Monday, January 18, 2010

Masanya kini..

Rindu pada yang dirindui…DammShitt..Miss U Korea.

Entah mengapa sejak di akhir-akhir ini, perasaan hati ini seringkali dan seringkali merasai nikmat erti sebuah kerinduan. Sebuah kerinduan tentang satu perjalanan yang benar-benar masih dirindui dan masih lagi terngiang-ngiang di pelusuk fikiran ku..

Benarlah kata-kata pepatah “hujan emas di negara orang..hujan batu di negara sendiri”..seakan diri ini tidak pernah menyangkal sama sekali akan kebenaran pepatah warisan yang sentiasa menjadi pegangan warga peribumi, namun pernah terkadang di saat kerinduan persis membuak dan membuku di hati, seakan ingin mengatakan yang sebaliknya. Sememanglah tiada yang lebih utama berbanding Malaysia dan negeri tercintaku, berbanding negara yang lain. Namun pantas sekali tanggapan ku untuk korea bukanlah seperti negara-negara lain..ia tampak berbeza. Walaupun hanya sekadar beberapa bilangan hari yang berlalu disana. Akan tetapi berat rasanya seolah sudah bertahun menetap disana . Korea dan Malaysia..wah, ku rasakan tak jauh berbeza. Di saat mendaratnya dan berlandasnya tayar kapal terbang Boing 375 di lapangan terbang Incheon jauh di hujung kepulauan korea selatan..institusi hati ini seakan bergetar dan merasa kegembiraan dan rasa kepulangan yang teramat sangat-sangat walaupun sebenarnya aku ini adalah pertama kali berkunjung ke sini.

Saat melintasi terminal-terminal pemeriksaan di lapangan terbang Incheon, betapa hati ini kaku dan kagum melihat keunikan ini, pantas dari segi teknologinya, suasananya, kesejukannya bahkan warganya semuanya cantik dan indah di pandang mata. Teknologi setaraf kelas dunia pertama wajarnya telah membuatkan aku terpaku dan kagum sendirian. Suasana dan hawa kesejukannya 4 musim turut menggenapkan impian yang sentiasa diimpikan dengan terasa indahnya dan nikmatnya melalui permukaan kulitku sendiri. Ya Allah, nyaman dan ternyata berbeda sekali dengan Malaysia.

Arggggghhhh……

Tahun 2009 sudah pun berlalu pergi..kini 2010 pula kita mendaki ke mari..ibarat menaiki dan mendaki sebuah bukit..begitulah ertinya tahunan yang dilalui. Seolah dan seakan cerun-cerun bukit yang di daki..semakin mendaki semakin kita ke puncak..semakin mendaki semakin jauh kita menuju..yang lepas di belakang, pasti akan dikenang dan diingati kerana setiap perjalanan hidup ini ibarat sebuah pendakian yang jauh..kesenangan dan kesusahan, kegembiraan dan kesedihan adalah lumrah pendakian..padanya ibarat cerun-cerun perjalanan yang dilalui..tidak kiralah senang atau sukarnya..kerana ianya pasti terukir dan terpalit dengan setiap torehan dan takisan pada batuan ampuh yang dilalui, kesan pautan dan pegangan pada rona perjalanan kehidupan yang dirempuhi. Dan pastinya, setiap kenangan dan yang telah lalu pasti terpahat dihati ibarat terpahatnya sebuah perjalanan kita dalam menaiki liku-liku cerunan yang dilalui.

Bukit 2009 sudah pun berlalu..sudah agak terlewat untuk menceritakannya, sesuatu yang sangat pahit manis tetap…mmm, mungkin..dalam kenangan…tapi pendakian 2010 sudah jauh bermula..meninggalkan cerita lama dan membuka lembaran-lembaran baru. Dan begitulah kita dan kehidupan..saling berlumba mengatasi satu yang lain, mendahului atau didahului..pilih yang mana suka. Ia semuanya pada kita. Hushh, begitulah suatu perlumbaan yang tiada kesudahannya..nadanya hanya dengan kematian sahaja tanda penamatnya. Dan itu sudahlah tentu..Allah taala jua yang menentukan.

Bukit 2010 sudah bersedia untuk dijajah..puncaknya masih jauh..namun hijaunya hutannya sudah dapatku lihat segarnya..biru airnya sudah dapat ku rasa nyamannya hanya menantikan menerobos ke saljunya..begitulah juga aku..tukul-tukul peralatan sudah lama tersedia, semuanya baru dan belum terasah,..yang lama? Yang sudah tumpul atau pun yang telah baik terasah, ku simpan dan ku lipat tinggal sejarah. InsyaAllah kini dan nanti, perjalanan ku yang akan menentukan samada tukul-tukul peralatan yang ku bawa dalam menempuhi pendakian ku ini terguna sebaik-baik ganjaran ataupun mungkin tersimpan menjadi mamahan oleh si karat-karat dosa.Nauzu Billahiminzalik..

Dan dengan nama Allah..ku membuka tabir dan tirai 2010..dengan keberkatan Zat mu Ilahi..semoga jebat terus ampuh dan kukuh meyelusuri ujian perjalananmu..semoga jebat terus cekal dan kekal untuk menikmati indah-indah nikmat dan kurniaan mu…amin..amin ya Rabbal alamin.

p/s: rindu seoul tidak berlalu..cinta gaskow ternanti tak kunjung tiba….