Saturday, April 24, 2010

Masanya Kini...

Seluruh “Insyaallah” mu akan di tuntut nanti..
Alhamdulillah..berlalunya satu hari yang penuh dengan aktiviti . Hu3, walaupun terasa keletihan yang amat, namun Alhamdulillah terasa kegembiraan yang amat rupanya. Oh indahnya..bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..itulah tanda-tanda ukhwah yang sejati. Terima kasih kepada rakan-rakan ku…walaupun mungkin masih ada yang ketinggalan dan tidak dapat mengikuti semua aktivit bersama yang kita rancangkan..namun Alhamdulillah semua yang hadir pun sudah cukup mengembirakan dan menghiburkan. Semua cukup sporting dan very supportive. Itulah ukhwah yang kita inginkan..semoga berkekalan sentiasa..walaupun jauh kita berada. insyaAllah.Amin.
Bwat Poker dan Hong..terima kasih atas sumbangan dan kemurahan hati anda untuk menjadi payung-payung besar terutamanya untuk setiap aktiviti-aktiviti yang kita lalui. Semoga Allah mempermurahkan rezki kalian dan bertambah-tambah dengannya. Terasa kagum amat apatah dengan sahaja melihat, malah sempat juga untuk bersiar-siar dengannya, iaitu sebuah Kia Forte dan Honda City yang menjadi kenderaan rasmi kita pada hari ini. Memang terbaik lah. Tidak dilupakan untuk si Bosan dan wustaz yang turut menjadi teman-teman yang menemani. Ha2…dengan adanya kita, cukup lah kot 5 orang, terasa cam nak bwat team “the loserz” jer. Macam citer kat cinema tadi kot.ha3..macho giler. Boleh kata setiap aktiviti kita yang nak bwat hari nie cam kita laksana mission-mission jer. Dan Alhamdulillah dengan kerjasama dan toleransi semua..setiap misi berjaya dengan jayanya…ha3. Betul tak kawan2? Betulkan..betulkan. hi3.
Bestnya hari ini..entah bila lagi nak bwat aktivit bersama ni..insyaAllah, mungkin suatu masa nanti.
“InsyaAllah”..”insyaAllah”..”insyaAllah”.. hu3, rasanya lebih dari 4 @ 5 kali aku melafazkannya tadi. Hu3, senang benarkan aku untuk melafazkannya hari ini. Hu3, tak sedarkah aku, bahawa setiap “insyaAllah” ku ini pasti akan dituntut nanti. Hu3..namun demikian, harus bagaimana untuk ku, sudah tiada terbit lagi sebuah jawapan yang kiranya terbaik untuk aku lafazkan selain daripadanya…Hmmm, begitulah, persis sebuah panggilan hari ini. Hu3..kiranya lama benar tidak berbicara dan bermanja dengannya..antara sebuah kerinduan dan sanjung tinggi ku padanya. Terkejut sebenarnya dan tak tersangka-sangka..sebab tak terfikir langsung..baru sahaja selesai solat jumaat..baru nak berangkat pulang. Tiba-tiba handphone ku berdering, hu3, nombor tak keluar nama..hu3, rasanya sebab hp rosak sekejap baru ni..banyak nombor yang hilang. Angkat jer phone..baru cam siapa yang telefon.Hu3. then, tak tau nak cakap apa? Tak pandai untuk meneka…Hu3.
Akhirnya..baru ku tahu atas sebab apa…hu3. Saat ketika inilah..”Insyaallah” menjadi jawapan ku. Hu3..tak tahulah. InsyaAllah..seharusnya akan, aku cuba penuhi..dan permudahkan urusan aku untuknya..namun tak tahulah..ku harus fikirkan dahulu. Yang dipinta semoga dipermudahkan sahaja. Nak tolak..segan rasanya orang dah jemput sendiri..nak pergi? Hu3, terasa berat jugak…insyaallah..baik aku fikir dahulu. Tapi pape, kita tengok kemudianlah. Alhamdulillah..walau apa pun..sebuah berita gembira yang ku terima. Kegembiraan sekadar untuk aku kongsikan bersama. Semuanya selamat dan bahagia..itu sahaja dan cukup chantek dan baik lah tue. Yang lain-lain semoga berjalan lancar seadanya…
Namun..setiap “InsyaAllah” yang ku lafazkan..akan ku cuba penuhi. Harus bagaimana??…wallahu allam. Semoga dipermudahkan untukku. Amin Ya ROBB.