. Itu yang aku dapat agak dari jawabmu..ko memang sudah bersedia, tiada apa lagi perlu ko gusar wahai sahabat..ko di landasan yang terbaik. InsyaAllah, doaku sentiasa untuk mu..mengharapkan kebaikan mu..wahlal ko tidak mengingatkan aku untuk berdoa untukmu..pasti kan tidak ku lupa untuk berbuat demikian untuk mu…kerna ko sahabatku..ha3. kegembiraan mu..kegembiraan ku. Ha3..agaknya, apakah fikir si Ajuadi jika dia juga mendapat tahu berita ini..semoga juga beliau si ajuadi, mencapai kebahagiaan dalam hidupnya. Harap dia juga menjumpai jodohnya..sedih benar ku melihatnya…cam orang tak betul rupanya..skang..ha3..ha3.

Namun yang paling ku gembirakan sekali, tidak lupa dahulu untuk ku ucapkan terima kasih sahabatku…panggilan mu benar-benar bererti buatku…Allah masih menyayangi ku…mungkin ini masanya…aku perlu berubah..aku perlu kembali…aku merindui mu ilahi..terlalu jauh aku di jalan mu…apakah begini berakhirnya hidup?...tidak ya Ilahi…aku sayang kan mu…aku masih hamba mu…selamatkan lah aku di saat aku semakin menjauhi mu…Allahhuakbar…

“udkhulu ha bi salamin aminin…”

“Ayyuhan nafsi…..”ir ji ie ila robbika rodiyatan mardhiyah….”. amin..



Monday, March 22, 2010

Masanya Kini..

Bosan..Bengang !!
Salam..hari ni, aku tak tau aku nak buat apa. alhamdulillah, dalam2 tak tau nak bwat apa, settle jugak dua tiga urusan. Alhamdulillah pagi tadi..bangun awal jugak, sebelum subuh, terpaksalah ambik sahabat punya pasal. Ok lah jugak sebab nasib baik tak overslept...keh3x..tidak naya kawan tue..nak kena naik LRT.ha3. Cuma alahai..aku ok je naik LRT time mai KL sendiri2..tak yah nak p suruh sapa2 mai ambik eh...sajo jer tue, nak tjk manje..panazzz plak aku skali skala..ha3. tapi xpo, sabar2 separuh dari iman..hati mau ikhlas.dok? keh3x.
Then, balik umah semula..solat subuh. Comey3..dapat semaye awal waktu. kemah3. Duduk2 sekejap, sambil baring sambung tido. Pergh..bangun siap2 g mandi nak p lab. Ado member kol..nak jawab tak nak jawab? malas lah nk jwb..ha3..tp takpo jawab jugak kemudian, kol balik selepas tue, he3..maklum malas nk jawab..suare baru bangun tido.keh3x
Lepas dah siap2..pakai hensem2 sikit, gerak lah g lab sama-sama ngn wustaz..ha3..terfikir nk belanja member hari ni. g lab kat tempat nasi kukus..kononnya sedap lah kot.ha3..tapi memang ramai ore beli pun. cuma aku malas dah nak beli situ..sebab kena dah gak dulu..bukan apo..penjual dia tu jenis pilih bulu..x pandai ambik hati pelanggan..apo ingt aku ni laki malas nak layan..kuang hajaq..takpo2 aku tak kiro mano yang tue..aku pun bukan nak ramah2 ngan ore..pegi arr mu..ni cuma hok yang jadi hangin nya setengah2 ore, budak tino lah biasonya..dah lah mari lewat..pandai pulok potong Q, x nmpak aku duk beratur tepi tue..wei..fikir lah sikit wei, bodo-bodo aku pun pehe lah jugak..kalu mari lewat tue beratur lah..takkan x perasan kot ore start beratur kok celah mano...ni pandai2 mari nak duduk depan..Oklah fine..mung g duk depan takpo..aku boleh terima..hok aku x jadi nak tak ambik hati nya..abe hok jual nasi pulok...YA Allah..dah terang2 nampak aku hok dok beratur ni lama2..muka sebek gapo mugo..mung tak dok nak tegor, g juga tegur budak hok potong Q tue..apa xleh tgk ore tino sikit ko..panazzz plak. Pah, duk lama2..tgk aku start bwat muko, baru nak tegor...cheh..chit poodah.apo raso bersalah pegi dah. ingat aku nak makan ko trick kosong gitu. Belah lah wei..ni naseb baik aku nak beli ko saing dan janji doh nak belanja dia..dan kebetulan dia suko makan nasi hok kedai mung..aku g tebal muko jugak beratur tempat mung...chisss, tapi sama gok..hari ni pun jadi supo ari tu gok..panazz panazzz. Cheh!!, yang tak tahan pas siap aku beli..bayar gapo mugo..siap minta maaf tue..apo nak sindir ko!! belah lah wei..
Tapi Alhamdulillah..sejuk hati tengok saing suko make..xpolah takpo..demi saing rela panas hati..chewah. Pas-pas makan gi hantar muto hok lama pinjam sebelum nie..hok ni nak cito rasa bersalah pulok ko saing hok bagi pinjam moto nie..ataupun tuan moto. HA3..sori lah bro, pinjam moto..jaga gitu2 pulok..minyak hitam tak dang tukar, muto tak dang basuh..keh3x..malu pulok.aku kalu mung tak mintak urgent tadi aku...g basuh ngn servis dulu muto tu kot..tapi sebab mung kato siap nak pakai cepat..takpo lah aku hantar jugak lah melalui pos laju..secepat mungkin..keh3x. G pos laju ngn wustaz..minta dia teman..alhamdulillah jupa molek.senang.sapa2 jupa pakcik guard india..tgk muka ganas..dan pemarah..kitarang salah parking, dia tegur..panazz gak hati. tapi tengok2 dia tegur caro molek..kita apo lagi balas cara molek jugak lah..nak wak rano..ore budi kita budi..dok gitu?...Then, uncle india suh masuk dalam pos office..ha3, tret ni hok best nya..masuk2 jupa akak kaunter hok lawa..kemah3x..comey3..layan jelah..dok..kih3x.Alhamdulillah settle belako pah tue...keh3x.
Balik lah semula dah nak dekat pukul 6....cheh, zaim ajok main bola pulok...kat laptop..sie ko dia..main lah layanzzz...he3.pah abe ali dan wus nak join, main tag team bola. dua lawan dua..lawan..ha3. kalah menang kalah...cheh..bose sungguh. asal tag team zaim jah. tak stabil result..keh3x. memang dah ore kato musuh semula jadi..xleh nak jadi teman seperjuangan kot..kih3x. Tapi sori zaim..aku bising2 tadi..bukan apo, xlebeh nak tengok hang jadi lebih bagus dari sekarang..hang tue mudo lagi banyak kena blaja..ingat hebat mano kita pun..tinggi mano kita pun...ada lagi tinggi dari kito..dan kena jugak ado ore bawah kito..xleh lah time kita duk atas gak..nak meludah sesuka hati ke bawah..tak molek lah..tak dok adab lah...ingat kita ore islam..ado caro cemaro dia...okey.ingat tue...
Dan lani..aku masih lagi kat lab..semua ore balik dah..tp aky refused tak nak balik..bakpo? ntah mengong kot..ha3. nak bertapa nak menenagkan diri..ha3.tenang memang tenang..senyap sunyi je lah lab nie..ha3, lama dah tak balik lewat malam akhir2 ni....rasa best jugak..rasa macam aku sore jah hidup di dunia ni..tak dok ore kaco..senang kan.duit tak yoh pikir...hidup tak yoh pikir..gapo2 lah. ni dok..tengok saing beli keta nak beli keta, saing beli baju nak beli baju...pah semua pakai pitih..pitih pitih pitih. Pitih banyak tapi tak tau nak guno..huh, jangan harap.
Okeylah..habis situ je lah, hati pun lebey kure sejuk dah nie..okay. wallahu allam.

Wednesday, March 3, 2010

Kini Masanya....

Semoga Allah Merahmati..
Assalamualaikum wbt..

Semoga Allah serta merta merahmati diri-diri mu sekalian..”tiada kata secantik bahasa”..”tiada lafaz secantik bicara”. Ha3..ibarat lagu hitz UNIC~ku biarkan kalam berbicara..begitu jugalah ku biarkan tangan ini untuk menaip dan berbicara. Lupakan tentang introduksinya..lupakan tentang literature reviews nya…yang penting apa objektifnya..apa motif ku kali ini..itu yang lebih utama. Kadang-kadang berkali ku menulis..tidak hanyalah tidak untuk merapu dan merepek sahaja. Cuma kali ini aku lebih serius dan lebih terasa..kenapa? hmm, entah..sahaja kot.
Ha3.Itu sahaja…..ha3. mengong2x