Sunday, May 24, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (15)

Proposalku…adakah diterima??


Hehehe..adaptasi dari sebuah karya bernama teman.

Dua tahun hampir kian berlalu, semenjak tarikh graduasi ku di UKMKL, perjalanan hidupku sudah diterjah ke alam baru. Alam ini sudah banyak merubah akan segala-galanya, walaupun aku senafi-nafinya untuk tidak mengakui. Memang alam yang ku tempuhi banyak mengundang seribu pengajaran dan pembelajaran bagiku. Onak duri dan manis sepi sering menjadi mainan dan terjahan emosi bagiku. Aku kini sedang melanjutkan pencarian ku. Pencarianku yang juga milik di UKM. Yang bezanya cuma aku berada di HUKM kini. Walaupun begitu, sebelas bulan lebih, menjadikan aku bermula sebagai seorang pembantu penyelidik di sebuah makmal di HUKM. Pada masa ini, sesaat aku menerima gaji pertamaku lagi telah ku sematkan kemas dihati ,bahawa wang yang dikurnia ini adalah untuk kegunaanku dalam menempuh alam masterku. Simpanan ku asing antara cukup dan tidak untuk kegunaan diri, bakal masterku dan juga family yang tidak dilupai.

Jadi Alhamdulillah kini sudah, keputusan untuk menyambung pembelajaran telah aku pilih. Bukan berminggu, bukan berbulan aku memikir dan meminta petunjuk dari Allah samada master yang ku pilih ini adalah terbaik untuk ku ataupun tidak. Banyak buah nasihat dan fikiran ku terima, aku menerima dengan hati yang terbuka. Begitulah aku setelah hampir setahun dan bebenar pasti dan yakin. Aku nekad juga matlamat ini. Sudah takdirnya, untuk menjadi milik UKM ini, walaupun nekad untuk berada dekat dirumah, namun yakin mendapat berkat izin dari abah dan mami, aku dengan rela dan redha untuk menghantar proposal masterku. Yakin, malu, takut, ingin dan tidak bersedia sebenarnya memang bermain-main di fikiranku, namun sudah aku yakin dan aku redhai dengan tindakan ini. Beserta isthikarah, hajat dan doa, aku menanti jawapan proposalku dan Alhamdulillah, aku mampu menerimainya dan “penyeliaku” juga menerimainya. Akhirnya kini, aku sedang berhempas pulas mendisertasikan masterku.

Hampir setahun, setelah proposal master ku diterima, aku banyak belajar dan ia membantu lebih mengenali diri. Dan setelah dua semester pengajian sudah hampir berlalu, banyak cerita dan derita memenuhi kisahku ini. Ada saat yang manis dan ada saat yang duka. Namun aku anggap ia tempoh mendidik diri dan pembelajaran hingga ke gerbang konvokesyen. Persefahaman, keyakinan, ilmu, faktor kesediaan diri, faktor wang dan faktor “penyelia” perlulah diambil beratkan. Saat “update” bersama penyeliaku dan penyelidik-penyelidik bersama dari pihak penyelia dan pihak aku sendiri, banyak menduga dan mengujiku. Susah untuk meyakinkan penyeliaku dan penyelidik lain yang bahawa master ku ini tidak dapatku lakukan berseorangan lagi. Aku sekarang benar-benar perlukan penyeliaku untuk bersamaku. Aku perlukan penyeliaku untuk lebih meluangkan masa untuk ku. Aku perlukan lebih perhatian dari penyeliaku. Sentiasa menanyakan soalku dan aku tidak lagi segan dan malu untuk menceritakan soal perjalanan masterku terhadapnya. Kerana susah senang, kejayaan dan kegagalan adalah tanggungjawab bersama. Itu yang penting bagiku.

Cabarannya kini, aku menawarkan diriku peluang untuk “convert” ke peringkat lebih tinggi. Ke peringkat selanjutnya peringkat yang lebih mencabar dan mendalam. PHD, huhuhu..suatu yang diidamkan dan peringkat seterusnya selepas master. Namun semua ini perlu di tanya dengan penyelia terlebih dahulu. Samada beliau bersedia ataupun tidak. Susah memang susah, tetapi masih boleh diusahakan. Masalah kewangan? Mungkin itu tiada masalah, wang projek masih lagi banyak dan terkumpul dan mungkin sudah cukup. Lagipun masih lagi boleh memohon bantuan dari ketua jabatan juga. Cuma sekarang kesefahaman lah yang perlu. Aku sendiri pun perlu lah memahami, untuk ke title DR. cabarannya tentulah berbeza, dunianya pun tentulah lain, cabaran pun akan bertambah besar. Tapi satu yang pasti, after graduasi pastilah segala yang kesusahan akan terbayar. Tapi aku tidak boleh berfikir sesingkat sebegitu, banyak yang perlu aku fikirkan, keupayaan, tanggungjawab, dan macam-macam perlu di ambil berat. Jiwa dan hati perlu sedia dan bertenang. Andai tersalah langkah banyak penyesalan mungkin berlaku dan itu yang tidak aku ingini. Sekali tersilap langkah, maka akan terkubur begitu sahaja. Aku takleh main-main, aku perlu waras, pengorbanan sahaja tidak cukup untuk berjaya, aku tidak boleh mengharapkan orang lain berkorban kerna aku, dan aku tidak harus sentiasa mengorbankan diri tanpa sia-sia. InsyaAllah ada kawan menasihatiku” hadapi dengan hati yang tenang”,”cabaran kan, kena la terima seadanya”. Hehe, Insya Allah. Moga aku lebih tenang sebelum membuat apa-apa keputusan. Proposal…sediakah aku diterimanya….?

Untuk melangkah ke alam ‘master & PHD’ ini, banyak perkara yang perlu disediakan, persoalannya?

Kewangan yang stabil? Itu adalah hakikat. Biarpun ijazah sarjana muda, master ataupun yang tertinggi PHD sekalipun. Ia hanyalah faktor luaran untuk kearah kebahagiaan.

Jiwa yang bersedia? Perlu disiapkan dahulu diri yang lengkap dari segi kekuatan rohani dan jasmani. Namun bukan sahaja kita orang disekeliling juga turut sama bersedia.
Proposal’ yang lengkap dan memenuhi kriteria ‘penyelia’? Proposal lama juga yang akan digunakan, cuma hanya menambah beberapa lagi tugasan dan objektif kajian, agar disertasi yang dijalankan benar-benar berharga.

Mencari ‘penyelia’ yang sesuai dengan diri anda? Mungkin penyelia yang sama atau terpaksa menukarnya, bergantung kepada kelayakannya. Entahlah semua ini masih boleh dalam perbincangan.

Akhir kata, convert atau tak convert? Biarlah masa menentukan. Selagi master masih ada, berusahalah untuk meng"settle"kan nya.ok.chaiyukk.