Thursday, August 7, 2008

Madu 7: Pelengkap Segala Madu

Salam dan syukur ke hadrat Allah S.W.T,


Semoga Allah memanjangkan usiaku dan jalan hidupku dijalan perjuangan. Bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Tersentak ku sesekali memikirkan apakah aku akan terus kekal dijalan perjuagan, dan betulkan jalan yang ku lalui ini adalah jalan perjuangan yang diredhai. Bukannya aku menyangsikannya akan jalan yang aku pegang dan bawa ini. Cuma hati ini amat pilu dan resah sekiranya Allah tidak megiktirafkan aku adalah seorang pejuang, kerana kriteria seorang pejuang agama Allah amatlah besar dan hebat. Apakah aku tergolong dalamnya? hati kecilku sentiasa menyenangkan hati berkata, menyatakan aku ini hanya picisan seorang pejuang, hendak mengatakan langsung untuk aku, tidaklah layak berada ditempat seorang pejuang, tidaklah mampu katakan. Inilah yang menjadi persoalannya, ingin aku menjadi seperti pemuda-pemuda Allah yang langsung meletakkan harga diri, harta dan segenapnya atas nama perjuangan islam. Kemanisan dan keimanan mereka, Allah Akbar. Manisnya!! Namun amatlah jauh ku rasakan akan diriku ini. Dimanakah aku ya Allah!! adakah aku sekadar picisan ataupun seorang "tensai"? aku harapkan kau tetap menerimaku ya Allah. Maafkan atas kekurangan diriku ini, hanya ini yang aku terdaya lakukan, andai ada lebih pastinya akan aku korbankan segalanya demi-MU duhai tuhanku..jeritan batinku~jebat yang insaf.







Dunia ini adalah ibarat kebun kepada akhirat. Hati manusia pula ibaratnya tanah. Benihnya pula adalah iman yang tersimpan di dalam dada. Manakala segala taat dan patuh seperti puasa, solat, zakat, sedekah dan segala maknika amal maaruf itu adalah menyiram dan membajai biji benih. Sebagaimana misalnya, padi jika hendak dimakan dan dirasai perlu disemai benihnya dan ditanam ditempat yang sesuai dan sentiasa dialirkan air dan diberikan baja yang bagus untuk pembesarannya. Walhal juga membesarkan pokok buah-buahan yang lain, untuk merasai hasilnya semua ini adalah perlu. Begitulah juga dikias alam akhirat ini, untuk menuai hasil di akhirat kita perlulah menanam untuk memperolehi hasilnya. Kerana sebagaimana kita perlukan dunia sebagaimana itu jugalah kita perlukan akhirat. Akhirat mafhumnya seperti kita perlukan makanan didunia begitulah juga kita perlukan makanan semasa kita di akhirat nanti.

Tinggal didunia ini tidak dapat tidak kita berjauhan dari tanah, hal nya juga akhirat. Cuma tanah akhirat pada kita adalah dunia. Dunia adalah ladang akhirat, ladang untuk kita bercucuk tanam dan mendapatkan hasil. Benih yang kita tanam dan semai pula adalah benih yang paling molek dan paling baik. Benih ini diturunkan sendiri oleh Allah dan diakui barangsiapa yang berpegang pada benih ini, maka ganjaran dan rahmat Allah buatnya. Benih itu ialah benih islam iaitu benih La ilaha Illa Allah, Muhammadu rasullah. Sebab itulah mana-mana orang yang beriman kita perhatikan segala tindak dan lakunya adalah sungguh baik dan elok. Ini kerana benih yang ditanam dihatinya adalah benih Islam, benih yang paling baik dan terbaik. Samada benih socialis ka, benih nasionalis ka, atau komunis ka, ini semua benih palsu dan tipu semuanya. Ini semua akan hanya membawa kepada masalah dan kerosakan sahaja sebenarnya.

Telahan itu ditambahi pula dengan tanahnya yang subur dan baik, bertambah suburlah benih iman ini. Tanah yang subur bererti hati yang suci, sempurna dan tidak lalai dan lagha oleh benda-benda dunia, ini bukan sahaja menambah baik kepada pembentukan isi benih yang disemai tadi. Bahkan keadaan ini jika diibaratkan seperti benih yang baik ditanam pada tanah yang subur dan elok, maka bertambahlah subur dan membesarlah benih iman yang ditanam tadi. Ditambahi pula dengan siraman air yang cukup, baja yang sempurna, penjagaan yang elok. Sudah tentulah pokok ysng ditanam akan memberikan hasil yang elok dan lumayan. Ini kerana air ibarat zikrullah, baja ibarat solat, puasa dan zakat, lain-lain ibaratnya kita sedang menjaga tanaman kita dari makhluk-makhluk perosak. Hasilnya semua akan menyuburkan lagi tanaman atau iman kita. Begitu juga disifatkan manusia yang mempunyai hati yang bersih, ditanam pula dengan benih iman yang satu, dilengkapi dengan amal ibadat yang tidak kurangnya, maka lahirlah seorang insan yang soleh atau solehah yang tiada tolak bandingnya.

Oleh itu bagaimanakah kita?? Harapnya hati kita adalah dari jenis tanah yang subur. Ulama’ ada membahagikan hati kepada beberapa bahagian, hati yang pertama adalah hati yang subur sebagaimana contoh diatas. Hati ini adalah hati yang subur, maknanya apabila didengarkan padanya firman Allah, ataupun hadis-hadis nabi maka teruslah berbekas dan berkesan dihatinya. Remuklah hatinya dan insaflah dirinya. Tanda-tanda ini menjadi tanda hati yang subur dan memberikan kesan pada dirinya dan orang lain juga.

Begitulah juga tatkala kita melihat manusia-manusia yang mengaku islam, mengucap dua kalimah syahadah akan tetapi solat, puasa dan segala suruhan Allah tidak ditunaikan. Manusia jenis ini, atau hati jenis ini adalah ibarat seseorang yang menyemai benihnya ditempat yang gersang dan tidak subur. Lambat laun, akibat tidak mendapat baja dan air yang sempurna, benih itu akan rosak dan punah. Dan manusia ini lama-lama ditakuti nanti akan menjadi murtad dan berpaling dari Allah.

Begitulah dunia, dunia ibarat ladang ke akhirat, di dunia kita bercucuk tanam dan berpuluhan tahun juga barulah kita dapat menyemai hasilnya. Begitulah juga tanaman akhirat, menjalankan suruhan agama ibarat kita bercucuk tanam untuk akhirat, buahnya dan hasilnya dapatlah kita semai selepas kita mati dan bangkit di akhirat nanti.

Ada juga hati manusia jika yang sekiranya langsung tidak mempedulikan hal ehwal dunia. Tidak ada perancangan untuk akhirat, tidak langsung bersedia untuk akhirat. Akhirnya tenggelam dalam dunia, lemas dan terkapai-kapai tanpa hala dan tuju. Hati seperti ini dibaratkan seperti tanah yang tidak subur dan berbatu. Sebanyak dibubuh baja, disiram air tetap tidak akan hidup. Ini kerana hatinya telah kosong dan tidak bermaya. Bagitahulah tentang syurga ka, atau tentang neraka ka? Usahlah kerana tidak memberikan kesan apa-apa kepada mereka.

Ada juga hati yang ibaratnya seperti tanah kolam, semasa ditimpa hujan maka bertakunganlah air didalamnya. Didalamnya tiadalah buah atau pokok-pokok yang tumbuh, akan tetapi disekitarnya terdapat banyak pohon-pohon yang hidup dan membesar. Ini maksudnya hati seperti ini dia sendiri tidak akan berubah, namun segala nasihat dan amalan ramai orang boleh belajar dan dapat darinya, Cuma sayangnya dia sendiri tidak mendapat apa-apa manfaat dari kebaikan yang dia ada. Itulah diibaratkan hati ini seperti tanah kolam, airnya banyak member manfaat kepada orang dan makhluk sekitarnya kan tetapi dia sendiri langsung tidak berubah dan tidak subur sperti orang lain.

Begitulah jenis-jenis tanah atau hati yang disebut. Hari kiamat adalah hari mengetam dan mendapatkan hasil. Masalahnya untuk kerja akhirat ini perlulah kita tunggu. Jangan kita fikir hendak menuainya cepat. Contohnya solat, mungkinlah jika Allah hendak membalasnya di dunia, maka Alhamdullilah. Akan tetapi selalunya barang ibadat ini payah nak diperolehi, maka harapnya janganlah kita mengharap mendapat hasilnya segera.

Dan akhirnya, setiap manusia tidak dapat mengetam kecuali apa yang ditanamnya. Contohnya tanah yang ditanami pokok pisang tidak akan memberikan hasilnya durian, begitulah juga akhirat andainya kita ingin tahu apa itu hasil buahnya solat maka tinggulah di akhirat nanti. Dan seandainya kita adalah terdiri daripada orang-orang yang suka lalai, tunggu dan tengoklah nanti akhirat nanti apa hasilnya buah lalai itu. Hakikatnya juga sama bagi yang mereka yang tidak langsung berusaha bercucuk tanam, hasilnya tetap ada. Tanah yang tidak diusahakan pastinya kan menumbuhkan lalang dan rumput rampai yang tidak berfaedah, begitulah juga hati yang langsung tidak mengingati Allah dan agamanya. Pastilah menumbuhkan sesuatu yang akan merosak dan membinasakan dirinya nanti.


Demikianlah, jenis-jenis hati yang ada. hendaklah kita menjadi yang pertama. Benih yang baik, tanah yang subur, dan penjagaan yang sempurna pastinya kan membentuk kita menjadi muslim yang sejati. InsyaAllah.

Masanya memilih jalan yang bermadu (3)

(-_-) : Jangan mencari terlalu sempurna




Forward dari seorang teman yang agak poyo:

SOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO ....... Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan..... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.... Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ' Jadilah engkau! '. Maka ia terus menjadi
SEKADAR RENUNGAN.. ;)


p/s dari sang jebat: huhuhu..tak tau nak setuju ka tak nak setuju...??? konfius, konfius.