Monday, March 23, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (5)

Perkahwinan bukanlah segala-galanya…

Assalamualaikum w.b.t,

Haaiya!! sudah lama benar aku tidak menulis, hi hi hi, ia bukan kerana sudah kehabisan idea atau sudah bosan menjadi seorang blogger. Ibarat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tidaklah..Cuma kekadang aku terlalu sibuk dengan tugasan seharian ku, disamping emosi yang kebelakangan ini hampir tidak berapa stabil. Aku juga kebelakangan ini sedang sibuk untuk menghabiskan beberapa buah buku pembacaaanku yang kian kali tertangguh di sebabkan kesempitan yang makin memuncak. Dan insya Allah kali ini berjaya.





Alhamdulillah, sebelum ku terlupa. Hujung minggu baru ini, baru sahaja salah seorang dari sahabiyah ku telah melangsungkan perkahwinannya. Dan aku dan beberapa sahabat yang lain sempatlah gigih menghadiri majlis walimahnya yang Alhamdulillah, cukup sempurna dan gilang-gemilang. Ku harapkan semoga perkahwinan mereka mendapat marhamah dan mawaddah dari Allah S.w.t. Dan tahniah dan syabas kepada mujahidin dan mujahidat G7 yang sanggup berkonvoi hampir sepanjang hari ke bumi Johor, bumi selatan semenanjung Malaysia bagi meraikan dan menyambung tali Ukhwah indah G7, tidak kira sejauh mana dan sesusah mana perjalanannya. Ibarat madah ku sebelum ini “antara mangkuk yang cantik, secangkir madu dan setipis helai rambut dimana ”Ukhwah yang terjalin" itu lebih cantik dan mulia daripada sebuah mangkuk yang cantik,dan "Ukhwah yang terjalin disulam dengan kasih sayang" itu lebih manis dari manisnya madu(mmm, nyam nyam) , akan tetapi "Ukhwah,Kasih,dan Sayang yang terjalin antaranya Ikhlas dan redha adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut "

Ku akui Walimah kali ini amat besar pengertiaannya, he he he..kerana walimah beliau ini adalah pioneer kepada sahabat G7 yang menjadi Raja Sehari daripada kalangan kami. Begitulah juga kedatangan ke majlis walimah, ada dikalangan sahabat yang begitu teruja..tak lain dan tak bukan untuk mengambil keberkatan dan pengalaman untuk majlis masing-masing nanti. Dan semuanya seakan begitu teruja dan bersemangat untuk menukar status masing-masing daripada cik kepada puan, dan yang lelakinya daripada ana/nti kepada zaujah/zaujati. InsyaAllah ku doakan mereka semua berjaya di alam perkahwinan masing-masing. Dan tidak dinafikan memang akan mendatang lagi beberapa majlis walimah lagi, InsyaAllah tahun ini juga. Semua itu kita doa dan nantikan sahaja.

He he he, Cuma sedikit kelainan bagi ku..walimah yang berlangsung baru-baru ini. Memang menarik dan meriah. Asalnya pemergian ku sama seperti saudara G7 yang lain..he3 apalagi mengharapkan aura-aura perkahwinan lah. Namun demikian, pelik bin ajaib..hairan wal hairanat..lain yang ku fikirkan lain yang ku rasakan..Walimah kali ini meninggalkan kesan yang berbeza buat diriku. Aura pernikahan yang ku dambakan bertukar tawar dan hilang seri kemanisannya. Entah ku rasakan aku seolah tidak bersedia untuk semua itu. Hatiku masih kelam, kabut dan seriusnya..ha ha ha..ibarat lirik lagu kumpulan Stings “Entah mengapa, ku rasa tak menentu….”. Entahlah, apakah aku tak bersedia atau aku sudah berubah hati??? Hmm, aku kelu. Cuma kali ini saja, aku rasakan perkahwinan bukanlah segala-galanya. Akan tetapi ia bukanlah bermaksudku menafikan akan keindahan suatu pernikahan itu, lebih-lebih lagi sebuah pernikahan yang disemai dan disulami nilai-nilai islam yang indah didalamnya.
Sebagaimana sunnah perkahwinan dalam Islam yang menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Ini kerana perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan. Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.Begitulah secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan kita memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.

Ada Apa Dengan AKU?

Satu persoalan yang pasti masih menerjah di fikiran ku mahupun di benak-benakmu barangkali. Kenapa aku sahaja yang tawar hati setelah ke majlis walimah, sedangkan sahabat yang lain kian teruja dengannya. Sedangkan diatas aku menyetujui dan meyakini akan kelebihan pernikahan itu. Memang benar kot, Kuch Kuch Hota Hai telah berlaku di hatiku. Cuma apa yang ingin ku kongsi..mungkin sebab aku tawar hati ini, tak lain dan tak bukan kerana aku sendiri bimbang dengan diriku. Kadang-kadang keghairahan ku ingin berumah-tangga, memiliki kehidupan berkeluarga menyebabkan aku kian memencilkan suatu Hati dan Cinta yang tak sepatutnya aku abaikan. Apatah lagi keraguan yang sering berubah-ubah, tambah merumitkan keadaanku. Tapi akhirnya aku makin memahami. Terima kasih Walimah Isz, kerana telah menyedarkan hatiku. Sebenarnya perkahwinan itu bukan segala-galanya andai perjalanan dan proses ke saat itu menyebabkan aku makin jauh dan melupai suatu HATI yang telah lama menempati hatiku. Percubaan ku untuk memasukkan hati-hati lain kedalamnya sehingga aku hampir-hampir menyingkirkan suatu HATI yang benar-benar layak untuk diriku. Begitulah….Hatiku Milik Mu, Ya Allah. Maafkan daku ini..seandainya dalam usahaku mengikat pilihan-pilihan hidupku. Andai aku tersalah hingga sampai menyingkir cinta Mu Allah. Aku mohon ampun selayaknya kepada Mu. Kerana “andai ku tahu, andai semua tahu..dan sememangnya KAU tahu Ya Allah..Hatiku Benar-Benar Milik Mu, Allah. Tiada yang selayak menempatinya selain-Mu. Cuma akan ku bukai juga sedikit ruang dihatiku untuk zaujah-zaujahku untuk menempati kamar hatiku ini ya Allah..andai Kau mengizinkannya.