Thursday, April 8, 2010

Masanya Kini.....

Malam ini malam kerinduan..

Ya Allah, malam dah nak separuh abad..namun otak aku ni semakin jam berdetik semakin ia untuk celik. Adakah sebab aku dah tidur sekejap tadi awal tadi…adakah itu yang menjadi puncanya ataupun sesuatu yang lain…hu3. Ntah, aku pun pening, sokmo begini…pah ceroh lah gamaknya.

Hahaha, seperti benar post kawanku di laman facebook nya, ibarat seperti ada alat dreammaker kat dalam kepala hotaknya…menyebabkan beliau euphoria. Cheh, begitu juga aku terasa, seolah-seolah alat dreammaker yang kalu mengikut komik pendekar laut bagi sesiapa yang mengikuti cerita-cerita sebegi ni. Pasti akan mengetahui kehebatan alatan ini. Aku sendiri seolah-seolah terasa seperti di induksi olehnya dan seakan dah berada di tahap 900 ribu hp dah aku nie…setaraf dengan kekuatan pendekar laut dan pendekar seabadnya…ha3, Penjejak Neraka idola ku, Jerung Raksasa dan Orga antara-antara yang terkuat. Huh !! bagaimana nak tidur? Paginya nanti dalam kul 2.40 pagi nak pergi tengok bola sekejap. Bukan ape? Musim champion league, sayang tak tengok..game pun bukan calang-calang MU lawan Bayern Munich. Of course, lah nak pergi tengok sebab bukan sokong salah satu team yang bermain..tapi sebab nak pergi tengok kekalahan satu pasukan yang sampai bila pun aku tak berminat nak sokongnya….Cuma aku akui kehebatan nya…ha3. Xpelah, harap nanti may the best team wins..okay.

Lampu dah tutup, facebook dan tutup…tapi mata tetap tak leh nak pejam…kecewa-kecewa. Dah lah esoknya nak kena pergi lab awal-awal…bos datang, lagi ada presentation..pe hal? Boleh ka nie…tengok bola lagi…kang tertidur plak..mampus aku. Nama aku dah lah buruk dah skang nie..hu3, nak wat camne, ape nak jadi jadi lah….ha3. Nama jer tutup lampu…tapi laptop masih terpasang, layan lagu-lagu sikit sambil-sambil nak cuba tidur…ha3, tapi cam silap sikit jer malam ni, kata nak tidur awal..tapi entah kenapa mood malam ni layan lagu-lagu rock orang putih pulak, 3 Doors Down-Here without you, Creed-One last breath, Trap-Headstrong, Hoobastank-Crawling in the dark, Simple Plan-Addicted….cam siot jer.Kononnya berlatih tuk karok lah..ha3, cam dapat bawak jer, keh3x. Habis nak tiduq cam ne? ntah, apa-apa ajelah. Ha3, entah mungkin sebab tengah-tengah maghrib tadi tetiba-tiba terbau plak bau orang masak sup perut, hu3, konpius gak, mane dorang dapat perut lembu kat tengah-tengah Bandar K.L ni…cam tak logic ajer..kot-kot perasaan aku je kot. Lagi pulak, bau sup perut tue plak persis masakan mami. Allahhuakbar tak leh nak bayang pulak rasanya mengidam nie…sokmo mami masak hari-hari jumaat, selalu lepas solat jumaat lah makan ngan abah, mami dan semua yang ado kat rumah. Terbaik lah punya. Kalu perah asam limau nipis dan letak cili burung, mak aihhh..lagi terbaik ore kato..ha3. bestnya…bestnya. Tapi nak wat camne? Dah budget doh..kalu balik umah pun..bulan 5 nie..ha3, nampaknya..mengidam lagi lah jawabnya..keh3x. Malam ini malam kerinduan..malam kerinduan. He3.

Cukuplah setakat tue jelah…yang lain tak yah nak cerita lah…cukup dengar lagu sudah lah. InsyaAllah pasti ada sesuatu padanya….