Sunday, October 18, 2009

Masanya kini......

Hari-hari Bosan….

Hari-hari daku yang membosankan. Maka benarlah sang hujung minggu ini selalunya membawa berita dan cerita yang sama dan serupa sahaja di hari-hari aku berada di kota kuala lumpur ini. Kebosanan yang memenuhi daku kekadang menganggu dan merimaskan seolah-olah hidup ini kekosongan benar tanpa apa-apa untuk dilakukan.

Hari-hari yang dipenuhi sungguh membosankan, apakah benar daku ini begitu membosankan. Walaupun hujung minggu aritu bukannya tiada sebarang jemputan “open haus” yang diterima dan untuk dipenuhi, namun entah mengapa seolah hanya badan sahaja yang menghadirinya. Makan pun makan, minum pun minum…tapi entah kenyang dan selera nya jua tiada.

Kembali ke rumah..hal yang sama berulang-ulang, hati mana yang tak jemu dan jemu. Kebosanan sungguh dan sesungguhnya. Sudahlah, kawan-kawan serumah banyak yang tiada, daku yang di rumah sunyi keseorangan. Allahhu akbar…terasa sungguh.
Kebosanan..kebosanan…apakah ertinya. “ sedarlah diri..dikau adalah khalifah Allah yang dijadikan untuk beribadat dan menyembah Allah..andai kau mengerti sebenarnya tiada masa dan waktu untuk kau berasa senang dan lena sedetik pun”…andai kau tau. Sesungguhnya maut semakin hampir, umur jua semakin panjang. Dan yang paling hampir dengan mu tetapnya kematian. Sedarlah diri..sedarlah.

Hu3….