Sunday, March 22, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (4)


Andai Ia sekadar sebuah WISH…?


Sesaat ku memandang di setiap perjalanan ku di highway-highway dan jalan-jalan kecil dibandaraya kuala lumpur ini. Tak lekang akan perjalanan ini memandang asyik kehadiran dan pergerakan kereta Toyota Wish. Meluncur penuh kelajuan dijalan-jalan besar mengambarkan kekuatan dan kehebatan sebuah MPV dari jenama Toyota, perlahan penuh berhati-hati, dijalan-jalan kecil pula menunjukkan kecenderungan dan kesayangan sang pemilik akan MPV yang dipunyai. Betapa ia sangat menjaga dan menghargainya. Begitulah juga akan diriku betapa dapat kurasakan, kehadiran Wish sahaja sudah tentu membuatkan ku ghairah sendirian. Ghairah yang bukannya disulami dengan noda, akan tetapi ditunjangi kecintaan dan kasih sayang yang penuh suci dan mulia. Mungkin penuh persoalan bermain di fikiran ku. Apakah yang aku lakukan untuk memilikinya. Memiliki? Sudah pasti tidak, aku tidak menganggap kehadiran MPV ini suatu pemilikan oleh diriku. Akan tetapi sebuah perkongsian dan perjuangan antara aku dengan Wish dalam menuju keredhaan Ilahi. Dari sebuah ke sebuah kereta Wish, aku perhatikan. Setiap satunya laju memecut dari arah sisi, kanan dan kiri memotong kenderaanku. Disebelah sininya Wish, sebelah sananya Wish dan segalanya Wish. Begitulah, andai diriku menganggap ia hanya sebuah Wish,sudah pasti dan sudah tentu aku tidak segusar begini.

Begitulah hakikat sebenarnya, untuk mendapatkan Wish ini tidak, semuanya aku bermula daripada sebuah pemilihan dan penilaian yang tidak terhingga. Di mana seratus peratus pengharapan dan keredhaan telah ku letakkan pada Wish. Setiap kebaikan dan kekurangan nya ku selidiki, dan aku akui akan takdir, bahawa Wish bukanlah antara automobil MPV yang paling sempurna pernah dicipta pada abad ini. Namun takdir-Nya telah menentukan aku mungkin akan membelinya, kerana apa? Entah mengapa..aku sendiri pun tidak sangat mengerti akan ia, bukannya selama ini tidak ku lihat Wish. Senantiasa sahaja ku melihatnya. Akan tetapi mungkin sudah termaktub dalam diari hidupku, bahawa mungkin dia yang terbaik untuk ku miliki. He he he….kadang-kadang aku tergelak sendirian, pernah beberapa kali dulu, aku sering mengatakan aku sangat mengasihi Honda Stream, membawanya dan memandunya seolah-olah suatu rahmat terbesar yang ku kecapi. Dari raut luarannya dan aksesori dalamanannya semuannya sangat sempurna. Tiada sesempurna akannya. Dan sememangnya telah ramai yang mengatakan, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana kesempurnaan itu sangatlah sukar untuk ditemui. Ibarat kita berjalan dijalanan yang lurus mencari sesuatu ranting kayu yang ingin kita bawa pulang, dimana disepanjang perjalanan itu kita sudah tidak boleh berpatah lagi kembali sesudah melaluinya. Mencari ranting kayu bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya, yang sukar ialah untuk mendapatkan sesuatu yang terlalu sempurna itu amatlah sukar.

Namun begitu, didalam arus kehidupan yang ku lalui ini, ada beberapa perkara yang mulai ku sedari. Iaitu tentang banyaknya pilihan? Huhu..Ia bukan lah sesuatu yang pelik dan salah. Ramai yang memandang pelik dan serong akannya. Sedangkan bagiku ia adalah satu rahmat dan nikmat padaku. Samada Stream mahupun Wish..kedua-duanya memiliki dan ciri perwatakan yang hampir sama. Begitu juga Estima, ia tetap tak kurang hebat dari keduanya, Wish dan Stream. Namun pandangan dunia mengatakan pilih lah dulu akan satu seandai ada rezeki belilah yang lain. So, begitulah aku, akur pada adat resam kehidupan. Telah ku buat akan pilihan dari ketiga pilihan yang ada. Aku cubai redha dan yakin pilihan ini adalah paling sempurna dan paling cocok dengan ku. Dan aku yakin aku tidak salah memilihnya. Namun, dari saat hingga minit hingga jam, jam hingga ke hari .Hari hingga ke bulan, suatu seksaan yang amat berat ku tanggung.Apakah ia? Menyesal setelah membuat pilihan?..tidak, itu bukan jawapannya. Aku masih yakin pilihan ku tepat. Akan tetapi apa yang menguji hati dan perasaanku sekarang ialah bagaimana untuk ku kekal dan tetap dalam pilihan yang ku buat. Itulah yang paling sukar bagi ku saat ini. Ibarat diluah mati mak di telan mati bapa.

Mungkin ramai mencadangkan, tukar sahaja yang baru? Ha ha ha..ini pastu membuatkan aku pasti tergelak besar. Kenapa? He he he, aku pun tidak pasti jawapannya..mungkin, kenangan yang telah aku lalui bersamanya tidaklah semudah itu untuk ku hilangkan. Ataupun paling lojik dan pasti ialah, aku masih menginginkannya. So, apakah solusi dan konotasi bagiku? Entah aku masih lagi kesamaran. Hatiku mulai tawar. Kemanisan dan keterujaannya sudah kian pudar. Ya Allah!!..dimanakah silapnya ..dimanakah salahku..aku muhasabah diriku. Yang pasti telah ku temui. “Hati ku masih Milik Mu, Ya Allah..akan ku jagailah ia..takkan ku tempati hati-hati lain lagi..selain kasih dan cinta mu ALLAH”..hu hu hu, bisik hatiku,duhai jebat. Andai jantung ku di masih dikepulauan..pastikan pantai takkan berubah.