Sunday, June 29, 2008

Madu 5: Manisnya Doa Seorang Muslimah


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani. Firman Allah :

"Kul in kuntum tuhibbuna Allaha fatthobi'uuni, Yuhhbib kumullahu wayaghfirlakum zunubakum, Wallahughafururahim"
(Al-maidah, 31).


Doa Seorang Akhawat

Tatkala kini aku, berdoa untuk seorang pria yang akan menjadi bahagian dari hidupku. Seorang pria yang sesungguhnya mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu. Seorang pria yang akan meletakkan diriku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau dan rasul-Mu. Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu. Seorang pria yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk meneladani sifat-sifat Agung-Mu. Seorang pria yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seorang pria yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas. Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku. Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah. Seorang pria yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku. Seorang pria yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi. Seorang pria yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya. Seorang pria yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya. Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya. Seorang pria yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seorang pria yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan demikian itu juga aku meminta:

Jadikanlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat pria itu bangga. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah Sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku. Berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja. Berikan aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

***

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan "Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepada kami seseorang yang dapat membuat hidup kami menjadi sempurna". Kami mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Adaptasi dan modifikasi puitis serta optimisasi sendiri berdasarkan pujangga asal dari seorang teman bernama "muslimah".


Wallahu Allam. Allahu~Rabbuna.

Monday, June 23, 2008

Madu 4: Manisnya Sebuah Ujian

Alhamdullilah, Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjat kepada Ilahi diatas segala nikmat dan limpah kurnianya yang tak terhingga keatas daku. Dan daku mohon keampunan dan kasih sayang-Mu jua ya tuhan, diatas dosa dan salah silapku. Moga-moga daku menjadi orang yang sebenar-benarnya beriman dan bertakwa kepada-Mu.

"aiwah", nampaknya sudah lebih seminggu saya tiada menulis di blog ini. Biasalah idea kekadang datang, kekadang tidak. Justeru itulah, sempena kehadiran idea ini, saya mengambil sepenuh-penuh peluang pada malam ini untuk mencoretkan tulisan saya ini untuk tatapan sahabat-sahabat agar dapat jugalah menjadi santapan rohani dan minda kita semua. Insya Allah, Inna Allaha Ma'ana.

Sedarkah kita bahawa semenjak dua menjak ini, kita didengari dengan pelbagai berita dan cerita sedih samada yang menimpa kita atau sahabat-sahabat kita. Berita dan cerita yang kurang menyenangkan hati ini sudah pastinya tiada siapa yang menginginkan lumrahnya, apatah jua mereka yang mendengarnya tentang seseorang yang lain, sudah tentu nyata mereka juga tidak gembira dan seboleh-bolehnya mengelakkan dari mendengar perkara-perkara tersebut. Namun itulah hakikat ujian daripada Allah. Sesungguhnya ia sangat pahit untuk ditelan namun tidak dapat tidak terkandung sebuah kemanisan bagi mereka yang mengerti tentangnya.

Pelbagai hal yang telah berlaku kebelakangan dahulu, membuatku makin mengerti rahmat ujian yang Allah berikan kepada kita. Begitulah kita semakin kita diberi rezeki oleh Allah hendaklah kita bukan setakat bersyukur sahaja semata-semata namun harus dilengkapi dengan rasa kesabaran akan nikmat Allah itu. Begitu juga sebaliknya, tatkala kita diuji dengan pelbagai mehnah dan halangan samada ujian hidup, ujian pekerjaan, ujian akademik, ujian hati perasaan dan sebagainya hendaklah kita sentiasa bersabar dan bersyukur ke atasnya. Ini kerana kedua sifatnya ini sentiasa berseiringan dan tidakkan berasingan. Bersyukurlah kita diatas segala nikmat yang diberikan, sudah namanya manusia kekadang kita sering terleka dan hanyut tatkala diberi nikmat yang pelbagai. Mulalah kita terasa ego, jauh dan lari dari sang Pencipta, sedangkan jika kita menyedarinya bahawa semua nikmat dan rahmat yang diberi itu jugalah adalah satu ujian yang digunakan untuk mengukur sejauh mana kekuatan iman dan takwa kita. Alangkah ruginya, dan makin bertambah dirisaukan, tatkala kita semakin jauh-lalai daripada-Nya, makin ditambahi nikmat dan rahmat ujian yang Allah turunkan, maka sungguhnya makin sesat dan hinalah kita di akhirat sana nanti. Tertipu sendirian laksana Firaun, Haman dan Namrud. Allahu Akbar~kecewanya Ya Allah, kecewa sungguh.

Belum habis dengan ujian rahmat yang Engkau berikan ditambah pula dengan ujian kehibaan dan malapetaka makin bertambah-tambah kealpaan kami. Alangkah bersyukurnya, jika dengan ujian ini kami sedar kembali dan bersabar terhadap segala ujian-Mu. Tetapi apa yang dirisaukan sekiranya dengan ujian dan malapetaka ini menyebabkan kita pula menyalahkan tuhan Pencipta dan berputus asa serta berpatah arang dengan si Dia. Kita mempertikaikan kenapa kita diuji? kenapa azab ini ditimpakan kepada kita? dan kenapa tidak bukannya orang lain?. Astagfirullah ~ Ya Allah, ampunkan doa kami dari awal hingga akhir hidup kami Ya Allah. Bukan apa kerana kami tahu Ya Allah, bahawa sesungguhnya tiada pun sedikit kerugian terhadap mu jikalau kami berpaling dengan-Mu, malah kamilah yang akan binasa oleh azab seksa-Mu, senantiasa sedia menanti untuk menghukum kami. Kerana apa ya Allah, kerana kami sedari diri kami adalah hambaMu, nikmat-Mu tidak terhitung kiranya, apakah kami hendak bandingkan dengan seringan-ringan ujian yang Engkau timpakan keatas kami dengan kepelbagaian nikmat yang telah Kau susulkan kepada kami. Malunya kami, bodoh sombongnya kami, maka wajarlah kami dihukum dan diseksa seberat-berat itu. "huwwaah", jangan ya Allah, jangan Kau golongkan kami dalam golongan itu, akan kami sentiasa memohon doa kepada-Mu, selamatkan kami. Selamatkanlah kami.

Ya Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Sayangilah kami dan dengan sifat rahman-Mu, sebagaimana sayangnya kamu terhadap seluruh isi dunia ini. Dan kasihkan dan kasihanilah kami duhai Ar-Rahim, Oh siapakah tidak merasa betapa bahagianya apabila merasa diri dikasihi dan dikasihani, lebih-lebih lagi dari Zat yang Esa, Tuhan sekalian Alam. Itulah cita kami. Itulah matlamat kami. Allah~hanya dengan rahmat-Mu sahaja kami akan berbahagia dan kami cintakan kepadanya ya Allah. kurniakankanlah.....

Saturday, June 14, 2008

Madu 3: Manisnya Sebuah Kesabaran.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani, daku mulakan kata bicara untuk kali ini. Moga-moga sifat Ar-rahman dan Ar-rahim-Nya senantiasa bersemi dihati-hati kita bersama. InsyaAllah Bi'izznillah.

Seketika marilah kita merenung dan beriktibar dari firman Allah dalam kitabNya yang agung; "Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" ~Surah Al-Asrr.

Kesabaran~ ia bukanlah suatu kalimah yang luar biasa yang kita dengari, kekadang sudah luak dan juak kita membicarakan tentangnya. Tiada apalah yang ingin kita dengari darinya, bosan dan membosankan. Tetapi hakikatnya, walaupun sejauh mana kita merasa juak dan jemu dengannya, kalimah sabar@bersabar@membicarakan kesabaran ini hanyalah sesuatu yang dipandang sebelah mata dan biasa bagi kita. Namun, ia hanyalah suatu kemanisan yang tak tergambar oleh mata-mata lendir dan hanya dapat dirasai bagi diri yang telah terdidik dengannya.

Lihatlah sajalah contoh-contoh sebagaimana Bilal bin Raabah alahi salam, dimana beliau diseksa dan diuji dengan seberat-berat ujian ditimpakan keatasnya. Bagaimanapun, berbekal keimanan yang teguh, tauhid yang kudus dan suci, keimanan dan ketakwaaan Bilal sedikit pun tidak tercalar dek seksaan yang penuh azab dan pedih pada pandang kebiasaan orang, tetapi tidak bagi Saidina Bilal, segala seksaan yang ditimpakan kepadanya hanyalah tak ubah seperti ibarat pukulan kanak-kanak kecil yang tak bermaya yang dihempaskan ke setiap pelosok batang tubuhnya jika dibandingkan dengan azab-azab Allah yang Maha dahsyat peritnya. Begitulah Bilal, seorang hamba abdi yang tiada punya apa melainkan ketakwaan dan kesabarannya yang cukup hebat. Kesabarannya yang tinggi adalah dan keimanan yang teguh menjadikannya antara 10 sahabat Rasullulah yang dijamin masuk ke syurga.

"Aiwahh Ya Bilal". Kisah kesabaran Bilal ini terlalu banyak memberi kesan kepadaku. Berusaha menjadi seorang yang bersabar dan bertakwa bukanlah sesuatu yang mudah dan senang bagi insan kerdil sepertiku ini. Kekadang melayan perasaan amarah dan nafsu serakah diri mudah menyebabkan aku menjadi seorang insan yang bengis, ego dan tiada tolak ansurnya. Na'uzubillahiminzalik.

Madu 2: Manisnya Sebuah Perhubungan

Subhanallah walhamdullilah wallahuaakbar..

Allah ~ mengapa terasa jauh sungguh hati ini dengan diriMu kali ini. Alangkah lalainya daku ya Allah, sudah letihku membiarkan diri ini merasa segan dan malu terhadapMu ya tuhan. Tetapi mengapa semakin kali semakin aku terus dihimpit perasaan selesa dan senang terhadap d0sa-dosa. Ya Allah, aku benar-benar pohon kemaafanMu. Aku merayu keampunanMu. Aku rindu Kasih dan aku rindu Sayang Mu.

Sesungguhnya aku terkenangkan saat persekolahanku dahulu. Daku terasa saat itu adalah paling sempurna namun sedihnya hati ini, terasa sungguh menyesal dan terkilan rasanya kerana disaat tamat persekolahanku, masih banyak lagi ilmu dan kemanfaatan yang masih aku belum aku kaut secukupnya dari para ustaz dan ustazah yang gigih mendidikku. Setelah itu baru ku sedar akan kehilangan ini, rupanya pengajian di matrikulasi dan Universiti tidak seperti disekolah. Banyak persamaan dan perbezaannya akan tetapi sudah nasi menjadi bubur, masa takkan berpatah kembali. Dan daku tidak akan kembali muda, umur pasti bergerak. ku teruskan perjuangan ini.

Matrikulasi Kedah masih lagi selamat, kerana kewujudan beberapa sahabat-sahabat persekolahanku . Merekalah teman sejati, merakalah pembimbingku, merakalah nasihatku. Kami saling jaga menjagai, mungkin ada yang sesetengah kami yang lalai dan mula terhenjut kepada kejutan budaya, yang jauh berbeza di masa persekolahan, namun yang tinggal, Alhamdullilah sedaya berusaha mengawal diri, dan tidak terus leka dengan perubahan. Kami cuba menjadi benih yang baik, dicampak ke mana kami pasti menjadi pulau penuh dengan buah-buahan, dipetik orang untuk mendapat manfaaatnya. InsyaAllah kami berjaya bi'iznillah.

Zaman di matrikulasi berakhir, kami berpisah jua. Perpisahan yang tidak dapat dihalang. Masing-masing bersama hala tuju dan matlamat masing-masing. Begitulah aku datang ke UKMKL, hatiku biasa dan tanpa apa-apa. Cuma sedikit hiba kerana tidak bersama-sama dengan sahabat-sahabat persekolahan. Termenung jauh ku sesekali semasa MINGGU MESRA MAHASISWA apabila mengenangkan nasibku di UKM nanti. Telah banyak ku dengari dari abang dan kakakku, media massa dan majalah akan keruntuhan akhlak remaja selangkah ke alam menara gading. Pergaulan bebas disana-sini. Oh!! rosaknya. Disaat ini baru ku terasa betapa ku merindui perhubungan ku bersama-sama teman-temanku. Kami adalah antara satu sama lain. Dicubit paha kanan, paha kiri pasti merasai bersama. Namun demikian, Alhamdullilah. Allah masih menyayangi ku, tidak pernah ku terfikir selama ini. Diriku yang berkeseorangan ini rupanya berserta seorang temanku yang lain cuma tidak diketahui bahawa dia turut ditempatkan bersama-sama kami. Lega dan syukur hatiku kerana ada juga sahabat yang dapat sama-sama jaga menjagai antara kami.

Namun ianya tidak terhenti setakat itu sahaja, aku dikejutkan juga dengan kehadiran sahabat abangku yang juga seniorku di sekolah. Pertama kali aku melihatnya, aku tidak menyapanya mungkin disebabkan segan dan malu. Namun kami tetap bertemu, pertemuan yang telah ditakdirkan. Sahabat abangku menegurku di surau dan dari situ bermulalah bibit-bibit perhubungan yang tidak cukup tidak semanis saat persekolahku. Nyatalah pertemuan ini tiadalah tidak bererti melainkan suatu sinar baru dalam diriku. Sinar yang merubah seluruh perjalanan hidupku di Universiti.



Madu 1: Manisnya Sebuah Seperjuangan


IKHLAS DARI KU

Aku bukan seperti engkau sangkakan

pura-pura di dalam berjuang
.
Aku tak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga.

Jika ada benci dihati
, oh katakanlah padaku.
Relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga.

Kerna tidak sanggup lagi, mempermainkan dustur Ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa.

Tuhan...mohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali.
Teman...kita patrikan disini

berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik Ilahi.

Alhamdullilah, Syukur pada mu Ilahi, bahawa esok tanggal 16hb jun 2008 akan kembalinya ayahanda dan mami bersama-sama adindaku dari tanah suci. Moga Allah senantiasa merahmati perjalanan mereka sehingga selamat sampai ke kampung halaman.

Ayahanda sentiasa menakjubkan. Apatah lagi ditemani mami yang cukup setia , aku mengharapkan perjalanan ke tanah haram kali ini penuh makna. Ayahanda senantiasalah doakan anakandamu disini, nasihatmu dan tingkahmu penuh berbekas pada setiap langkahku. Ayahanda kau bukan orang sebarangan, kaulah idola kami, anakanda-anakandamu. Mungkin kau jarang-jarang berada di rumah, petahmu sedikit sebanyak dapat kami kira, kau tidak banyak bergurau tapi kami senantiasa senang hati dengan dirimu.

Ayahanda maafkanlah anakanda, andai sekiranya anakanda masih lagi tidak dapat memenuhi keinginanmu berdua. Dan pastinya anakanda selalu menjadikan keinginan ayahanda dan mami yang paling utama dalam hidup anakanda selepas ALLAH dan RASUL. Buat mami selamat kembali, anakanda rindu akan dirimu, ku tahu keinginanku kembali ke kampung halaman pastinya cukup mengembirakan hati keibuanmu, tapi apakan daya ayahanda masih tidak mengizinkan untuk anakanda kembali duhai mamiku. Anakanda masih perlu berjuang di sini mami, restuilah anakanda.

Sememangnya hati anakanda sudah tidak berada di sini lagi mami, hanyalah jasad semata-mata. Tapi apakan daya mami, aku masih perlu berjuang di sini, di bumi orang bertualang sendirian. Ini amanah ayahanda, maksudnya amanahmu jua mamiku. Usahlah aku berduka lagi, ayahanda, mamiku. Sampai masanya aku pasti kembali.

Moga-moga pengembalianku disisi mu berdua ditemani oleh kegembiraan yang terbesar yang pasti ku bawa bersama-samaku untuk tatapan ayahanda dan mami. InsyaAllah, wa Biizniillah.

Thursday, June 12, 2008

Kelahiran sebuah Blogger "Agung" MenYerikan Kamar-kamar Internet.

Tanggal Kelahiran Si Penghias indah menyerikan spot-spot blog massa.Kian kini menjadi perbualan hangat semua isi pati blogger-blogger. Kehadiran blog ku ini bertajuk "7 Madu: Manisnya", di harapkan pastinya menjadi perbualan hangat muda remaja, muslimin muslimat se-antero negeri di Malaysia ini.
Lawatlah kepadaku, dan besertalah denganku...kerana pasti pelbagai input dan penjana minda pasti kalian dapati dalam sebuah blog agung ini.Di harapkan kalian sudi untuk bertatih membaca komen-komen dan petikan-petikan yang akan ku paparkan kerana ia bisa bangat memeruk dibenak-benak hatimu.
InsyaAllah, dimulai dengan lafaz kalimah mulia "Bismillahirrahmanirrahim", akan ku persembahkan kelahiran blog ini. Semoga kalian yang melawati blog ini mendapat rahmat dan redha Allah serta turut sama mendoakan kesejahteraan ku bersama Madu-Maduku (moga dipermudahkan), Akhirul Kalam;
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.