Monday, May 18, 2009

Masanya Memilih Jalan Bermadu (14)

Kasih Tak Bersyarat


mami dan abah,

Coretan ini kali ini ingin dik jebat abadikan untuk mu berdua, aduhai mami dan abah.

Lewat usia belasan membawa dik jebat ke alam baru, dik jebat ditawarkan melangkah ke pusat pengajian yang lebih tinggi setelah SPM. Maafkan dik jebat kerana gagal di SPM. Entah, mengapa dan kenapa? Walaupun sudah boleh dikatakan berjaya, tapi dik jebat masih lagi malu dan takut untuk bergembira dengan keputusan di SPM. Dik jebat tidak mengerti adakah mami dan abah benar-benar kisah dengan keputusan peperiksaan ini sebenarnya. Namun setiap kali melihat mami bergembira dan mengkhabarkan bahawa sepupu-sepupu yang berjaya di SPM, dapat dik jebat rasakan mami inginkan lebih dari itu. Tapi entah betul atau tidak? Itu hanya andaian dik jebat. Hari keputusan dik jebat khabarkan kepada mami dan abah tentang keputusan dik jebat. Dik jebat mengkhabarkan dalam suasana duka dan sedih.” keputusan kali ini tak seberapalah mami”.” Sukar untuk meminta sambung belajar ke fakulti perubatan”. “Susah, keputusan dik jebat tidak cukup hebat. Ramai lagi yang dapat lebih banyak A’s dari dik jebat. Susah mami..susah” aku menjelaskan kepada mami. Namun mami seperti ibu. Biasa menenangkan anaknya yang gusar. “dik jebat, mami tak kisoh beberapo A’s dapat pun” kata mami tenang. Dik jebat sejuk dan tenang sebentar, namun tatkala kembali melihat raut wajah mami, dik jebat terasa penyesalan yang amat. Apakah benar yang mami maksudkan, atau sekadar hanya untuk menenangkan anaknya yang lemah ini. Hampa dan kecewa terhadap diri sendiri sentiasa bermain di hati dik jebat. Nampaknya kali sudah kali ketiga dik jebat menghampakan mami selepas UPSR dan PMR, nampaknya kali ini SPM pula.


Dik jebat khabarkan pula kepada abah, abah sebagaimana biasa sentiasa tenang, raut wajahnya tidak pernah marah. Meninggikan suara dan kata-kata teruk tidak pernah dilontarkan kepada anak-anak atau sesiapa sahaja. Abah adalah teladan ku, dik jebat ingin menjadi seperti abah. Dik jebat ingin abah bangga dengan dik jebat. Namun dik jebat tak mengerti adakah abah gembira dengan pencapaian ini. Abah jarang bertanya soal exam, abah lebih tumpukan soal akhlak dan adab. Mengajar mengaji dan membaca Yasin itu jadi amalan abah kepada kami. Walaupun abah sibuk tapi ia tidak pernah diabaikan. Jawapan abah sama, setiap kali apa yang ku khabarkan, “oklah tu..” jawab abah ringkas sambil tersenyum. Dan terus kembali melakukan kerjanya. Cuma satu yang abah yakin, abah percaya kepada dik jebat. Abah tidak pernah mengongkong dik jebat, sebagaimana abah menegur abang-abang yang lain. Itu yang menyebabkan dik jebat bertambah segan dan malu dengan abah. Kekadang ingin dik jebat berbicara dan berbual mesra dengan abah. Namun setiap kali berada bersama abah, walaupun hanya kita berdua, dik jebat terlampau segan dengan abah. Itulah seringkali sematkan di hati untuk tidak menghampakan abah. Begitulah, untuk mengkhabarkan keputusan ku ini. Dik jebat ingin berikan yang terbaik untuk abah, namun dik jebat tak mampu, dik jebat bukanlah insane yang hebat, dik jebat dah lakukan yang terbaik, namun sudah takdir Allah. Itulah dik jebat. Harap abah dapat terima dik jebat..ini abah.

Dunia matrikulasi mengajar dik jebat hidup lebih berdikari. Usia muda sebenarnya menggambarkan dik jebat seorang anak yang patuh, baik dan tulus lebih-lebih lagi kepada abah dan mami. Namun demikian, sering berdekatan dengan kedua-dua abah dan mami, menjadikan hati dik jebat keras dan kejam. Entah mengapa ia berlaku. Mungkin dik jebat telah mentarbiyyah dik jebat untuk menjadi sedemikian. Wanita ,gadis dan perawan tidak dik jebat kenali selain mami, kakak dan adik-adik dan juga saudara mara yang mahram bagi dik jebat. Sepupu-sepupu perempuan dik jebat semuanya asing pada dik jebat. Hati dik jebat, dik jebat keraskan pada wanita sejak abah pun tidak menyukainya, dik jebat keraskan hati pada gadis sejak agama pun melarangnya. Bukannya tidak wujud sesekali perasaan pada setiap gadis muda hadir, namun semuanya dik jebat tepis tanpa belas pada hati sendiri.


Seminggu di matrikulasi dik jebat perhatikan gelagat aneh para kawan dik jebat, samada dik jebat yang pelik atau mereka yang pelik sebenarnya. Mereka? Lelaki..namun demikian menangis, menitiskan air mata. Mengapa? Untuk apa? Yang dik jebat sedar dan tahu mereka mengalirkan air mata mereka terkenang ibu dan ayah masing-masing, terkenangkan keluarga masing-masing. Telefonnya sudah, mesejnya sudah, namun mereka masih begitu. Memang ada juga rakan, yang dik jebat dapati sudah biasa berpisah dengan kedua ibubapa mereka rentetan dari saat belajar di sekolah-sekolah berasrama penuh. Ada yang sudah terbiasa dan kali ini bukan perkara asing bagi mereka. Cuma kebiasaanya yang terjadi ini adalah “first-timer” yang berjauhan dengan family, mereka lah yang banyak melayan perasaaan. Bagaimana pula dik jebat? Dik jebat juga first timer, asrama tak pernah dik jebat jejak, inikan pula hidup dan caranya. Sehinggakan abah dan mami juga hairan, mengapa dik jebat tidak menangis atau tidak bersedih sedikit pun. Tidak mami..tidak abah, bukannya dik jebat tidak merasai perpisahan ini. Namun, sejak kegagalan di SPM untuk mengembirakan hati abah dan mami, dik jebat dah bertekad untuk menebusnya di matrikulasi. Sehari pertama lagi, dik jebat sudah memikirkan untuk belajar bersungguh-sungguh dan bertambah menjadi insane yang terbilang agama dan ilmunya. Namun demikian, jebat gagal lagi mami, jebat tewas lagi abah. Sudah takdir jebat abah, sudah takdir jebat mami..bukannya jebat tidak berusaha, bukannya tidak belajar. Namun sudah Allah menetapkan demikian, mungkin ada hikmah dan ujian untuk jebat. Walaupun berjaya di semester pertama, sehingga sedikit mengembira dan membuka harapa mami dan abah. Namun semester kedua, merobek segalanya, keinginan abah dan mami sedikit sukar untuk dilaksanakan.

Walaupun mami tidak mengatakan apa-apa, namun aku jelas keinginannya, aku faham apa harapannya..sejak dulu lagi setelah dik jebat tahu impian mami, sehinggakan dik jebat telah tetapkan yang segala impian dan keinginan dik jebat adalah selari dengan keinginan dan kemahuan mami. Kerana itulah apa yang mami inginkan, apa yang mami mahukan, jebat patuh dan tetap. Borang kemasukan ke IPTA dik jebat isikan, walaupun berkali dik jebat katakan didalam hati, sudah tiada harapan untuk dik jebat ke fakulti perubatan, namun tetap dik jebat isikan jua. Bukannya dik jebat tidak memahami keupayaan diri, tapi demi kasih dan harapan mami, dik jebat letakkan juga usaha dan pengharapan. Namun, hakikatnya nyata. Memang dik jebat tidak layak. Namun dik jebat masih bersyukur dik jebat ditawarkan ke Universiti jua. Di sini, selama tiga tahun dik jebat berjauhan dengan abah dan mami. Pastinya kerinduan dan kecintaan pada abah dan mami sentiasa membuak-buak didalam dada. Namun sudah perangai dan kelemahan dik jebat, walaupun inigin membuahkan kerinduan ini pada abah dan mami, begitulah juga setiap kalii menelefon abah dan mami, nada jebat sentiasa statik dan tidak bernyawa. Suara jebat tetap serius, tidak ingin merisaukan abah dan mami. Kredit tertunggak sentiasa sepi didalam telefon ku tidak digunakan. Menelefon abah dan mami, hanya sekadar untuk menjelaskan esok nya peperiksaan, dengan itu inginkan mami dan abah sentiasa doakan. Dan Alhamdulillah jawapan dan jawapan yang sama jelas aku tahu, iaitu..”mami dan abah sokmo doakan dik jebat”. Entahlah, seketika ingin dik jebat berborak rancak dengan abah dan mami, namun dik jebat tak pandai, dik jebat tak pandai meluahkan perasaan sebagaimana abang-abang yang lain. Tidak juga pandai untuk bergurau mesra seperti mana adik-adik yang lain. Entah mengapa dik jebat rasakan yang dik jebat dididik untuk menyempurnakan hasrat abah dan mami. walaupun sebenarnya tidak dik jebat rasapun kekurangan kasih dan sayang mami dan abah sikitpun. Mami dan abah tidak melebihi kasih sayang terhadap semua adik-beradik. Semuanya sama. Namun tugas berat yang terpikul di bahu dik jebat merasakan dik jebat perlu tidak main dan main. Walaupun dik jebat ingin sebenarnya. Apatah lagi jikalau dapat dengan abah dan mami.

Namun kekurangan dan kelemahan dik jebat ini, jebat sedari. Sudah ketidakpandaian jebat untuk meluahkan perasaan dik jebat pada abah dan mami. Dengan itu dik jebat serlahkan dengan perwatakan, jelas apa yang mami dan abah inginkan, dik jebat cuba penuhi segalanya. Walaupun ada yang diluar kemampuan dik jebat. Tapi “at least” dik jebat berusaha. Di rumah dik jebat cuba menjadi anak yang ringan tulangnya, membantu mami seolah-olah dik jebat adalah hamba pada mami. Namun, dik jebat tidak kisah kerna itulah tugas dik jebat.. kerana dik jebat tau, sebanyak mana kerajinan dan bantuan yang dik jebat lakukan sekalipun tidak dapat tidak untuk menyamai keperitan sakit mami melahirkan dik jebat, mengeringkan keringat abah menbesarkan dik jebat. Terima kasih mami terima kasih duhai abah.

Namun, kini dik jebat sudah tamat, majlis konvokesyen dik jebat, abah dan mami hadiri. Gembira atau tidak entahlah dik jebat pun tidak mengerti. Hari ini, abah, mami, keluarga kakak dan keluarga abang sulung datang bersama untuk meraikan. Namun , dik jebat masih jelas tidak dapat membaca perasaan mami, mami sudah biasa dengan masjlis konvokesyen ini. Sudah 6 majlis konvo abang dan kakak mami hadiri, mungkin sudah biasa bagi mami. tiada yang mengejutkan. Dik jebat pasrah dan dik jebat faham. Itu bukannya masalah. Dik jebat mengukirkan senyuman dan terus senyum.

Dan kini, KASIH TIDAK BERSYARAT bukannya dik jebat tidak fahami. Sebenarnya dik jebat lah yang harus dipersalahkan, mami dan abah tidak pernah meletakkan syarat apapun. Namun, itulah dik jebat mami, itulah dik jebat abah..nasi sudah menjadi bubur. Tetapi abah dan mami, tidaklah dik jebat menyesal sekali pun. Berusaha untuk mengembirakan mami dan abah, memenuhi harapan abah dan mami adalah suatu bayaran terhadap pengorbanan kasih abah dan mami. Begitulah kasih abah dan mami tidak pernah berkurang sekali pun. Cuma, andai yang berlalu itu..kini hendak dik jebat gantikan kembali, kegembiraan yang tidak dirasai dulu. Biarlah silih berganti kini. Dan kegembiraan itu ingin dik jebat kongsikan dengan abah dan mami bersama insane terpilih. Hadiah khas buat abah dan mami.

p/s: Uhuks..uhuks. Diharapkan para pembaca membacanya sambil menggunakan muzik latar lagu nasyid dendangan kumpulan Ae-man dan Hijjaz bertajuk "terima kasih Ayah terima kasih Ibu". Sekian terima kasih.