Friday, May 14, 2010

Masanya Kini..

Selamat Hari Ibu..
Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala kemudahan dan kenikmatan pada diriku..sedang aku menyedarinya atau pun tidak aku mneyedarinya. Betapa dalam seminggu ini..benar-benar rasa syukur yang mendalam padamu Ilahi kerana nikmat dan rahmat mu masih membuatku terasa untuk bersiap dan menghadapi segala kesukaran dan ujian-ujian yang menimpa tiba. Ya allah terkadang ku terasa akan kelemahannya...terkadang ku terasa kekurangannya...terkadang ku rasa terputus harapannya..namun Alhamdulillah masih ada mu yang bersamaku ya Allah. Semoga aku menjadi hamba mu yang bertakwa dan beriman kepada mu ya Allah.
Ya Allah…terasa berharganya perasaan ini ya Allah. Seandainya kini, baru ku bertambah mengerti akan ia ya Allah. Hu3, betapa kasih ibu sentiasa ke syurga..kasih ayah di kendong bersama. Sumayyah, safiyyah dan syazani..hu3, dalam banyak karenah dan kenakalan masing-masing..kalian banyak mengajarku..sesuatu yang mungkin sebelum ini ayah an kian terlupa dan pastinya kurang mengambil berat akannya.. karenah kalian banyak mengingat kepada bagaimana kasih sayang, tolak ansur, kuat, tabah dan sabarnya tok mi dan tok bah kepada ayah an, ibu kamu bertiga serta pakcik-pakcik kamu yang lain dalam mendidik dan membentuk kami-kami semua menjadi insan-insan yang berguna. Hu3..kalau dulu mengapa ayah an sentiasa memikirkan bakpe dan kenapa, tok bah dan tok mi sentiasa memarahi kami, anak-anak mereka. Abah walaupun jarang-jarang sekali abah memarahi dan menegur secara direct, abah lebih jelas dengan caranya yang sentiasa kool dan tenang. Menunjukkan contoh-contoh baik yang sentiasa kami tetap dan selamanya akan respek dan menghormati abah. Abah tak pernah lupa tanggungjawab abah..walaupun dalam masa kesibukan abah dulu dan sekarang, abah memang seorang yang sibuk..sibuk untuk dunia dan sibuk juga untuk akhirat..abah memang hebat. Walaupun gaji prof lokman mungkin lebih besar sikit daripada gaji abah..tetapi ayah an yakin dia tetap tak sehebat tok bah. Di raut wajah tok bah ada sinar yang takkan sama pada sesiapa pun…semoga ayah an pun menjadi seumpamanya. Hu3..walaupun sesekali ayah an rasa cam kecewa dan sikit terkilan jugaklah,bukannya apa? Terkadang terfikir..apakah ayah an ni tak layak dan tak sehebat yang lain?.. sebab tok bah..selalunya tok bah lebih banyak mengajar dan memberi pengajaran-pengajaran kepada ayah-ayah kamu yang lain. Sedangkan ayah an..tok bah sekadar hanya menghulurkan 2-3 nasihat ringkas untuk ayah an sampai ke hari ini. Hu3..tapi hari ini, anak-anak ku..ayah an dah mengerti..kenapa begitu..hu3. ya Allah..aku sayang kan abah ya allah..semoga engkau senantiasa melindunginya, merahmatinya dan menyayanginya ya Allah..kerana aku tahu beliau sangat menyayangi Mu dan rasul Mu dan agama Mu. Allahu akhbar.
Mami…tiada kata secantik diri mu yang senantiasa mendidik kami dan mengajar kami. Mami dalam marah, tangis, sedih dan gembira mu….betapa aku kini mengerti bahawa entah atau tidak dik an dapat membalas dan senantiasa mengembirakan mami. Dik an pinta tiada sekalipun kata-kata atau perbuatan atau apa-apa yang dik an lakukan mengguris dan tersimpan lama di hati mami. Dan konfemnya, pastinya akan ada dan senantiasa ada. Semoga mami tetap dengan kemulian dan keagungan yang pasti di kurniakan pada setiap ibu di dunia ini…iaitu untuk memaafkan dan meyayangi. Mami , dik an dah rasa dah kenakalan sumayyah, safiyyah dan syazani..hu3, memang sangat dan tersangat nakalnya…kesian gak sampai kak yah pun tak menang tangan menanganinya…tapi tak pelah..pastinya kak yah pun dah jadi sehebat dan sebaik seperti mami dalam menjaga anak-anak. Betapa rasa sedih..malu..gembira dan sayang pun ada untuk di ucapkan, dik an tak tahulah nak ucapkan bagaimana mami menjaga anak-anak mami sebelas-belas orang ni. Masing-masing punya fi il dan karenah sendiri. Abe rih perangai dia..abe pik pun ada masa dia..kak yah lagi..anak perempuan tunggal masa tue..hinggalah lahir adik jue dan adik kimah. Pastu datang pulak gerombolan kedua, sesi anak lelaki..start dari abe le..abe de, nudin..pah dik an..imi dan mat e. Betapa tak leh nak bayang..kalau lah dulu dik an dan bebudak ni senakal sumayyah, safiyyah dan syazani nie..betapa tahan, cekal dan tabahnya mami menjaga kami. Hu3…sedangkan bakpo lah pada masa tue..kami semua tak pernah terfikir nak gembirakan hati abah dan mami. Tapi Alhamdulillah..dalam banyak-banyak putra dan putri mami dan abah..semuanya Alhamdulillah menjadi belake..tak tahulah sampai mana tahap menjadinya..tapi andai kata anak-anak ini menjadi pelaburan untuk abah dan mami suatu masa nanti..dik an jamin abah dan mami..mami dan abah..adalah orang yang paling beruntung..sebab pastinya segala apa yang mami dan abah laburkan ini..pastinya akan membawa pulangan yang paling besar nanti. Dan untuk mami dan abah..secara personal dik an buleh simpulkan, walaupun dik an bukan pelaburan yang terbaik untuk abah dan mami, jika di bandingkan dengan adik-adik dan abang-abang yang ada..tapi dik an harap sedikit sebanyak dik an dapat jadi modal dan harta untuk mami dan abah nanti di hari akhirat sana nanti. Dan dik an akan terus dan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk abah dan mami. Agar selepas ni mami dan abah takkan teukir lagi kekerutan. kegelisahan dan kesedihan yang dahulunya ada dan timbul di saat mami dan abah melayan karenah-karenah kami khususnya anak mu… adik an ini.
Selamat hari ibu mami….dan selamat hari ibu, yang senantiasa ku anggap di kau sebagai mami juga, semoga Allah sentiasa merahmatimu dan mu..dan ingatlah kerinduanku sentiasa untuk mu dan mu. InsyaAllah, ku sentiasa akan berbakti kepada mu dan mu. Amin.