Monday, June 17, 2013

Aku sentiasa bermimpi dan berdoakan mu sebagai jodoh terbaikku

Awak…semoga Allah memakbulkan doa-doa saya awak. Saya berdoa awak adalah takdir dan jodoh saya awak…walaupun berlaku sekarang ni..insyaAllah tidak akan memutuskan takdir kita awak. Amin ya rabbal alamin.

Mengongkong? Cemburu buta? Panas Baran?

Huhu..ya Allah, aku tahu aku telah melakukan setiap daripada kesilapan ini Ya allah…huhu. Tapi benarkan aku betul-betul sang pengongkong ya Allah, benarkan aku si cemburu buta ya allah, dan aku si panas baran Ya Allah?

Huhu…panas baran ya Allah, aku tak tahu mengapa aku boleh bersikap sedemikian…aku harap ianya adalah salah faham sahaja ya allah…sedangkan selama ini untuk memarahi wanita pun aku tidak sanggup apatah lagi melukai hatinya ya allah…huhu..ku sentiasa bersikap memaafkan ya allah…walaupun sering di perlakukan seteruk itu, tapi ku cuba untuk menjadi erti hidup pada memberi….namun, apabila, ak tersilap melakukan kesilapan ini ya allah..aku tak tahu mana punca ya allah…Cuma ku harap ianya adalah salah faham semata-mata…ya Allah.. kerana aku sygkan wanita ya  allah, aku mnghormati mereka ya allah..ak melindungi mereka ya allah….apatah lagi diri mu awak…ku tak pernah terfikir utk bersikap sedemikian dengan mu..andai kau terasa sebegitu..tolong lah awak..anggap lah ia salah faham sahaja awk..dan selepas ini sy takkan mengulangi salah faham ini awak…huuuuuu.

Cemburu?...ya allah ini akui ya alllah…daku adalah sang pencemburu…tapi ku menyemburui atas batas-batas agamamu ya allah…ya allah, aku tidak menolak sikap ini ya allah..kerana ia adalah satu keprluan bagi ku sebagai sang suami nanti…namun, ak mengaku adakalanya aku silap…mungkin sikap ini aku mengambil dengan keterlaluan…huhu sampai aku mampu melukai hati mu…Awak, anggap lah ini juga sebagai salah faham awak…aku tidak pernah mengingin tuk melukakan hati awak…Cuma kadang kali…kesilapan menguasai diri..dan harapnya allah sntiasa menjaga saya dari bersikap demikian yang keterlaluan lagi ya allah…huhu. Maaf kan aku awak…

Pengongkong? Huhuhu…istilah yg sentiasa memeningkan kepala ku ya allah…adakah aku bersikap sedemikian..huhu..ya allah, aku adalah pencinta jahil ya allah….mungkin slah ku juga ya allah, aku terlalu mengasihinya..sehingga bait-bait kasih menjadi suatu yang berat untuk dirinya ya allah…aku pun xtahu mengapa aku terlalu mengikut kesilapan..ya allah, awakkkk..ini semua salah faham ya awak…sy tak terniat pun tuk bersikap seteruk itu awak….huhu..maafkan saya awk…moga allah,  mengampunkan dosa-dosa saya dan awak memaafkan kesilapan saya….dan moga allah meyambungkan perhubungan kita dan awak meneruskan bersama saya sekali lagi awak.

Huhu…awak. Maaf sangat2 awak…


Percayalah saya ikhlas terhadap awak…huhu.

Copy paste dari blog pelangi kehidupan...Awak kita masih boleh perbaikinya awak...

Putus cinta? Macam mana boleh putus? Dia curang ke? Laa, bukan korang dah merancang nak kahwin ke? Korang kan dah 5 tahun bercinta, sayangnya putus... Kau tinggalkan dia.. Tapi kenapa?

Antara bait-bait kata yang selalu kita dengar apabila seseorang itu 'putus cinta'...

Istilah 'putus cinta' selalu dikaitkan dengan cinta dua insan yang terputus di tengah jalan... Tetapi layakkah 'cinta' mereka itu dipanggil cinta? Sedangkan mereka belum mepunyai ikatan yang sah lagi...

Mana mungkin hubungan antara budak sekolah menengah dipanggil cinta... Begitu juga mana-mana hubungan yang belum diikat dengan ikatan halal yang dipanggil cinta...

Cinta yang selayaknya ialah cinta yang lahir dari hubungan yang halal, yang diredhai Allah... Itulah namanya cinta... Manakala cinta sejati tidak akan putus, dan akan kekal selamanya.. Itulah cinta seorang hamba kepada penciptaNya...

Bagaimana menterjemah perasaan dua insan yang berusaha untuk bersatu atas nama cinta iaitu perkahwinan... Sungguh kompleks... Mungkin perasaan itu belum layak digelar cinta tetapi mungkin itu adalah perasaan suka antara satu sama lain yang diilhamkan Allah supaya mereka berdua segera menuju ke fasa seterusnya iaitu pernikahan....

Mula-mula perasaan suka, dan kemudiannya bercambah kepada perasaan sayang dan kemudiannya cinta... Perasaan ingin mengambil berat dan mengambil tahu antara satu sama lain.. Perasaan ingin dikasihi, dan perasaan ingin mengasihi.. Sungguh bahagiakan bila ada orang mengambil berat dan mengasihi kita...

Oooppss, tapi tunggu dahulu... Jangan biarkan perasaan suka anda melarat sehingga ke peringkat seterusnya jika anda dan dia tidak berhasrat untuk mendirikan rumahtangga... Cukuplah sekadar suka  yang mempunyai titik noktah.. Fungsinya untuk mengelakkan hati yang sakit dek kononnnya 'terputus cinta'...

Cuba teka makhluk manakah yang akan berusaha supaya anda dan si dia tidak bersatu dalam ikatan yang halal tetapi sebolehnya mahu anda berdua dibelenggu perasaan yang tak pasti dan kemudiannya melakukan perkara yang Allah larang.. Makhluk yang menyuruh anda dan pasangan mencari keserasian dengan ber 'couple' dan bukannya mencari keserasian melalui pernikahan...

Tentulah makhluk yang bernama SYAITAN...

Mana mungkin syaitan berdiam diri setelah mengetahui dua anak Adam mempunyai hasrat ingin mendirikan Baitul Muslim di mana segalanya menjadi halal bagi mereka berdua.. Segalanya dibolehkan Allah.. Dan segalanya adalah rahmat dan pahala hatta melihat wajah isteri adalah pahala untuk suami dan juga pahala untuk isteri walau sekadar tersenyum manja kepada suaminya.. Luas kan rahmat Allah dalam kehidupan berumahtangga...

Dan daripada pernikahan itu, lahirnya anak-anak yang akan menjadi saham bagi kamu berdua di akhirat nanti... Kemudian bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W yang baik dan halal keturunannya... Bukannya daripada hubungan penzinaan... 
Percayalah... Usaha kamu ke arah perkahwinan pastinya tidak disukai syaitan... 

Pada mulanya, syaitan akan membuat semuanya indah belaka tatkala kamu dan si dia berkenalan dan menjalin hubungan.. Tetapi apabila kamu berfikir mahu menjadikan dia sebagai suri dalam hidup kamu, syaitan perlahan lahan akan menyuntik perasaan ragu-ragu dalam hati kamu.. Perasaan tidak yakin kepada pasangan, tidak yakin dengan status kewangan, masalah keluarga dan sebagainya... Itulah antara dugaan dan ujian yang perlu kamu berdua tempuhi.... Bukankah ujian itu adalah didikan Allah.. Bersabarlah... Kelemahan dan kekurangan pasti ada dalam setiap insan... Buka hati dan minda kamu kerana tiada yang sempurna melainkan Allah..

Jadi, di sini suka saya ingatkan kepada semua bahawa cinta itu tidak putus.. Cuma usaha kamu ke arah perkahwinan yang teputus bersama dengan si dia.. Sekiranya masih ada harapan, perbaikilah... Jangan disia-siakan usaha yang murni dalam mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W... Semoga Allah merahmati kita semua.. Aminn...

Aku impikan kita begini Awak....

Assalamualaikum awk, saya yakin dan pasti bahawa impian dan keinginan kita sama awak..kita berdua impikan hidup yang bahagia dan cinta hingga ke syurga. Awak, saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak..tapi saya kan cuba ntuk menjadi yang terikhlas untuk awak..hanya awak di hati saya.


Awak, saya sentiasa berdoa awak, agar awak lah jodoh yang terbaik untuk saya dan saya adalah jodoh terbaik untuk awak...awak, kepada Allah sahaja sebaik-baik pertolongan yang mampu saya pinta. Agar allah membuka pintu hati awak tuk menerima saya sebagai suami, teman dan pembimbing awak nanti.



Awak, saya inginkan bahagia bersama awak...banyak yang saya ingin curah dan berikan kepada awak selaku suami awak...kasih sayang dan cinta yang saya ingin kongsikan bersama, manja dan main-main yang saya ingin lakukan bersama awak...awak, semoga jodoh dan perhubungan kita panjang awak...saya senantiasa berdoa dan meminta kepada Ilahi awak..supaya perhubungan kita ini pasti dan bukannya fantasi..kerana awak adalah realiti saya kini.



Awak, saya tak sabar untuk menanti setiap saat perbuatan dan segala perlakuan awak menjadi tanggungan saya..saya berjanji awak akan mendidik awak menjadi permaisuri hati saya awak, menjadi seorang isteri yang terbaik dan sempurna awak..sy ingin mendidik dan membawa awak di jalan dunia dan juga di jalan akhirat awak..juga memperolehi zuriat yang soleh solehah bersama awak. Awak, saya janji awak untuk jadi insan terbaik bagi awak...


Ya Allah, semoga Allah satukan percintaan dan perhubungan kita ini awak, semoga ianya menjadi kerahmatan untuk kedua-dua famili kita, anak-anak kita dan kita berdua awak. Awak, saat aku terima nikahnya untuk awak...saya pasti akan menjadi insan yang paling bahagia bersama awak. Semoga Allah mempersatukan hati-hati kita ini awak. Saya sayang kan awak, AA : )