Monday, November 23, 2009

Masanya kini...

Surat untuk Prof.Lokman

Assalamualaikum wbt.

Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga dengan limpah dan kurniaan Allah yang maha agung, moga kita semua di peringatkan tentang hari kematian dan hari pembalasan dan moga kita tergolong di kalangan hamba-hambanya yang tersedia. Amin.

Warkah ini kukarangkan bukan lah suatu perkara tentang sia-sia, bahkan jua bukan juga untuk bermadah dusta, mencaci nista serta mengadu domba. Warkah ini ku karangkan tanda peringatan dan tanda kasih sayang yang sering sahaja bermain enak di tatkala hati ingat berkata-kata namun mulut tetap jua terkunci jua.

Begitulah hasil persoalan yang terjadi pernah di suatu hangat malam, tatkala aku dan rakan-rakan serumah baru sahaja pulang dari bermain dan bersukan futsal. Arakian seorang dari sahabatku yang kian optimis menayangkan gambar dirinya bersama seorang professor dari fakulti lama kami, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu a.k.a FSKB yang tampak lebih glamor di sisi kami. Beliau tegas menjelaskan bahawa itulah idola beliau dan yakin mengatakan setiap daripada diri ini andai ingin sesuatu kejayaan dalam kehidupan pasti perlu ada seseorang yang jelas disegani dan ingin dicontohi. Dan itulah pada beliau, gigih mengatakan Prof. Bahar adalah calon baginya walaupun padanya Prof Bahar dan dirinya bukan dari pada bidang yang sama namun disebabkan ketokohan yang ada padanya maka itulah idola baginya. Selayaknya memang sungguh dan tepat pada beliau untuk menjadi Prof. Bahar sebagai tunjang di mata beliau, kerana prof. sememangnya seorang yang hebat dan berdaya kasa disisi kami yang tak lain dan tak bukan juga adalah di kalangan yang pernah menjadi anak didiknya. Cuma kami tidak lah terlebih dekat melainkan sahabat kami yang sememangnya umpama mensa kepada prof. Bahar itu sendiri. Dan kini pula, soalan itu disoal-soal pula pada sahabat hadirin yang lain yang tampak kepenatan selepas aktiviti futsal yang dijalankan. Hinggalah jika ditanya kepada diriku akan siapakah idola diriku untuk berjaya dalam kehidupan ini, maka sudahnya jawapanku adalah walaupun paling pasti dan mudahnya tidak lain dan tidak bukan jika tidak bukan adalah ayahku sendiri, dan jika ditanya lagi pasti yang paling utamanya pastinya adalah ketokohan dan keagungan Rasullulah s.a.w sendiri yang dikenali umat sebagai rasul akhir zaman, ketua kepada sekalian kerajaan, ketua kepada buah-buah institusi kekeluargaan yang barakah dan penyelamat bagi sekalian alam. Namun jika dikira menjawap akan soalan yang ditanya pastinya dalam bidang akademik ini, yang menjadi pilihanku adalah penyeliaku sendiri, nama diberi Prof Lokman bin Saim. Penyelia utama projek disertasi ku.

Sesungguhnya aku juga bertanya kepada diriku mengapa aku tidak memilih Pak Kas, bekas dan tetap mentorku sepanjang zaman, mengapa juga tidak Dr.Rohi, pensyarah kesayangan semua pelajar, yang turut menjadi kesayanganku, ataupun Dr.Fadilah yang menatangku bagai ibu yang dikasihi. Benar sesungguhnya mereka-mereka juga adalah yang terbaik bagi ku. Sesungguhnya tidak akan ku lupakan setiap inci jasa mereka walau sekalipun kerana mereka adalah ibarat sumber-sumber kekuatan dan kecintaan terus menerus setiap diri pelajar yang bergelar biomedicist. Kehadiranmu pensyarah-pensyarah benar-benar itu yang menjadi penyebab dan terus penyebab mengapa kami terus berada di dalam biomedik. Pensyarah-pensyarah kami adalah terbaik dan sememangnya pengakuan bahawa berjayanya FSKB kerana adanya biomedik dan pensyarah-pensyarahnya, teruskan lagi dengan pensyarah-pensyarah biomedik dan pelajar-pelajarnya yang termasuk aku.

Walaupun begitu, memang sesungguhnya bila-bila berbual dengan rakan-rakan dari Fakulti Sains Kesihatan yang lain ada yang optometrisnya..ada yang audiologistnya atau terapisnya dan lain-lain. Memang dan sejujurnya jika ditanya pada pelajar biomedik sekalian batch ku, mereka akan mengatakan benda yang sama. Bahawa biomedik ini bukan pilihan utama diri mereka. Memilih biomedik adalah kerana sangkakan ia adalah Perubatan. Memilih biomedik kerana ia punyai nama perubatan di depan. Itu lah jawapan kami. Itulah jawapan mereka dan itu juga jawapan ku. Hari-hari di dalam biomedik penuh siksa, kadang-kala belajar sesusah medical, namun momokan luar mengatakan tiada persinggahan dalam pekerjaan. Peperiksaan jua kadang-kadang ramai yang berusaha, namun gagal jua untuk menjadi scorer. Itulah duri dan penambah luka dan duka pada kami yang disini ketika itu. Namun sedikit demi sedikit, perasaan itu berubah dan berubah, kecintaan terhadap biomedik dan generasinya kian dipupuk, walaupun masih ada segelumit rasa sesal tetap sukar untuk dihapuskan, dan pengajian dan pengajian diteruskan kerana terpaksa dan itu adalah jalan lumrah setelah pilihan dibuat, terlambat sudah untuk kami berpatah. Maka ia perlulah ditamatkan. Maka sememangnya ramai berjaya menamatkan pengajian.

Namun kini sesungguhnya maafkan diriku pensyarahku dan biomedik, kerana aku beranjak ke fakulti yang berasingan..Fakulti Perubatan..bukannya aku tidak mencintai dan ingin berada di alam fakulti kita. Tapi sesungguhnya..aku merasa aku perlu ke sini, ke Fakulti Perubatan…memang ia sebuah suasana yg berbeza dari dahulu..memang mengajar ku erti yang lain. Sesungguhnya saya merasakan tepat sekali untuk berada disini duhai pensyarah-pensyarahku. Maaf Pak Kas, maaf Dr.Rohi, maaf ibu, Dr.Fadilah, jua Dr.Hida..Dr. Balkis, mama Dr.Noraziah dan yang lain-lain..sesungguhnya dan sebenarnya saya bukan lah antara pelajar yang paling baik dan bijak..bukan layak juga untuk digelar bodoh atau tolol..Cuma saya ini hadirnya yang sedang-sedang sahaja. Dibalik sosok diri ini yang pandai mengambil hati-hati mu semua..dan menjadi kesayangan dan kecintaan mu semua pensyarahku. Diri ini memilih untuk berada di fakulti berasingan dengan mu..iaitu Fakulti Perubatan. Ini kerana saya merasakan..fakulti ini dapat membawa saya ketahap tertinggi yang bakal saya capai dan gapai dan mengejarkan saya akan segala impian dan hajat digalas dan dibebani selama ini. InsyaAllah..saya tidakkan lupa diri..saya hanya insan biasa..insan yang sentiasa kenang-kenangkan bersama kekasih-kekasihnya.

Pak Kas mentorku Satu,
Dr.Rohi yang kesayanganku,
Dr.Fadilah umpama ibu,
Dr.Noraziah anggapku menantu,
Dr.Hawa dalam ingatanku,
Marahkan daku akibat silap yang lalu,
Dr.Balkis baru kenaliku,
Walau sekian lama baru tahu namaku,
Dr.Hida ibarat guru,
Seluruh pensyarah jadi pembantu.
Hu hu hu hu dan hu hu..
Satu..satu..satu..
Kenanglah daku akan semua dirimu.


Dan Prof Lokman satu sosok yang benar aku kagumi dan segani..profesor, doktor dan akhirnya dato’..itu impianku..dan itu jalanku. Berada dibawah selainnya adalah jalan pertama aku ke arah itu. Aku mensanya dan dia mentorku. Walaupun bukanlah acap kali dapat bersamanya…tapi aura beliau tetap terasa di jabatan yang ku duduki..Jabatan ENT. Bahkan bilik yang kami tumpangi juga hasil ihsan dan sayang beliau terhadap kami. Sifat rendah diri..dan tidak sombong itu yang ku senangi..berpewatakan menarik..tampan dan kacak..ciri-ciri yang beliau miliki..dan kini sikit tertumpah pada diriku jua. Disenangi dan disegani..itu yang paling penting. Mereka bekerja bersamanya bukan untuknya..hu3..entah benar atau tidak..itu hanya pandangan peribadiku..Cuma yang aku rasai aku senangi cara beliau. Beliau yakin dengan ku…bersikap rendah diri dengan ku..bahkan tetap respek padaku walaupun aku hanya pacar pembantu penyelidik yang tak punyai pape..namun disebabkan nama beliau..aku tak ubah turut terasa tempias ketokohan beliau…(he3..seronok gak pakai nama orang nie). Begitu juga diriku…antara segan dan terasa berbudi pada prof..aku menyambung pengajian ku disini..dan itu yang sedang aku teruskan. Projek ku adalah amanah prof untuk ku. Malu dan segan untuk ku meninggalkannya..hu3..walaupun projek ini sangat lah berat dan mustahil, sudah berapa amaran ku terima bahawa ia benar sukar, namun tak kurang juga yang menyokong mengatakansebaliknya. Oleh itu aku teruskan..hu, betapa aku benci dan benci..untuk menjadi pioneer pada sesuatu projek..peristiwa yang sama untuk tesis undergraduateku..dan akhirnya kini ia tetap berulang lagi..aku pilih juga jalan ini, jalan sama sebagaimana tesis sarjana mudaku. PIONEER itu perkataan yang tak pernah hilang dari mindaku...susah memang susah, best juga memang best dalam menjadi PIONEER, masalahnya..mampukah aku..sesuaikah aku..hu3. Dan salah satu sebabnya adalah mu Prof Lokman..sebab mu, akan terima jua bebanan ini. Hu3..nasi dah semakin masak, hendak dikatkan menjadi bubur belum lagi..aku masih berusaha..Insyaallah, ibarat nasi yang ku tanak ini takkan ku biarkan menjadi antah atau cair menjadi bubur. Semoga projek ini berjalan lancar..dan terima kasih atas bantuan prof..terima kasih banyak..hu3.

Dr. Aminuddin, Prof Ruszymah..Dr. Mazita..Dr Azida..Prof Asma..Dr Goh..Kak Angela, Abg Zam, Dr.Chua dan lain-lain isi pusat kejuteraan tisu, kini adalah..dunia ku sekarang. Dr. Amin dan Prof Ruszymah..walaupun dalam banyak kekhilafan dan kurang senang yang lain terhadap mereka termasuk jua diriku, namun masih lagi aku untuk mereka seribu penghormatan dan respek dari aku sebagai seorang salah seorang pelajar yang berada di bawah seliaan mereka. Kerana mereka tetap orang yag lebih tua dariku dan lebih berilmu dariku..aku menuntut ilmu dan sedang belajar dan itu yang aku pelajarinya. Senangnya walaupun aku bukanlah terbaik di pusat kejuruteraan tisu ini..namun masih lagi aku di senangi mereka dan di sayangi jua..walaupun aku menyedari diriku hanyalah anak tiri atau picisan di pusat ini, banyak lagi anak emas papa dan mama..namun aku mengerti..ada jasa mereka yang harus aku balas dan balas jua..sememangnya, terima kasih prof..terima kasih dr. karena membina diriku…

Dr. Mazita, Dr.Azida, Prof Goh dan Prof Asma..semua adalah doctor dijabatan ENT..mereka adalah antara senior dalam ENT, kebanyakan mereka adalah pakar dan pakar bukanlah sesuatu perkara yang biasa untuk dicapai. Ia perlu sesuatu keistimewaan dan itu yang aku yakin mereka semua miliknya. Baiknya mereka melayanku tak ubah seperti keluarga sendiri..di jabatan ENT..selain dikenali sebagai pelajar Prof Lokman..aku juga turut mendapat umpama lampu hijau dari doktor-doktor ini..Dr.mazita..Prof Goh dan Prof Asma..semuanya adalah senior dalam ENT , rapat dengan mereka bermakna aku berpengaruh di jabatan ini..(ha3…bangganya..bangganya)..dan Dr.Azida..maaf dr..banyak menyusahkan doktor, InsyaAllah sama-sama kita jayakan projek kita..saya takkan tinggalkan doktor..takpe walaupun semua kerje saya buat tapi saya tak kisah sebab..memang itu kerja saya dan saya bersyukur sebab walaupun banyak buat silap tapi doktor tetap masih boleh terima..baiklah nanti sama-sama kita usaha ok..chaiyuk..chaiyuk.

Dan akhirnya rakan-rakan pusat kejuruteraan tisu..Dr.chua, Kak Angela, Abg Zam, Abg Adha, Abg Sham, Kak Mun, Dr.Norzana , Dr Haikal..Hamoud adalah tulang-tulang belakang kepada kejuruteraan tisu yang dahulunya makmal kini bertukar taraf kepada pusat. Walaupun masing-masing punyai cerita dan derita, namun masing-masing punyai cinta dan cita dalam kejayaan bersama bidang kejuruteraan tisu ini. Tahniah untuk mereka dan yakinlah senior-seniorku..hilang derita pasti datang nya bahagia…chaiyuk dan terus berusaha. Perturunkan ilmu untukku , moga ku capai kejayaan bagai diri-diri mu…wajah-wajah baru juga adalah asset penting dikejuruteraan tisu ini..dan kehadiran Abg Ali sebagai penyeri dan pembuka cerita lab,tak lupa juga adik-adik pegawai sains yang lain seperti pojie, munirah..insyallah, mereka boleh pergi lebih jauh selepas ini. Juga rakan-raka pelajar seperti kumpulan 4 bunga bergelar cik rye, cik ena, cik nad dan cik iken..ops, miss D yang ala-ala vogue lah konon pasti tak dilupa , pelajar pembentangan terbaik, si fik, abg conj ibarat kata si zaim…si wuss dan yazid the msc master adalah teman-teman yang dikala suka dan duka ku..malah tidak lupa pada mereka yang umpama adik dan kakak, iaitu staf-staf yang dihormati kak aisyah dan zaim, dan syafiq banyak mengemudi dan mengajar pusat ini selari dnegan tahapnya berdasarkan konteks mereka..pasti adalah sesuatu yang baik untuk kita terus bersama dan bersama. Terbang tinggi mengapai awan…insyaAllah.

“Kejuteraan Tisu Terbang Tinggi”.

Tuesday, November 3, 2009

Masanya Kini...

Indahnya Nur Kasih…

Tiada kata secantik bahasa..tiada bicara tanpa cerita. Hari ini aku menulis dalam kegelapan, dalam gelap malam, yang disulami..nyanyian-nyanyian alam, menanti cerahnya si siang, yang masih setia..ditempat peraduannya. Malam ini malam biasa, seperti malam sebelum-belum..hari sebelumnya, cuma aku yang kini merasa, bagai ingin menulis..meluahkan rasa.

Rasa perasaan yang tiada tentunya..rasa persoalan yang tiada kesudahannya..bukanlah jawapan perasaan ini yang ku bimbanginya atau jawab persoalan yang ku ingini, cuma yang meletihkan..derita menanggung perit resah untuk melabuhkan tirai mata ini…huhu, lebih-lebih lagi di malam yang dinihari ini.

Entahlah…mengapa ligat otak untuk segar memikirkan..entah apa peristiwa yang menjelang..sedangkan kan hari sudah semakin mau siang, kamu pula duhai otak tetap dengan degilmu, tetap dengan ceritamu, tetap dengan khayalan mu.. Mengapa? Kenapa? untuk apa kau begitu resah, untuk apa kau begitu gelisah, janganlah begitu, mengapa tidak sahaja kau bertenang. InsyaAllah, pasti datang akan pertolongan.

Itulah jawapan sebaik-baik jawapan..pertolongan Allah itu yang dipinta. Mengapa membazir masa melayan cerita, melayan ceritera buahan khayalanmu..siapkan diri siapkan kendiri..untuk bertemu cinta Mu..Oh Ilahi. Bacalah doa bacalah pinta..insyaAllah..hajatmu..akan diterima. Semoga aku KINI dapat tidur…amin.

p/s: Hu3..entah apa-apa entah..ingat nak menulis tentang cerita “nur kasih”..tp xde idea..last2 bantai merapu..x tentu hala..huah huah huah.layanzzzz.