Saturday, April 4, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (7)

Aku, “Perjuangan” dan I.R

Salam Bukit Gantang,

Alhamdulillah, setelah misi dan operasi ke bukit gantang terlaksana oleh kami berempat. Dengan berkenderaankan sebuah Naza Suria, biru, kecil dan molek. Namun begitu cukup selesa di dalamnya kerana hampir daripada separuh perjalanan, aku menikmatinya dengan tidur dan bermenung sejauhnya. Ditemani sahabat-sahabat sefikrah, iaitu Hirzi, Izny dan pemilik kereta Epul.Kami merentas bumi ipoh dan menuju ke Dun Changkat Jering di Bukit Gantang.

Penyertaan asal ialah 5 orang. Akan tetapi seolah cabaran dan ujian kepada kami, timbul beberapa perkara yg menguji. Hinggakan perjalanan in hampir tidak Berjaya. Dimana pada awalnya kekalutan berlaku disebabkan handphone ketua perjalanan, si Hirzi yang tidak dapat dihubungi. Menimbulkan tanda tanya kepada kami samada perjalanan ini hendak diterusakan atau tidak. Berkebetulan pula nasib yang menimpa Naqib Usrah kami yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana berlaku masalah yang tidak di ingini menurunkan lagi semangat perjuangan kami. Ibarat anak ayam kehilangan ibunya, aku dan Izny akhirnya membuat keputusan untuk bertolak jua ke rumah Epul yang akan menjadi transit awal sebelum ke Bukit Gantang.Walau bagaimanapun akhirnya, Alhamdulillah Hirzi berjaya dihubungi dan kami tetap jua bertolak ke destinasi selepas menjamu sarapan di kedai area Sungai Buloh. Syabas sahabat semua atas semangat yang ditunjukkan.

Perjalanan. Kali ini cukup memenatkan ku.Bukan hanya fizikal, akan tetapi mental dan juga perasaanku. Sejejak kereta epul meluncur melepasi sempadan antara Selangor dan perak. Hati ini yang bukanlah pertama kali sebenarnya menjejaki bumi Perak, namun demikian selama di sini ,ianya senantiasa dilamun resah dan gelisah. Banyak yang bermain di fikiranku. Satu demi satu papan-papan tanda ku perhatikan.Mataku membaca dan meneliti setiap nama tempat yang terpapar padanya. Ada yang ku pernah mendengarnya dan ada yang tidak ku kenalinya tapi hakikat semuanya tidak satu pun yang pernah ku jejakinya. Aneh memang aneh, seasing bumi perak ini pada ku tetapi terasa begitu dekat dihati ini. Seolah-olah fitrah untukku berada disini. Apatah lagi di dun Changkat Jering, rupa-rupanya tidaklah terlalu banyak bezanya dengan tempat asalku, Kelantan. Dari suasana, tempat hinggalah orangnya tidak banyak beza cirinya dengan kami penduduk Kelantan. Mungkin itu yang menyebabkan aku merasakan tidak terasa asing apabila berada di sini.

Aku? Pilihanraya kecil kali ini menjadi pembuka semangat perjuanganku yang sejak sekian lama cuti bebulan madu, atau mungkin jua aku jauh menyembunyikan diri. Terasa jauh sekali. Tapi kini aku bersyukur bangat kerana ekspidisi ke bukit gantang ini mengenalkan aku kembali ke jalan perjuangan. Perjuangan yang pasti tidak lengkap tanpa ukhwah dihati, dan ukhwah pasti tidak sempurna tanpa ada rasa redha dan berlapang dada. Di Bukit Gantang, aku kembali bertugas menjadi pembantu untuk Dr-Dr perubatan. Tidak kisahlah samada aku menjalankan ujian-ujian ghalib bagiku ataupun hanya ditugaskan membawa beg-beg ubat para doctor perubatan, tiadalah ku kisahkan. Yang penting apa yang aku sumbangkan sedikit sebanyak ku harap membantu perjuangan ini.

Perjuangan? Apa lagi pilihan jalan perjuangan masa kini. Ada banyak dan pelbagai.Tak kiralah perjuangan yang ditunjangi kebenaran atau beralaskan kekufuran. Semuanya digelar perjuangan. Akan tetapi perjuangan, yang asalnya memenuhi syariat dan menuju kepada Allah dan rasulNya itu yang sebenar-benarnya. Itulah destinasi akhir kita. Kerana Perjuangan ini ibarat wasilah menuju Allah dan kasih Rasul Nya. Mungkin bagiku ini yang paling aula’ dan tepat untuk situasi sekarang ini.Kerana apa? Berada kita dijalan perjuangan ini ibarat kita mengetahuilah bahawa Islam itu umpama jalan dan perjuangan ini ibarat sebuah kenderaan. Apakah kenderaanku itu? Perjuangan Parti islam Semalaysia. Namun demikian hanya satu kenderaan dibenarkan berada di jalan ini iaitu kenderaan khilafah. Siapakah pemandunya? Pemandunya khalifah yang dibai’ah. Sebenarnya adakah kenderaan itu? Jawapannya tiada lagi.Bilakah akan ada? Ia akan ada, suatu masa akan datang. Bagaimana sekarang? Naiklah kenderaan yang mana ada, yang lebih selamat, yang lebih besar, yang berjalan di jalan ini. Itulah kenderaannya sehinggalah datang kenderaan khalifah yang satu itu.Oleh itu pastikan “jalan” dahulu sebelum menaiki “kenderaan”. Maksudnya pastikan anda pejuang Islam dahulu sebelum anda jadi pejuang Pas. Kerana Pas akan lenyap apabila datang kenderaan besar itu. Sebabnya hakikatnya Islam adalah: 1) Jalan itu 2) kenderaan besar itu. Maka, bukalah pintu diri..Jadilah pejuang Islam, pejuang umat Islam..Inilah yang dinyatakan sebagaimana dalam blog Ustaz Nik Abduh.

Walaubagaimanapun ada satu “perjuangan” yang ingin benar aku milikinya.”Perjuangan” yang ingin ku beri untuk Abah dan Mami. “Perjuangan” yang sedia menjadi sumbu keimanan untuk diriku.”Perjuangan” yang sentiasa akan bersamaku mendekatkan diri kepada Nya.”Perjuangan yang sentiasa ku dambakan. Namun ku serahkan segala Nya pada mu Ilahi. Sebuah harapan dan keinginan ku landaskan pada Mu, andai “Perjuangan” ini sukar benar untuk ku gapai. Ku pasrah pada Mu, ku mohon agar ia sentiasa dekat dan benar dengan ku. Dan InsyaAllah, tanah besar perak menjadi saksi, perjuangan ini adalah bumi “perjuangan” kerana disinilah lahirnya para pejuang agama Allah yang dahaga dan cintakan keredhaanNya. Inilah kerinduan dan pengharapan terhadap sebuah “Perjuangan”.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu. Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala

Akhirnya, suatu lagi di Bukit Gantang. Perjalanan kali ini membawa ku mengenali lebih rapat lagi siapakah IR Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin. Siapakah beliau, susuk tubuh yang sebelum ini mungkin tidak ramai mengenalinya apatah mengetahui kewujudannya. Namun kini beliau begitu popular dan ramai yang makin mengenali Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dan masih lagi Menteri Besar Perak di hatiku dan dihati rakyat Perak Dan kami meyakininya.Walaupun tidak berkesempatan dan tiada rezeki utk bersua muka dengannya. Tetapi khabaran mengenainya sudah cukup puas dan menghilangkan resah rindu di hati. Memanglah kedatangan ke Bukit Gantang tidaklah lengkap tanpa bertemu dengannya. Tapi cukuplah api perjuangan yang dibawanya sudah membakar semangat ku. Apakah yang di IR fikirkan? Perjuangan beliau membakar dirinya tetapi langsung sekali pun tidak timbul resah dan kecewa atas pilihannya. Kerana apa?apakah yg dikejarnya. Nama, pangkat dan harta semuanya sudah dimilik. Gelaran Datuk Seri bukanlah calang-calang orang yang merasainya. Manakala IR pula melambangkan kehebatan ilmu di dadanya dan daya pemikirannya yang sehebat dan sebaik orangnya. Dan kurnian nama Mohd nizar itu menunjukkan kehebatan seorang insan yang telah ditarbiyyah secukupnya dan dibesarkan dengan ilmu dan nilai-nilai iman yg sejati. Itulah api perjuangan yang beliau bawa, dimatanya telah terbuka hijab kebenaran dan janji-janji manis perjuangan. Ia telah lama dijanjikan Allah. Mungkin kerana itu beliau sudah tidak akan berundur lagi. Walaupun ditentang musuh dari pelbagai sudut. Dengan ini, begitulah juga aku, sekiranya Datuk Seri adalah IR, harapan ku pula insyaAllah kepada diriku si jebat akan bergelar DR. Mungkin aku masih terlalu muda dan ibarat bertatih di dunia perilmuan, mungkin juga masih jauh lagi dan panjang perjalanan ku..Dan kesukarannya pun belum tentu ku kenal pasti lagi akan tetapi itu yang ku usahakan sebab ini bermakna aku sedang belajar sesuatu walaupun sedikit, tapi ia pasti bertambah dan bertambah.Harapanku agar setiap ilmu yang ku pelajari akan menjadi hujjah dan penyebab untuk ku mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah. Dan menyenangkan ku bertemu Nya di Hari Akhirat nanti.

Begitulah kisah Aku, “Perjuangan” dan IR..Semoga daku dan kamu menjadi iktibar. Terima kasih Bukit Gantang, Terima Kasih bumi Perak. Kerana Perak tetap Perak, takkan bertukar emas sekali pun.