Thursday, July 3, 2008

Masanya memilih jalan yang bermadu: Edisi khas 1

Bismillahirahmanirahim, Petunjuk Sepanjang Jalan.

Alhamdullilah, hampir setahun sudah kami menunggu saat ini. Penungguan dan penantian yang sering mengundang keluh kesah kami-kami semua. Antara sangsi dan tidak yakin sesama kami. Akhirnya, saat-saat kelahiran ini tiba sudah. Pada Tanggal ini, 3 julai 2008 terungkai sudahlah sebuah penantian kami semua akan kehadirannya satu permata penting bagi kami. Permata yang bakal megubah seluruh hidup kami. InsyaAllah wa Biiznillah.

Penantian yang lahirnya sebuah harapan dan sinar permata kami ini bukanlah suatu yang semudah dipandang mata. Kelahiran yang menuntut setiap pengorbanan dari kami semua, setiap detik jerih dan keringat kami semua. Kerana untuk ia, lihatlah bagaimana kami-kami terpaksa berkorban harta dan wang, dikala masing-masing sangat berkesempitan, tidak berkemampuan. Namun dek terdorong oleh semangat masing-masing yang begitu bersungguh dan bersemangat ianya bukan menjadi penghalang. Kemampuan kami memang terbatas. Kami akui kami perlukan suatu dana lain untuk menampungnya, namun demikian ia tetap jua bisa diatasi atas usaha dan gigih insan-insan tertentu antara kami. Dan bukan setakat itu sahaja, jangan dilupa jerih dan keringat kami yang mengalir semasa melakukan aktiviti-aktiviti ditanah sri merchang itu. Hah!! ia bukanlah suatu yang biasa, ditambahi pula luka, goresan dan bahaya yang menanti. Apakah lagi alasannya untuk tidak kami mengatakan kehadiranmu bukanlah suatu yang biasa, malah luar biasa hendaknya.

Begitulah betapa pentingnya bagi kita tanggal 3 julai ini. Lahirnya si AKHI bermakna suatu tanggunggjawab sudah pun bermula, tanggungjawab antara kita semakin berat. Dan ia bukannya terletak atas bahu seorang perseorangan malahan bahu semua antara kita. Aduhai teman-teman, janganlah kalian melepaskan tanganmu, AKHI adalah milik kita, tanggungjawab kita. Setiap kita adalah setiap apa yang ada pada AKHI. Cuba renungilah nama AKHI itu atas apakah ia dibina. Hahaha..tanya dada dan tanyalah iman kita, apakah jawapannya?, A untuk seorang kawan yang bernama encik MARKETING, sang R&D yang kacak, saudara FINANCIAL, dan si SPECIAL AGENT. K buat sahabat LOGISTIC. H pastinya buat GENERAL MANAGER yang bertugas dan mengaturkan segala perjalanan si AKHI ini. H juga untuk mr. SEKRETARIAT (harapan kami diharap lebih bersemangat). Dan akhirnya huruf I mewakili saudara OPERATION EXECUTIVE.

Tahniah buat sahabat AKHI semua kerana telah berjaya sampai sejauh ini. Walaupun ia barulah permulaan tapi ingatlah "A thounsand miles of journey begins with a single steps". Dan kita sudah pun berjaya memulakan langkah pertama itu. Pastikan kita berjaya mengekalkan rentak perjalanan kita ini pastinya insyaAllah berjaya dan dipermudahkan. Impian kita semua pastikan tercapai dan digapai akhirnya.