Monday, June 23, 2008

Madu 4: Manisnya Sebuah Ujian

Alhamdullilah, Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjat kepada Ilahi diatas segala nikmat dan limpah kurnianya yang tak terhingga keatas daku. Dan daku mohon keampunan dan kasih sayang-Mu jua ya tuhan, diatas dosa dan salah silapku. Moga-moga daku menjadi orang yang sebenar-benarnya beriman dan bertakwa kepada-Mu.

"aiwah", nampaknya sudah lebih seminggu saya tiada menulis di blog ini. Biasalah idea kekadang datang, kekadang tidak. Justeru itulah, sempena kehadiran idea ini, saya mengambil sepenuh-penuh peluang pada malam ini untuk mencoretkan tulisan saya ini untuk tatapan sahabat-sahabat agar dapat jugalah menjadi santapan rohani dan minda kita semua. Insya Allah, Inna Allaha Ma'ana.

Sedarkah kita bahawa semenjak dua menjak ini, kita didengari dengan pelbagai berita dan cerita sedih samada yang menimpa kita atau sahabat-sahabat kita. Berita dan cerita yang kurang menyenangkan hati ini sudah pastinya tiada siapa yang menginginkan lumrahnya, apatah jua mereka yang mendengarnya tentang seseorang yang lain, sudah tentu nyata mereka juga tidak gembira dan seboleh-bolehnya mengelakkan dari mendengar perkara-perkara tersebut. Namun itulah hakikat ujian daripada Allah. Sesungguhnya ia sangat pahit untuk ditelan namun tidak dapat tidak terkandung sebuah kemanisan bagi mereka yang mengerti tentangnya.

Pelbagai hal yang telah berlaku kebelakangan dahulu, membuatku makin mengerti rahmat ujian yang Allah berikan kepada kita. Begitulah kita semakin kita diberi rezeki oleh Allah hendaklah kita bukan setakat bersyukur sahaja semata-semata namun harus dilengkapi dengan rasa kesabaran akan nikmat Allah itu. Begitu juga sebaliknya, tatkala kita diuji dengan pelbagai mehnah dan halangan samada ujian hidup, ujian pekerjaan, ujian akademik, ujian hati perasaan dan sebagainya hendaklah kita sentiasa bersabar dan bersyukur ke atasnya. Ini kerana kedua sifatnya ini sentiasa berseiringan dan tidakkan berasingan. Bersyukurlah kita diatas segala nikmat yang diberikan, sudah namanya manusia kekadang kita sering terleka dan hanyut tatkala diberi nikmat yang pelbagai. Mulalah kita terasa ego, jauh dan lari dari sang Pencipta, sedangkan jika kita menyedarinya bahawa semua nikmat dan rahmat yang diberi itu jugalah adalah satu ujian yang digunakan untuk mengukur sejauh mana kekuatan iman dan takwa kita. Alangkah ruginya, dan makin bertambah dirisaukan, tatkala kita semakin jauh-lalai daripada-Nya, makin ditambahi nikmat dan rahmat ujian yang Allah turunkan, maka sungguhnya makin sesat dan hinalah kita di akhirat sana nanti. Tertipu sendirian laksana Firaun, Haman dan Namrud. Allahu Akbar~kecewanya Ya Allah, kecewa sungguh.

Belum habis dengan ujian rahmat yang Engkau berikan ditambah pula dengan ujian kehibaan dan malapetaka makin bertambah-tambah kealpaan kami. Alangkah bersyukurnya, jika dengan ujian ini kami sedar kembali dan bersabar terhadap segala ujian-Mu. Tetapi apa yang dirisaukan sekiranya dengan ujian dan malapetaka ini menyebabkan kita pula menyalahkan tuhan Pencipta dan berputus asa serta berpatah arang dengan si Dia. Kita mempertikaikan kenapa kita diuji? kenapa azab ini ditimpakan kepada kita? dan kenapa tidak bukannya orang lain?. Astagfirullah ~ Ya Allah, ampunkan doa kami dari awal hingga akhir hidup kami Ya Allah. Bukan apa kerana kami tahu Ya Allah, bahawa sesungguhnya tiada pun sedikit kerugian terhadap mu jikalau kami berpaling dengan-Mu, malah kamilah yang akan binasa oleh azab seksa-Mu, senantiasa sedia menanti untuk menghukum kami. Kerana apa ya Allah, kerana kami sedari diri kami adalah hambaMu, nikmat-Mu tidak terhitung kiranya, apakah kami hendak bandingkan dengan seringan-ringan ujian yang Engkau timpakan keatas kami dengan kepelbagaian nikmat yang telah Kau susulkan kepada kami. Malunya kami, bodoh sombongnya kami, maka wajarlah kami dihukum dan diseksa seberat-berat itu. "huwwaah", jangan ya Allah, jangan Kau golongkan kami dalam golongan itu, akan kami sentiasa memohon doa kepada-Mu, selamatkan kami. Selamatkanlah kami.

Ya Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Sayangilah kami dan dengan sifat rahman-Mu, sebagaimana sayangnya kamu terhadap seluruh isi dunia ini. Dan kasihkan dan kasihanilah kami duhai Ar-Rahim, Oh siapakah tidak merasa betapa bahagianya apabila merasa diri dikasihi dan dikasihani, lebih-lebih lagi dari Zat yang Esa, Tuhan sekalian Alam. Itulah cita kami. Itulah matlamat kami. Allah~hanya dengan rahmat-Mu sahaja kami akan berbahagia dan kami cintakan kepadanya ya Allah. kurniakankanlah.....