Thursday, August 6, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (19)

Rangkuman Siri Penjelajahan Jebat Kacak (1)

SABTU, 1 ogosBanyak mencalit sejarah dalam diari kamus hidupku. Sekurang-sekurang lebih tiga jemputan kenduri perkahwinan untuk di penuhi. Namun sedihnya tak kesemua undangan dapat di penuhi. Satu daripadanya terpaksa ku korban untuk dua yang lain. Undangan ke Terengganu terpaksa ku tolak, kerana melihat kepada lebihnya untuk ku memenuhi 2 undangan perkahwinan yang bertempat di selatan tanah air. Satu di muar dan satu di Sg. Rengit, hulu negeri johor.
Muar, Johor
Singgah di Muar hinggap ke Johor

Perjalanan bermula sejak dinihari bertepatan pukul 6.45 pagi lagi. Aku menumpang sebuah kereta Myvi “kelabu taik anjing” yang datang mengambilku di HUKM. Konvoi kereta ke johor di sertai oleh 3 buah kereta lain..iaitu Sebuah Toyota Corolla, Perodua Viva dan sebuah lagi Kereta Myvi berwarna putih.

Untuk ke Muar perjalanan tiba tepat seperti yang dijangka, walaupun masing-masing kereta, berhenti sekejap di RnR Seremban untuk mengambil sarapan. Sampai di rumah Eja@Shahriza, suasana walaupun belum penuh dihadiri jemputan, tetapi sudah jelas kemeriahannya dengan susunan bunyi audio lagu-lagu perkahwinan. Dan kehebatan seorang brader pemain gitar yang menyambut rombongan kami dengan petikan dan gorengan sakti gitarnya.

Kesempatan bertemu pengantin yang nampaknya baru pulang dari masjid berdekatan yang sebenarnya baru selamat diijab kabulkan, jelas terpampang senyuman seindah seri muka pada raut wajah yang cantik di solek menambah ayu sang pengantin bak puteri lilin dari kayangan.Walau begitu, tidaklah terlalu lama kami di rumah Eja, belumpun sempat panas punggung dibangku masing-masing. Perjalanan harus diteruskan. Rumah Hidayah masih belum dihadiri. Dan mempelai sana juga turut perlu dirai. Persinggahan tidak lengkap tanpa menjamu selera terlebih dahulu. Ibu bapa Eja menjemput makan. Perghh!! Hidangan nasi putih, ayam masak pedas johor, gulai daging dan gulai masak kambing tampak memang menyelerakan ditambah pula dengan pecal dan buah-buahan sebagai pelengkap jamuan. Bunga telur dan saguhati dibahag-bahagikan tuan rumah sebagai teman perjalanan kami yang jauh.

“Keluar dari Bandar Muar dan masuk balik ke Lebuhraya” itu adalah antara arahan yang kami terima oleh ketua konvoi sebelum meneruskan perjalanan. Satu persatu menyelusur masuk ke jalan raya dan mengikuti sesama kereta yang ada.
Sg. Rengit, Johor
Sg. Rengit, Johor..aduh jauhnya.

Sempat di dalam kereta aku mengapai handset ku yang penuh celoreng-celoreng dibadannya. Tanda usianya seusai denganku. Aku menghantar mesej kepada saudaraku yang menjemput untuk ke majlis walimahnya di Terengganu. Aku mengharapkan beliau sempat untuk membacanya..ku doakan perkahwinan yang terbina bahagia berkekalan hingga ke syurga. Dan memaafkan aku kerana terpaksa untuk tidak menghadiri majlis keraiannya.walaupun begitu, ku harapkan semuanya berjalan lancar. insyaAllah.
Perjalanan ke rumah Dayah Taib sudah pun separuh hari, kami memang dikhabarkan memang perjalanan agak jauh. Oleh itu, walaupun berbagai rupa halangan yang terpaksa dihadapi semasa menuju ke rumah Dayah Taib akan tetapi “mood” perjalanan kami masih lagi meriah dan diiselang-seli dengan “tidur-tidur ayam” di dalam kereta masing-masing. Akhirnya, setelah lebih kurang 3@4 jam lebih perjalanan, kami tiba juga di destinasi. Dewan UMNO menjadi tempat majlis keraian, apapun kedatangan kami memang dinanti-nanti. Walaupun agak sedikit terlewat, ayah dan ibu si mempelai tetap bermanis muka menyambut kehadiran kami disini. Pertama kali melangkah ke dalam dewan, sayup jauh di atas pentas kelibat sang pengantin bergandingan “ibarat terbang merpati dua sejoli, seiring seganding bertepi-tepi. tanda terpatri janji dihati, moga bersemi cinta abadi. InsyaAllah.

Kami mula diperkenalkan kepada pengantin lelaki. Orangnya hensem, macho, kacak bergaya. Laksana putera turun dari kayangan. Begitulah juga puan Hidayah, bak sang puteri berlesung pipit. Saat bersalaman dengannya, tak lekang senyuman di bibirnya menandakan manisnya hati, akhlak dan budi pekerti. Andai berpisah pasti tidak gelisah, andai bertemu pastikan tidak jemu. Alhamdulillah…Seeru Ala Barakatillah.

Pencarian kini di meja hidangan, kelainannya jelas sekali. Seandai selalunya dijamu dengan air-air seangkatannya seperti air sirap merah, hijau dan lain-lain. Kali ini memang menarik sekali, pertama kali aku mendapatkan air cendol di majlis perkahwinan. Walaupun, tidaklah sehebat Cendol Raja di Changlun, tetapi ianya sudah cukup untuk menjadi pilihan para pengunjung majlis menghilangkan haus di tekak dek kepanasan udara dari selat semenanjung Johor. Hidangan makanan juga pelbagai, nasi beriani, ayam pedas, dan gulai daging jadi pilihan. Ditambah pencuci mulut penambah selera.

Sudah seakan trend “pelajar biomed”..bergambar sudah menjadi identiti. Sesi bergambar bersama pengantin sudahlah pasti. Di meja makan, di atas pentas, di bawah pentas dan disetiap ceruk dewan adalah pasti. Asalkan shot yang cantik, angle yang menarik ditambahi model-model gambar yang kepingin. Klik-klik kamera pasti dipetik.
Laksana Camar pulang Ke sarang

“Bagaikan camar pulang senja..patah sayapnya tetap terbang jua..bagai mencari secicip rezeki..buat yang sabar rindu menanti..”, begitulah indah dan berertinya lirik lagu dari nyanyian kumpulan in-team. Diriku umpama camar yang pulang senja. Setelah jauh berkelana, kini aku perlu pulang kembali ke kuala lumpur. Hari ini juga kami bergerak, walaupun memang ada sebahagian daripada kalangan kami yang sejak awal berkeputusan untuk menetap sekejap di johor bharu melawat kawan-kawan di sini. Namun aku dan kawan-kawan lain ada misi sendiri, kami perlu pulang walaupun sudah lewat senja dan rintangan pun mungkin ada yang berbahaya, tapi begitulah demi secicip rezeki aku perlu pergi jua. Kerana ada yang sabar menanti kepulangan. “Home Sweet Home..babeh”.
Tepat jam 12.30 malam, aku tiba dirumah, terima kasih yang menghantarku. Semoga kalian berbahagia selalu. InsyaAllah.

No comments: