Wednesday, September 30, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (21)

"Erti Sebuah Syawal.."
Assalamualaikum wbt..kepada insan-insan yang di sayangiku..Semoga Allah senantiasa merahmati dan meredhai di kau semua.
Gemersik Aidilfitri dan sinar indahnya Syawal, biarlah menjadi teman-teman gembira yang membatalkan segala ribu-ribu keresahan dan kedukaan di hati-hati mu semua. Insya Allah, duhai insan-insan yang ku sayang..maafkan segala salah kesilapan dan kekhilafan diri hina ini. Semoga Allah terus menerus melabuhkan dan menaung kita semua dengan rahmat dan magfirahnya yang dirindui. InsyaAllah.
Alhamdulillah, “erti sebuah syawal..”. Sejak bermula datangnya ramadhan, maka bermulalah tanda turunnya sepertiga rahmat, magfirah dan jaminan dari Allah taala. Semoga senantiasa ya Ilahi..biarlah rahmat, magfirah dan jaminan mu Ilahi, sudi menjadikan aku salah seorang yang berusaha untuk mengejarnya. Biarpun hakikat penerimaannya adalah seratus peratus milik-Mu, semoga biarlah usaha dan daya yang ku lakukan selama ini menjadi saksi dan bukti bahawa aku adalah dikalangan hamba Mu yang berusaha Ya Allah. Entah betapa daya dan usaha aku itu sempurna ataupun tidak ya ilahi, tetapi betapa aku mampu ucapkan Ya Ilahi..itulah yang terdaya untuk ku lakukan. Semoga kau meredhai..Ya Allah.

Datangnya syawal membawa seribu erti dan kenangan. Perginya ramadhan dalam sepi dan kerinduan. Moga ada rahsia dan hikmat dalam setiap kejadian.

“Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin, abah..mami..semua keluargaku dan sahabat-sahabatku”