Sunday, May 16, 2010

Masanya Kini..

Kelate lawan Tganu...hu hu hu.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah…sweet sour, ore belanja..motor pancit, kat tengah2 jalan, Chelsea menang FA cup, satu kosong dan last sekali kelate lawan teganu..ade siaran langsung. Hu3…banyak betul peristiwa malam nie kalu nak kire lah…hu3, yang baik yang buruk semua nya..Alhamdulillah..sebab semua yang berlaku, di hadapi dengan hati yang tenang dan aman. Semoga aku tergolong dari orang-orang yang bersabar dan bersyukur. InsyaAllah.
Ha3…hari ni menulis sambil dengar-dengar lagu …he3, just nak kongsi jer..3 lagu, pertama lagu pop lama, remy ricky dan martin~ suratan atau kebetulan..kedua, Aizat~ hanya engkau yang mampu…dan baru jer habis donlod kat 4shared Yusry KRU~ ku dekat pada mu..ini terbaik. Hu3. Ada nak kata apa-apa? tak nak kata apa-apa. Hu3.
Alhamdulillah, past settle baiki motor pancit…masih sempat layan game Chelsea ngan my fellow roommate..hu3 last and forever till now. Sorry, FYI... not really diehards fan of Chelsea…tapi still suka cara game diorang men and star players dorang. Apa-apa, congratz to Chelsea and their fans..Especially untuk rakan-rakan bola ku..wus, poker and jimbit and hong. Ha3.
Still then, naik atas..mandi-mandi, solat dulu..then, layanz internet..pastu bukak WISEL PENAMAT..hu3, just nak tengok final score between klate and tganu. Hu3..tak tersangka, klate beated tganu 3-0..hu3 , besar gok kot. Hu3..bukan ape, teringat pulok..slalu zaman-zaman dulu, tym studi skolah rendah nga skolah menengah..tym..legends klate supo hashim mustapa, zulhasmi..dan bberapo player hok power lagi..halim napi xsoh royak lah..mesti kena ado punya…kalu lawan tganu mesti gocoh dan gaduh lah punya. Entah tak tahu kenapa? Seerti ada dendam dan kesumat lama antara kedua-duanya..peminat apatah lagi..tapi nasib baik dalam stadium jah..luar Alhamdulillah okey jah. Cuma tue lah nak kato, mungkin ore tuo-tuo royak, ni mesti kes mitos perbalahan dan tak puah hati zaman tok rajo klate nga tok rajo ganu lagi kot…pasal hok berebut tanah besut..kes belago ayam..tu yang duk bawak sampai ke hari nie tue..
Kelate, teganu..kalu ikut rekod..selalunya teganu lah lebih..players dorang biaso power-power jugak..Cuma tym nie, nasib dorang tak supo dulu dah kot..skuad kijang leni..start dah stabil dah..barisan defenders..tengah semua cam dan serasi…strikers pun mula tunjukkan peningkatan..one on one..konfem gol ore kato. Baguslah tue…sebab dah lama tak tengok skuad kijang main supo taro nie. Hu3…masih teringat lagi saat kelate melangkah ke separuh akhir liga Malaysia tym dulu..rasanya 1993 atau 1994..ha3, ingat lagi taro guano pegi stadium…siap bawak bendera lagi tue..sapa ke leni ado lagi tue..pah hok kemah nye…member abang start bakar bunga api bila kelate skor…bukan bunga api juga tapi suar api warna merah..hu3, sekali terasa main kat oversea pulok..sebab ni first tym kat mesia ore buat gitu..selalu peyokong-penyokong argentina jah celebrate gitu. Pastu nak di jadikan cerita lerr, ada siaran langsung kat TV tym tue….hu3..bestnya siap masuk TV lagi tue…ha3. Bangga gak rasenya..Cuma tym tue masa budok2 lagi…nak sorak pun tak supo sorak..ore kate tepuk tangan pun sopan lagi…ha3..teringat..teringat. Cuma leni kelate dah tak supo mulo dah….insyaAllah, pasni bleh melangkah lebih jauh kot selepas nie.
Dan teganu? tetap salute…mereka tetap rivals kelate sampai bilo2….3 negeri jah kat pantai timur nie. Pahang, teganu dan kelate. Pahang, mereka dah berjaya lama dah..liga Malaysia, liga perdana..dah tak asing nama mereka..skuad tok gajah..nama pun gagah..Cuma mungkin musim ini, bukan milik mereka kot..okay lah tue..dah lama mereka menyinar, mungkin zaman ni zaman malap mereka kot bagi lah peluang kat skuad kelate pulok. Teganu pulak, masih mengekalkan skuad-skuad terbaik mereka..Cuma personally, musim ini adalah musim skuad kijang kot…sebab mungkin KINI MASANYA…untuk skuad kijang..setelah sekian lama beraksi….insyaAllah.

Friday, May 14, 2010

Masanya Kini..

Selamat Hari Ibu..
Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala kemudahan dan kenikmatan pada diriku..sedang aku menyedarinya atau pun tidak aku mneyedarinya. Betapa dalam seminggu ini..benar-benar rasa syukur yang mendalam padamu Ilahi kerana nikmat dan rahmat mu masih membuatku terasa untuk bersiap dan menghadapi segala kesukaran dan ujian-ujian yang menimpa tiba. Ya allah terkadang ku terasa akan kelemahannya...terkadang ku terasa kekurangannya...terkadang ku rasa terputus harapannya..namun Alhamdulillah masih ada mu yang bersamaku ya Allah. Semoga aku menjadi hamba mu yang bertakwa dan beriman kepada mu ya Allah.
Ya Allah…terasa berharganya perasaan ini ya Allah. Seandainya kini, baru ku bertambah mengerti akan ia ya Allah. Hu3, betapa kasih ibu sentiasa ke syurga..kasih ayah di kendong bersama. Sumayyah, safiyyah dan syazani..hu3, dalam banyak karenah dan kenakalan masing-masing..kalian banyak mengajarku..sesuatu yang mungkin sebelum ini ayah an kian terlupa dan pastinya kurang mengambil berat akannya.. karenah kalian banyak mengingat kepada bagaimana kasih sayang, tolak ansur, kuat, tabah dan sabarnya tok mi dan tok bah kepada ayah an, ibu kamu bertiga serta pakcik-pakcik kamu yang lain dalam mendidik dan membentuk kami-kami semua menjadi insan-insan yang berguna. Hu3..kalau dulu mengapa ayah an sentiasa memikirkan bakpe dan kenapa, tok bah dan tok mi sentiasa memarahi kami, anak-anak mereka. Abah walaupun jarang-jarang sekali abah memarahi dan menegur secara direct, abah lebih jelas dengan caranya yang sentiasa kool dan tenang. Menunjukkan contoh-contoh baik yang sentiasa kami tetap dan selamanya akan respek dan menghormati abah. Abah tak pernah lupa tanggungjawab abah..walaupun dalam masa kesibukan abah dulu dan sekarang, abah memang seorang yang sibuk..sibuk untuk dunia dan sibuk juga untuk akhirat..abah memang hebat. Walaupun gaji prof lokman mungkin lebih besar sikit daripada gaji abah..tetapi ayah an yakin dia tetap tak sehebat tok bah. Di raut wajah tok bah ada sinar yang takkan sama pada sesiapa pun…semoga ayah an pun menjadi seumpamanya. Hu3..walaupun sesekali ayah an rasa cam kecewa dan sikit terkilan jugaklah,bukannya apa? Terkadang terfikir..apakah ayah an ni tak layak dan tak sehebat yang lain?.. sebab tok bah..selalunya tok bah lebih banyak mengajar dan memberi pengajaran-pengajaran kepada ayah-ayah kamu yang lain. Sedangkan ayah an..tok bah sekadar hanya menghulurkan 2-3 nasihat ringkas untuk ayah an sampai ke hari ini. Hu3..tapi hari ini, anak-anak ku..ayah an dah mengerti..kenapa begitu..hu3. ya Allah..aku sayang kan abah ya allah..semoga engkau senantiasa melindunginya, merahmatinya dan menyayanginya ya Allah..kerana aku tahu beliau sangat menyayangi Mu dan rasul Mu dan agama Mu. Allahu akhbar.
Mami…tiada kata secantik diri mu yang senantiasa mendidik kami dan mengajar kami. Mami dalam marah, tangis, sedih dan gembira mu….betapa aku kini mengerti bahawa entah atau tidak dik an dapat membalas dan senantiasa mengembirakan mami. Dik an pinta tiada sekalipun kata-kata atau perbuatan atau apa-apa yang dik an lakukan mengguris dan tersimpan lama di hati mami. Dan konfemnya, pastinya akan ada dan senantiasa ada. Semoga mami tetap dengan kemulian dan keagungan yang pasti di kurniakan pada setiap ibu di dunia ini…iaitu untuk memaafkan dan meyayangi. Mami , dik an dah rasa dah kenakalan sumayyah, safiyyah dan syazani..hu3, memang sangat dan tersangat nakalnya…kesian gak sampai kak yah pun tak menang tangan menanganinya…tapi tak pelah..pastinya kak yah pun dah jadi sehebat dan sebaik seperti mami dalam menjaga anak-anak. Betapa rasa sedih..malu..gembira dan sayang pun ada untuk di ucapkan, dik an tak tahulah nak ucapkan bagaimana mami menjaga anak-anak mami sebelas-belas orang ni. Masing-masing punya fi il dan karenah sendiri. Abe rih perangai dia..abe pik pun ada masa dia..kak yah lagi..anak perempuan tunggal masa tue..hinggalah lahir adik jue dan adik kimah. Pastu datang pulak gerombolan kedua, sesi anak lelaki..start dari abe le..abe de, nudin..pah dik an..imi dan mat e. Betapa tak leh nak bayang..kalau lah dulu dik an dan bebudak ni senakal sumayyah, safiyyah dan syazani nie..betapa tahan, cekal dan tabahnya mami menjaga kami. Hu3…sedangkan bakpo lah pada masa tue..kami semua tak pernah terfikir nak gembirakan hati abah dan mami. Tapi Alhamdulillah..dalam banyak-banyak putra dan putri mami dan abah..semuanya Alhamdulillah menjadi belake..tak tahulah sampai mana tahap menjadinya..tapi andai kata anak-anak ini menjadi pelaburan untuk abah dan mami suatu masa nanti..dik an jamin abah dan mami..mami dan abah..adalah orang yang paling beruntung..sebab pastinya segala apa yang mami dan abah laburkan ini..pastinya akan membawa pulangan yang paling besar nanti. Dan untuk mami dan abah..secara personal dik an buleh simpulkan, walaupun dik an bukan pelaburan yang terbaik untuk abah dan mami, jika di bandingkan dengan adik-adik dan abang-abang yang ada..tapi dik an harap sedikit sebanyak dik an dapat jadi modal dan harta untuk mami dan abah nanti di hari akhirat sana nanti. Dan dik an akan terus dan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk abah dan mami. Agar selepas ni mami dan abah takkan teukir lagi kekerutan. kegelisahan dan kesedihan yang dahulunya ada dan timbul di saat mami dan abah melayan karenah-karenah kami khususnya anak mu… adik an ini.
Selamat hari ibu mami….dan selamat hari ibu, yang senantiasa ku anggap di kau sebagai mami juga, semoga Allah sentiasa merahmatimu dan mu..dan ingatlah kerinduanku sentiasa untuk mu dan mu. InsyaAllah, ku sentiasa akan berbakti kepada mu dan mu. Amin.

Monday, May 10, 2010

Masanya Kini..

The pacifier..

Assalamualaikum wbt..
Segala puji pada ketentuan Ilahi yang sentiasa mempermudah dan menguji akan hamba-hambanya..semoga dipermudahkan urusan. Allahuakbar.

Takdir ilahi yang merelakan…Alhamdulillah, Port Dickson (PD) sekali lagi ku jejaki..hu3..kali ni memang terbaik..cukup cantik dan cukup baik..tahniah kepada organizer..2 thumbs up for everybody..he3. Hu3, dua hari tak bukak FB, sebab p PD..minggu sebelumnya dah ke TEKALA..huisshh, banyak betul aktiviti budak2 nie..tapi takpelah..join jerr..supportive org kater..semoga ukhwah yang terjalin, di rahmati Allah. Semoga yang ada lebih menjadi lebih baik dan bertambah baik..insyaAlllah. Ha3, ingatkan bukak FB ada gambar upload..rupenya belum..xpelah. Tukang-tukang ambik gambar dan tuan-puan punyer kamera masih letih lagi kot semua. Mungkin semua pun dah tidur, he3…bagus-bagus. Moga dapat lihat gambarnya nanti.

Huishh, balik-balik dari PD nak kena p Bandar Kinrara, rumah Kak Yah, hu3..beselah…nak kena teman dia ngan bebudak tiga orang tue. Kesian gak tetiba abg zali nak kena p out station..lama plak tue. Xpelah..moga dipermudahkan..insyaAllah. Takdir sang suami untuk mencari nafkah dan sesuap rezeki untuk anak-anak dan isteri tercinta. Moga ganjaran Ilahi menjadi balasannya. InsyaAllah, amin.

Alhamdulillah, sampai-sampai kat rumah..suka tengok semua dalam keadaan sihat walafiat..terbaik semua. Senang hati disambut mesra oleh waris-warisku..semoga semua menjadi insane yang berguna dan bertakwa kepada agama, bangsa dan ibu bapanya. InsyaAllah. Hu3….seminggu nak menjaga bebudak ni. Allahuakbar, bertahan..semoga aku dapat bertahan. Letih jugak nak melayan karenah bebudak nie..kadang mood okay..memang best, mai mood tak okey…masyaAllah, pedih gak rase hati…tapi nak wat camne…terkenangkan anak sedara, tambah sayang plak..hu3..tak marah lerr gamaknya…hu3, aduyai kamu-kamu bertiga..mudah-mudahan menjadi lah kamu zuriat-zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa kepada Allah…takpelah sekarang ni nakal2 lagi…nanti mudah-mudahan dan besar nanti jagalah agama mu anak-anak ku, jagalah akhlak mu..pekerti mu..maruah mu…dan maruah ayah dan ibu mu…semoga kalian menjadi pertiwi-pertiwi dan srikandi islam yang sejati..


Syazani..Safiyyah..Sumayyah

InsyaAllah..merindukan kehadiran sebuah kereta dalam hidupku..Mitsubishi Lancer, wow..garang umpama jerung buas dan bergaya dan elegan, hu3 mempunyai karekteristik umpama diriku sepersis nama jebat panggilanku. Hu3, LANCER paling terbaik setakat ini untuk ku, akan ku usahakan…walau apa pengorbanannya..ha3. Moga dipermudahkan..ya Allah. Subaru Imprenza..hu3, x jelas lagi bentuknya..tapi mendengar namanya sajer..dapat ku ketahui bukang calang-calang untuk memilikinya..ha3. Namun target yang paling realisasi untuk di capai..Civic 2.0..lampu bulat..kaler itam..ha3, anggun, elegan dan ego dan affordable..terbaik untukku..hmmm, Cuma !!..terlalu banyak di jalan raya..cam dah tak best plak…nanti xleh bergaya sangat pulak..tapi takpe kot, area pantai timur tak banyak lagi kot org pakai..ha3.

Kereta Malaysia..hmm, xtauw lagi setakat ni masih lagi tak berkenan. Bukannya takde yang cantik..ada..tapi tak pelah. Cuba cari yang lain dulu…insyaAllah..kalu takde baru pilih kereta Malaysia. Hu3. Cuma kalau dulu, masih sangat nak pakai Toyota Wish..rindu plak, suker sangat dan sentiasa duk teringat2..bagaimana sekarang? Suker lagi ke…hu3, dalam hati masih lagi nak, tak leh lepaskan lagi walau banyak model-model baru keluar, tapi tetap masih nak ke dia..Cuma tak tahu lah, situasi sekarang nie..masih boleh lagi ke pilih Toyata Wish? Bukan ape? Takut masih tak mampu nak miliki dia. Habis bagaimana?..hu3, nak buat apalagi, harap masih tak tinggal kenangan lah. InsyaAllah, ada rezeki boleh beli dan boleh miliki..anggaplah sekarang hanya “sebuah kasih yang belum termiliki”..hu3, cam lagu hafiz hamidun..dok?...ha3, boleh ke?..hu3. entahlah.

Wallahu allam. Allah lebih mengerti kesemuanya..

Friday, May 7, 2010

Masanya Kini..

Istimewa..
Assalamualaikum wbt..
Hari ini dan malam ini bukanlah tidak sebagaimana hari-hari biasa untuk ku. Cuma adalah sedikit perbezaan dan keistimewaan yang membezakannya dengan hari-hari lain. Namun begitu ia tidak lah sepenuhnya dipenuhi akan kegembiraan..akan tetapi lara kesedihan juga turut terukir padanya.
Walau bagaimanapun..ia sahaja pasti cukup untuk aku abadikan pada blog ku ini yang tak seberapa ini. Aku hanyalah insan biasa..bukanlah banyak untuk ku mengajar dan menulis tentang sesuatu apa..cukuplah aku menceritakan dan mengongsikan kisah-kisah dan liku-liku hidupku..yang kadang berubah-berubah. Sedih, gembira, sayang, benci, terkilan, tetap, masih, harap, takut, malu…semuanya adalah fitrah sebuah perasaan..fitrah sebuah kehidupan. Setiap yang ada pasti kan merasainya..dengan apa caranya? Tergantunglah kepada qada dan qadar masing-masing..samada akan manis..ataupun akan pahit..ataupun manis semula..atau kekalnya pahit..ia adalah takdirmu. Itu terbaik untuk mu? Wallahu allam. Allah dan rasul lebih mengetahui..apa yang perlu dilakukan..yakin dan jangan putus harapan. Nescaya Allah bersama mu.
Apa istimewanya?..entah lah..tanyalah hatiku..apa istimewanya? Hanya ia yang akan mengerti. Kerana aku yakin ia pasti senantiasa akan mengerti dan mengerti. Pengertian yang amat mendalam dan mendalam yang hanya hatiku merasainya..saat teristimewa untuk seketika. Namun walau hanya seketika tetap juga istimewa. Dan Allah dan rasul yang teristimewa buatku. Apakah kesedihannya?..entahlah, sukar nak di ceritakan. Kesedihanku adalah kesedihan ku..kesedihan orang lain..juga aku sematkan dalam kesedihan ku..untuk apa?...agar aku dapat membantu kesedihan-kesedihan yang tersedia..kerana tidak dapat tidak..pasti suatu hari nanti, semoga Allah mengantikan kesedihan-kesedihan ini dengannya kegembiraan. Insyaallah. Pasti…yakin lah..and don’t stop to believe.Inna Allaha ma’ ana.
Untuk sahabat-sahabat..ku utuskan doa untuk mu semua. Bersabarlah semua..insyaAllah..Allah pasti membantu kalian. Aku janjikan doa pada kalian…dan semoga doa-doa kalian dan doa-doa ku di redhai dan di makbuli Allah tuhan kita..insyaAllah amin. Duhai sahabat..bersabarlah, kau boleh melakukannya. Dan duhai sahabat..tenanglah, pasti ada sinarnya. Dan duhai sahabat..yakinlah, akan ada jalan penyelesaiannya..untuk mu lagi aduhai sahabat, andai dapat ku gelarkan mu dengan ia..semoga Allah senantiasa merahmati mu..dan senantiasa Allah melindungi mu..semoga kau berada dalam kebahagiaannya dan keselamatannya.
Dan insyaAllah…pastinya "setiap insyaAllah" ku akan dituntut. Dan tunggulah..semoga ia cukup untuk mu…Allahu Rabbi.

Wednesday, May 5, 2010

Masanya Kini..

Siapa yang paling ku sayang?
Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah merahmati diriku dan diri-diri mereka yang beriman. Alhamdulillah..satu perkataan untuk diriku ~ pokok itu akhirnya kembali. Hari ini bahagianya rasa hati..makanan batin yang selama ini menghilang akhirnya di perolehi kembali. Sesungguhnya andai pakaian, makanan, minuman dan makanan zahir yang lain senantiasa di cari-cari. Begitulah betapa aku yang sebelum ini menghilangnya makanan untuk ketenangan dan keamanan di jiwa ini. Aku temuinya kembali. Allahu akbar. Persisnya kuliah yang ku dengari hari ini…walaupun sanad dan matan hadis nya bukanlah yang asing bagiku..baru hari ini agaknya ia agak menusuk di hati dan teringat-ingat di benak dan kepala hatiku…Allah..akbar. kenapa?..entah ku tertanya-tanya, masih adakah aku dalam golongan-golongan ini..di saat dahulu..aku yakin dan pasti bercita-cita aku adalah kesemuanya…dan masanya kini..Wallahu Allam.
“7 golongan yang mendapat naungan Allah di saat datangnya satu hari yang tiada naungan selain naungan-NYA…pertamanya 1) imam yang adil..” suatu pertanyaan? layak kah aku..? sedangkan aku hanya begini…untuk menjadi imam, ya Allah aku merinduinya ya Allah? Untuk berlaku adil?..entahlah. rezekinya ku masih ku tunggu dan ku masih nanti. 2) Syabab yang lahirnya adalah untuk dan sentiasa beribadat kepada Allah..dari awal muda kecilnya..sehinggalah ke tua remajanya…dan aku?..malunya nak cerita. Kalau dahulu? Oh dahulu…rindunya kepada yang dahulu….kerana aku yang kini….hu3. Moga aku menjadi mereka yang Al mustagfirin. 3) Dua pemuda yang berjumpa dan berpisah kerana Allah..dan terukir di hati-hati mereka kasih sayang adalah kerana Allah..Ini pulak bagaimana?..hmm, kalau nak di cerita Alhamdulillah, usainya hari ini yakni malam ini..aku dan sahabat seukhwah dapat berjumpa dan bertemu mata..walaupun hanya di sebuah kedai makan..namun kegembiraannya di rasa dan ukhwahnya masih lagi ada sinarannya..walaupun sebelum ini nampaknya amat malap sinarnya. Perjumpaannya tak terancang panjang, hanya sekadar ADHOC..namun alhamdulillah..semua dapat memenuhi undangan..dan walaupun aktivitinya tidak lah berprogram namun, aku yakin dan pasti berpisahnya kami dan bertemunya kami kali ini kerana Allah…Berlapang dada? Ukhwah? Kasih sayang? Tenang hati? Kegembiraan?...entah mengapa kali ini aku dan semua yang lain pun, aku pasti semua dapat rasakan yang sama…walaupun sebelumnya berkali-kali dah berjumpa..tapi tak pernah merasa seindah sebegini. Allahukabar.. Semoga kami menjadi golongan ini pun sudah cukup ya Allah…andai yang lain kami tidak layak ya Allah…Amin ya Rob .
Keempatnya, pemuda yang hatinya bertaut pada rumah Allah..hmmm, tanya iman ku? Apa jawapannya?..Allah akbar. Cukuplah pokok itu sudah bercambah kembali…biarlah dugaan dan cabaran iman sebelum ini menganggu suburnya dan hampir membunuhnya..namun pokok hijau itu kembali dan harap ia terusnya kembali..insyaAllah. Ke 5) pemuda yang dalam masa di goda dan di rajuk oleh seorang perempuan yang cantik dan berkredibelitasi, masih mampu berkata….LA !! INNI AKHO FALLAH…Allahu kabar…pastinya ia berat dan tidak sesenang dan sependek tulisan ini. Tiada dugaan yang terbesar dalam hidup seorang mujahid ini, melainkan di antaranya dugaan dari seorang wanita. Yang pastinya, di hatinya masih mengasihi dan meyayangi. Semoga Allah akbar melindunginya dan nya. Dan semoga Allah membuka jalan yang terbaik untuk mereka..insyaAllah. Ke 6) Tangan kanan yang memberi seolah-olah seperti tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberinya..ya Allah, semoga Allah mengurniakan aku dan menjadi aku dari golongan ini ya Allah. Berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah dan bertambahnya iman ku ya Allah, kerana semakin besar nya kekayaan dan kemewahan..semakin besarnya dan beratnya tanggunjawab. Semoga aku dipersiapkan untuknya ya Allah. Amin..Amin ..Amin. Dan akhirnya yang ketujuh, adalah satu golongan yang mata dan hatinya senang tiasa menangis kerana Allah..dan mengingati Allah. Allah akbar..duhai mataku?..bilakah air mu akan mengalir..duhai hatiku..sebaklah kamu..duhai iman ku…ITTAKULLAH..nescaya kamu akan di rahmatinya..insyaallah.
Alhamdulillah…erti hidup pada memberi, tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk menjadi sempurna..cukuplah kau sempurna kerananya..SAYANGLAH ALLAH..nescaya kau akan bahagia..buatlah kerana dan untuk Allah, itu lah segala-galanya..jangan lah gilakan kemewahan dan jangan lalai dengan dunia..Allah akbar…semua ini adalah peringatan dari sahabat-sahabat ku…semoga kami beramal dengannya…insyaAllah.