Thursday, June 13, 2013

Menangis bersama Ketawa pun Bersama….


“Uh…awak, tak mampu saya nk dengar lagu ni lagi sampai habis awak…tak tertahan sebak dia awak..huuuuuu”.

Awak, sejujurnya saya kini teramat rindu dan teringatkan awak…..awakk, saya ingin menangis dan ketawa bersama awk …bukan sekali bukan dua kali awak…tetapi selama-lamanya awk….

Awak, andai saya pernah buatkan airmata awak mengalir dan hati awk membuku sebak, hapuskan lah airmata tu awak..buangkan lah sebak tu awak….sy mohon maaf awak..awak, bagilah sy peluang tuk mengukir senyuman diwajah awak kembali ..bagilah peluang tuk sy memaniskan hati dan perasaan awak sekali lagi awak..awakk..saya ingin menangis dan ketawa bersama awak..awak, sy tak mampu nk tengok awak menangis lagi awak..awak..kembali pulang awak, kembali lah.

“oh tuhan, ku ingin menangis dan ketawa bersamanya…”, ya allah, redha dan jadikan lah hanya kematian yang memisahkan kami ya Allah…pertemuan ini masih bernyawa ya allah..ya allah suburkannya kembali ya Allah..dan semaikan nya sekali lagi ya Allah…agar ia terus bertunas dan bersemi melahirkan buah-buah cinta yang disulami dengan keredhaan dan limpah kurnia ya allah..Ya allah, kurniakan kan bagi kami zuriat yg soleh solehah dan rumah tangga yang aman sejahtera ya allah….allahuakbar..allahu rabbi..

Ya allah..aku menantikan kepulangannya ya allah…saat segala doa-doa ku lafazkan, ku harap agar ada satu antara jutaan lafaz yang ku kamitkan mendapat perkenan dan mustajab mu ya allah untuk aku dan dirinya bersatu dengan ikatan yang bahagia ya allah…sebuah ikatan perkahwinan yang tulus suci ya allah…insyaAllah, dengan ihsan dan perkenan mu ya Allah…..dengan ihsan dan penerimaannya ya allah…mudah-mudahan..aku akan terus menunggu..

Menunggu kepulangannya ya Allah…masih banyak lagi janji-janji yang dilafazkan belum tertunai bersama ya Allah…izin kan kami menunaikan segala janji-janji kami ya allah..

Seluruhnya kepadamu ak berserah…dengan mu aku bertawakkal..dan segala kudrat ku berusaha tuk mengembalikannya ya allah….


Istajib billah humma dua’ ana…

Wednesday, June 12, 2013

Aku terima nikahnya..Erti hidup pada memberi…..


Aku terima nikahnya awak…ya allah, indahnya saat bilakah ku dapat melafazkan lafaz itu awak…dengan nama awak didalamnya…aku menyahutnya…dengan aku terima nikahnya sambil menyentak lembut tangan abah…taqliq dan khutbah nikah diperdengarkan dan aku mendengar tanda memahami….

“Zasss”…..awak, jauh kan dulu lamunan itu awak…awak, sememangnya tak sabar untuk saya mengenggam tangan abah dan menerima awak sebagai isteri dan tanggungjawab saya…namun say mengerti awak, perjalanan kita jauh lagi awk…

Awak, maafkan saya dipermulaan hari tu kerana saya terlalu laju memacu, sehingga terkadang tercicir akan perasaan awak…awak, maaf saya awak..kini saya berpatah balik awak…hati awak telah saya pegang, ibarat memimpin tangan awak..marilah kita menuju ke saat bahagia itu bersama awak…
Lupakan lah perancangan kita sebelum-sebelum ini yang terlalu pantas dan keterlaluan, tapi tidak mustahil..Cuma ia tidaklah bererti kita membuangnya terus, andai suatu masa allah izinkan pasti kita teruskan…Cuma saat ini, mari lah bermula semula awak..kali ini saya akan memacu perjalanan perhubungan ini dengan lebih perlahan awak…awak, saya setia menunggu awak…saya nak berjalan bersama awk dalam kehidupan ini…awak, marilah kita lebihkan masa dengan soal perkenalan kita dan hati budi awak…awak, sejujurnya awal ajarilah saya tentang bagaimana perhubungan ini mahu di pacu awak….insyaallah, saya akan menghormati segala peranan dan idea awak…

Awak, saya tak kisah awak andai lambat lagi lafaz itu saya sebut awak, Cuma yang nyata saya ingin nama awak yang tersebut dala lafaz saya itu awak….awk, marilah kita berkenalan2 dengan lebih dekat awak, insyaallahkita lamakan perkenalan kita ini awak, awak saya seryus dengan awak…biarlah saya mengenali awak, kemudian abah dan mak, selepas itu adik dan kakak awak, abang awak….awak, saya janji awak. Saya mahu tunggu awak…

Saya, akan bantu awak dengan komitmen kerja dan family awak, saya akan memahami sepenuhnya awak…Cuma jika saya tersasar awk betul kan saya awak..kerna saya tahu..saya ingin yang terbaik untuk awak..tapi saya bukan lah sempurna tapi saya berusaha tuk awak…

Awak, maafkan saya, tempoh perkenalan kita sebenarnya masih berusia muda..tapi sudah keterlaluan saya meminta kepada awak…awak..saya berjanji awak, jom kita berjalan pada langkah yang sama, kelajuan yang sama, matlamat dan sayang yang sama awak…berusahalah awak..berusahalah saya…

Awak, andai awak tidak menganggap perjalanan hidup awak bersama dengan saya…saya mohon maaf, kerana ini seolah menampak kan saya memaksa awak..alasan saya adalah kerna saya hanya berharap pada ilahi yang perasaan dan taakulan saya benar tentang awak, awak sukakan saya dan saya sukakan awak, awak jodoh saya dan saya jodoh awak..bahawa awak adalah teman saya dan kita akan berjalan bersama-sama menuju ke gerbang perkahwinan yang diredhai awak…awak.


Jom awak…saya tunggu awak  : )

Teringat

Teringat….ambo.huhuhu
: (
Awaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak…tapi ku tak mampu tuk menegurmu…huhuhu.walaupun hati ni tersangat inginkan..ku x mahu kau terasa lagi..ya allah, lembutkanlah hatinya ya allah…dengarilah doa ku ini ya allah…
Ya latif, allah ya latif … lembutkan hati dia..dan kembali tuk bermula lagi awak…

Awaakkk..sy tggu awak … ; )

Ajari aku tentang cinta

“Ku coba ungkap tabir ini..di saat kadang kau dan aku…terpisahkan oleh ruang dan waktu..meyudutkanku meninggalku…”..uhuk firman. .dah terhafal sudah lagu ini..di sukmaria pun, lagu ini pastu jadi lagu pembukaan buat ku. .menyanyi sekadar suka, tapi feelingnya bukan rahsiaa..huhu. semoga ku masih bertahan untuk nya.

Ya Allah, ajarilah aku tentang cinta ya Allah…sungguhnya ku cetek dengannya ya allah…ya allah, sesungguhnya aku cuba bercinta dengannya kerana mu ya allah..ku cintai nya kerana mu ya Allah. 
Sebenarnya tiada alasan dan sebab yang ku kukuh tuk ku menCINTAinya…kerana cintaku tidak perlukan alasan ya allah…cinta tidak perlukan sebab ya allah… akan tetapi aku SAYANGku kepada mu bersebab awak…awak, selama ini permulaan perkenalan kita, aku sendiri telah membuat silap yang besar  awak…saat memberitahu diri mu mengapa ku menyayangi tanpa alasan-alasan yang tidak matang..sebab kerna kau sempurna untuk diriku, sebab kau indah dimataku, sebab kau kan membahgiakan ku dan macam-macam lagi buah fikiran indah ku hasilkan di benak pemikirankan tuk memastikan aku terus jatuh dan jatuh untuk mencintai mu. Awak, semua itu juga benar awak…sememangnya ku menyayangi kerana semua alasan-alasan itu. Akan sepatutnya alasan yang lebih kukuh tuk ku menyayangi awak adalah kerana saya ingin mnjadi suami kepada diri awak, mendidik dan menjaga awak, memacu awak dalam landasan agama yang benar awak…saya ingin menyayangi awak kerana saya inginkan zuriat yang soleh solehah bersama awak, mendidik dan membesarkan anak-anak kita dengan acuan agama dan jalan yang sihat. Baru lah kukuh alasan saya awak, baru lah teguh cinta dan sayang saya kepada awak…kerana cinta dan sayang kepada awak tersandar kepada  cinta saya kepada Allah…dan itu adalah seteguh-teguh alasan saya tuk mencintai awak…Awak, benar saya memilih awak kerana keturunan awak yang mulia..dan itu ciri pilihan rasullulah, awak, benar saya memilih awak kerana kecerdasan dan bijaksananya awak..ia juga ciri rasulullah..saya memilih awak kerna cantik di mata saya, ia ciri rasulullah…dan yang saya yakin saya memilih awak kerana agama..kerana ia juga ciri rasulullah. Awk, tatkala saya menyayangi dengan alasan dan sebab-sebab ini..yakin lah saya dan sedar lah hati saya..bahawa saya mencintai awak kerana allah awak…. Semoga hati saya terus tenang tuk memikirkan bahawa cinta saya kepada awak adalah kurniaan ilahi dan ia adalah kerana Allah…andai allah takdirkan cinta saya sampai kepada awak…maka sayalah orang yang sebahagia-bahagiamya, kerana dapat hidup bersama dengan orang saya sayangi…akan tetapi jika sebaliknya, saya ketahui cinta saya kerana allah…dan biarlah allah yang mengisi cinta saya selanjutnya awak.. walaupun pasti saya akan terasa kepedihan dan kehilangannya awak…

Ya allah, ajarilah aku tentang cinta ya allah…huhuhu, andai selama ini ku hanya bersedia dan melengkap diri untuk menjadi seorang suami yang menjadi idaman isteri…seorang suami yang menjadi idaman seorang isteri banyak cirinya, beriman, bertakwa, berilmu, romantic, pandai memujuk, memahami isteri, pandai bergurau, memberi hadiah, melebihkan isteri, memebri masa kepadanya mengembirakannya, memenuhi kehendaknya, memuliakan keluargamya, beraktiviti bersamanya, segak untuknya, menemannya, memasak tuk nya dan lain-lain…ya allah, banyak lagi ciri ku yakin ku temui dalam diri ku tuk menjadi seorang suami yang sempurna padanya..namun, entah mengapa, aku masih lagi gagal dalam mencinta…apakah tidak sama cinta sang suami dengan cinta sang lelaki..ya allah…aku cuba ya allah..dan aku masih memcuba ya allah. Kau ajarilah aku tentang cinta ya allah..huuu

Dan baru kini ku tahu itu masih lagi belum cukup, ku harus belajar tuk bercinta dan mencinta…tapi harusnya bagaimana ya allah, aku buntu  ya Allah, ku tak tahu…ajarilah aku ya allah..atau kau hantarlah aku seseorang tuk mengajarnya ya Allah…dan ku yakin ku sudah temui pengajarnya namun dia kini sedang bercuti tuk mendidik aku..ya Allah, izinkan nya menyambung tugasnya kembali ya allah…ajarannya masih belum tamat dan banyak yang aku ingin belajar dari nya ya allah….awak, kembali lah dan sambunglah mengajar ku tentang cinta awk….diri ku butuhkan pengajaranmu….huuuu.


“tak kan ku sia-sia kan kamu lagi….tak kan ku sia-sia kan kamu lagi…………………………………………….~ kehilangan”

Tuesday, June 11, 2013

Ya Allah..ku dambakan Ramadhan dan Syawal yang bahagia


Hari ni 11 jun..Y a allah, sebulan lagi nak dekat ramadhan…sebulan dah berlalu saat keindahan pertemuan. Ya allah.. tak de ape yang ku nak pinta, melainkan ku ingin kan ramadhan dan syawal yang berbeza tahun ni ya Allah..

Ya allah, berkat kehadiran ramadhan mu dan kesucian syaaban mu ni.. ya Allah..aku pohon kesabaran mu tuk bertahan ya allah…ku serah pada mu Ilahi..

Awak, ku doakan semoga ilahi membahagiakan kita dan family awak. Kerinduan saya untuk berbakti kepada abah dan mak makin membuak awak. Tak sabarnya tuk bertemu mereka…Ya allah ku ingin kucup dahi abah..sebagai mana ku kucup dahi abah kandungku sendiri,  Ya Allah, ku ingin kucup ubun mak sebagaimana ku mengucupi ubun mami ya Allah…Ya Allah, aku rindu kan mereka ya Allah…berilah aku peluang tuk berbakti kepada mereka selepas ku berbakti kepada abah dan mami…

Abah,

Abah, ku ingin mengenali mu lebih dekat abah…hanya cerita yang ku dengar selama ini, sudah cukup membuat ku memikirkan kau seorang yang istimewa….berjiwa besar dan paling sabar itu yang dapat ku simpulkan daripada ceritanya…abah, kau punyai jiwa yang tenang…didik lah aku abah dan nasihat kan aku abah….izinkan aku tuk menjaga anakmu bgi pihak mu…ku janji tuk menjaga nya sebaik mu…abah, berpeluang kah kita berjumpa abah…melihat fotomu, menyebabkan mata ku mengalir ya abah…sayup wajahmu, bersih rautmu..ya allah…indahnya perwatakanmu….bagai melihat ayahku sendiri…abah, adik an janji akan berbakti kepada abah dan mak, dan tidak sekali-kali  lupa untuk abah dan mami adik an sendiri. Layanan adik an sama rata tuk abah dan mak, walau pun sekali-sekali hakikat adik an tetap lah anak teruna bagi abah dan mami adik an….tetapi abah dan mak tak kan adik an abai sedikit pun..apatah lagi anak abah sendiri.. yang sudah pasti satu-satunya kesayangan adik an..abah.

Abah, izinkan adik an abah..izinkan. Adik an janji tidak kan mensia-siakan anak abah..adik  terlalu ingin keceriannya abah..adik an ingin senyumannya abah…cukupla adik an tengok penderitaannya sekali…adik an dah xnak dia menderita lagi abah…abah, jikalau abah rasa adik an mampu untuk membahagiakan anak abah…abah terimalah adik an abah..terimalah. Adik an tahu kasih abah tiada syaratnya…dik an tak mampu nak tandingi kasih sayang abah terhadap anak abah..tapi adik janji..adik an takkan menyayangi sekurang kasih sayang abah kepada anak abah… abah, kita bertemu ya nanti abah…pasti ku kucup dahi mu, pipi mu dank e peluk erat dirimu…insyaAllah, abah..semoga dirimu sihat dan walafiat abah…maaf adik an andai adik an mengguris hati abah, walaupun belum pun dik an berjmpa abah…adik an pohon maaf awal-awal abah..kerna adik an tahu pasti dik an tak mampu nak bersuara depan abah kerana terlalu segan kana bah….namun yang pasti dik an sayang kana bah…huuuu. Abah, dik sayang kan bah…abah kandung ku, dik an sayang kana bah juga.. moga abah-abah dapat bertemu  dan ikatan ini dipanjangkan antara dua keluarga….insyaAllah.

Mak,

Mak, ku tahu diri mu garang…mami juga garang, tapi entah mengapa semakin ku mengetahui tentang dirimu…semakin ku merasakan kau seperti mami, mak…mak seorang guru dan pendidik..begitu juga mami. Mak dan mami seolah tiada bezanya…mak sayangkan anak mak dan mami sayangkan anaknya…mak, adik an ingin bertemu mak…mak, walaupun, hubungan antara kita masih belum halal, tapi jauh terasa dihati adik an..adik an benar-benar ingin mencium dan mengucup wajah dan dahi mak…mak, saat halalnya hubungan antara kita dengan izin Ilahi mak…pasti dik an akan berbakti sepenuhnya untuk mak..mak , dik an janji akan bahagiakan mak…hepi kan mak selalu…kalau selama ni mak sakit dan tidak sihat…dik an teringin juga menjaga mak…walaupun taraf dik an hanya sekadar menantu..tapi dik an ingin menjaga mak lebih daripada anak cucu mak…”mak, abah..hajat dik an ingin berkata,  celaka lah kepada siapa yang mengkhianati mu, celaka lah siapa yang memusuhi mu dan celaka lah siapa yang menyakiti mu’ tapi siapa dik an tuk mengatakan begitu mak…sebab dik an tahu, hati mak dan abah lebih besar daripada itu…kesabaran mak dan abah tak ternilai.. Mak, semoga mak dan abah sentiasa tergolong dalam golongan orang yang sabar dan berbahagialah mak dan abah..kerna dik an yakin..mak dan abah adalah orang-orang yang sabar..mak..dik an rindu mak. Huuuuu.

Mak,

Maaaaaakkkk, dik an rindu nak manja dengan mak…dengan mami dik juga manja. Adik an nak dengar mak panggil dik an dengan panggilan adik an…mak, indahnya mak…biar lah saat yang dik an impikan ini jadi kenyataan mak…Ya allah, kau sihatkan mak ya Allah, kau bahagiakan mak ya Allah, semoga kau tetapkan kesabaran di hati mak ya allah…Alhamdulillah, kini mungkin mak dah sihat..Ya allah, tiada yang lebih mengembirakan hati dik an untuk mengetahui mak dan abah dah kembali sihat dan pulih…walaupun dik an hanya dari jauh..tidak tahu kabar berita pun, tapi entah perasaan dan kerinduan dik an merasakan mak dan abah dalam keadaan sihat dan terjaga. Beruntung mak dan abah punyai anak-anak sebaik yang ada mereka..mereka lah penyejuk hati mak dan abah…Cuma itu lah, dik an juga berharap andai ada peluang juga nanti tuk dik an berbakti kepada mak dan abah…insyaAllah suatu hari nanti mak…mak, pasti indahnya berjalan bersama mak, dik an nak bawa mak berjalan-jalan kemana-mana mak nak…dik an nak sopink dengan mak, kalau mak penat..dik an nak papah…nak dukung pun dik an sanggup mak…sebab mak adalah mak dik an mak..taraf mak adalah semulia mami, ibu kandung dik an…mak bergembiralah mak, usahla mak sedih-sedih lagi mak…untuk mak pun, dik an pinta maaf awal-awal sebelum pertemuan kita mak, andai ditakdirkan..andai dik an tersalah dan tersilap menyingung perasaan mak dan abah…Ya allah, tak sabarnya saat dik an nak pertemukan mak dan mami…dua-dua insan yang paling dik an sayang…mak..inilah mami , mami..ini lah mak…Allah, selamatkanlah kedua-duanya …gembirakanlah hati mereka…jangan kau guriskan hati mereka ya allah…biarlah kami anak-anak jadi penyejuk dan penyaman hidup mereka. Mak, dik an sampai kan salam dari jauh untuk mak…semoga mak, abah dan family sentiasa dalam jagaan allah dan sihat walfiat sehendaknya…Mak..baik- baik ye mak…dik an pasti merindui  mak selalu…insyaAllah mak.

Ya allah, itu lah ramadhan dan syawal yang ku pinta ya Allah..semoga ada sinar kelainan nanti…tak lupa juga untuk anak mak dan abah juga anak mami dan abah…semoga Allah merahmati mu..menjaga mu dan menceriakan mu…semoga Allah menenangkan mu, semoga Allah mengasihi mu, semoga Allah melembuti mu dan semoga Allah menyampaikan kasih ku pada mu….


InsyaAllah… Biiznillah.