Thursday, June 27, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Ku Slalu ingat pesan Mu: Jangan lah Bersedih :' )

Aduhai azhan,

Janganlah bersedih......La tahzan...sesungguhnya allah bersama mu...Azhan, insyaAllah, kenanglah kuliah "hakikat takdir"  , berdoa dan terus berdoa dengan sabar, insyaAllah Allah akan menbalas panggilan mu...



Azhan...please take care  : ( .........................huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, June 25, 2013

Rindu Kamu

Assalamualaikum awak….

Aduhai rindu nya saya pada awak pada hari ni….entah mengapa asyik terkenangkan awak sahaja..huhu, awak…entah bagaimana awak jauh di sana…masihkan awak juga sedang teringatkan tentang saya….huhu.

Awak,

Bilakah kesepian ini akan berakhir awak…..pantasnya saya untuk menahan kerinduan ini lagi awak..huhu..tp saya tak bisa nak menganggu awk disaat saya janjikan masa ruang dan waktu untuk awak…awak, saya harap awak sedar yang saya benar-benar cintakan awak…moga takdir allah menjodohkan kita awk.
Awak, setiap kali saya mendoakan awak, agar allah melembutkan hati bagi saya, Muhammad azhan ubaidah, hati awak “SAA” sebagaimana allah lembutkan besi bagi nabi Allah daud…Ya allah, kalu lembutkan hati awak, lapangkan dada awak, tenangkan hati dan perasaan awk dan buka pintu hati awak untuk kembali kepada saya….”


Awak, I miss u so much…. : ( 

Friday, June 21, 2013

For the rest of My Life

Seumur hidupku....

"Abah..Awak..Aku rindukan dan sayangkan kamu berdua...abang, moga ku dapat ketemui mu satu hari nanti"

I praise Allah for sending me you my loveYou found me home and sail with meAnd I`m here with youNow let me let you knowYou`ve opened my heartI was always thinking that love was wrongBut everything was changed when you came alongOOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:For the rest of my lifeI`ll be with youI`ll stay by your side honest and trueTill the end of my timeI`ll be loving you.loving youFor the rest of my lifeThru days and nightI`ll thank Allah for opening my eyesNow and forever I...I`ll be there for you[ From: http://www.metrolyrics.com/for-the-rest-of-my-life-lyrics-maher-zain.html ]

I know that deep in my heartI feel so blessed when I think of youAnd I ask Allah to bless all we doYou`re my wife and my friend and my strengthAnd I pray we`re together in jannahNow I find myself so strongEverything was changed when you came alongOOOO

And there's a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re hereInfront of me I strongly feel loveAnd I have no doubtAnd I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..
"Ya Allah..ku berdoa dan bersabar..agar kamu mengembalikan segala keceriaan yang tertangguh ini..aku yakin pada janji mu ya Allah"...insyaAllah. 

Thursday, June 20, 2013

Doa yang teristimewa

Salam Awak


Semoga awak adalah jodoh terbaik utk saya awak..dan saya adalah jodoh terbaik untuk awak. Semoga allah mempermudahkan urusan kita awak...'AA

Wednesday, June 19, 2013

Kasih Kekasih


Tak Perlu Aku Ragui 
Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 

Ayah Ibu Merestui 
Menyarung Cincin Di Jari 
Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 

Sebelum Diijabkabulkan 
Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia 

Kau Tahu Ku Merinduimu 
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih 

Di Sana Kita Bina 
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan

p/s: insyaAllah pastikan ku dendangkan ditelinga mu saat malam pertama kita awak... 
: ) & ^_^

Monday, June 17, 2013

Aku sentiasa bermimpi dan berdoakan mu sebagai jodoh terbaikku

Awak…semoga Allah memakbulkan doa-doa saya awak. Saya berdoa awak adalah takdir dan jodoh saya awak…walaupun berlaku sekarang ni..insyaAllah tidak akan memutuskan takdir kita awak. Amin ya rabbal alamin.

Mengongkong? Cemburu buta? Panas Baran?

Huhu..ya Allah, aku tahu aku telah melakukan setiap daripada kesilapan ini Ya allah…huhu. Tapi benarkan aku betul-betul sang pengongkong ya Allah, benarkan aku si cemburu buta ya allah, dan aku si panas baran Ya Allah?

Huhu…panas baran ya Allah, aku tak tahu mengapa aku boleh bersikap sedemikian…aku harap ianya adalah salah faham sahaja ya allah…sedangkan selama ini untuk memarahi wanita pun aku tidak sanggup apatah lagi melukai hatinya ya allah…huhu..ku sentiasa bersikap memaafkan ya allah…walaupun sering di perlakukan seteruk itu, tapi ku cuba untuk menjadi erti hidup pada memberi….namun, apabila, ak tersilap melakukan kesilapan ini ya allah..aku tak tahu mana punca ya allah…Cuma ku harap ianya adalah salah faham semata-mata…ya Allah.. kerana aku sygkan wanita ya  allah, aku mnghormati mereka ya allah..ak melindungi mereka ya allah….apatah lagi diri mu awak…ku tak pernah terfikir utk bersikap sedemikian dengan mu..andai kau terasa sebegitu..tolong lah awak..anggap lah ia salah faham sahaja awk..dan selepas ini sy takkan mengulangi salah faham ini awak…huuuuuu.

Cemburu?...ya allah ini akui ya alllah…daku adalah sang pencemburu…tapi ku menyemburui atas batas-batas agamamu ya allah…ya allah, aku tidak menolak sikap ini ya allah..kerana ia adalah satu keprluan bagi ku sebagai sang suami nanti…namun, ak mengaku adakalanya aku silap…mungkin sikap ini aku mengambil dengan keterlaluan…huhu sampai aku mampu melukai hati mu…Awak, anggap lah ini juga sebagai salah faham awak…aku tidak pernah mengingin tuk melukakan hati awak…Cuma kadang kali…kesilapan menguasai diri..dan harapnya allah sntiasa menjaga saya dari bersikap demikian yang keterlaluan lagi ya allah…huhu. Maaf kan aku awak…

Pengongkong? Huhuhu…istilah yg sentiasa memeningkan kepala ku ya allah…adakah aku bersikap sedemikian..huhu..ya allah, aku adalah pencinta jahil ya allah….mungkin slah ku juga ya allah, aku terlalu mengasihinya..sehingga bait-bait kasih menjadi suatu yang berat untuk dirinya ya allah…aku pun xtahu mengapa aku terlalu mengikut kesilapan..ya allah, awakkkk..ini semua salah faham ya awak…sy tak terniat pun tuk bersikap seteruk itu awak….huhu..maafkan saya awk…moga allah,  mengampunkan dosa-dosa saya dan awak memaafkan kesilapan saya….dan moga allah meyambungkan perhubungan kita dan awak meneruskan bersama saya sekali lagi awak.

Huhu…awak. Maaf sangat2 awak…


Percayalah saya ikhlas terhadap awak…huhu.

Copy paste dari blog pelangi kehidupan...Awak kita masih boleh perbaikinya awak...

Putus cinta? Macam mana boleh putus? Dia curang ke? Laa, bukan korang dah merancang nak kahwin ke? Korang kan dah 5 tahun bercinta, sayangnya putus... Kau tinggalkan dia.. Tapi kenapa?

Antara bait-bait kata yang selalu kita dengar apabila seseorang itu 'putus cinta'...

Istilah 'putus cinta' selalu dikaitkan dengan cinta dua insan yang terputus di tengah jalan... Tetapi layakkah 'cinta' mereka itu dipanggil cinta? Sedangkan mereka belum mepunyai ikatan yang sah lagi...

Mana mungkin hubungan antara budak sekolah menengah dipanggil cinta... Begitu juga mana-mana hubungan yang belum diikat dengan ikatan halal yang dipanggil cinta...

Cinta yang selayaknya ialah cinta yang lahir dari hubungan yang halal, yang diredhai Allah... Itulah namanya cinta... Manakala cinta sejati tidak akan putus, dan akan kekal selamanya.. Itulah cinta seorang hamba kepada penciptaNya...

Bagaimana menterjemah perasaan dua insan yang berusaha untuk bersatu atas nama cinta iaitu perkahwinan... Sungguh kompleks... Mungkin perasaan itu belum layak digelar cinta tetapi mungkin itu adalah perasaan suka antara satu sama lain yang diilhamkan Allah supaya mereka berdua segera menuju ke fasa seterusnya iaitu pernikahan....

Mula-mula perasaan suka, dan kemudiannya bercambah kepada perasaan sayang dan kemudiannya cinta... Perasaan ingin mengambil berat dan mengambil tahu antara satu sama lain.. Perasaan ingin dikasihi, dan perasaan ingin mengasihi.. Sungguh bahagiakan bila ada orang mengambil berat dan mengasihi kita...

Oooppss, tapi tunggu dahulu... Jangan biarkan perasaan suka anda melarat sehingga ke peringkat seterusnya jika anda dan dia tidak berhasrat untuk mendirikan rumahtangga... Cukuplah sekadar suka  yang mempunyai titik noktah.. Fungsinya untuk mengelakkan hati yang sakit dek kononnnya 'terputus cinta'...

Cuba teka makhluk manakah yang akan berusaha supaya anda dan si dia tidak bersatu dalam ikatan yang halal tetapi sebolehnya mahu anda berdua dibelenggu perasaan yang tak pasti dan kemudiannya melakukan perkara yang Allah larang.. Makhluk yang menyuruh anda dan pasangan mencari keserasian dengan ber 'couple' dan bukannya mencari keserasian melalui pernikahan...

Tentulah makhluk yang bernama SYAITAN...

Mana mungkin syaitan berdiam diri setelah mengetahui dua anak Adam mempunyai hasrat ingin mendirikan Baitul Muslim di mana segalanya menjadi halal bagi mereka berdua.. Segalanya dibolehkan Allah.. Dan segalanya adalah rahmat dan pahala hatta melihat wajah isteri adalah pahala untuk suami dan juga pahala untuk isteri walau sekadar tersenyum manja kepada suaminya.. Luas kan rahmat Allah dalam kehidupan berumahtangga...

Dan daripada pernikahan itu, lahirnya anak-anak yang akan menjadi saham bagi kamu berdua di akhirat nanti... Kemudian bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W yang baik dan halal keturunannya... Bukannya daripada hubungan penzinaan... 
Percayalah... Usaha kamu ke arah perkahwinan pastinya tidak disukai syaitan... 

Pada mulanya, syaitan akan membuat semuanya indah belaka tatkala kamu dan si dia berkenalan dan menjalin hubungan.. Tetapi apabila kamu berfikir mahu menjadikan dia sebagai suri dalam hidup kamu, syaitan perlahan lahan akan menyuntik perasaan ragu-ragu dalam hati kamu.. Perasaan tidak yakin kepada pasangan, tidak yakin dengan status kewangan, masalah keluarga dan sebagainya... Itulah antara dugaan dan ujian yang perlu kamu berdua tempuhi.... Bukankah ujian itu adalah didikan Allah.. Bersabarlah... Kelemahan dan kekurangan pasti ada dalam setiap insan... Buka hati dan minda kamu kerana tiada yang sempurna melainkan Allah..

Jadi, di sini suka saya ingatkan kepada semua bahawa cinta itu tidak putus.. Cuma usaha kamu ke arah perkahwinan yang teputus bersama dengan si dia.. Sekiranya masih ada harapan, perbaikilah... Jangan disia-siakan usaha yang murni dalam mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W... Semoga Allah merahmati kita semua.. Aminn...

Aku impikan kita begini Awak....

Assalamualaikum awk, saya yakin dan pasti bahawa impian dan keinginan kita sama awak..kita berdua impikan hidup yang bahagia dan cinta hingga ke syurga. Awak, saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak..tapi saya kan cuba ntuk menjadi yang terikhlas untuk awak..hanya awak di hati saya.


Awak, saya sentiasa berdoa awak, agar awak lah jodoh yang terbaik untuk saya dan saya adalah jodoh terbaik untuk awak...awak, kepada Allah sahaja sebaik-baik pertolongan yang mampu saya pinta. Agar allah membuka pintu hati awak tuk menerima saya sebagai suami, teman dan pembimbing awak nanti.



Awak, saya inginkan bahagia bersama awak...banyak yang saya ingin curah dan berikan kepada awak selaku suami awak...kasih sayang dan cinta yang saya ingin kongsikan bersama, manja dan main-main yang saya ingin lakukan bersama awak...awak, semoga jodoh dan perhubungan kita panjang awak...saya senantiasa berdoa dan meminta kepada Ilahi awak..supaya perhubungan kita ini pasti dan bukannya fantasi..kerana awak adalah realiti saya kini.



Awak, saya tak sabar untuk menanti setiap saat perbuatan dan segala perlakuan awak menjadi tanggungan saya..saya berjanji awak akan mendidik awak menjadi permaisuri hati saya awak, menjadi seorang isteri yang terbaik dan sempurna awak..sy ingin mendidik dan membawa awak di jalan dunia dan juga di jalan akhirat awak..juga memperolehi zuriat yang soleh solehah bersama awak. Awak, saya janji awak untuk jadi insan terbaik bagi awak...


Ya Allah, semoga Allah satukan percintaan dan perhubungan kita ini awak, semoga ianya menjadi kerahmatan untuk kedua-dua famili kita, anak-anak kita dan kita berdua awak. Awak, saat aku terima nikahnya untuk awak...saya pasti akan menjadi insan yang paling bahagia bersama awak. Semoga Allah mempersatukan hati-hati kita ini awak. Saya sayang kan awak, AA : )

Thursday, June 13, 2013

Sayang..Aku memuliakanmu…

Sayang apa kabar denganmu..di sini ku merindukan mu…ku harap kau takkan berubah, kerana kau lah semangat juang ku….

Awak, maka benarlah awak..betapu sesungguhnya ku memuliakan mu sangat-sangat awak..sy tak pernah terfikir meremeh dan memandang rendah akn awk…awk..sesungguhnya, awk lah keutamaan sy..sy hanya risaukan ttg diri awak, betapa kekadang sy terlalu merimaskan awk, mgkin kerana sbb sy terlalu cintakan awk…awk. Awak seorang yg mulia awk..sy xpernah fikir yg sebaliknya pun..

Awakk..awak, mulianya awk kerana kau cintaku

Sesungguhnya awak lah cinta sy awak, saya begitu rindu dan kasihkan awak…ya allah, kau selamatkan perhubungan ini ya allah, dan kau semi dan tautlah hati aku dan hati nya…

Awakk..awak, mulianya awk kerana kau isteriku..

Awk, sesungguhnya sy ingin meperisterikan awk…tiada syarat tiada alasan…semuanya sbb sy syg dn cintakan awk…awak, saya ingin menuju ke gerbang perkahwinan dengan awak..bersama lah kita realisasi kannya, impian-impian kita …insyaallah, kita boleh ambil banyak masa lagi awk….yg penting kita bersama-sama tuk mengapainya awk..awak.

Awakk..awk, mulianya awak kerana kau ibu kepada anak-anak kita

Saya berjanji awak, dan akan berusaha sedaya upaya awk tuk mendidik dan menjaga awak dan anak-anak kita awk….awak jadilah ibu yang baik kepada mereka dan sy akan berusaha tuk jadi bapa yang terbaik untuk mereka…saya akan jaga awak dan anak-ank kita…awak.percayalah

Awk..awk, mulianya awk kerana kau anak kepada mak dan abah, dan Menantu kepada abah dan mami
Awk…saya hormati dan sayangi  mereka semua awak…mereka juga sayang kan awk…awak mari lah bantu saya tuk membahagiakan mereka awk

Awk..awk, mulianya kerana kau sang mujahidah ku

Awk..awak lah mujahidah di hati saya…saat awak bertarung nyawa melahirkan anak-anak kita..betapa terasa keperitan jerih dan payahnya…ya allah, biarlah ak dapat berkongsi keperitan dan kesusahan awk itu nnti awk…insyAllah..kerna awk mujahidah saya, izinkan saya menjadi mujahid awak…insyaAllah..


“Sesungguhnya Aku mulia kerana dirimu yang mulia wahai sayangku…..terima kasih awak..”

Menangis bersama Ketawa pun Bersama….


“Uh…awak, tak mampu saya nk dengar lagu ni lagi sampai habis awak…tak tertahan sebak dia awak..huuuuuu”.

Awak, sejujurnya saya kini teramat rindu dan teringatkan awak…..awakk, saya ingin menangis dan ketawa bersama awk …bukan sekali bukan dua kali awak…tetapi selama-lamanya awk….

Awak, andai saya pernah buatkan airmata awak mengalir dan hati awk membuku sebak, hapuskan lah airmata tu awak..buangkan lah sebak tu awak….sy mohon maaf awak..awak, bagilah sy peluang tuk mengukir senyuman diwajah awak kembali ..bagilah peluang tuk sy memaniskan hati dan perasaan awak sekali lagi awak..awakk..saya ingin menangis dan ketawa bersama awak..awak, sy tak mampu nk tengok awak menangis lagi awak..awak..kembali pulang awak, kembali lah.

“oh tuhan, ku ingin menangis dan ketawa bersamanya…”, ya allah, redha dan jadikan lah hanya kematian yang memisahkan kami ya Allah…pertemuan ini masih bernyawa ya allah..ya allah suburkannya kembali ya Allah..dan semaikan nya sekali lagi ya Allah…agar ia terus bertunas dan bersemi melahirkan buah-buah cinta yang disulami dengan keredhaan dan limpah kurnia ya allah..Ya allah, kurniakan kan bagi kami zuriat yg soleh solehah dan rumah tangga yang aman sejahtera ya allah….allahuakbar..allahu rabbi..

Ya allah..aku menantikan kepulangannya ya allah…saat segala doa-doa ku lafazkan, ku harap agar ada satu antara jutaan lafaz yang ku kamitkan mendapat perkenan dan mustajab mu ya allah untuk aku dan dirinya bersatu dengan ikatan yang bahagia ya allah…sebuah ikatan perkahwinan yang tulus suci ya allah…insyaAllah, dengan ihsan dan perkenan mu ya Allah…..dengan ihsan dan penerimaannya ya allah…mudah-mudahan..aku akan terus menunggu..

Menunggu kepulangannya ya Allah…masih banyak lagi janji-janji yang dilafazkan belum tertunai bersama ya Allah…izin kan kami menunaikan segala janji-janji kami ya allah..

Seluruhnya kepadamu ak berserah…dengan mu aku bertawakkal..dan segala kudrat ku berusaha tuk mengembalikannya ya allah….


Istajib billah humma dua’ ana…

Wednesday, June 12, 2013

Aku terima nikahnya..Erti hidup pada memberi…..


Aku terima nikahnya awak…ya allah, indahnya saat bilakah ku dapat melafazkan lafaz itu awak…dengan nama awak didalamnya…aku menyahutnya…dengan aku terima nikahnya sambil menyentak lembut tangan abah…taqliq dan khutbah nikah diperdengarkan dan aku mendengar tanda memahami….

“Zasss”…..awak, jauh kan dulu lamunan itu awak…awak, sememangnya tak sabar untuk saya mengenggam tangan abah dan menerima awak sebagai isteri dan tanggungjawab saya…namun say mengerti awak, perjalanan kita jauh lagi awk…

Awak, maafkan saya dipermulaan hari tu kerana saya terlalu laju memacu, sehingga terkadang tercicir akan perasaan awak…awak, maaf saya awak..kini saya berpatah balik awak…hati awak telah saya pegang, ibarat memimpin tangan awak..marilah kita menuju ke saat bahagia itu bersama awak…
Lupakan lah perancangan kita sebelum-sebelum ini yang terlalu pantas dan keterlaluan, tapi tidak mustahil..Cuma ia tidaklah bererti kita membuangnya terus, andai suatu masa allah izinkan pasti kita teruskan…Cuma saat ini, mari lah bermula semula awak..kali ini saya akan memacu perjalanan perhubungan ini dengan lebih perlahan awak…awak, saya setia menunggu awak…saya nak berjalan bersama awk dalam kehidupan ini…awak, marilah kita lebihkan masa dengan soal perkenalan kita dan hati budi awak…awak, sejujurnya awal ajarilah saya tentang bagaimana perhubungan ini mahu di pacu awak….insyaallah, saya akan menghormati segala peranan dan idea awak…

Awak, saya tak kisah awak andai lambat lagi lafaz itu saya sebut awak, Cuma yang nyata saya ingin nama awak yang tersebut dala lafaz saya itu awak….awk, marilah kita berkenalan2 dengan lebih dekat awak, insyaallahkita lamakan perkenalan kita ini awak, awak saya seryus dengan awak…biarlah saya mengenali awak, kemudian abah dan mak, selepas itu adik dan kakak awak, abang awak….awak, saya janji awak. Saya mahu tunggu awak…

Saya, akan bantu awak dengan komitmen kerja dan family awak, saya akan memahami sepenuhnya awak…Cuma jika saya tersasar awk betul kan saya awak..kerna saya tahu..saya ingin yang terbaik untuk awak..tapi saya bukan lah sempurna tapi saya berusaha tuk awak…

Awak, maafkan saya, tempoh perkenalan kita sebenarnya masih berusia muda..tapi sudah keterlaluan saya meminta kepada awak…awak..saya berjanji awak, jom kita berjalan pada langkah yang sama, kelajuan yang sama, matlamat dan sayang yang sama awak…berusahalah awak..berusahalah saya…

Awak, andai awak tidak menganggap perjalanan hidup awak bersama dengan saya…saya mohon maaf, kerana ini seolah menampak kan saya memaksa awak..alasan saya adalah kerna saya hanya berharap pada ilahi yang perasaan dan taakulan saya benar tentang awak, awak sukakan saya dan saya sukakan awak, awak jodoh saya dan saya jodoh awak..bahawa awak adalah teman saya dan kita akan berjalan bersama-sama menuju ke gerbang perkahwinan yang diredhai awak…awak.


Jom awak…saya tunggu awak  : )

Teringat

Teringat….ambo.huhuhu
: (
Awaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak…tapi ku tak mampu tuk menegurmu…huhuhu.walaupun hati ni tersangat inginkan..ku x mahu kau terasa lagi..ya allah, lembutkanlah hatinya ya allah…dengarilah doa ku ini ya allah…
Ya latif, allah ya latif … lembutkan hati dia..dan kembali tuk bermula lagi awak…

Awaakkk..sy tggu awak … ; )

Ajari aku tentang cinta

“Ku coba ungkap tabir ini..di saat kadang kau dan aku…terpisahkan oleh ruang dan waktu..meyudutkanku meninggalku…”..uhuk firman. .dah terhafal sudah lagu ini..di sukmaria pun, lagu ini pastu jadi lagu pembukaan buat ku. .menyanyi sekadar suka, tapi feelingnya bukan rahsiaa..huhu. semoga ku masih bertahan untuk nya.

Ya Allah, ajarilah aku tentang cinta ya Allah…sungguhnya ku cetek dengannya ya allah…ya allah, sesungguhnya aku cuba bercinta dengannya kerana mu ya allah..ku cintai nya kerana mu ya Allah. 
Sebenarnya tiada alasan dan sebab yang ku kukuh tuk ku menCINTAinya…kerana cintaku tidak perlukan alasan ya allah…cinta tidak perlukan sebab ya allah… akan tetapi aku SAYANGku kepada mu bersebab awak…awak, selama ini permulaan perkenalan kita, aku sendiri telah membuat silap yang besar  awak…saat memberitahu diri mu mengapa ku menyayangi tanpa alasan-alasan yang tidak matang..sebab kerna kau sempurna untuk diriku, sebab kau indah dimataku, sebab kau kan membahgiakan ku dan macam-macam lagi buah fikiran indah ku hasilkan di benak pemikirankan tuk memastikan aku terus jatuh dan jatuh untuk mencintai mu. Awak, semua itu juga benar awak…sememangnya ku menyayangi kerana semua alasan-alasan itu. Akan sepatutnya alasan yang lebih kukuh tuk ku menyayangi awak adalah kerana saya ingin mnjadi suami kepada diri awak, mendidik dan menjaga awak, memacu awak dalam landasan agama yang benar awak…saya ingin menyayangi awak kerana saya inginkan zuriat yang soleh solehah bersama awak, mendidik dan membesarkan anak-anak kita dengan acuan agama dan jalan yang sihat. Baru lah kukuh alasan saya awak, baru lah teguh cinta dan sayang saya kepada awak…kerana cinta dan sayang kepada awak tersandar kepada  cinta saya kepada Allah…dan itu adalah seteguh-teguh alasan saya tuk mencintai awak…Awak, benar saya memilih awak kerana keturunan awak yang mulia..dan itu ciri pilihan rasullulah, awak, benar saya memilih awak kerana kecerdasan dan bijaksananya awak..ia juga ciri rasulullah..saya memilih awak kerna cantik di mata saya, ia ciri rasulullah…dan yang saya yakin saya memilih awak kerana agama..kerana ia juga ciri rasulullah. Awk, tatkala saya menyayangi dengan alasan dan sebab-sebab ini..yakin lah saya dan sedar lah hati saya..bahawa saya mencintai awak kerana allah awak…. Semoga hati saya terus tenang tuk memikirkan bahawa cinta saya kepada awak adalah kurniaan ilahi dan ia adalah kerana Allah…andai allah takdirkan cinta saya sampai kepada awak…maka sayalah orang yang sebahagia-bahagiamya, kerana dapat hidup bersama dengan orang saya sayangi…akan tetapi jika sebaliknya, saya ketahui cinta saya kerana allah…dan biarlah allah yang mengisi cinta saya selanjutnya awak.. walaupun pasti saya akan terasa kepedihan dan kehilangannya awak…

Ya allah, ajarilah aku tentang cinta ya allah…huhuhu, andai selama ini ku hanya bersedia dan melengkap diri untuk menjadi seorang suami yang menjadi idaman isteri…seorang suami yang menjadi idaman seorang isteri banyak cirinya, beriman, bertakwa, berilmu, romantic, pandai memujuk, memahami isteri, pandai bergurau, memberi hadiah, melebihkan isteri, memebri masa kepadanya mengembirakannya, memenuhi kehendaknya, memuliakan keluargamya, beraktiviti bersamanya, segak untuknya, menemannya, memasak tuk nya dan lain-lain…ya allah, banyak lagi ciri ku yakin ku temui dalam diri ku tuk menjadi seorang suami yang sempurna padanya..namun, entah mengapa, aku masih lagi gagal dalam mencinta…apakah tidak sama cinta sang suami dengan cinta sang lelaki..ya allah…aku cuba ya allah..dan aku masih memcuba ya allah. Kau ajarilah aku tentang cinta ya allah..huuu

Dan baru kini ku tahu itu masih lagi belum cukup, ku harus belajar tuk bercinta dan mencinta…tapi harusnya bagaimana ya allah, aku buntu  ya Allah, ku tak tahu…ajarilah aku ya allah..atau kau hantarlah aku seseorang tuk mengajarnya ya Allah…dan ku yakin ku sudah temui pengajarnya namun dia kini sedang bercuti tuk mendidik aku..ya Allah, izinkan nya menyambung tugasnya kembali ya allah…ajarannya masih belum tamat dan banyak yang aku ingin belajar dari nya ya allah….awak, kembali lah dan sambunglah mengajar ku tentang cinta awk….diri ku butuhkan pengajaranmu….huuuu.


“tak kan ku sia-sia kan kamu lagi….tak kan ku sia-sia kan kamu lagi…………………………………………….~ kehilangan”

Tuesday, June 11, 2013

Ya Allah..ku dambakan Ramadhan dan Syawal yang bahagia


Hari ni 11 jun..Y a allah, sebulan lagi nak dekat ramadhan…sebulan dah berlalu saat keindahan pertemuan. Ya allah.. tak de ape yang ku nak pinta, melainkan ku ingin kan ramadhan dan syawal yang berbeza tahun ni ya Allah..

Ya allah, berkat kehadiran ramadhan mu dan kesucian syaaban mu ni.. ya Allah..aku pohon kesabaran mu tuk bertahan ya allah…ku serah pada mu Ilahi..

Awak, ku doakan semoga ilahi membahagiakan kita dan family awak. Kerinduan saya untuk berbakti kepada abah dan mak makin membuak awak. Tak sabarnya tuk bertemu mereka…Ya allah ku ingin kucup dahi abah..sebagai mana ku kucup dahi abah kandungku sendiri,  Ya Allah, ku ingin kucup ubun mak sebagaimana ku mengucupi ubun mami ya Allah…Ya Allah, aku rindu kan mereka ya Allah…berilah aku peluang tuk berbakti kepada mereka selepas ku berbakti kepada abah dan mami…

Abah,

Abah, ku ingin mengenali mu lebih dekat abah…hanya cerita yang ku dengar selama ini, sudah cukup membuat ku memikirkan kau seorang yang istimewa….berjiwa besar dan paling sabar itu yang dapat ku simpulkan daripada ceritanya…abah, kau punyai jiwa yang tenang…didik lah aku abah dan nasihat kan aku abah….izinkan aku tuk menjaga anakmu bgi pihak mu…ku janji tuk menjaga nya sebaik mu…abah, berpeluang kah kita berjumpa abah…melihat fotomu, menyebabkan mata ku mengalir ya abah…sayup wajahmu, bersih rautmu..ya allah…indahnya perwatakanmu….bagai melihat ayahku sendiri…abah, adik an janji akan berbakti kepada abah dan mak, dan tidak sekali-kali  lupa untuk abah dan mami adik an sendiri. Layanan adik an sama rata tuk abah dan mak, walau pun sekali-sekali hakikat adik an tetap lah anak teruna bagi abah dan mami adik an….tetapi abah dan mak tak kan adik an abai sedikit pun..apatah lagi anak abah sendiri.. yang sudah pasti satu-satunya kesayangan adik an..abah.

Abah, izinkan adik an abah..izinkan. Adik an janji tidak kan mensia-siakan anak abah..adik  terlalu ingin keceriannya abah..adik an ingin senyumannya abah…cukupla adik an tengok penderitaannya sekali…adik an dah xnak dia menderita lagi abah…abah, jikalau abah rasa adik an mampu untuk membahagiakan anak abah…abah terimalah adik an abah..terimalah. Adik an tahu kasih abah tiada syaratnya…dik an tak mampu nak tandingi kasih sayang abah terhadap anak abah..tapi adik janji..adik an takkan menyayangi sekurang kasih sayang abah kepada anak abah… abah, kita bertemu ya nanti abah…pasti ku kucup dahi mu, pipi mu dank e peluk erat dirimu…insyaAllah, abah..semoga dirimu sihat dan walafiat abah…maaf adik an andai adik an mengguris hati abah, walaupun belum pun dik an berjmpa abah…adik an pohon maaf awal-awal abah..kerna adik an tahu pasti dik an tak mampu nak bersuara depan abah kerana terlalu segan kana bah….namun yang pasti dik an sayang kana bah…huuuu. Abah, dik sayang kan bah…abah kandung ku, dik an sayang kana bah juga.. moga abah-abah dapat bertemu  dan ikatan ini dipanjangkan antara dua keluarga….insyaAllah.

Mak,

Mak, ku tahu diri mu garang…mami juga garang, tapi entah mengapa semakin ku mengetahui tentang dirimu…semakin ku merasakan kau seperti mami, mak…mak seorang guru dan pendidik..begitu juga mami. Mak dan mami seolah tiada bezanya…mak sayangkan anak mak dan mami sayangkan anaknya…mak, adik an ingin bertemu mak…mak, walaupun, hubungan antara kita masih belum halal, tapi jauh terasa dihati adik an..adik an benar-benar ingin mencium dan mengucup wajah dan dahi mak…mak, saat halalnya hubungan antara kita dengan izin Ilahi mak…pasti dik an akan berbakti sepenuhnya untuk mak..mak , dik an janji akan bahagiakan mak…hepi kan mak selalu…kalau selama ni mak sakit dan tidak sihat…dik an teringin juga menjaga mak…walaupun taraf dik an hanya sekadar menantu..tapi dik an ingin menjaga mak lebih daripada anak cucu mak…”mak, abah..hajat dik an ingin berkata,  celaka lah kepada siapa yang mengkhianati mu, celaka lah siapa yang memusuhi mu dan celaka lah siapa yang menyakiti mu’ tapi siapa dik an tuk mengatakan begitu mak…sebab dik an tahu, hati mak dan abah lebih besar daripada itu…kesabaran mak dan abah tak ternilai.. Mak, semoga mak dan abah sentiasa tergolong dalam golongan orang yang sabar dan berbahagialah mak dan abah..kerna dik an yakin..mak dan abah adalah orang-orang yang sabar..mak..dik an rindu mak. Huuuuu.

Mak,

Maaaaaakkkk, dik an rindu nak manja dengan mak…dengan mami dik juga manja. Adik an nak dengar mak panggil dik an dengan panggilan adik an…mak, indahnya mak…biar lah saat yang dik an impikan ini jadi kenyataan mak…Ya allah, kau sihatkan mak ya Allah, kau bahagiakan mak ya Allah, semoga kau tetapkan kesabaran di hati mak ya allah…Alhamdulillah, kini mungkin mak dah sihat..Ya allah, tiada yang lebih mengembirakan hati dik an untuk mengetahui mak dan abah dah kembali sihat dan pulih…walaupun dik an hanya dari jauh..tidak tahu kabar berita pun, tapi entah perasaan dan kerinduan dik an merasakan mak dan abah dalam keadaan sihat dan terjaga. Beruntung mak dan abah punyai anak-anak sebaik yang ada mereka..mereka lah penyejuk hati mak dan abah…Cuma itu lah, dik an juga berharap andai ada peluang juga nanti tuk dik an berbakti kepada mak dan abah…insyaAllah suatu hari nanti mak…mak, pasti indahnya berjalan bersama mak, dik an nak bawa mak berjalan-jalan kemana-mana mak nak…dik an nak sopink dengan mak, kalau mak penat..dik an nak papah…nak dukung pun dik an sanggup mak…sebab mak adalah mak dik an mak..taraf mak adalah semulia mami, ibu kandung dik an…mak bergembiralah mak, usahla mak sedih-sedih lagi mak…untuk mak pun, dik an pinta maaf awal-awal sebelum pertemuan kita mak, andai ditakdirkan..andai dik an tersalah dan tersilap menyingung perasaan mak dan abah…Ya allah, tak sabarnya saat dik an nak pertemukan mak dan mami…dua-dua insan yang paling dik an sayang…mak..inilah mami , mami..ini lah mak…Allah, selamatkanlah kedua-duanya …gembirakanlah hati mereka…jangan kau guriskan hati mereka ya allah…biarlah kami anak-anak jadi penyejuk dan penyaman hidup mereka. Mak, dik an sampai kan salam dari jauh untuk mak…semoga mak, abah dan family sentiasa dalam jagaan allah dan sihat walfiat sehendaknya…Mak..baik- baik ye mak…dik an pasti merindui  mak selalu…insyaAllah mak.

Ya allah, itu lah ramadhan dan syawal yang ku pinta ya Allah..semoga ada sinar kelainan nanti…tak lupa juga untuk anak mak dan abah juga anak mami dan abah…semoga Allah merahmati mu..menjaga mu dan menceriakan mu…semoga Allah menenangkan mu, semoga Allah mengasihi mu, semoga Allah melembuti mu dan semoga Allah menyampaikan kasih ku pada mu….


InsyaAllah… Biiznillah.

Monday, June 10, 2013

"Just Give Me A Reason"

Tidak..tidak perlu kau memberikan sebarang alasan kau bertindak  sedemikian..kerna itu adalah hak mu..dan aku secubanya tuk bertahan sebolehnya, agar aku tidak menuntutnya..kerna aku kini faham..bahawa akan erti hidup pada memberi..

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim

Jika seawalnya ku tersilap kerana sering merasakan..bahawa akulah yang seharusnya menerima segala darimu…tapi kini ku terjaga daripada kesilapan itu…seharusnya perhubungan ini, engkaulah yang harus ku berikan..pemberian itu datang dari ku..bukan nya dari mu…engkau hanya layak tuk menerima bukannya tuk member..tugs ku adala htuk member..namun ku silap dan ku tersadar darinya…kesilapan yang harap dapat ku tebus..bukanlah aku mangsanya, akan tetapi dirimulah mangsa kesilapan ku ini…

I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them
  
Kau lah melengkapkan…namun, saat ku terasa tamak dengan pembetulan mu..ku terus meminta dan meminta…ya allah, kembalilah kelengkapan ini..kerana diriku masih belum sempurna ya Allah..dan dialah penyempurnanya..kembalikan lah dia..tugasnya masih belum selesai ya Allah..huuuuuu. ku berharap ehsan mu ya Allah..

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Dan kini aku merasakannya ya allah…saat pengujian turun naik sebuah perhubungan, cuma alangkah sedihnya andai hanya diriku yang merasakan...ku harap dirinya pun turut merasainya..kerna dari sini kita bakal muhasabah dan bersama mewujudkan sebuah perhubungan yang lebih bernilai..bersama kita membaikinya kearah yang lebih baik…jom lah.sambutlah harapan ini.


Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again

Memang ku butuh kan persoalan dan jawapan..namun ku mengerti kau tidak perlu menjawabnya..itu hakmu…aku kini lebih mengerti..bahawa aku hidup pada memberi dan kepada mu aku pemberianku…aku tidak berharap penerimaan..Cuma pemberian yang ku ingin laksanakan…Awak, saat bengkok sebuah perhubungan…ia masih tidak patah, bersama lah tuk membetulkannya…kau disisi ku ibarat susuk tulang rusuk ku…patahnya mu, maka kecelakaan lah untuk ku…kau tidak bengkok, Cuma kau perlu kan kawalan, dan aku lah pengawalmu….marilah awak… hope we can learn to love again….huuuuuuuuuuuuuuuu

It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again


Saat ku fikir mengapai bulan dan ingin menyorong bintang ingin membahagiakan mu….ku tersilap sebenarnya..itu hanyalah fasa kedua kegembiraan mu..sepatutnya yang aku perlu lebihkan adalah bagaimana untuk memahami mu….kau adalah insan yang dicipta bersama terlebihnya emosi dan aku insan yang dicipta terlebihnya rasional…maafkan aku kerana terlambat untuk memahami mu…ku sangka sepenuhnya ku memahami..rupanya baru sesuku ku mengenalmu…awak, izinkan aku menghabis tugasan ini…aku ingin mengenalmu sehingga akhirnya…sehingga terkujur jasad ku di sana…biarlah kita bersama-sama. Izin kan aku menghabis kan tugasan ku untuk mu….

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)

Dasarku seorang lelaki, tingkah ku rasional, fikir ku rasional….aku kurang beremosi, sehingga aku tidak lantas memahmimu seadanya…..aku tidak tahu dari mana munculnya kesilapan ini..tapi awak..percayalah kesilapan ini yang aku akan gunakan tuk membahagiakan mu…benar kau pasti rasa sangsi ku melakukan lagi..tapi percayala…aku kini mengerti erti hidup pada member…aku tidakkan lagi gagas meminta..tapi memberi sehabis baik adalah yang ku janjikan..

Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

Emosi mu kini tak ku fahami…maaf aku bukan lah insane selayaknya tuk memahami..walaupun ku cuba sehabis memahaminya..namun kau insan yang diciptakan cukup kompleks….tapi aku tidak kisah, aku ingin mengenalmu, aku ingin memahami mu..aku ingin menenangkan emosi mu…aduhai pantaskah ku meredakan keliaran fikiran mu…kau tenang, tapi mengapakah tidak bisa biarku menenangkan bersama mu…awak, tenanglah dan lembutlah hati mu…sebutlah ya latif allah ya latif…semoga hati mu kembali lembut untuk ku.. dan kita bisa bersatu…insyaAllah.

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Semoga ia benar dan hanyalah mimpi-mimpi saat perhubungan kita….semoga saat kita berdua terjaga, reaksi indah akan muncul dari mimpi-mimpi ini awak….huuuuu, awak, berhentilah bermimpi ngeri ini awak..kerana aku sudah lama menanti kau terbangun daripada tidurmu…untuk membahagiakanmu…

I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again


Aku tidak pernah berhenti awak…..walaupun sedikit, namun realiti harus ku telan….namun tidak ingin ku ceritakan disini….biarlah doa dan harapan sahaja yang ku paparkan…agar kau masih jadi impian untuk diriku

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough

Airmata dan kekesalan untuk mimpi ni biarlah menjadi penyeri hubungan ini awak…ku berjanji ku akan berubah, ku berjanji ku baiki kesilapan, ku berjanji ku akan memahami…oh air mata..oh debu….ibarat perhubungan mu..dengan kehadiran debu, mata pun mengalirkan airnya di saat kemasukan debu..begitulah juga ku harapkan…owh ujian owh cinta…di saat perhubungan ini teruji dengan ujian dan kesangsian, biarlah cinta ini bertambah mekar dan lebih bermakna saat segarnya daripada ujian dan kembalinya kebahagian…dan aku pasti…aku pasti akan melakukannya….awak percayalah.huuu

You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Awak, anggaplah ini saat biasa dalam perhubungan…ambil lah masa tuk menangislah dan bersedih, namun yakin lah untuk kembali awak….dan kita akan kembali lagi..dengan lebih suci

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again


Semoga kita akan kembali bersama lagi awak…insyaAllah ia hanyalah fasa penangguhan dalam perhubungan kita…..bila mu bersedia kita akan mulakan kembali awak….and  and we can learn to love again. InsyaAllah biiznillah..wallahu ghalibun ala amrih. amin : )

Ku hanya menurut lintasan Ilahi

Aduhai beratnya kurasakan…saat suasana petang mulai meredup..jam 4.30 ptg mulai menghampiri..hari ini cuti, tapi tetap ku habisi dengan mendatangi juga ofis…bukan ape cuba mengisi waktu yang kosong.

Walaupun hati tenang, tapi gelojak tetiba menyala saat terbuka insta ku..”uhhhh rindu”..ku rangkul beg galasku..lama lama ku di sini makin sayup hati ku…”ahhhh..jam sudah 4.30 ptg”..mengapa tidak sahaja ku terus ke surau di tingkat 1..moga ada penyaman hati di sana.

Saat ku melangkah..mengambil wuduk menenangkan hati…panggilan iqamah tersambut..saat solat asar dibangunkan…sujud demi sujud ku lafazkan dengan doa-doa agar kau bahagia dan selamat..dilembutkan hatimu..dikembalikan mu kepada ku…

Lantas, tiba-tiba lintasan Ilahi menerpa…Allahu akbar..Allah menganugerahkan suatu rasa dan perasaan aku harus ke sana….walaupun harapan hanya “by chance” dengan hanya menaksir daripada sekeping foto.. ku sambut lintasan hati ni dengan redha dan yakin bahawa ini adalah lintasan ilahi….lintasan ilahi yang harus di sambut..

Ku gegas menerpa motor…bismilllah, selawat dan doa berbisik-bisik tidak henti dibibir….mengharap keberkatan tindakan ini…aduhai..saat, nekad dihati berada di puncak…langit kian melakar kehitaman..aura hujan dan petir telah kelihatan..ku termangu seketika…berfikir..

Namun, aku nekad..lintasan ilahi ini benar, ku redah cuaca kehujanan dengan hati yang penuh pengharapan..sejuk cuaca dan bahaya perjalanan ku harap pada ilahi sahaja. Semoga allah memberkati perjalanan ini.

Akhirnya, destinasi yang dituju telah tiba…allahuakbar, terasa teringat akan kenangan yang bermain..suasana yang sama, tempat yang sama..keadaan yang sama. Ku parkirkan motor ku di tempat yang sama…lantas ku bergegas berteduh di muka bangunan itu..aduhai, sebaknya..

Namun, begitulah lintasan ilahi…tidak kesampaian….walaupun benar tekaan..tapi allah masih menangguhkan…ku tamat pencarian di salah sebuah masjid mu ilahi..berdoa dan mengambil nyawa meminta ketenangan..dan aku mendapatinya walaupun pahit

Pulanglah aku kegembiraan, walupun hati masih terasa kengiluan…ku berusaha dan ku pasrah atas ketentuan…aku hanya mengikut lintasan hati..lintasan hati yang terbitnya dari ilahi…


“Ya ilahi..ya ilahi…aku hanya menjalankan lintasan mu…huuuuu” semoga ada sinar keredhaan dalam perbuatan ini ya allah suatu hari nanti..…amin ya rabbal alamin.

Friday, June 7, 2013

Bulan yang bagaikan setahun….Part 2

Bersabarlah pasti ada hikmahnya…

Pasang surut air nyata tak semesra bagi pelayar-pelayarnya..ketibaan untuk menguji sejauh mana sang pengemudi dan penumpang bertahan dengannya..

Percayalah..tak tercipta setiap kesusahan perjalanan ini melainkan untuk kebahagian di akhirnya..harungilah bersama kesayanganmu bersama-sama..nescaya kau kan bahagia di akhirnya..

Dan ingatlah..bersabar lah pasti ada hikmahnya..

Setiap pengujian dan cubaan itu adalah hikmah dari yang maha esa..untuk melihat setaut mana hati-hati ini bertahan sesama..

Disudutku, tali-tali keselamatan telah kusedia saatku membawamu ke pelayaran, ilmu-ilmu pengetahuan pelayaran dan perhubungan telah ku tempa sebelumnya…percayalah itu jaminanku..andai kau masih ternampak lubang-lubang compong yang kau risau menenggelamkan kapal kita ini..kau tutup lah ia..kau lengkapi lah ia..insyaallah kita pasti akan selamat bersama-sama.huuuuuuuuu ; ).

Untukmu, disebalik siap untuk bertahan dan yakin kepada semua yang sediakan…kau siapkan lah juga hatimu dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap diri mu sendiri..ambil lah ruang masa dan waktu mu…pelayaran ini masih panjang..walaupun kita sudah tahu dan yakin akan penhujungnya dimana…tetapi terus dan tetap lah berusaha awak…insyaAllah, allah bersama kita ^_^

Dan akhirnya…bersabarlah hikmah itu pasti menjelma…insyaAllah , jangan sesakli melupai tuhan dan keesaannya..allah pasti memakbulkan doa-doa kita.

Awak.


Indahnya bercinta selepas nikah…..ini lah matlamat sebuah perkenalan ^_^

Bulan yang bagaikan setahun….Part 1


Saat inilah bermula terasa akan ertinya Kebahagiaan. Gembira dan indah tak henti akan kunjung tibanya begitu mengasyikkan. Selamanya akan tersenyum kala mengenangkan…hihi.. insyaallah : )

 Bulan yang bagaikan setahun, mengamit indah perasaan yang terbuku..

Perkenalan yang berlaku membuka lembaran dua buah cerita yang berasingan.

Aku, pahatan kayu perahu yang bertahun ku siapkan..kini telah tiba masanya tuk berlayar…tersimpan lamanya dimuara menanti penumpangnya…

Kamu, sang penumpang takdir yang tiba selepas pulang dari pengembaraan ilmu mu siaga untuk mengambil hak mu di perahu ini,..telah ku raikan mu dengan mulianya…walaupun masih terdapat gugus-gugus sangsi ..tapi kau percaya tempat ini adalah untuk mu..sang pelayar ini bakal membawa mu belayar ke mana sahaja yang kau inginkan..jadi peneman dan pengemudi bahtera hidupmu yang sememangnya lumrah sang wanita.

Awak, layar keimanan ku pasangkan padanya walaupun sedikit goncang di pasaknya, tetapi menjadi 
keutamaan perhubungan ini..walaupun sekali-sekali terasa goyangnya..hingga mampu menakutkan mu untuk menaiki. Percayalah, ia pasti selamat kerana bukan sehari dua tiangnya dibina tetapi bertahun untuk membawa mu…

Awak, bekalan makanan telah kusiapkan didermaga..langkah lah kaki mu dan ambil tempatmu..dan kita siap untuk berlayar..berlayar ke sebuah tempat yang bulan nya bagaikan setahun...insyaallah ^_^. Dan tahunan bagaikan sedekad, dan sedekad bagaikan seabad…

Jom awak...sauh telah ku angkat, dirimu pun telah ditempat..bersama kita menuju ke kota cinta agama..insyaallah.


Bercinta hingga ke syurga.. bersabarlah pasti ada hikmahnya  : )

Thursday, June 6, 2013

Aduhai..biarku jadi ustaz don untuk dirimu…

Pelatku bukan la kekedahan, ambo cakap Kelantan pun dah jarang-jarang, di Kl lagila…speaking KL memanjang, speaking org putih..hancuw macam tu jugak, naseb badan..huhu.

Dulu kat matriks, belajaq kat kedah pun tak sempat khatam, naik tegeliaq lidah nak berucap…tapi sayang kat kedah, macam-macam ada..huhu, kat sana macam dah kg halaman, suasana sama dan serupa macam Kelantan..pastu, dan dan tu jugak  teringin isteri daripada utagha, kedah mai lani.. ntahlaa, insyaallah, mudah allah berkati doa diri semasa muda..masa tu suci bersih lg hati,..mudah2an makbul..harap-harap jadila…^_^. Amin biiznillah.

Namun itulah, sesekali layan ceramah ustaz di astro, kekadang terbayang tuk jadi sepetahnya..humble dan tawaduk..smart taw  tengok perwatakan ustaz…dari jernih air muka, hingga kelakuan susuk tubuh..tip top complete..indahnya biduanita yg bersamanya..
Aku…?
Ku tahu kau dambakan lelaki sehebatnya, mampu mendidik dan mengajarmu di saat memerlukan… sedangkan ak cuma lulusan sma yg picisan..disebut tak hebat, tak disebut org tak heran..

Tidaklah..?
Bukan lah dirimu saje ingin kan seseorang sprt don, beliau ustaz, terbaik dan terpuji cirinya…aku juga ingin diriku sehebatnya…Cuma itulah, setiap manusia ada pasang siapnya…pasang siapku hanyalah begini…sekadar diriku yg serba kerdil…

Tapi…?
Berilah ak peluang untuk jadi ustaz don kepada dirimu….biarlah aku yg berusaha tuk  menjaga dan mendidik mu...ak rindu berbakti kepada kedua ibu bapa mu…moga doa ku ingin kucupi dahi-dahi mereka dimakbulkan…ak bukan la anak yg terbaik..tapi ak rindukan berbakti tuk mak dan abah, selepas ku berbakti kepada mami dan abah..

Anggap lah ak ustaz mu dan anggaplah aku imam mu..kerna ku beria tuk memandu mu dan memacu rumahtangga kita kearah yg diredhai dn diberkati…anak-anak biarlah jadi pelita keluarga, kita didik ia saat mereka membutuh didikan dan asas keimanan..marilah kita bersama..mendidik mereka tanggjawab kita.

Usahlah..?
Rezki, makanan, harta..janganlah dirisaukan..serahkan la kepada ku, akan ku cuba yang termampu…ku yakin saat kita bersama..allah pasti mempermudahkan... memang ku membutuhkan mu tuk mencari rezki bersamaku..ku bersyukur dirimu yang redha tuk membantu ku menyara kehidupan kita…ku mengizinkan, cuma jgn lah mu terlalu risau ttg itu..biarla diriku yang memikirkannya untukmu…insyaAllah..dengan izin allah, aku pun tidak redha tuk melihat diri mu kesusahan bersamaku…percayalah..dan bertahanlah dengan ku..ku akan berusaha tuk kita..

Awak, don atau tak don diriku…ku harap kau terimalah diri ni seadanya..insyaallah, aku cuba jadi yg terbaik untuk dirimu, keluarga mu..dan bakal anak-anak.


Wallahu ghalibun ala amrih….insyaAllah bizzinillah. aa ‘aa <3 p="">
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Salam permulaan, salam kembali, salam tautan bagi sebuah perpisahan yang panjang di blog ini. Bertahun terbiar, bertahun terkubur..Alhamdulillah, ada cahaya masih dan ada nyawa tuk penulis picisan ni.

Saban tahun berdiam diri, saat kini muncul kembali..pasti ada cerita yg ingin dihajati dan ingin dikongsi…ia bukan lah nasihat, cerpen atau story morry bagai dahulu kala lagi..Cuma sekadar  luahan sepi  dan tinta kasih buat pembaca tersayang ku hormati…ku menunggu dan tak berganjak sedikit pun..Insyaallah bizznillah ^_^ .

Pena tidak lagi setajam dulu, otak kini kian tumpul tapi perasaan yang membeku dlu..tercair dek kehangatan yang datang…alhamdulillah, tersangat ku hargai..semoga penetapan allah atas segala-galanya..

Persis badai yang melanda dan pasir di persisiran pun berubah..begitu lah saat tibanya ujian, pasti ada pasang dan surutnya..bersabarlah, bertahan lah hati-hati  ^_^, insyaallah pasti ada hikmahnya..

Luahan…adakah kau sampai..luahan adakah kau didengari…aduhai hati-hati, percayalah..ku tak memerlukan pertemuan untuk melafazkannya, ku tak memerlukan perjumpaan untuk menceritakannya…tapi cukuplah sekadar doa-doa ku sampai dan didengari Nya..insyaallah, pasti turut tergetar hati yang diingini meraikannya…dan saat kau merasai..percayalah ianya adalah dari hati……………………………………hati yang tak putus menantii kepulanganmu… : )

Dah cukup sekadar ini..bahagian intro sudah tercipta..insyaallah. semoga allah melindungi mu di balik sana…..percayalah hati-hati ini dicipta untuk ditautkan…semoga allah merestuinya…Amin.

Buat pemilik doa…Wallahu ghalibun ala amrih….
^_^  


 See u in future….^_^  <3 :="" p="">