Thursday, August 6, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (20)

Rangkuman Siri Penjelajahan Jebat Kacak (2)



AHAD, 2 Ogos- Pagi yang indah kini makin cerah, aku bangun awal. Berkebetulan hari ini lain dari yang lain, kedatangan sahabat jauh dari Kedah di hening pagi sikit membingitkan suasana pagi yang selalunya hambar dan pudar. Jam walaupun sudah menunjukkan 9.30 pagi, matahari pula kian memancarkan sinarnya, tetap masih 1-2 rakan yang masih lena diulit mimpi. Aku mengajak sahabat kedah untuk bersarapan di luar, namun masih di area-area Cheras. Sarapan kami sebentar saja dan Alhamdulillah, murah rezeki ku di belanja sahabat..Ya Allah, murahkan rezekinya dan rezeki ku. Rahmatilah kami dan mati kan kami dalam kecintaan-Mu.



Trip ke Penang..laksana sireh pulang ke gagang


Baru genap seminggu aku kembali dari pulau pinang…TUP TUP TAP, ke penang lagi. Ha’ah..begitulah gamaknya, laksana sireh pulang ke gagang, begitu jugalah laksananya aku kembali ke Penang,


Pulau mutiara pulau mahkota,
Tempat terpendam syurga dunia
Ibarat janji sudah di kota
Akan ku kembali jua bagai di kata

Hospital PPUKM tempat bermula,
Tempat tungguan uda dan dara,
Barang dibawa penumpang dah ada.
Hanya menunggu bas yang tiba

Sungai perak Kuala kangsar
Kepala Batas tanahnya besar
Motel bertam yang di sasar,
Dek konferen dan juga seminar.



Tissue Engineering Scientiests


ISNIN, 3 Ogos- Seminar AMDI (Advanced Medical Dental Institute) bagai dihadiri oleh pelbagai hadirin orang. Ada ahli akademik berstatus professor hinggalah ke doktor, para pelajar mungkin PHD ataupun sarjana sepertiku, internationale dan tempatan , ahli-ahli saintis, para penyelidik hinggalah kepada pekerja klinikal turut terlibat. Seminar kali ini banyak berkisar tentang STEM CELL.. suatu yang kalau sepuluh tahun dahulu, mungkin dikalangan akademik sendiri pasti meragui fungsi dan keberkesanananya, tapi kini meluas di guna pakai samada dalam atau luar Negara.Mungkin kini, STEM CELL adalah satu bidang yang menjadi lapangan minatku. Sudah sekian menjalankan penyelidikan yang melibatkan penggunaan stem cell ini, aku kini memutuskan untuk benar-benar menguasainya berdasarkan minat dan juga peluang yang ada. Ayuh..”aiwahh azhan..go and pursuit your honorable dreams, Wish may its come true..insyaAllah biiznillah”.


Prof. Dr. Abdul Aziz. Dr. Sajjad, (sape lagi ntah)…adalah antara nama-nama besar dalam penyelidikan stem cell ini. Diundang menjadi speaker dan penceramah untuk menyampaikan “lecture” berkenaan kajian stem cell banyak memberikan input dan output yang berguna kepada diri ku untuk terus tidak berlengah lagi dalam memilih stem cell sebagai “field of interest” yang perlu aku dalami.


AMDI

Seri cinta di Hotel Seri Malaysia


He he he…hidup ini tidak lekang dari bermain perasaan. Dalam mengejar cita-cita perlu ada onak duri dan cabaran. Begitulah juga setiap pengembaraan tentulah tidak lengkap tanpa kisah-kisah manis. Apakah ia percintaan? Huhuhu...setiap onak dan duri ibarat butiran pasir di pantai. Namun demikian yang lekat dihati bukanlah sebarangan, pasti ada kisah dan kenangan. Di AMDI, kenangan mula terjelma, bebat luka yang dibalut kembali terasa, seakan pasti terpancarnya aura, sinaran “kekuningan” rindu warnanya.


Ku tak tahu mengapa..Tiba-tiba sahaja..Di dalam hati ini sering rindu padamu..Ingin ku meluahkan..tak berdaya”~Spring


Seakan sudah suratan atau adakah kebetulan. Kita ditakdirkan untuk bertemu. Bertemu tidakkan jemu, berpisah kita takkan gelisah. Bila mata bertentang mata, masing-masing diam tidak berbicara, hati gundah ingin berbahasa, begitu sudah tubuh berbahasa, tanda mekarnya bunga-bunga cinta. Chewah..gila..gila.


Entah mengapa..Ku rasa tak menentu..Semenjak aku mengenali dirimu... sayang..Terbayang-bayang wajahmu dimataku..Hingga tersentuh rasa indah di kalbu..Apa kah ertinya...”~Sting


Salam perkenalan ku lafazkan..kerna kau dan aku berjumpa dan berjumpa..tapi tetap tak bersapa..kau segar dalam jiwa, warna mu itu cahaya.


Aku tak tahu..Mengapa aku rindu..Ingin ku curah tetapi rasa malu..Cubalah engkau mengerti isi hatiku..Di dalam diam aku mencintaimu”~Sting


Rindu itu satu anugerah, buat yang di hadiri satu perasaan. Insan mampu punyai semua tapi tak semua mampu punyai rasa rindu dan kerinduan. Oleh itu, andai ia hadir dalam pandangan, genggam ia jangan di lepaskan.


Tidak terdaya bagiku..Hendak memetik cintamu..Bimbang nanti tidak kesampaian..Kau bagai hujan yang datang..Menyiram musim kemarau..Indah mu tiada bandingan..Sedang aku cuma dagang yang merantau”~Spring


Bukannya intan atau permata yang ku pandang akan dirinya..hanya pandangan tuhan untuk manusia yang ku pinta. Bakti dan ketabahan dengan kesabaran itu yang ku pandang..kau kurniaan tuhan yang utama untuk diri.Namun, aku hanya dagang sementara. Singgah di sini menjenguk cuma. Tatkala ada masa, ingatlah kita detik ini kerna ia pasti pergi jua


Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga..Engkau datang membawa bahagia..Entah apakah gerangan di jiwa..Hendak ku tinggal tiada berdaya..Kerana budi aku jatuh hati..Aku tak mengerti ianya terjadi..Kerana budi aku jatuh hati..Kepada mu kini cinta bersemi” ~Spring

Sebenarnya malu untuk mengatakan..kerana kau insan mulia. Ku pujuk-pujuk hati dan jiwa agar meluah rasa yang membara melalui pujian dan penghargaan kepadamu. Aduh kerana peribadi aku terpesona, kerana budi aku jatuh cin** lagi. He he he..jgn mare.


Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu ..Dan tiba-tiba kita jatuh cinta ..Ini semua sudah suratan ilahi ..Dan kita harus tabah hadapi kenyataan”~Spring


Sampai masanya..kini yang nyata menjadi mimpi..mekarnya bunga cinta penuh rahsia..kini semuanya mimpi indah, entah ke mana menghilang entah ke mana kenyataan..di dalam lena di dalam jaga. Berakhirnya kisah kita..kau dan aku terpisah akhirnya..tempuhilah dengan tabah. Kita hanya pasangan sebagiamana pasangan yang lain..bertemu dan berpisah hanya sementara. Moga tidak gelisah, jemu tak selamanya. Adiossss..AAAAA**




Nur Kasih



Destinasi-destinasi cinta:

Daripada Hotel tukar ke motel


~tak kisahlah..mungkin ada hikmah yang tersembunyi.


Motel Bertam



Hotel Seri Malaysia (belakang)


Makan VIP di Penang Golf Club Resort


~semuanya terjadi spontan cuma..Prof.Aziz, Dr. Sajjad, Dr Bakiah, Dr. Aleyah..pendek kata semua doktor dan prof..aku dan Abg Aly turut sama.semeja dan sehidangan.


Bukit larut Bukit Kemahkotaan


~jejak sebentar untuk melawat, mungkin ke Zoo Taiping atau ke Bukit Larut. Semua sekata menggalas beban menaiki bukit..Cuma harapan tinggal harapan. Sudah cempedak menjadi nangka. Nak kembali ke Zoo sudah tiada masa. Destinasi lama di tinggalkan yang baru jua di tuju. Apapun, nangka abg Aly beli pun sodap.



Taman Tasik Taiping



~ naik bot, ambik gambar..beri makan ikan. Semua ada.

















Mee Udang Banjir di Sg Mati Bukit Gantang


~ tak nak cakap pape..biar gambar yang menceritakan..hahaha













Ke Tapah Mencari Buah


~nak beli tak nak beli..nak beli tak nak beli..dah lah dalam bas terkunci…sedih sedih sedih.


Sampai di, Cendana tepat 12 tengah malam, suasana bandaraya pinggiran kuala lumpur tetap masih sama, sebagaimana aku meninggalkannya dalam 2-3 hari ini. Antara kerinduan pada destinasi-destinasi dan kisah cinta. Semuanya tamat disini. Tiba sahaja di “last” tol, maka semuanya kembali betol. Tiada lagi mimpi….yang mimpi menjadi nyata……tamat sudah.

Masanya Memilih Jalan Bermadu (19)

Rangkuman Siri Penjelajahan Jebat Kacak (1)

SABTU, 1 ogosBanyak mencalit sejarah dalam diari kamus hidupku. Sekurang-sekurang lebih tiga jemputan kenduri perkahwinan untuk di penuhi. Namun sedihnya tak kesemua undangan dapat di penuhi. Satu daripadanya terpaksa ku korban untuk dua yang lain. Undangan ke Terengganu terpaksa ku tolak, kerana melihat kepada lebihnya untuk ku memenuhi 2 undangan perkahwinan yang bertempat di selatan tanah air. Satu di muar dan satu di Sg. Rengit, hulu negeri johor.
Muar, Johor
Singgah di Muar hinggap ke Johor

Perjalanan bermula sejak dinihari bertepatan pukul 6.45 pagi lagi. Aku menumpang sebuah kereta Myvi “kelabu taik anjing” yang datang mengambilku di HUKM. Konvoi kereta ke johor di sertai oleh 3 buah kereta lain..iaitu Sebuah Toyota Corolla, Perodua Viva dan sebuah lagi Kereta Myvi berwarna putih.

Untuk ke Muar perjalanan tiba tepat seperti yang dijangka, walaupun masing-masing kereta, berhenti sekejap di RnR Seremban untuk mengambil sarapan. Sampai di rumah Eja@Shahriza, suasana walaupun belum penuh dihadiri jemputan, tetapi sudah jelas kemeriahannya dengan susunan bunyi audio lagu-lagu perkahwinan. Dan kehebatan seorang brader pemain gitar yang menyambut rombongan kami dengan petikan dan gorengan sakti gitarnya.

Kesempatan bertemu pengantin yang nampaknya baru pulang dari masjid berdekatan yang sebenarnya baru selamat diijab kabulkan, jelas terpampang senyuman seindah seri muka pada raut wajah yang cantik di solek menambah ayu sang pengantin bak puteri lilin dari kayangan.Walau begitu, tidaklah terlalu lama kami di rumah Eja, belumpun sempat panas punggung dibangku masing-masing. Perjalanan harus diteruskan. Rumah Hidayah masih belum dihadiri. Dan mempelai sana juga turut perlu dirai. Persinggahan tidak lengkap tanpa menjamu selera terlebih dahulu. Ibu bapa Eja menjemput makan. Perghh!! Hidangan nasi putih, ayam masak pedas johor, gulai daging dan gulai masak kambing tampak memang menyelerakan ditambah pula dengan pecal dan buah-buahan sebagai pelengkap jamuan. Bunga telur dan saguhati dibahag-bahagikan tuan rumah sebagai teman perjalanan kami yang jauh.

“Keluar dari Bandar Muar dan masuk balik ke Lebuhraya” itu adalah antara arahan yang kami terima oleh ketua konvoi sebelum meneruskan perjalanan. Satu persatu menyelusur masuk ke jalan raya dan mengikuti sesama kereta yang ada.
Sg. Rengit, Johor
Sg. Rengit, Johor..aduh jauhnya.

Sempat di dalam kereta aku mengapai handset ku yang penuh celoreng-celoreng dibadannya. Tanda usianya seusai denganku. Aku menghantar mesej kepada saudaraku yang menjemput untuk ke majlis walimahnya di Terengganu. Aku mengharapkan beliau sempat untuk membacanya..ku doakan perkahwinan yang terbina bahagia berkekalan hingga ke syurga. Dan memaafkan aku kerana terpaksa untuk tidak menghadiri majlis keraiannya.walaupun begitu, ku harapkan semuanya berjalan lancar. insyaAllah.
Perjalanan ke rumah Dayah Taib sudah pun separuh hari, kami memang dikhabarkan memang perjalanan agak jauh. Oleh itu, walaupun berbagai rupa halangan yang terpaksa dihadapi semasa menuju ke rumah Dayah Taib akan tetapi “mood” perjalanan kami masih lagi meriah dan diiselang-seli dengan “tidur-tidur ayam” di dalam kereta masing-masing. Akhirnya, setelah lebih kurang 3@4 jam lebih perjalanan, kami tiba juga di destinasi. Dewan UMNO menjadi tempat majlis keraian, apapun kedatangan kami memang dinanti-nanti. Walaupun agak sedikit terlewat, ayah dan ibu si mempelai tetap bermanis muka menyambut kehadiran kami disini. Pertama kali melangkah ke dalam dewan, sayup jauh di atas pentas kelibat sang pengantin bergandingan “ibarat terbang merpati dua sejoli, seiring seganding bertepi-tepi. tanda terpatri janji dihati, moga bersemi cinta abadi. InsyaAllah.

Kami mula diperkenalkan kepada pengantin lelaki. Orangnya hensem, macho, kacak bergaya. Laksana putera turun dari kayangan. Begitulah juga puan Hidayah, bak sang puteri berlesung pipit. Saat bersalaman dengannya, tak lekang senyuman di bibirnya menandakan manisnya hati, akhlak dan budi pekerti. Andai berpisah pasti tidak gelisah, andai bertemu pastikan tidak jemu. Alhamdulillah…Seeru Ala Barakatillah.

Pencarian kini di meja hidangan, kelainannya jelas sekali. Seandai selalunya dijamu dengan air-air seangkatannya seperti air sirap merah, hijau dan lain-lain. Kali ini memang menarik sekali, pertama kali aku mendapatkan air cendol di majlis perkahwinan. Walaupun, tidaklah sehebat Cendol Raja di Changlun, tetapi ianya sudah cukup untuk menjadi pilihan para pengunjung majlis menghilangkan haus di tekak dek kepanasan udara dari selat semenanjung Johor. Hidangan makanan juga pelbagai, nasi beriani, ayam pedas, dan gulai daging jadi pilihan. Ditambah pencuci mulut penambah selera.

Sudah seakan trend “pelajar biomed”..bergambar sudah menjadi identiti. Sesi bergambar bersama pengantin sudahlah pasti. Di meja makan, di atas pentas, di bawah pentas dan disetiap ceruk dewan adalah pasti. Asalkan shot yang cantik, angle yang menarik ditambahi model-model gambar yang kepingin. Klik-klik kamera pasti dipetik.
Laksana Camar pulang Ke sarang

“Bagaikan camar pulang senja..patah sayapnya tetap terbang jua..bagai mencari secicip rezeki..buat yang sabar rindu menanti..”, begitulah indah dan berertinya lirik lagu dari nyanyian kumpulan in-team. Diriku umpama camar yang pulang senja. Setelah jauh berkelana, kini aku perlu pulang kembali ke kuala lumpur. Hari ini juga kami bergerak, walaupun memang ada sebahagian daripada kalangan kami yang sejak awal berkeputusan untuk menetap sekejap di johor bharu melawat kawan-kawan di sini. Namun aku dan kawan-kawan lain ada misi sendiri, kami perlu pulang walaupun sudah lewat senja dan rintangan pun mungkin ada yang berbahaya, tapi begitulah demi secicip rezeki aku perlu pergi jua. Kerana ada yang sabar menanti kepulangan. “Home Sweet Home..babeh”.
Tepat jam 12.30 malam, aku tiba dirumah, terima kasih yang menghantarku. Semoga kalian berbahagia selalu. InsyaAllah.