Wednesday, May 5, 2010

Masanya Kini..

Siapa yang paling ku sayang?
Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah merahmati diriku dan diri-diri mereka yang beriman. Alhamdulillah..satu perkataan untuk diriku ~ pokok itu akhirnya kembali. Hari ini bahagianya rasa hati..makanan batin yang selama ini menghilang akhirnya di perolehi kembali. Sesungguhnya andai pakaian, makanan, minuman dan makanan zahir yang lain senantiasa di cari-cari. Begitulah betapa aku yang sebelum ini menghilangnya makanan untuk ketenangan dan keamanan di jiwa ini. Aku temuinya kembali. Allahu akbar. Persisnya kuliah yang ku dengari hari ini…walaupun sanad dan matan hadis nya bukanlah yang asing bagiku..baru hari ini agaknya ia agak menusuk di hati dan teringat-ingat di benak dan kepala hatiku…Allah..akbar. kenapa?..entah ku tertanya-tanya, masih adakah aku dalam golongan-golongan ini..di saat dahulu..aku yakin dan pasti bercita-cita aku adalah kesemuanya…dan masanya kini..Wallahu Allam.
“7 golongan yang mendapat naungan Allah di saat datangnya satu hari yang tiada naungan selain naungan-NYA…pertamanya 1) imam yang adil..” suatu pertanyaan? layak kah aku..? sedangkan aku hanya begini…untuk menjadi imam, ya Allah aku merinduinya ya Allah? Untuk berlaku adil?..entahlah. rezekinya ku masih ku tunggu dan ku masih nanti. 2) Syabab yang lahirnya adalah untuk dan sentiasa beribadat kepada Allah..dari awal muda kecilnya..sehinggalah ke tua remajanya…dan aku?..malunya nak cerita. Kalau dahulu? Oh dahulu…rindunya kepada yang dahulu….kerana aku yang kini….hu3. Moga aku menjadi mereka yang Al mustagfirin. 3) Dua pemuda yang berjumpa dan berpisah kerana Allah..dan terukir di hati-hati mereka kasih sayang adalah kerana Allah..Ini pulak bagaimana?..hmm, kalau nak di cerita Alhamdulillah, usainya hari ini yakni malam ini..aku dan sahabat seukhwah dapat berjumpa dan bertemu mata..walaupun hanya di sebuah kedai makan..namun kegembiraannya di rasa dan ukhwahnya masih lagi ada sinarannya..walaupun sebelum ini nampaknya amat malap sinarnya. Perjumpaannya tak terancang panjang, hanya sekadar ADHOC..namun alhamdulillah..semua dapat memenuhi undangan..dan walaupun aktivitinya tidak lah berprogram namun, aku yakin dan pasti berpisahnya kami dan bertemunya kami kali ini kerana Allah…Berlapang dada? Ukhwah? Kasih sayang? Tenang hati? Kegembiraan?...entah mengapa kali ini aku dan semua yang lain pun, aku pasti semua dapat rasakan yang sama…walaupun sebelumnya berkali-kali dah berjumpa..tapi tak pernah merasa seindah sebegini. Allahukabar.. Semoga kami menjadi golongan ini pun sudah cukup ya Allah…andai yang lain kami tidak layak ya Allah…Amin ya Rob .
Keempatnya, pemuda yang hatinya bertaut pada rumah Allah..hmmm, tanya iman ku? Apa jawapannya?..Allah akbar. Cukuplah pokok itu sudah bercambah kembali…biarlah dugaan dan cabaran iman sebelum ini menganggu suburnya dan hampir membunuhnya..namun pokok hijau itu kembali dan harap ia terusnya kembali..insyaAllah. Ke 5) pemuda yang dalam masa di goda dan di rajuk oleh seorang perempuan yang cantik dan berkredibelitasi, masih mampu berkata….LA !! INNI AKHO FALLAH…Allahu kabar…pastinya ia berat dan tidak sesenang dan sependek tulisan ini. Tiada dugaan yang terbesar dalam hidup seorang mujahid ini, melainkan di antaranya dugaan dari seorang wanita. Yang pastinya, di hatinya masih mengasihi dan meyayangi. Semoga Allah akbar melindunginya dan nya. Dan semoga Allah membuka jalan yang terbaik untuk mereka..insyaAllah. Ke 6) Tangan kanan yang memberi seolah-olah seperti tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberinya..ya Allah, semoga Allah mengurniakan aku dan menjadi aku dari golongan ini ya Allah. Berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah dan bertambahnya iman ku ya Allah, kerana semakin besar nya kekayaan dan kemewahan..semakin besarnya dan beratnya tanggunjawab. Semoga aku dipersiapkan untuknya ya Allah. Amin..Amin ..Amin. Dan akhirnya yang ketujuh, adalah satu golongan yang mata dan hatinya senang tiasa menangis kerana Allah..dan mengingati Allah. Allah akbar..duhai mataku?..bilakah air mu akan mengalir..duhai hatiku..sebaklah kamu..duhai iman ku…ITTAKULLAH..nescaya kamu akan di rahmatinya..insyaallah.
Alhamdulillah…erti hidup pada memberi, tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk menjadi sempurna..cukuplah kau sempurna kerananya..SAYANGLAH ALLAH..nescaya kau akan bahagia..buatlah kerana dan untuk Allah, itu lah segala-galanya..jangan lah gilakan kemewahan dan jangan lalai dengan dunia..Allah akbar…semua ini adalah peringatan dari sahabat-sahabat ku…semoga kami beramal dengannya…insyaAllah.

Monday, April 26, 2010

Masanya Kini...

Menanti Sebuah Jawaban..
Ya Allah..berikanlah aku akan jawapannya Ya Allah..jawapan sebuah persoalan yang bermain-main di legar pemikiran ku kini..Hu3..samada ia jawapan yang terbaik atau tidak, terpulang kepada mu Ya Allah. Cukup sudahlah ku berteka-teki selama ini, ataupun meneka persoalan yang bermain-main..samada silap pemahamanku atau tepat penekaan untuk ku mengesannya..aku mengharapkan kesudahannya. Andai kesudahannya masih sama maka samalah kesudahannya..kerana ia sudah jelas dan lebih lagi jelas. Namun andai tidak..ia adalah sesuatu yang sama-sama kita akan usahakan kembali. Betulkah atau tidak ini? Aku pun masih tidak jelas jua. Yang ku turutkan cuma adalah rentetan rasa di hati ini. Semoga ianya benar dan aku tidak tersalah lagi buat kali ini…hu3.
Ir jie ila Robbika Rhodiyatan Mardhiyah..

Saturday, April 24, 2010

Masanya Kini...

Seluruh “Insyaallah” mu akan di tuntut nanti..
Alhamdulillah..berlalunya satu hari yang penuh dengan aktiviti . Hu3, walaupun terasa keletihan yang amat, namun Alhamdulillah terasa kegembiraan yang amat rupanya. Oh indahnya..bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..itulah tanda-tanda ukhwah yang sejati. Terima kasih kepada rakan-rakan ku…walaupun mungkin masih ada yang ketinggalan dan tidak dapat mengikuti semua aktivit bersama yang kita rancangkan..namun Alhamdulillah semua yang hadir pun sudah cukup mengembirakan dan menghiburkan. Semua cukup sporting dan very supportive. Itulah ukhwah yang kita inginkan..semoga berkekalan sentiasa..walaupun jauh kita berada. insyaAllah.Amin.
Bwat Poker dan Hong..terima kasih atas sumbangan dan kemurahan hati anda untuk menjadi payung-payung besar terutamanya untuk setiap aktiviti-aktiviti yang kita lalui. Semoga Allah mempermurahkan rezki kalian dan bertambah-tambah dengannya. Terasa kagum amat apatah dengan sahaja melihat, malah sempat juga untuk bersiar-siar dengannya, iaitu sebuah Kia Forte dan Honda City yang menjadi kenderaan rasmi kita pada hari ini. Memang terbaik lah. Tidak dilupakan untuk si Bosan dan wustaz yang turut menjadi teman-teman yang menemani. Ha2…dengan adanya kita, cukup lah kot 5 orang, terasa cam nak bwat team “the loserz” jer. Macam citer kat cinema tadi kot.ha3..macho giler. Boleh kata setiap aktiviti kita yang nak bwat hari nie cam kita laksana mission-mission jer. Dan Alhamdulillah dengan kerjasama dan toleransi semua..setiap misi berjaya dengan jayanya…ha3. Betul tak kawan2? Betulkan..betulkan. hi3.
Bestnya hari ini..entah bila lagi nak bwat aktivit bersama ni..insyaAllah, mungkin suatu masa nanti.
“InsyaAllah”..”insyaAllah”..”insyaAllah”.. hu3, rasanya lebih dari 4 @ 5 kali aku melafazkannya tadi. Hu3, senang benarkan aku untuk melafazkannya hari ini. Hu3, tak sedarkah aku, bahawa setiap “insyaAllah” ku ini pasti akan dituntut nanti. Hu3..namun demikian, harus bagaimana untuk ku, sudah tiada terbit lagi sebuah jawapan yang kiranya terbaik untuk aku lafazkan selain daripadanya…Hmmm, begitulah, persis sebuah panggilan hari ini. Hu3..kiranya lama benar tidak berbicara dan bermanja dengannya..antara sebuah kerinduan dan sanjung tinggi ku padanya. Terkejut sebenarnya dan tak tersangka-sangka..sebab tak terfikir langsung..baru sahaja selesai solat jumaat..baru nak berangkat pulang. Tiba-tiba handphone ku berdering, hu3, nombor tak keluar nama..hu3, rasanya sebab hp rosak sekejap baru ni..banyak nombor yang hilang. Angkat jer phone..baru cam siapa yang telefon.Hu3. then, tak tau nak cakap apa? Tak pandai untuk meneka…Hu3.
Akhirnya..baru ku tahu atas sebab apa…hu3. Saat ketika inilah..”Insyaallah” menjadi jawapan ku. Hu3..tak tahulah. InsyaAllah..seharusnya akan, aku cuba penuhi..dan permudahkan urusan aku untuknya..namun tak tahulah..ku harus fikirkan dahulu. Yang dipinta semoga dipermudahkan sahaja. Nak tolak..segan rasanya orang dah jemput sendiri..nak pergi? Hu3, terasa berat jugak…insyaallah..baik aku fikir dahulu. Tapi pape, kita tengok kemudianlah. Alhamdulillah..walau apa pun..sebuah berita gembira yang ku terima. Kegembiraan sekadar untuk aku kongsikan bersama. Semuanya selamat dan bahagia..itu sahaja dan cukup chantek dan baik lah tue. Yang lain-lain semoga berjalan lancar seadanya…
Namun..setiap “InsyaAllah” yang ku lafazkan..akan ku cuba penuhi. Harus bagaimana??…wallahu allam. Semoga dipermudahkan untukku. Amin Ya ROBB.

Friday, April 23, 2010

Masanya Kini....

Ego kah aku? Keras hati kah aku?
Alhamdulillah..setelah bermalam-malam berhempas pulas menyiapkan slaid-slaid presentation..hu3, pagi tadi dah berjaya jugak present di depan prof. dan dr. dan rakan-rakan. Alhamdulillah juga…buat sekalian kali pertamanya..aku berjaya menyiapkan slaid dan berlatih seberapa kali sebelum present..ha3..terasa lebih bersedia dan hilang segala keresahan sekali ini.
Present awal pagi berlangsung elok dan seperti yang di rancangkan. Alhamdulillah..kali ini aku dapat menebus kembali kesilapan dahulu yang sebelum ini. Hu3, maafkan aku prof-prof ku dan dr-dr ku..aku akui silap ku…aku tidak prepared untuk masa yang dahulu dan kali ini aku akui aku sedia untuknya. Masih terbayang dan masih teringat, raut wajah dan setiap inci garisan mereka-mereka yang hadir untuk sesi pembentangan yang dahulu terpapar padanya kekecewaan dan Ya Allah, masih tidak dapat ku lupakan, ibarat penghinaan terbesar padaku..seakan wajah-wajah kasihan ini yang ditujahkan kepada diriku ini…namun, ia semua dah berlalu dan hari ini adalah hari ini. Berbeza memang berbeza, yang dahulu untuk research update..dan kali ini untuk journal club..tapi konklusinya tetap sama…mereka tetap menilai aku..dan juga mereka akan melabelkanku.
Cukuplah hilang keresahan di hatiku ini buat sementara selepas present, namun entah mengapa hari ini terasa kepelikannya dan datangnya selalu secara tiba-tiba…mengapa? Aku tak mengerti. Benci betullah..Dan akibatnya..aku mesti jadi begini. Selalu begini…seakan selalu nak bagitau..berhadapan dengan berkepala tujuh lagi aku sanggup dari mengenang perasaan ni maa…nak kata sebab yang mungkin after berjumpa dan berbincang dengan prof…entah rase cam biase jerr tadi. Mood prof pun baik-baik jer. Nak kate ade bengang ngan sape2…hmm, semalam adalah..dengan si hamud dan mat cley..tapi tak ambik hati pun..mungkin semalam tengah stress fikir nk present untuk hari ini..tu yang bengang sikit.tapi sekarang hati dah aman pun dengan mereka.
Hu3, mungkin juga sebab malam ini main futsal? Hmm..ya benar dan aku bermain dengannya. Alhamdulillah, hari ini performance bersamaan dengan 20. Creativity was very impressive. Shot on target…hmm, banyak yang cantek jugak..and scored, adalah sikit-sikit. Memang lah setiap kali turn nak main futsal mesti serabut sebab nak cukupkan orang, nak konteks orang tu..nak kontek orang nie..rimas tau..rimas..tapi takpelah nak main punya pasal..ok jer..gambate jer dan pulaknya, hari ini takdelah masalah cam selalu..semua berjalan amat lancar dan cantek aje.so, nak kate sebab ia pun bukan...begitulah pelik dan dan tetap perasaan pelik ni masih juga tak hilang-hilang? Sentiasa begini…perasaan ini, nak kata benci..entah? nak kate suke..Allahu akbar..letihnya nak fikir, tapi nak bwat macam mana. Dah begini. Dan beginilah aku, itu lah yang sentiasa menjadi perangkap jawapan aku.
Bila cuba tanya hati kenape? Hati jawab tak tahu..entah. xde pape cam xnak ngaku pape sedangkan perasaan cam datang daripada dia..hmm, okey takpelah biasalah tu dah ego dan sombong. Xkisah.. Dah tu bila tanya otak pula? Hmm, otak fikir..ha3 biasalah tu..letih lah kot tue..rest sekejap pastu okey lah. Hmm, bila tanya perut? Ecey3x…tadi dah bantai nasi lemak 3 pinggang after present..xkan problem lagi kot..minum kopi pun sudah..ape lagi. Something wrong ape hang nie? Hu3. Lagi bila tanya mata? Mata kate ade lah sesuatu…yang hang tengok tadi…tang tu yang bwat hang gila kot. Chaitt, camtu plak. Hu3. Bila tanya telinga? Hmmm, nak kate dengar lagu-lagu pelik2 takdelah plak lagi..hmm, skang baru tengah layan sambil taip2..hmm, adelah sikit terubat perasaan ni, hu3..biasalah lagu dulu-dulu orang kater..hi3. Tapi problemnya..masih xleh tido plak..demmm. Peliknya!! Apo kono jang oi jang?..Last skali, lupa nak tanya iman? Masalah apekah ana ini duhai iman? Yazid wa Yankus kah..itukah sebabnya? Kau kah yang sedang merajuk dengan ku? Kau kah yang menyebabkan berperasaan begini. Apa jawab iman ku? Diam….masih tak berkata-kata dan tetap tidak mahu berkata-kata….Allahuakbar, Allahukbar!! Apakah ini ya Allah..adakah ini suatu petanda ya Allah?. Petanda yang masih ku tercari-cari dan masih ternanti-nanti. Allahuakbar…aku mengeluhhhh panjang.

Thursday, April 8, 2010

Masanya Kini.....

Malam ini malam kerinduan..

Ya Allah, malam dah nak separuh abad..namun otak aku ni semakin jam berdetik semakin ia untuk celik. Adakah sebab aku dah tidur sekejap tadi awal tadi…adakah itu yang menjadi puncanya ataupun sesuatu yang lain…hu3. Ntah, aku pun pening, sokmo begini…pah ceroh lah gamaknya.

Hahaha, seperti benar post kawanku di laman facebook nya, ibarat seperti ada alat dreammaker kat dalam kepala hotaknya…menyebabkan beliau euphoria. Cheh, begitu juga aku terasa, seolah-seolah alat dreammaker yang kalu mengikut komik pendekar laut bagi sesiapa yang mengikuti cerita-cerita sebegi ni. Pasti akan mengetahui kehebatan alatan ini. Aku sendiri seolah-seolah terasa seperti di induksi olehnya dan seakan dah berada di tahap 900 ribu hp dah aku nie…setaraf dengan kekuatan pendekar laut dan pendekar seabadnya…ha3, Penjejak Neraka idola ku, Jerung Raksasa dan Orga antara-antara yang terkuat. Huh !! bagaimana nak tidur? Paginya nanti dalam kul 2.40 pagi nak pergi tengok bola sekejap. Bukan ape? Musim champion league, sayang tak tengok..game pun bukan calang-calang MU lawan Bayern Munich. Of course, lah nak pergi tengok sebab bukan sokong salah satu team yang bermain..tapi sebab nak pergi tengok kekalahan satu pasukan yang sampai bila pun aku tak berminat nak sokongnya….Cuma aku akui kehebatan nya…ha3. Xpelah, harap nanti may the best team wins..okay.

Lampu dah tutup, facebook dan tutup…tapi mata tetap tak leh nak pejam…kecewa-kecewa. Dah lah esoknya nak kena pergi lab awal-awal…bos datang, lagi ada presentation..pe hal? Boleh ka nie…tengok bola lagi…kang tertidur plak..mampus aku. Nama aku dah lah buruk dah skang nie..hu3, nak wat camne, ape nak jadi jadi lah….ha3. Nama jer tutup lampu…tapi laptop masih terpasang, layan lagu-lagu sikit sambil-sambil nak cuba tidur…ha3, tapi cam silap sikit jer malam ni, kata nak tidur awal..tapi entah kenapa mood malam ni layan lagu-lagu rock orang putih pulak, 3 Doors Down-Here without you, Creed-One last breath, Trap-Headstrong, Hoobastank-Crawling in the dark, Simple Plan-Addicted….cam siot jer.Kononnya berlatih tuk karok lah..ha3, cam dapat bawak jer, keh3x. Habis nak tiduq cam ne? ntah, apa-apa ajelah. Ha3, entah mungkin sebab tengah-tengah maghrib tadi tetiba-tiba terbau plak bau orang masak sup perut, hu3, konpius gak, mane dorang dapat perut lembu kat tengah-tengah Bandar K.L ni…cam tak logic ajer..kot-kot perasaan aku je kot. Lagi pulak, bau sup perut tue plak persis masakan mami. Allahhuakbar tak leh nak bayang pulak rasanya mengidam nie…sokmo mami masak hari-hari jumaat, selalu lepas solat jumaat lah makan ngan abah, mami dan semua yang ado kat rumah. Terbaik lah punya. Kalu perah asam limau nipis dan letak cili burung, mak aihhh..lagi terbaik ore kato..ha3. bestnya…bestnya. Tapi nak wat camne? Dah budget doh..kalu balik umah pun..bulan 5 nie..ha3, nampaknya..mengidam lagi lah jawabnya..keh3x. Malam ini malam kerinduan..malam kerinduan. He3.

Cukuplah setakat tue jelah…yang lain tak yah nak cerita lah…cukup dengar lagu sudah lah. InsyaAllah pasti ada sesuatu padanya….