Wednesday, October 8, 2008

Masanya memilih jalan bermadu (3)


Assalamualaikum w.b.t,

Mencari cinta Ilahi..di bumi hitam putih.

Sesaat di waktu subuh kami kesampaian di bumi hitam putih ini, turunnya kami di perhentian bas. Begitu ramai sekali umat manusia masih berada disini. Dingin subuh yang sejuk di rasakan begitu hangat sehangat suasana pakcik-pakcik kereta sewa dan teksi-teksi meraih penumpang. Aku dan sahabatku kaget seketika, memikirkan perjalanan kami seterusnya. Telefon ku diambil. Ku dialkan sahaja nombor sahabatku yang berada di sini dengan harapan beliau datang menyambut kami..tapi gamaknya senyap tidak diangkat. Kami membiarkan sahaja, mungkin sahabatku masih lena di buai tidurnya. Kami mengalas beg masing-masing, sayup-sayup meneruskan perjalanan kami ke sebuah masjid di seberang jalan, agak-agak 100 meter dari tempat perhentian bas. Kami fikirkan sebaiknya kami solat subuh terlebih dahulu. Sayup-sayup kedengaran alunan zikir-zikir munajat dari speaker masjid. Cukup mengasyikkan, menghibakan setiap yang mendengarnya. Masjidnya putih cukup indah dan hebat sergamnya. Aku bagaikan terpaku setelah aku melangkahkan kaki ku ke halaman masjid putih ini. Suasana dingin dan sepi sebelum subuh, betul-betul menyentapkan jiwaku. Lantas ku nampak sebuah kerusi batu di halaman masjid ini. Ku membiarkan sahabat yang bersamaku melangkah masuk dahulu ke masjid putih. Setelah meletakkan beg galasku ketepi kerusi batu itu, ku duduk untuk menanggalkan kasutku. Tetiba lamunan ke berbicara seketika, dikala alunan zikir semakin mendayu-dayu menusuk jiwaku, aku mula mengingatkan betapa hari semalam sebelum aku menaiki bas menuju bumi hitam putih ini, pelbagai peristiwa tak disangka-sangka berlaku. Peristiwa yang cukup membuatkan aku berfikir dan terfikirnya betapa Ilahi sentiasa menyayangi ku. Betapa nikmat yang dikurniakan kepada ku tidak terbatas, sehingga kadang membuatkan aku terlupa untuk memuji-Nya tanda ucapan kesyukuran. Namun Ilahi tidak pernah menarik balik akan nikmatnya, hati sentiasa disenangkan dengan perkara-perkara yang indah, seindahku mendapat pesanan mesra dari seorang teman yang tidak pernah ku dambakan langsung. Pesanannya ringkas tapi penuh dengan erti dan makna. Hariku di hari semalam cukup bahagia dan mengembirakan. Alhamdullilah duhai Ilahi, andai aku masih tidak terlewat untuk mengatakan kesyukuran dan tanda terima kasih ku kepada-Mu. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang-Mu betul-betul ku dambakan. Seketika lamunanku terhenti, aku kembali gegas menaiki masjid putih yang indah ini, ku mengumitkan salam doa ketika masuki rumah Allah ini. Dalamnya seindah rupa luaran masjid putih. Suasananya sungguh tenang dan damai. Aku bagaikan terpaku. Hatiku tetiba terasa begitu sebak sesebaknya. Hendak sahaja dialirkan air mata ini yang tidak pernah lagi tumpah setelah aku kian meningkat remaja hinggalah dewasa. Tapi masih tidak berderai, ia hanya bergenang-genang dibibir mataku. Mengapa? Tiba persoalan dihatiku..betapa aku menyesali dan bersyukur kepada Ilahi. Mencari cinta Ilahi rupanya telah ku temui di masjid putih ini. Aku begitu dambakan kasih saying Ilahi, betapa selama ini corak kehidupanku menjauhkan dari rumah Allah, menyebabkan ku kehilangan kasih-kasih Mu. Tapi kini..aku dapat rasainya kembali Ilahi..Oh, ianya suatu perasaan yang sangat ku rindui, suatu perasaan yang telah lama ku tidak rasai di hati kecil ku ini. Terima kasih ya Ilahi, mencari cinta Ilahi..telah aku temuinya kembali. Aku pasti mengengamnya, tidak akan ku persiakannya lagi. Tidak akan ku biarkannya semula setelah selama ini aku abaikanya. Pasti tidak lagi ya Allah. Aku menemui Cintamu Ilahi….di bumi hitam putih ini.