Tuesday, October 12, 2010

The 10 things that I want to have


10 things that are firstly burst out from my little head (but still smart enough I think….he3, just bluffing maa...) are:

What could be the first I think in the future time that I want to buy is a phone. Not just a regular phone..but it’s must be a smart..Smart and very smart phone. Lately, I was thinking about an iphone..3gs or iphone 4. I don’t care….as long as it is an iphone. Why? Don’t really know what is so sure that i choose it more than other’s brands. However, blackberry is always an optional for me after the iphone. Hu3.

Secondly, I would like to have a watch…a real watch, and highly branded type maa..i likes pierre cardin or allan deloin brands…even a lot of their design products are not really cantik, I think…but still ada yg menarik jugak…tp yg penting jenama tu, biar ade klass…hu3.

Third, hmmmm.. I think it is a camera. May be the compact one’s not the SLR or EOS kind’s…coz their price are so expensive…and hu3, skarang masih could not afford it maa.. by the way, what it’s most important for the compact camera that I need is their pixels/mega pixels..the higher it is, the best capture images will be…money budget that I will spend for it…may around of thousand ringgit. Asking you? Is it enough…hu3?

The fourth one, hmmmm…I know..that must be a car…or a motor cycle. Should this one comes first I think…but hu3, all of you have know rite, buy a car is not as an easy as buying other things…It involve with a lot of procedures, moneys and things…it sound leceh kan…hu3.xpelah…satu2.hu3

Yang kelima, aiiya….have no idea already maa..rasa cam banyak barang nk beli sebelum ini tapi duit x de…. But now, I really have to think a lot about what I’m going to have….hu3. ha3..shoes? yes..it’s true..i need a pair of shoes….must be the in white color, and I prefer leather…coz it’s always be my dream to have it…….insya Allah.

Six…perfumes…ha3, so sad…..just now i’ve only have two.
Seventh, a handbag…yes, women handbag….will be for my mum..of course.

Eight, a hard disk…one’s for me…and one’s for my dad. I plan to buy a 500 GB of external hard drives…what do you think the price of it, right now? It’s more than 200 hundreds or less, tell me y’all?

Ninth, I need golds….could be a rings, jongkong…or dinars. All I accept it..hu3.

And ten,………………………………….hu3. I don’t know…I leave to y’all to decide..k. ha3.

Sunday, October 10, 2010

Blackberry vs iphone?

Apple iphone and blackberry...

i am wondering, which one's better?..

Hu2...couldn't help to have both of this smartphones...

another 1 month to go...then, hope the dream will come true...

insya allah...amin.

Saturday, October 9, 2010

gameweek 8- EPL

Fantasy premier league....
for the next game on 16 Oct..i've made up my mind as players for my team's that are going to be choosed nanti:
one is for goalkeeper...and peter sorensen is the man; i think it will be better to choose peter instead of foster. even actually there is no obvious differences between of this two players. both of them are very good, well-played and very consistent at making-point. arsenal fight birmingham or bolton vs stoke..hu3. u choose then? coz i made mine...
defenders....hmm, as usual, 3 better than 4...or five. it's really hard to predict whose teams will give better performance, not to conced any goals....hmm, for me, 3 from 5 players (toure, showcross, ashley, craddock and a new transfered player, dann)...still with usual choices, toure, ashley and showcross. hope them perform well for the next game. for the back-ups...till the next another games maa.
come to the most important part, the midfileders, the playmaker of every games for soccer. i've nasri...and i saw his playing role in arsenal aftr cesc got injured...hmm, very skillful...think he will get much point for next games, through assists and may be scoring a few goals...he3..(but still hope ur value will increase lah nasri, i spent a lot for u....tau), then nani...hmm,adakah beri nani as a captain is really a smart choice. most of my midfield players are good and can give high points...but from all of them, which one is better?nanilah kot...according to his record..yearghh, his capable lah....and lagi, m.united will be played WBA jerr, at home pulak tu...hmmm, confirm bantai lah punya..jaga baik !!!..he3. 3 mores to go are etherington (stoke), malouda (chelsea) and yaya toure (m.city)...hu3. chelsea konfirm menang, but...stoke? hmmmm, hope etherington will continues his superb moves and making goals again.....insyaallah. Malouda...most valuable player of this season..confirm arr masukkan dia. ..keh3x.
finally, my strikers...walaupun ada 3 orang, drogba is only player yang konfirm main...as he is the chosen one orang kater...he3..so there is nothing to worry about him much...but another two players are really problem maa...hu3, nak jual sayang...x jual turun harga..hmm, pening2..

Wednesday, June 2, 2010

Masanya Kini..

Doa Seorang Kekasih...
Assalamualaikum wbt...
Sekadar hanya menyinggah sebentar..untuk ku kongsikan bersama lagi. Kali ini ku titipkan kegembiraan buat sahabatku dan saudaraku, adinda Izny Hanis yang bakal melangsungkan hari perkahwinannya pada 5 hb Jun ini nanti...Alhamdulillah..semoga dicucuri barakah dan rahmah ke atas perhubungan yang bakal terjalin nanti. Mawaddah dan Mahabbah untuk mu..semoga berbahagia selalu dan dipermudahkan urusan-urusan mu.
Hanya sepenuh kemaafan bakal ku pinta dari mu sahabat kerana, Hari dan Majlis dan kegembiraan mu tiada dapat ku hadirinya jua..kerana aku juga mempunyai urusan kekeluargaan yang tak dapat ku berkompromi dengannya. Namun senantiasa untuk aku doakan kepadamu wahai sahabat...DOA SEORANG KEKASIH buat mu..dan dengarkan lah sahabat. Dalam banyak sahabat-sahabat ku yang sudah berkahwin dan melangsungkan hari bahagia mereka..tiada apa lagi yang dapatku nasihatkan kepada mu lagi..kerana antara mereka semua, andalah yang paling bersedia dan andalah paling matang..Ilmu, fizikal, mental semuanya anda telah lengkap..dan mantap. berbahagilah pasanganmu nanti kerana kehadiranmu sebagai insan bernama kekasih buatnya. InsyaAllah..sudah lama dikau menunggu duhai sahabatku..hadapilah hari mu ini dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Semoga Allah sentiasa bersamamu.
p/s: cuma agak terkilan sedikit sahaja..he3, ku ingatkan di hari bahagiamu nanti ingin ku persembahkan sedikit persembahan solo..ikhlas dari ku..."Doa Seorang Kekasih-In Team"..namun, he3..x dapatlah gamoknya....keh3x..mungkin di Kedah nanti kot..he3.
Alhamdulillah..."Seeru Ala Barakatillah"
Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku,
tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah,
ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, May 16, 2010

Masanya Kini..

Kelate lawan Tganu...hu hu hu.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah…sweet sour, ore belanja..motor pancit, kat tengah2 jalan, Chelsea menang FA cup, satu kosong dan last sekali kelate lawan teganu..ade siaran langsung. Hu3…banyak betul peristiwa malam nie kalu nak kire lah…hu3, yang baik yang buruk semua nya..Alhamdulillah..sebab semua yang berlaku, di hadapi dengan hati yang tenang dan aman. Semoga aku tergolong dari orang-orang yang bersabar dan bersyukur. InsyaAllah.
Ha3…hari ni menulis sambil dengar-dengar lagu …he3, just nak kongsi jer..3 lagu, pertama lagu pop lama, remy ricky dan martin~ suratan atau kebetulan..kedua, Aizat~ hanya engkau yang mampu…dan baru jer habis donlod kat 4shared Yusry KRU~ ku dekat pada mu..ini terbaik. Hu3. Ada nak kata apa-apa? tak nak kata apa-apa. Hu3.
Alhamdulillah, past settle baiki motor pancit…masih sempat layan game Chelsea ngan my fellow roommate..hu3 last and forever till now. Sorry, FYI... not really diehards fan of Chelsea…tapi still suka cara game diorang men and star players dorang. Apa-apa, congratz to Chelsea and their fans..Especially untuk rakan-rakan bola ku..wus, poker and jimbit and hong. Ha3.
Still then, naik atas..mandi-mandi, solat dulu..then, layanz internet..pastu bukak WISEL PENAMAT..hu3, just nak tengok final score between klate and tganu. Hu3..tak tersangka, klate beated tganu 3-0..hu3 , besar gok kot. Hu3..bukan ape, teringat pulok..slalu zaman-zaman dulu, tym studi skolah rendah nga skolah menengah..tym..legends klate supo hashim mustapa, zulhasmi..dan bberapo player hok power lagi..halim napi xsoh royak lah..mesti kena ado punya…kalu lawan tganu mesti gocoh dan gaduh lah punya. Entah tak tahu kenapa? Seerti ada dendam dan kesumat lama antara kedua-duanya..peminat apatah lagi..tapi nasib baik dalam stadium jah..luar Alhamdulillah okey jah. Cuma tue lah nak kato, mungkin ore tuo-tuo royak, ni mesti kes mitos perbalahan dan tak puah hati zaman tok rajo klate nga tok rajo ganu lagi kot…pasal hok berebut tanah besut..kes belago ayam..tu yang duk bawak sampai ke hari nie tue..
Kelate, teganu..kalu ikut rekod..selalunya teganu lah lebih..players dorang biaso power-power jugak..Cuma tym nie, nasib dorang tak supo dulu dah kot..skuad kijang leni..start dah stabil dah..barisan defenders..tengah semua cam dan serasi…strikers pun mula tunjukkan peningkatan..one on one..konfem gol ore kato. Baguslah tue…sebab dah lama tak tengok skuad kijang main supo taro nie. Hu3…masih teringat lagi saat kelate melangkah ke separuh akhir liga Malaysia tym dulu..rasanya 1993 atau 1994..ha3, ingat lagi taro guano pegi stadium…siap bawak bendera lagi tue..sapa ke leni ado lagi tue..pah hok kemah nye…member abang start bakar bunga api bila kelate skor…bukan bunga api juga tapi suar api warna merah..hu3, sekali terasa main kat oversea pulok..sebab ni first tym kat mesia ore buat gitu..selalu peyokong-penyokong argentina jah celebrate gitu. Pastu nak di jadikan cerita lerr, ada siaran langsung kat TV tym tue….hu3..bestnya siap masuk TV lagi tue…ha3. Bangga gak rasenya..Cuma tym tue masa budok2 lagi…nak sorak pun tak supo sorak..ore kate tepuk tangan pun sopan lagi…ha3..teringat..teringat. Cuma leni kelate dah tak supo mulo dah….insyaAllah, pasni bleh melangkah lebih jauh kot selepas nie.
Dan teganu? tetap salute…mereka tetap rivals kelate sampai bilo2….3 negeri jah kat pantai timur nie. Pahang, teganu dan kelate. Pahang, mereka dah berjaya lama dah..liga Malaysia, liga perdana..dah tak asing nama mereka..skuad tok gajah..nama pun gagah..Cuma mungkin musim ini, bukan milik mereka kot..okay lah tue..dah lama mereka menyinar, mungkin zaman ni zaman malap mereka kot bagi lah peluang kat skuad kelate pulok. Teganu pulak, masih mengekalkan skuad-skuad terbaik mereka..Cuma personally, musim ini adalah musim skuad kijang kot…sebab mungkin KINI MASANYA…untuk skuad kijang..setelah sekian lama beraksi….insyaAllah.

Friday, May 14, 2010

Masanya Kini..

Selamat Hari Ibu..
Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala kemudahan dan kenikmatan pada diriku..sedang aku menyedarinya atau pun tidak aku mneyedarinya. Betapa dalam seminggu ini..benar-benar rasa syukur yang mendalam padamu Ilahi kerana nikmat dan rahmat mu masih membuatku terasa untuk bersiap dan menghadapi segala kesukaran dan ujian-ujian yang menimpa tiba. Ya allah terkadang ku terasa akan kelemahannya...terkadang ku terasa kekurangannya...terkadang ku rasa terputus harapannya..namun Alhamdulillah masih ada mu yang bersamaku ya Allah. Semoga aku menjadi hamba mu yang bertakwa dan beriman kepada mu ya Allah.
Ya Allah…terasa berharganya perasaan ini ya Allah. Seandainya kini, baru ku bertambah mengerti akan ia ya Allah. Hu3, betapa kasih ibu sentiasa ke syurga..kasih ayah di kendong bersama. Sumayyah, safiyyah dan syazani..hu3, dalam banyak karenah dan kenakalan masing-masing..kalian banyak mengajarku..sesuatu yang mungkin sebelum ini ayah an kian terlupa dan pastinya kurang mengambil berat akannya.. karenah kalian banyak mengingat kepada bagaimana kasih sayang, tolak ansur, kuat, tabah dan sabarnya tok mi dan tok bah kepada ayah an, ibu kamu bertiga serta pakcik-pakcik kamu yang lain dalam mendidik dan membentuk kami-kami semua menjadi insan-insan yang berguna. Hu3..kalau dulu mengapa ayah an sentiasa memikirkan bakpe dan kenapa, tok bah dan tok mi sentiasa memarahi kami, anak-anak mereka. Abah walaupun jarang-jarang sekali abah memarahi dan menegur secara direct, abah lebih jelas dengan caranya yang sentiasa kool dan tenang. Menunjukkan contoh-contoh baik yang sentiasa kami tetap dan selamanya akan respek dan menghormati abah. Abah tak pernah lupa tanggungjawab abah..walaupun dalam masa kesibukan abah dulu dan sekarang, abah memang seorang yang sibuk..sibuk untuk dunia dan sibuk juga untuk akhirat..abah memang hebat. Walaupun gaji prof lokman mungkin lebih besar sikit daripada gaji abah..tetapi ayah an yakin dia tetap tak sehebat tok bah. Di raut wajah tok bah ada sinar yang takkan sama pada sesiapa pun…semoga ayah an pun menjadi seumpamanya. Hu3..walaupun sesekali ayah an rasa cam kecewa dan sikit terkilan jugaklah,bukannya apa? Terkadang terfikir..apakah ayah an ni tak layak dan tak sehebat yang lain?.. sebab tok bah..selalunya tok bah lebih banyak mengajar dan memberi pengajaran-pengajaran kepada ayah-ayah kamu yang lain. Sedangkan ayah an..tok bah sekadar hanya menghulurkan 2-3 nasihat ringkas untuk ayah an sampai ke hari ini. Hu3..tapi hari ini, anak-anak ku..ayah an dah mengerti..kenapa begitu..hu3. ya Allah..aku sayang kan abah ya allah..semoga engkau senantiasa melindunginya, merahmatinya dan menyayanginya ya Allah..kerana aku tahu beliau sangat menyayangi Mu dan rasul Mu dan agama Mu. Allahu akhbar.
Mami…tiada kata secantik diri mu yang senantiasa mendidik kami dan mengajar kami. Mami dalam marah, tangis, sedih dan gembira mu….betapa aku kini mengerti bahawa entah atau tidak dik an dapat membalas dan senantiasa mengembirakan mami. Dik an pinta tiada sekalipun kata-kata atau perbuatan atau apa-apa yang dik an lakukan mengguris dan tersimpan lama di hati mami. Dan konfemnya, pastinya akan ada dan senantiasa ada. Semoga mami tetap dengan kemulian dan keagungan yang pasti di kurniakan pada setiap ibu di dunia ini…iaitu untuk memaafkan dan meyayangi. Mami , dik an dah rasa dah kenakalan sumayyah, safiyyah dan syazani..hu3, memang sangat dan tersangat nakalnya…kesian gak sampai kak yah pun tak menang tangan menanganinya…tapi tak pelah..pastinya kak yah pun dah jadi sehebat dan sebaik seperti mami dalam menjaga anak-anak. Betapa rasa sedih..malu..gembira dan sayang pun ada untuk di ucapkan, dik an tak tahulah nak ucapkan bagaimana mami menjaga anak-anak mami sebelas-belas orang ni. Masing-masing punya fi il dan karenah sendiri. Abe rih perangai dia..abe pik pun ada masa dia..kak yah lagi..anak perempuan tunggal masa tue..hinggalah lahir adik jue dan adik kimah. Pastu datang pulak gerombolan kedua, sesi anak lelaki..start dari abe le..abe de, nudin..pah dik an..imi dan mat e. Betapa tak leh nak bayang..kalau lah dulu dik an dan bebudak ni senakal sumayyah, safiyyah dan syazani nie..betapa tahan, cekal dan tabahnya mami menjaga kami. Hu3…sedangkan bakpo lah pada masa tue..kami semua tak pernah terfikir nak gembirakan hati abah dan mami. Tapi Alhamdulillah..dalam banyak-banyak putra dan putri mami dan abah..semuanya Alhamdulillah menjadi belake..tak tahulah sampai mana tahap menjadinya..tapi andai kata anak-anak ini menjadi pelaburan untuk abah dan mami suatu masa nanti..dik an jamin abah dan mami..mami dan abah..adalah orang yang paling beruntung..sebab pastinya segala apa yang mami dan abah laburkan ini..pastinya akan membawa pulangan yang paling besar nanti. Dan untuk mami dan abah..secara personal dik an buleh simpulkan, walaupun dik an bukan pelaburan yang terbaik untuk abah dan mami, jika di bandingkan dengan adik-adik dan abang-abang yang ada..tapi dik an harap sedikit sebanyak dik an dapat jadi modal dan harta untuk mami dan abah nanti di hari akhirat sana nanti. Dan dik an akan terus dan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk abah dan mami. Agar selepas ni mami dan abah takkan teukir lagi kekerutan. kegelisahan dan kesedihan yang dahulunya ada dan timbul di saat mami dan abah melayan karenah-karenah kami khususnya anak mu… adik an ini.
Selamat hari ibu mami….dan selamat hari ibu, yang senantiasa ku anggap di kau sebagai mami juga, semoga Allah sentiasa merahmatimu dan mu..dan ingatlah kerinduanku sentiasa untuk mu dan mu. InsyaAllah, ku sentiasa akan berbakti kepada mu dan mu. Amin.

Monday, May 10, 2010

Masanya Kini..

The pacifier..

Assalamualaikum wbt..
Segala puji pada ketentuan Ilahi yang sentiasa mempermudah dan menguji akan hamba-hambanya..semoga dipermudahkan urusan. Allahuakbar.

Takdir ilahi yang merelakan…Alhamdulillah, Port Dickson (PD) sekali lagi ku jejaki..hu3..kali ni memang terbaik..cukup cantik dan cukup baik..tahniah kepada organizer..2 thumbs up for everybody..he3. Hu3, dua hari tak bukak FB, sebab p PD..minggu sebelumnya dah ke TEKALA..huisshh, banyak betul aktiviti budak2 nie..tapi takpelah..join jerr..supportive org kater..semoga ukhwah yang terjalin, di rahmati Allah. Semoga yang ada lebih menjadi lebih baik dan bertambah baik..insyaAlllah. Ha3, ingatkan bukak FB ada gambar upload..rupenya belum..xpelah. Tukang-tukang ambik gambar dan tuan-puan punyer kamera masih letih lagi kot semua. Mungkin semua pun dah tidur, he3…bagus-bagus. Moga dapat lihat gambarnya nanti.

Huishh, balik-balik dari PD nak kena p Bandar Kinrara, rumah Kak Yah, hu3..beselah…nak kena teman dia ngan bebudak tiga orang tue. Kesian gak tetiba abg zali nak kena p out station..lama plak tue. Xpelah..moga dipermudahkan..insyaAllah. Takdir sang suami untuk mencari nafkah dan sesuap rezeki untuk anak-anak dan isteri tercinta. Moga ganjaran Ilahi menjadi balasannya. InsyaAllah, amin.

Alhamdulillah, sampai-sampai kat rumah..suka tengok semua dalam keadaan sihat walafiat..terbaik semua. Senang hati disambut mesra oleh waris-warisku..semoga semua menjadi insane yang berguna dan bertakwa kepada agama, bangsa dan ibu bapanya. InsyaAllah. Hu3….seminggu nak menjaga bebudak ni. Allahuakbar, bertahan..semoga aku dapat bertahan. Letih jugak nak melayan karenah bebudak nie..kadang mood okay..memang best, mai mood tak okey…masyaAllah, pedih gak rase hati…tapi nak wat camne…terkenangkan anak sedara, tambah sayang plak..hu3..tak marah lerr gamaknya…hu3, aduyai kamu-kamu bertiga..mudah-mudahan menjadi lah kamu zuriat-zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa kepada Allah…takpelah sekarang ni nakal2 lagi…nanti mudah-mudahan dan besar nanti jagalah agama mu anak-anak ku, jagalah akhlak mu..pekerti mu..maruah mu…dan maruah ayah dan ibu mu…semoga kalian menjadi pertiwi-pertiwi dan srikandi islam yang sejati..


Syazani..Safiyyah..Sumayyah

InsyaAllah..merindukan kehadiran sebuah kereta dalam hidupku..Mitsubishi Lancer, wow..garang umpama jerung buas dan bergaya dan elegan, hu3 mempunyai karekteristik umpama diriku sepersis nama jebat panggilanku. Hu3, LANCER paling terbaik setakat ini untuk ku, akan ku usahakan…walau apa pengorbanannya..ha3. Moga dipermudahkan..ya Allah. Subaru Imprenza..hu3, x jelas lagi bentuknya..tapi mendengar namanya sajer..dapat ku ketahui bukang calang-calang untuk memilikinya..ha3. Namun target yang paling realisasi untuk di capai..Civic 2.0..lampu bulat..kaler itam..ha3, anggun, elegan dan ego dan affordable..terbaik untukku..hmmm, Cuma !!..terlalu banyak di jalan raya..cam dah tak best plak…nanti xleh bergaya sangat pulak..tapi takpe kot, area pantai timur tak banyak lagi kot org pakai..ha3.

Kereta Malaysia..hmm, xtauw lagi setakat ni masih lagi tak berkenan. Bukannya takde yang cantik..ada..tapi tak pelah. Cuba cari yang lain dulu…insyaAllah..kalu takde baru pilih kereta Malaysia. Hu3. Cuma kalau dulu, masih sangat nak pakai Toyota Wish..rindu plak, suker sangat dan sentiasa duk teringat2..bagaimana sekarang? Suker lagi ke…hu3, dalam hati masih lagi nak, tak leh lepaskan lagi walau banyak model-model baru keluar, tapi tetap masih nak ke dia..Cuma tak tahu lah, situasi sekarang nie..masih boleh lagi ke pilih Toyata Wish? Bukan ape? Takut masih tak mampu nak miliki dia. Habis bagaimana?..hu3, nak buat apalagi, harap masih tak tinggal kenangan lah. InsyaAllah, ada rezeki boleh beli dan boleh miliki..anggaplah sekarang hanya “sebuah kasih yang belum termiliki”..hu3, cam lagu hafiz hamidun..dok?...ha3, boleh ke?..hu3. entahlah.

Wallahu allam. Allah lebih mengerti kesemuanya..

Friday, May 7, 2010

Masanya Kini..

Istimewa..
Assalamualaikum wbt..
Hari ini dan malam ini bukanlah tidak sebagaimana hari-hari biasa untuk ku. Cuma adalah sedikit perbezaan dan keistimewaan yang membezakannya dengan hari-hari lain. Namun begitu ia tidak lah sepenuhnya dipenuhi akan kegembiraan..akan tetapi lara kesedihan juga turut terukir padanya.
Walau bagaimanapun..ia sahaja pasti cukup untuk aku abadikan pada blog ku ini yang tak seberapa ini. Aku hanyalah insan biasa..bukanlah banyak untuk ku mengajar dan menulis tentang sesuatu apa..cukuplah aku menceritakan dan mengongsikan kisah-kisah dan liku-liku hidupku..yang kadang berubah-berubah. Sedih, gembira, sayang, benci, terkilan, tetap, masih, harap, takut, malu…semuanya adalah fitrah sebuah perasaan..fitrah sebuah kehidupan. Setiap yang ada pasti kan merasainya..dengan apa caranya? Tergantunglah kepada qada dan qadar masing-masing..samada akan manis..ataupun akan pahit..ataupun manis semula..atau kekalnya pahit..ia adalah takdirmu. Itu terbaik untuk mu? Wallahu allam. Allah dan rasul lebih mengetahui..apa yang perlu dilakukan..yakin dan jangan putus harapan. Nescaya Allah bersama mu.
Apa istimewanya?..entah lah..tanyalah hatiku..apa istimewanya? Hanya ia yang akan mengerti. Kerana aku yakin ia pasti senantiasa akan mengerti dan mengerti. Pengertian yang amat mendalam dan mendalam yang hanya hatiku merasainya..saat teristimewa untuk seketika. Namun walau hanya seketika tetap juga istimewa. Dan Allah dan rasul yang teristimewa buatku. Apakah kesedihannya?..entahlah, sukar nak di ceritakan. Kesedihanku adalah kesedihan ku..kesedihan orang lain..juga aku sematkan dalam kesedihan ku..untuk apa?...agar aku dapat membantu kesedihan-kesedihan yang tersedia..kerana tidak dapat tidak..pasti suatu hari nanti, semoga Allah mengantikan kesedihan-kesedihan ini dengannya kegembiraan. Insyaallah. Pasti…yakin lah..and don’t stop to believe.Inna Allaha ma’ ana.
Untuk sahabat-sahabat..ku utuskan doa untuk mu semua. Bersabarlah semua..insyaAllah..Allah pasti membantu kalian. Aku janjikan doa pada kalian…dan semoga doa-doa kalian dan doa-doa ku di redhai dan di makbuli Allah tuhan kita..insyaAllah amin. Duhai sahabat..bersabarlah, kau boleh melakukannya. Dan duhai sahabat..tenanglah, pasti ada sinarnya. Dan duhai sahabat..yakinlah, akan ada jalan penyelesaiannya..untuk mu lagi aduhai sahabat, andai dapat ku gelarkan mu dengan ia..semoga Allah senantiasa merahmati mu..dan senantiasa Allah melindungi mu..semoga kau berada dalam kebahagiaannya dan keselamatannya.
Dan insyaAllah…pastinya "setiap insyaAllah" ku akan dituntut. Dan tunggulah..semoga ia cukup untuk mu…Allahu Rabbi.

Wednesday, May 5, 2010

Masanya Kini..

Siapa yang paling ku sayang?
Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah merahmati diriku dan diri-diri mereka yang beriman. Alhamdulillah..satu perkataan untuk diriku ~ pokok itu akhirnya kembali. Hari ini bahagianya rasa hati..makanan batin yang selama ini menghilang akhirnya di perolehi kembali. Sesungguhnya andai pakaian, makanan, minuman dan makanan zahir yang lain senantiasa di cari-cari. Begitulah betapa aku yang sebelum ini menghilangnya makanan untuk ketenangan dan keamanan di jiwa ini. Aku temuinya kembali. Allahu akbar. Persisnya kuliah yang ku dengari hari ini…walaupun sanad dan matan hadis nya bukanlah yang asing bagiku..baru hari ini agaknya ia agak menusuk di hati dan teringat-ingat di benak dan kepala hatiku…Allah..akbar. kenapa?..entah ku tertanya-tanya, masih adakah aku dalam golongan-golongan ini..di saat dahulu..aku yakin dan pasti bercita-cita aku adalah kesemuanya…dan masanya kini..Wallahu Allam.
“7 golongan yang mendapat naungan Allah di saat datangnya satu hari yang tiada naungan selain naungan-NYA…pertamanya 1) imam yang adil..” suatu pertanyaan? layak kah aku..? sedangkan aku hanya begini…untuk menjadi imam, ya Allah aku merinduinya ya Allah? Untuk berlaku adil?..entahlah. rezekinya ku masih ku tunggu dan ku masih nanti. 2) Syabab yang lahirnya adalah untuk dan sentiasa beribadat kepada Allah..dari awal muda kecilnya..sehinggalah ke tua remajanya…dan aku?..malunya nak cerita. Kalau dahulu? Oh dahulu…rindunya kepada yang dahulu….kerana aku yang kini….hu3. Moga aku menjadi mereka yang Al mustagfirin. 3) Dua pemuda yang berjumpa dan berpisah kerana Allah..dan terukir di hati-hati mereka kasih sayang adalah kerana Allah..Ini pulak bagaimana?..hmm, kalau nak di cerita Alhamdulillah, usainya hari ini yakni malam ini..aku dan sahabat seukhwah dapat berjumpa dan bertemu mata..walaupun hanya di sebuah kedai makan..namun kegembiraannya di rasa dan ukhwahnya masih lagi ada sinarannya..walaupun sebelum ini nampaknya amat malap sinarnya. Perjumpaannya tak terancang panjang, hanya sekadar ADHOC..namun alhamdulillah..semua dapat memenuhi undangan..dan walaupun aktivitinya tidak lah berprogram namun, aku yakin dan pasti berpisahnya kami dan bertemunya kami kali ini kerana Allah…Berlapang dada? Ukhwah? Kasih sayang? Tenang hati? Kegembiraan?...entah mengapa kali ini aku dan semua yang lain pun, aku pasti semua dapat rasakan yang sama…walaupun sebelumnya berkali-kali dah berjumpa..tapi tak pernah merasa seindah sebegini. Allahukabar.. Semoga kami menjadi golongan ini pun sudah cukup ya Allah…andai yang lain kami tidak layak ya Allah…Amin ya Rob .
Keempatnya, pemuda yang hatinya bertaut pada rumah Allah..hmmm, tanya iman ku? Apa jawapannya?..Allah akbar. Cukuplah pokok itu sudah bercambah kembali…biarlah dugaan dan cabaran iman sebelum ini menganggu suburnya dan hampir membunuhnya..namun pokok hijau itu kembali dan harap ia terusnya kembali..insyaAllah. Ke 5) pemuda yang dalam masa di goda dan di rajuk oleh seorang perempuan yang cantik dan berkredibelitasi, masih mampu berkata….LA !! INNI AKHO FALLAH…Allahu kabar…pastinya ia berat dan tidak sesenang dan sependek tulisan ini. Tiada dugaan yang terbesar dalam hidup seorang mujahid ini, melainkan di antaranya dugaan dari seorang wanita. Yang pastinya, di hatinya masih mengasihi dan meyayangi. Semoga Allah akbar melindunginya dan nya. Dan semoga Allah membuka jalan yang terbaik untuk mereka..insyaAllah. Ke 6) Tangan kanan yang memberi seolah-olah seperti tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberinya..ya Allah, semoga Allah mengurniakan aku dan menjadi aku dari golongan ini ya Allah. Berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah dan bertambahnya iman ku ya Allah, kerana semakin besar nya kekayaan dan kemewahan..semakin besarnya dan beratnya tanggunjawab. Semoga aku dipersiapkan untuknya ya Allah. Amin..Amin ..Amin. Dan akhirnya yang ketujuh, adalah satu golongan yang mata dan hatinya senang tiasa menangis kerana Allah..dan mengingati Allah. Allah akbar..duhai mataku?..bilakah air mu akan mengalir..duhai hatiku..sebaklah kamu..duhai iman ku…ITTAKULLAH..nescaya kamu akan di rahmatinya..insyaallah.
Alhamdulillah…erti hidup pada memberi, tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk menjadi sempurna..cukuplah kau sempurna kerananya..SAYANGLAH ALLAH..nescaya kau akan bahagia..buatlah kerana dan untuk Allah, itu lah segala-galanya..jangan lah gilakan kemewahan dan jangan lalai dengan dunia..Allah akbar…semua ini adalah peringatan dari sahabat-sahabat ku…semoga kami beramal dengannya…insyaAllah.

Monday, April 26, 2010

Masanya Kini...

Menanti Sebuah Jawaban..
Ya Allah..berikanlah aku akan jawapannya Ya Allah..jawapan sebuah persoalan yang bermain-main di legar pemikiran ku kini..Hu3..samada ia jawapan yang terbaik atau tidak, terpulang kepada mu Ya Allah. Cukup sudahlah ku berteka-teki selama ini, ataupun meneka persoalan yang bermain-main..samada silap pemahamanku atau tepat penekaan untuk ku mengesannya..aku mengharapkan kesudahannya. Andai kesudahannya masih sama maka samalah kesudahannya..kerana ia sudah jelas dan lebih lagi jelas. Namun andai tidak..ia adalah sesuatu yang sama-sama kita akan usahakan kembali. Betulkah atau tidak ini? Aku pun masih tidak jelas jua. Yang ku turutkan cuma adalah rentetan rasa di hati ini. Semoga ianya benar dan aku tidak tersalah lagi buat kali ini…hu3.
Ir jie ila Robbika Rhodiyatan Mardhiyah..

Saturday, April 24, 2010

Masanya Kini...

Seluruh “Insyaallah” mu akan di tuntut nanti..
Alhamdulillah..berlalunya satu hari yang penuh dengan aktiviti . Hu3, walaupun terasa keletihan yang amat, namun Alhamdulillah terasa kegembiraan yang amat rupanya. Oh indahnya..bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..itulah tanda-tanda ukhwah yang sejati. Terima kasih kepada rakan-rakan ku…walaupun mungkin masih ada yang ketinggalan dan tidak dapat mengikuti semua aktivit bersama yang kita rancangkan..namun Alhamdulillah semua yang hadir pun sudah cukup mengembirakan dan menghiburkan. Semua cukup sporting dan very supportive. Itulah ukhwah yang kita inginkan..semoga berkekalan sentiasa..walaupun jauh kita berada. insyaAllah.Amin.
Bwat Poker dan Hong..terima kasih atas sumbangan dan kemurahan hati anda untuk menjadi payung-payung besar terutamanya untuk setiap aktiviti-aktiviti yang kita lalui. Semoga Allah mempermurahkan rezki kalian dan bertambah-tambah dengannya. Terasa kagum amat apatah dengan sahaja melihat, malah sempat juga untuk bersiar-siar dengannya, iaitu sebuah Kia Forte dan Honda City yang menjadi kenderaan rasmi kita pada hari ini. Memang terbaik lah. Tidak dilupakan untuk si Bosan dan wustaz yang turut menjadi teman-teman yang menemani. Ha2…dengan adanya kita, cukup lah kot 5 orang, terasa cam nak bwat team “the loserz” jer. Macam citer kat cinema tadi kot.ha3..macho giler. Boleh kata setiap aktiviti kita yang nak bwat hari nie cam kita laksana mission-mission jer. Dan Alhamdulillah dengan kerjasama dan toleransi semua..setiap misi berjaya dengan jayanya…ha3. Betul tak kawan2? Betulkan..betulkan. hi3.
Bestnya hari ini..entah bila lagi nak bwat aktivit bersama ni..insyaAllah, mungkin suatu masa nanti.
“InsyaAllah”..”insyaAllah”..”insyaAllah”.. hu3, rasanya lebih dari 4 @ 5 kali aku melafazkannya tadi. Hu3, senang benarkan aku untuk melafazkannya hari ini. Hu3, tak sedarkah aku, bahawa setiap “insyaAllah” ku ini pasti akan dituntut nanti. Hu3..namun demikian, harus bagaimana untuk ku, sudah tiada terbit lagi sebuah jawapan yang kiranya terbaik untuk aku lafazkan selain daripadanya…Hmmm, begitulah, persis sebuah panggilan hari ini. Hu3..kiranya lama benar tidak berbicara dan bermanja dengannya..antara sebuah kerinduan dan sanjung tinggi ku padanya. Terkejut sebenarnya dan tak tersangka-sangka..sebab tak terfikir langsung..baru sahaja selesai solat jumaat..baru nak berangkat pulang. Tiba-tiba handphone ku berdering, hu3, nombor tak keluar nama..hu3, rasanya sebab hp rosak sekejap baru ni..banyak nombor yang hilang. Angkat jer phone..baru cam siapa yang telefon.Hu3. then, tak tau nak cakap apa? Tak pandai untuk meneka…Hu3.
Akhirnya..baru ku tahu atas sebab apa…hu3. Saat ketika inilah..”Insyaallah” menjadi jawapan ku. Hu3..tak tahulah. InsyaAllah..seharusnya akan, aku cuba penuhi..dan permudahkan urusan aku untuknya..namun tak tahulah..ku harus fikirkan dahulu. Yang dipinta semoga dipermudahkan sahaja. Nak tolak..segan rasanya orang dah jemput sendiri..nak pergi? Hu3, terasa berat jugak…insyaallah..baik aku fikir dahulu. Tapi pape, kita tengok kemudianlah. Alhamdulillah..walau apa pun..sebuah berita gembira yang ku terima. Kegembiraan sekadar untuk aku kongsikan bersama. Semuanya selamat dan bahagia..itu sahaja dan cukup chantek dan baik lah tue. Yang lain-lain semoga berjalan lancar seadanya…
Namun..setiap “InsyaAllah” yang ku lafazkan..akan ku cuba penuhi. Harus bagaimana??…wallahu allam. Semoga dipermudahkan untukku. Amin Ya ROBB.

Friday, April 23, 2010

Masanya Kini....

Ego kah aku? Keras hati kah aku?
Alhamdulillah..setelah bermalam-malam berhempas pulas menyiapkan slaid-slaid presentation..hu3, pagi tadi dah berjaya jugak present di depan prof. dan dr. dan rakan-rakan. Alhamdulillah juga…buat sekalian kali pertamanya..aku berjaya menyiapkan slaid dan berlatih seberapa kali sebelum present..ha3..terasa lebih bersedia dan hilang segala keresahan sekali ini.
Present awal pagi berlangsung elok dan seperti yang di rancangkan. Alhamdulillah..kali ini aku dapat menebus kembali kesilapan dahulu yang sebelum ini. Hu3, maafkan aku prof-prof ku dan dr-dr ku..aku akui silap ku…aku tidak prepared untuk masa yang dahulu dan kali ini aku akui aku sedia untuknya. Masih terbayang dan masih teringat, raut wajah dan setiap inci garisan mereka-mereka yang hadir untuk sesi pembentangan yang dahulu terpapar padanya kekecewaan dan Ya Allah, masih tidak dapat ku lupakan, ibarat penghinaan terbesar padaku..seakan wajah-wajah kasihan ini yang ditujahkan kepada diriku ini…namun, ia semua dah berlalu dan hari ini adalah hari ini. Berbeza memang berbeza, yang dahulu untuk research update..dan kali ini untuk journal club..tapi konklusinya tetap sama…mereka tetap menilai aku..dan juga mereka akan melabelkanku.
Cukuplah hilang keresahan di hatiku ini buat sementara selepas present, namun entah mengapa hari ini terasa kepelikannya dan datangnya selalu secara tiba-tiba…mengapa? Aku tak mengerti. Benci betullah..Dan akibatnya..aku mesti jadi begini. Selalu begini…seakan selalu nak bagitau..berhadapan dengan berkepala tujuh lagi aku sanggup dari mengenang perasaan ni maa…nak kata sebab yang mungkin after berjumpa dan berbincang dengan prof…entah rase cam biase jerr tadi. Mood prof pun baik-baik jer. Nak kate ade bengang ngan sape2…hmm, semalam adalah..dengan si hamud dan mat cley..tapi tak ambik hati pun..mungkin semalam tengah stress fikir nk present untuk hari ini..tu yang bengang sikit.tapi sekarang hati dah aman pun dengan mereka.
Hu3, mungkin juga sebab malam ini main futsal? Hmm..ya benar dan aku bermain dengannya. Alhamdulillah, hari ini performance bersamaan dengan 20. Creativity was very impressive. Shot on target…hmm, banyak yang cantek jugak..and scored, adalah sikit-sikit. Memang lah setiap kali turn nak main futsal mesti serabut sebab nak cukupkan orang, nak konteks orang tu..nak kontek orang nie..rimas tau..rimas..tapi takpelah nak main punya pasal..ok jer..gambate jer dan pulaknya, hari ini takdelah masalah cam selalu..semua berjalan amat lancar dan cantek aje.so, nak kate sebab ia pun bukan...begitulah pelik dan dan tetap perasaan pelik ni masih juga tak hilang-hilang? Sentiasa begini…perasaan ini, nak kata benci..entah? nak kate suke..Allahu akbar..letihnya nak fikir, tapi nak bwat macam mana. Dah begini. Dan beginilah aku, itu lah yang sentiasa menjadi perangkap jawapan aku.
Bila cuba tanya hati kenape? Hati jawab tak tahu..entah. xde pape cam xnak ngaku pape sedangkan perasaan cam datang daripada dia..hmm, okey takpelah biasalah tu dah ego dan sombong. Xkisah.. Dah tu bila tanya otak pula? Hmm, otak fikir..ha3 biasalah tu..letih lah kot tue..rest sekejap pastu okey lah. Hmm, bila tanya perut? Ecey3x…tadi dah bantai nasi lemak 3 pinggang after present..xkan problem lagi kot..minum kopi pun sudah..ape lagi. Something wrong ape hang nie? Hu3. Lagi bila tanya mata? Mata kate ade lah sesuatu…yang hang tengok tadi…tang tu yang bwat hang gila kot. Chaitt, camtu plak. Hu3. Bila tanya telinga? Hmmm, nak kate dengar lagu-lagu pelik2 takdelah plak lagi..hmm, skang baru tengah layan sambil taip2..hmm, adelah sikit terubat perasaan ni, hu3..biasalah lagu dulu-dulu orang kater..hi3. Tapi problemnya..masih xleh tido plak..demmm. Peliknya!! Apo kono jang oi jang?..Last skali, lupa nak tanya iman? Masalah apekah ana ini duhai iman? Yazid wa Yankus kah..itukah sebabnya? Kau kah yang sedang merajuk dengan ku? Kau kah yang menyebabkan berperasaan begini. Apa jawab iman ku? Diam….masih tak berkata-kata dan tetap tidak mahu berkata-kata….Allahuakbar, Allahukbar!! Apakah ini ya Allah..adakah ini suatu petanda ya Allah?. Petanda yang masih ku tercari-cari dan masih ternanti-nanti. Allahuakbar…aku mengeluhhhh panjang.

Thursday, April 8, 2010

Masanya Kini.....

Malam ini malam kerinduan..

Ya Allah, malam dah nak separuh abad..namun otak aku ni semakin jam berdetik semakin ia untuk celik. Adakah sebab aku dah tidur sekejap tadi awal tadi…adakah itu yang menjadi puncanya ataupun sesuatu yang lain…hu3. Ntah, aku pun pening, sokmo begini…pah ceroh lah gamaknya.

Hahaha, seperti benar post kawanku di laman facebook nya, ibarat seperti ada alat dreammaker kat dalam kepala hotaknya…menyebabkan beliau euphoria. Cheh, begitu juga aku terasa, seolah-seolah alat dreammaker yang kalu mengikut komik pendekar laut bagi sesiapa yang mengikuti cerita-cerita sebegi ni. Pasti akan mengetahui kehebatan alatan ini. Aku sendiri seolah-seolah terasa seperti di induksi olehnya dan seakan dah berada di tahap 900 ribu hp dah aku nie…setaraf dengan kekuatan pendekar laut dan pendekar seabadnya…ha3, Penjejak Neraka idola ku, Jerung Raksasa dan Orga antara-antara yang terkuat. Huh !! bagaimana nak tidur? Paginya nanti dalam kul 2.40 pagi nak pergi tengok bola sekejap. Bukan ape? Musim champion league, sayang tak tengok..game pun bukan calang-calang MU lawan Bayern Munich. Of course, lah nak pergi tengok sebab bukan sokong salah satu team yang bermain..tapi sebab nak pergi tengok kekalahan satu pasukan yang sampai bila pun aku tak berminat nak sokongnya….Cuma aku akui kehebatan nya…ha3. Xpelah, harap nanti may the best team wins..okay.

Lampu dah tutup, facebook dan tutup…tapi mata tetap tak leh nak pejam…kecewa-kecewa. Dah lah esoknya nak kena pergi lab awal-awal…bos datang, lagi ada presentation..pe hal? Boleh ka nie…tengok bola lagi…kang tertidur plak..mampus aku. Nama aku dah lah buruk dah skang nie..hu3, nak wat camne, ape nak jadi jadi lah….ha3. Nama jer tutup lampu…tapi laptop masih terpasang, layan lagu-lagu sikit sambil-sambil nak cuba tidur…ha3, tapi cam silap sikit jer malam ni, kata nak tidur awal..tapi entah kenapa mood malam ni layan lagu-lagu rock orang putih pulak, 3 Doors Down-Here without you, Creed-One last breath, Trap-Headstrong, Hoobastank-Crawling in the dark, Simple Plan-Addicted….cam siot jer.Kononnya berlatih tuk karok lah..ha3, cam dapat bawak jer, keh3x. Habis nak tiduq cam ne? ntah, apa-apa ajelah. Ha3, entah mungkin sebab tengah-tengah maghrib tadi tetiba-tiba terbau plak bau orang masak sup perut, hu3, konpius gak, mane dorang dapat perut lembu kat tengah-tengah Bandar K.L ni…cam tak logic ajer..kot-kot perasaan aku je kot. Lagi pulak, bau sup perut tue plak persis masakan mami. Allahhuakbar tak leh nak bayang pulak rasanya mengidam nie…sokmo mami masak hari-hari jumaat, selalu lepas solat jumaat lah makan ngan abah, mami dan semua yang ado kat rumah. Terbaik lah punya. Kalu perah asam limau nipis dan letak cili burung, mak aihhh..lagi terbaik ore kato..ha3. bestnya…bestnya. Tapi nak wat camne? Dah budget doh..kalu balik umah pun..bulan 5 nie..ha3, nampaknya..mengidam lagi lah jawabnya..keh3x. Malam ini malam kerinduan..malam kerinduan. He3.

Cukuplah setakat tue jelah…yang lain tak yah nak cerita lah…cukup dengar lagu sudah lah. InsyaAllah pasti ada sesuatu padanya….

Friday, April 2, 2010

Masanya Kini....

Kasih belum termiliki.

Alhamdulillah, kereta paling baru setakat ini, ha ha ha, Kia Forte (poker) dah sampai…Honda City (Horn) mungkin seminggu lebih awal sampai daripada kereta poker…Saga merah wustaz pun rasanya dah genap setahun setengah lebih kot umurnya..berjasa dan mengerahkan keringat untuk tuannya. Si jimbit, entah masih dalam tanda tanya? Kereta ka atau kawen ka…ha3, pape jelah jimbit. Kedua-duanya adalah yang terbaik. InsyaAllah, aku akan menyusul ke kenduri mu..Huissh, Sabak Bernam, rindu plak nak memancing..dah getar nak pegang joran nie…ni raja patin nak beraksi nie…kali ni kalu tak dapat 4-5 ekor..tak tau lah. Dah lama training kat game dalam computer lap top nie..he3 “Bass Pro Fishing”..mau pejam mata jer kalu nak naikkan ikan bass cam dalam game ni yang berat 13@14 paun..easy-neh..he3.Aniep, bila nak tukar keta baru..kacil lagi ke..ops, sori boh, nampak jah kancil tue…enjin turbo tue maa…ha3. Alhamdulillah, masing-masing dah ada rezeki lebih-lebih..molek-molek. Gambate semua..semoga dapat yang lebih baik lagi…insyaAllah amin….Cuma jangan lupa tuhan blako deh.

Dan kini, masih tinggal aku yang begini…masih tak berharta..nak punyai kereta jauh sekali…sebab tue post kali ini tajuk dia “kasih belum termiliki”..Hu3, sebenarnya geram jugak tengok bebudak ni semua dah ada kereta belako dah. Nak bandingkan aku, motor takdok kereta takdo..gapo sangatlah harta aku yang ado nie…ha3, setakat almari kain dan set meja untuk letak buku-buku dab journal-journal lah je lah yang ada..ha3. seyes, sedih weih. Rasanya…he3. Insya Allah..dalam geram tak geram nie…aku target doh, paling koman aku beli kereta pah nie..honda civic 2.0..ha3, senang citer Honda civic lampu bulat warna hitam..tak kisahlah berapa harga, aku bayar..aku sanggup. Jaga forte..jaga city, he3…kita jumpa di jalan raya suatu hari nanti. Cucuk angin lah semua. Jaga baik…!!.

Minta maaf banyaklah..ore kate, dalam macam ni, tengok orang dah beli keta, kiter pun rasa nak beli jugak…ntahlah. Kekadang tercabar jugak perasaan ni, bukannya tak mampu, mampu lah sikit-sikit. Tapi takpelah…nak yang terbaik..sabar-sabar. insyaAllah, pasti ada. Tunggu je lah. Cuma kekadang bila lihat kawan-kawan dah start pakai dan beli-beli keta ni..hatii pun meronta jugak nak. Hah , tapi nak wat macam mana pilihan takda yang sesuai..mampu tue, takpalah, untuk setakat ni aku mengalah lah..yang aku masih lagi belum bersedia dan tak mampu untuk memiliki barang mana kereta pun..tapi takpo suatu hari nanti masanya kan tiba jugak…yang terbaik menjadi pilahan aku…jaga baik semua Honda Civic 2.0 ..lampu bulat warna hitam. Milik Azuya Azhan…kalu lalu tepi tak laye tue..pahe2 lah tak sir bui tupe lah tue..keh3x..insyaAllah di permudahkan. Amin.


Kasih Belum Termiliki
Telah aku renangi Lautan bergelora Hanya untukku menggenggam kasihmu Telahku persembahkan Seluruh rona jiwa Jadi bingkisan semahu kau pinta (Chorus) Apa lagi perlu aku perkorbankan Buat membuktikan niat ini Akan terzahir ke mata Apa lagi perlu aku laksanakan Untuk kau selami dan mengerti Kejujuran perasaan Keperitan rintangan Persis mawar berduri Petanda kasih belum termiliki (Repeat Chorus)(Bridge) Jika ku masih gagal Meyakinkan sebuah keikhlasan Khabarkanlah mana kesilapanku

Masanya Kini....

amir..amir..amir
Alhamdulillah…Akhirnya terhurailah juga si misteri yang berlalu sesebelum ini..di saat ku dalam perjalanan ke kota bandaraya neon, saat itu juga aku menerima sebuah panggilan misteri yang kurang ku jelas siapa diri pemanggilnya…bahasanya Kelantan, suaranya familiar tapi tak dapat ku meneka siapa. Ku tanya; siapa beliau? Namun di jawabnya acuh tak acuh..tapi lagaknya seolah mengenaliku terlalu lama agaknya. Siapa? Itu yang bermain di mindaku..aku tewas dalam persoalan. Ku cuba lanjutkan perbualan namun beliau persis untuk memutuskan panggilan dan mengatakan untuk menelefon kembali sesudah ku selesai urusan ku. Aku akur dengan niatnya..tapi ia tidak pantas untuk terus ku membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja. Aku mengamati kotak panggilan telefon ku…ku terokai kembali nombor yang menelefon ku…ha3, tiada nama..nombor sahaja..jelas sekali aku tidak terlalu biasa dengan dialan itu..berakhirnya ia disitu..lama ku tunggu kemudiannya. Namun tiada lagi panggilan itu yang memasuki kotak telefon bimbitku….

Kini semuanya terjawab disini…di saat ku melaksanakan suruhan Tuhan yang tercinta..telefon ku menyanyi..jarang dan amat jarang ku untuk tidak men “silent”kan HP ku, disaat ku melaksana ibadah solat..wahlal disaat memasuki masjid sekali pun..”Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi”..Cuma kali ini aku lupa barangkali..HP di poket menderingkan irama panggilannya..aku membiarkan sahaja. Namun tidak sedap hati barangkali menganggu jemaah bersama..ku usaha untuk membatalkan panggilan. Alhamdulillah..ia berhenti, samada kerana ku tekan..atau pemanggilnya meletakkan panggilannya. Aku selesai bersolat. Alhamdulillah. Terus ku lewati papan skrin HP ku..lihat senarai “missed called”…HAH!!..pelik private number..hu3, siapa? Ntah..ku biarkan sahaja. Ku fikir andai barangkali penting, nyata ia akan menelefon ku kembali…dan jangkaan ku tepat..ia berdering lagi.

“PRIVATE NUMBER”….siapalah agaknya. Assalamualaikum..perkataan pertama yang ku sambut dengan salamnya juga. Sudah selesai sembahyang? Pertanyaan kedua. Aku membalas, Alhamdulillah sudah. Ku amati suara….ha3, memang kenal benar, suara sang sahabat yang jauh di perantauan..he3. Setelah lama tak dengar khabaran, beliau menelefonku. Ku gembira. Amir..Amir..lama sekali tak mendengar khabaran mu..ha3, berada di tempat orang laksana kamu tidak mahu pulang ke tanah air, namun tak sangka kamu masih mengingati sahabat mu ini..Alhamdulillah, aku bangga. Aku beredar ke tempat yang lebih privasi..di bilik sebelah aku memulakan bicara, menanya keadaan nya…sehinggalah menanyakan apa mimpi menelefon ke mari?...tekalah. Heh he he..Siot !!..itu jawapan pertama ku di saat Amir menyatakan beritanya..hahaha. Sorilah kawan, terkejut kot..keh3x. mungkin aku tak tersangka. Soalan mu masih lagi bermain di minda aku amir, itu yang menjadi idea untuk ku menulis hari ini amir, ha ha ha..Apakah OK jika aku kawen bulan 6 ini?...cheh, ape punya soklan ko tanya…namun dalam jawapan siot, yang terpacul di mulut ku, aku melafazkan sesuci-suci kalimah Alhamdulillah, memuji muji Ilahi di atas berita rahmat yang ku terima ini. Ha3, apa tak Ok nyer amir, andai itu jodoh mu..terimalah, buat apa nak di fikirkan…umur mu pun sudah di sempadan, berusahalah untuk mencari keredhaan nya..Ha ha ha, ku selidiki lebih mendalam siapa bakal mu, bagaimana permulaanya dengan aju persoalan dari mulut ku…ha3, pantas tenang ko menjawabnya..ha3 aku kagum dengan konfiden mu..bagus. Itu yang aku dapat agak dari jawabmu..ko memang sudah bersedia, tiada apa lagi perlu ko gusar wahai sahabat..ko di landasan yang terbaik. InsyaAllah, doaku sentiasa untuk mu..mengharapkan kebaikan mu..wahlal ko tidak mengingatkan aku untuk berdoa untukmu..pasti kan tidak ku lupa untuk berbuat demikian untuk mu…kerna ko sahabatku..ha3. kegembiraan mu..kegembiraan ku. Ha3..agaknya, apakah fikir si Ajuadi jika dia juga mendapat tahu berita ini..semoga juga beliau si ajuadi, mencapai kebahagiaan dalam hidupnya. Harap dia juga menjumpai jodohnya..sedih benar ku melihatnya…cam orang tak betul rupanya..skang..ha3..ha3.

Namun yang paling ku gembirakan sekali, tidak lupa dahulu untuk ku ucapkan terima kasih sahabatku…panggilan mu benar-benar bererti buatku…Allah masih menyayangi ku…mungkin ini masanya…aku perlu berubah..aku perlu kembali…aku merindui mu ilahi..terlalu jauh aku di jalan mu…apakah begini berakhirnya hidup?...tidak ya Ilahi…aku sayang kan mu…aku masih hamba mu…selamatkan lah aku di saat aku semakin menjauhi mu…Allahhuakbar…

“udkhulu ha bi salamin aminin…”

“Ayyuhan nafsi…..”ir ji ie ila robbika rodiyatan mardhiyah….”. amin..



Monday, March 22, 2010

Masanya Kini..

Bosan..Bengang !!
Salam..hari ni, aku tak tau aku nak buat apa. alhamdulillah, dalam2 tak tau nak bwat apa, settle jugak dua tiga urusan. Alhamdulillah pagi tadi..bangun awal jugak, sebelum subuh, terpaksalah ambik sahabat punya pasal. Ok lah jugak sebab nasib baik tak overslept...keh3x..tidak naya kawan tue..nak kena naik LRT.ha3. Cuma alahai..aku ok je naik LRT time mai KL sendiri2..tak yah nak p suruh sapa2 mai ambik eh...sajo jer tue, nak tjk manje..panazzz plak aku skali skala..ha3. tapi xpo, sabar2 separuh dari iman..hati mau ikhlas.dok? keh3x.
Then, balik umah semula..solat subuh. Comey3..dapat semaye awal waktu. kemah3. Duduk2 sekejap, sambil baring sambung tido. Pergh..bangun siap2 g mandi nak p lab. Ado member kol..nak jawab tak nak jawab? malas lah nk jwb..ha3..tp takpo jawab jugak kemudian, kol balik selepas tue, he3..maklum malas nk jawab..suare baru bangun tido.keh3x
Lepas dah siap2..pakai hensem2 sikit, gerak lah g lab sama-sama ngn wustaz..ha3..terfikir nk belanja member hari ni. g lab kat tempat nasi kukus..kononnya sedap lah kot.ha3..tapi memang ramai ore beli pun. cuma aku malas dah nak beli situ..sebab kena dah gak dulu..bukan apo..penjual dia tu jenis pilih bulu..x pandai ambik hati pelanggan..apo ingt aku ni laki malas nak layan..kuang hajaq..takpo2 aku tak kiro mano yang tue..aku pun bukan nak ramah2 ngan ore..pegi arr mu..ni cuma hok yang jadi hangin nya setengah2 ore, budak tino lah biasonya..dah lah mari lewat..pandai pulok potong Q, x nmpak aku duk beratur tepi tue..wei..fikir lah sikit wei, bodo-bodo aku pun pehe lah jugak..kalu mari lewat tue beratur lah..takkan x perasan kot ore start beratur kok celah mano...ni pandai2 mari nak duduk depan..Oklah fine..mung g duk depan takpo..aku boleh terima..hok aku x jadi nak tak ambik hati nya..abe hok jual nasi pulok...YA Allah..dah terang2 nampak aku hok dok beratur ni lama2..muka sebek gapo mugo..mung tak dok nak tegor, g juga tegur budak hok potong Q tue..apa xleh tgk ore tino sikit ko..panazzz plak. Pah, duk lama2..tgk aku start bwat muko, baru nak tegor...cheh..chit poodah.apo raso bersalah pegi dah. ingat aku nak makan ko trick kosong gitu. Belah lah wei..ni naseb baik aku nak beli ko saing dan janji doh nak belanja dia..dan kebetulan dia suko makan nasi hok kedai mung..aku g tebal muko jugak beratur tempat mung...chisss, tapi sama gok..hari ni pun jadi supo ari tu gok..panazz panazzz. Cheh!!, yang tak tahan pas siap aku beli..bayar gapo mugo..siap minta maaf tue..apo nak sindir ko!! belah lah wei..
Tapi Alhamdulillah..sejuk hati tengok saing suko make..xpolah takpo..demi saing rela panas hati..chewah. Pas-pas makan gi hantar muto hok lama pinjam sebelum nie..hok ni nak cito rasa bersalah pulok ko saing hok bagi pinjam moto nie..ataupun tuan moto. HA3..sori lah bro, pinjam moto..jaga gitu2 pulok..minyak hitam tak dang tukar, muto tak dang basuh..keh3x..malu pulok.aku kalu mung tak mintak urgent tadi aku...g basuh ngn servis dulu muto tu kot..tapi sebab mung kato siap nak pakai cepat..takpo lah aku hantar jugak lah melalui pos laju..secepat mungkin..keh3x. G pos laju ngn wustaz..minta dia teman..alhamdulillah jupa molek.senang.sapa2 jupa pakcik guard india..tgk muka ganas..dan pemarah..kitarang salah parking, dia tegur..panazz gak hati. tapi tengok2 dia tegur caro molek..kita apo lagi balas cara molek jugak lah..nak wak rano..ore budi kita budi..dok gitu?...Then, uncle india suh masuk dalam pos office..ha3, tret ni hok best nya..masuk2 jupa akak kaunter hok lawa..kemah3x..comey3..layan jelah..dok..kih3x.Alhamdulillah settle belako pah tue...keh3x.
Balik lah semula dah nak dekat pukul 6....cheh, zaim ajok main bola pulok...kat laptop..sie ko dia..main lah layanzzz...he3.pah abe ali dan wus nak join, main tag team bola. dua lawan dua..lawan..ha3. kalah menang kalah...cheh..bose sungguh. asal tag team zaim jah. tak stabil result..keh3x. memang dah ore kato musuh semula jadi..xleh nak jadi teman seperjuangan kot..kih3x. Tapi sori zaim..aku bising2 tadi..bukan apo, xlebeh nak tengok hang jadi lebih bagus dari sekarang..hang tue mudo lagi banyak kena blaja..ingat hebat mano kita pun..tinggi mano kita pun...ada lagi tinggi dari kito..dan kena jugak ado ore bawah kito..xleh lah time kita duk atas gak..nak meludah sesuka hati ke bawah..tak molek lah..tak dok adab lah...ingat kita ore islam..ado caro cemaro dia...okey.ingat tue...
Dan lani..aku masih lagi kat lab..semua ore balik dah..tp aky refused tak nak balik..bakpo? ntah mengong kot..ha3. nak bertapa nak menenagkan diri..ha3.tenang memang tenang..senyap sunyi je lah lab nie..ha3, lama dah tak balik lewat malam akhir2 ni....rasa best jugak..rasa macam aku sore jah hidup di dunia ni..tak dok ore kaco..senang kan.duit tak yoh pikir...hidup tak yoh pikir..gapo2 lah. ni dok..tengok saing beli keta nak beli keta, saing beli baju nak beli baju...pah semua pakai pitih..pitih pitih pitih. Pitih banyak tapi tak tau nak guno..huh, jangan harap.
Okeylah..habis situ je lah, hati pun lebey kure sejuk dah nie..okay. wallahu allam.

Wednesday, March 3, 2010

Kini Masanya....

Semoga Allah Merahmati..
Assalamualaikum wbt..

Semoga Allah serta merta merahmati diri-diri mu sekalian..”tiada kata secantik bahasa”..”tiada lafaz secantik bicara”. Ha3..ibarat lagu hitz UNIC~ku biarkan kalam berbicara..begitu jugalah ku biarkan tangan ini untuk menaip dan berbicara. Lupakan tentang introduksinya..lupakan tentang literature reviews nya…yang penting apa objektifnya..apa motif ku kali ini..itu yang lebih utama. Kadang-kadang berkali ku menulis..tidak hanyalah tidak untuk merapu dan merepek sahaja. Cuma kali ini aku lebih serius dan lebih terasa..kenapa? hmm, entah..sahaja kot.
Ha3.Itu sahaja…..ha3. mengong2x

Wednesday, February 24, 2010

Masanya kini...

Gapo dio !!!
Salam..per cer semua? Xyah nak bukak mukaddimah panjang2x, cam gini sudah..kang dah kate jihe dulu dah xde..xyah nak cari xyah nak tunggu..sia-sia saje..cheh, ingatkan kembali balik raya cina ritu ada sedikit sinar cahaya..berubah ke ape ke..tup tap tup tap..eh eh cam gitu juga..Huh ibarat..pokok cili hijau kat grill luar kawasan apartmen dah semakin tua..cheh bukan tua dah pun..mati dah !! tinggal batang dan ranting jer.. daun cheh mimpi lah nak jumpa..tanah pun dah tak tersiram, tandus, berdebu, berkedut ntah segala macam lagi lah.Siram..huh, nak siram bwat apa..bukannya bleh tumbuh dah..dah mati dah,buat letih jerr….
Tapi…tung tang tung tang, pelik jugak, dah genap 1 tahun dah duk kuar masuk kuar masuk..pelik jugak x patah ka x roboh pulak pokok cili ni..pelik, tengok daun xde..tengok batang cam siot jer..memang xde harapan lah..tapi yang duk jadikan crita malam ni, ini..nak kate ajaib pun boleh jugak..hmmm, ajaib..ajaib kalu pokok cili tue tumbuh jadi hijau balik..ada ka? Mungkin ka?..wallahu allam..barang kejadian tuhan sapa tau..Cuma nak duk perihal kat sini..bakpe batang dia tue x luruh dan x mati2..sedangkan air takdak, baja xdak..daun xdak utk fotosintesis..tp dia duk gtu jugak..x putus-putus asa nak cuba bangkit..bakpe eh? Kenape eh?..hmm, ni yg nk kate ajaib tuh.

Weihh..jihe, kalu mung duk rase diri mung cam pokok cili ni gak..cube mg fikir kan sikit..jangan duk buang tepi jerr otak mung tue..mung x fikir ko lame dah Allah nak tunjuk tue..bakpe pokok cili hok mung sendiri tanam..hok mung dapat benih dan baja dia dari mami ngan abah tue masih gitu jugak..mung tak sedar lagi ko..heh, sengal sangat ko..ko mung dah buta kat mana2…Fikirlah sikit, bakpo kayu tue duk gtu jugak..fikirlah.

Tak kah mung rasa..pokok tue duk still bertahan dan berdiri sebab akar dia..cuba akar dia dah rosak..atau dah berulat ko berlubang ko..tidak kah senang untuk dia tumbang ko jatuh ko..tp bakpo kali ni tidok..mung kate x bui baje..mung kate tak siram air..tapi bakpe dia x mati-mati..logik akalnya spatutnya dah tersembah ke bumi doh pokok ni..Barangkali hak nilah yang mung kena sedar weih azhan weih..sedarlah weih..akar tue ibarat tunjang kekuatan pokok tue..pokok tue bertahan dan bertahan sebab akar dia terbentuk molek tersemai molek..biarpun pada masa skrang ni daun takdok..batang tak comey..air takdok..bajo takdok…tapi dia bertahan dan bertahan..bakpo..? sebab akar pokok ni sendiri masih yakin dan masih sedar bahwa dia adalah tunjang pada pokok tue..walaupun kompenen2 lain kat pokok tue dah tewas dek kena serang penyakit ke..atau kena abai ka..tapi dia tetap bertahan dan bertahan sehinggalah pada suatu masa nanti akan ado sinar perubahan..dan bila kah sinar perubahan tue,,jawapan dia..huh, Wallahu allam..x siapa tahu..nak kena usaha, nak kena minta..baru jadi..

Pastu apa kena mengena dengan kehidupan aku ni. Chiss, baso tak makan ke saman punya diri..mung tak faham2 lagi ko..slama ni mung duk merungut..pah sini merungut pah sana merungut..kata gitu kata begini..royak usaha begini tak jadi usaha beginu tak jadi..cubalah faham cikit..sebelum ni mengaku kendiri pokok cili molek lah ..buah comel lah..gemuk2 blako..tapi bila mari ujian sikit, qada; qadar hok ala-ala berat sikit gak mula doh..start lalai start hilang punca..dah tak tahu mana hala…kata benih mu benih molek..kata asas mu asas comey..hok abah ngan mami bentuk bertahun2 selama ni…mami ajar mung ngaji, abah ajar mung gotu ajar goni..blajar kat skolah hok kemas plak tue, saing2 gak pulak kalu paling jahat kat skolah ni gak adalah pun ore kata paling baik lah kat skolah-skolah lain..pah guano kiro?..mengong lagi..x faham lagi..sedarlah weih..sedar. mungkin bukan ore biasa..mung buke ore sebarang..cheh ujian ckit gitu dah nak tewas..mak aih tulung lah weih..bangkit cepat. Jadi supo mung slama nie..xyah jadi supo dulu pun xpo..anggap hok dulu tue ore kato pengalaman dale hidup..x salah..nama bare ore mengaji..kang ado jatuh kang ado naik..apo mung ingat mung kemah sokmo ko, cheh..kalu bijok supo imam ghazali tue xpo lah jugak..tapi ni dah nama azhe..paham2 lah wei..mung tu lemah..kalu dah tahu lemah bwat caro lemah..mintoklah ngan hok yang duk memberi tue..memang lah ramai ore boleh beri..beri gotu beri goni,,tapi minta ko hok palo dia..kalu palo dia gak sapo? Sapo lagi ..kalu dok bukan tuhan mung..Allah..Allah yang maha memberi. Minta lah blako2..hajat ko doa ko..duit ko..kereta ko..mintak blako x salah..dah bare nama dia hamba..bukan ada gapo satu..semua nak kena minta..minta..dan minta. Bukannya duk merungut, berserah..takdok usaha.pastu nak salh ore tuh salah ore nie..habis2 salah..salah ko diri..kato diri lemah..chehh taik kucing punya aku…ingat tuh..mung bukan ore biaso..mung buke ore biaso.. mung buke ore biaso.

Hah!!....aku bukan ore biaso. Astagfirullah hal azim.

Monday, February 8, 2010

Masanya kini....

Coret-coret kosong.....terserahlah nak baca ka tidak.
Rasanya sudah 2 minggu berlalu barangkali..dari hari-hari sukar yang ku tempuhi. Betapa derita perasaan dan tergurisnya hati nurani menelan kata-kata pahit dan simpati pada diri ini. Namun demikian, bukanlah silap siapa atau bukan silap ku seratus peratus jua..tapi memang sudah begitu mahu jadinya. Semoga Allah terus memberkati.

Hah Hah...ha ha, kadang-kadang tergelak kecil jugak untuk memikirkannya. Memang ia boleh lah dikatakan ibarat “such a big wake-up called ever” untuk diriku yang terus menerus selama ini terlena tidur dalam keselesaan dan hanya merungut dan merungut. Namun pengajaran berguna ku terima, baru ku sedari ramai yang “showed that they were concern on me, hahaha sometime; it’s such a silly to remember”, Ha3. But for me, I just recalled it more as a sympathy feeling from the others. And it made me looked more and more as a loser. But, papepun thanks everybody for the concerns and advices yang diberi…I really appreciate it’s.

Yang penting…pengajarannya….aku bukanlah anak emas di sini..aku hanya di pinggiran. Terima kasih atas kenyataan itu. Semoga aku mampu terbang jauh dengan bantuan mu teman-teman.

“Kejuruteraan Tisu Terbang Tinggi”.

Dan kini, tetiba asyik duk melayan cerita-cerita korea pulak skang nie. Ha3, kekadang jepun jugak. Al-Maklum tup tap tup tap…sumber banyak plak. He3, mode awal-awal tu, cerita-cerita love comedy pastu bertukar kepada romance plak…haiyaa. Layanz pulak..kecewa, kecewa, kecewa. hik hik hik. Papepun yang terbaik cerita Fantasy Couple…banyak yang nampak kat cerita ini ada dalam kisah hidup sendiri rupenya. May be ramai yang duk kate Full House the best, tapi ntah duk layan2 full house nie..masih lagi belum dapat feeling dia. Takpe2x, baru episode 10, masih awal lagi…6 mores to go. Moga2 ada kejutan akhir-akhirnya..he3. P/s: masih ada lagi 3-4 stok series drama yang menanti untuk dilihat..he3. jangan mare.

Tengok-tengok pun bukan saje2, kay…banyak benda yang dapat blajaq..he3, kalu tengok cerita korea tue..teringat2 pulak zaman2 g sana..kecewa gak sebab tak dapat duk lama..he3, mana tau kot2 sangkut ngan awek korea…boleh tahan gak. Sampai skang pun duk teringat2 lagi…he. Even kalu tgk citer2 jepun pulak…kagum tgk system dorang nak kate mantap pun ada, nak kate power pun ade..skrang baru lerr tau bakpe best friend aku duk giler sgt kat jepun tue…dari kitarang sekolah menengah..dia duk bising2 nak p jepun..then skang hah, dah abis blajaq kat jepun dah..member2 lain semua dah balik. Dia tak balik2..sambung master kat sana plak katenya..giler ape.Tau lah dapat duit banyak..he3. entah amir papelah ko..janji ko balik mesia sudah. Ko dah balik aku plak g oversea..ha3.Jangan marah yea.

He3….sekadar menaip-menaip, ha3…orang kate dapat semangat dari heroin cerita Full house, Han ji en..yang suka menaip2 cerita ni..aku pun start dah teringat2 balik..zaman2 rajin menulis..banyak idea..tapi skang ni dah kurang, nak kata paa.. dah kehabisan idea, hu3..kecewa kecewa. Hi3.

p/s: Fantasy Couple terbaik…satu2 nya cerita yang dapat meruntuhkan hati aku..kecewa-kecewa, dulu banyak org2 duk kater aku ngan si amir, best friend kat Maahad dulu, keras hati, macho..smart ..giler ahh power habis. Tapi ha3, zaman berubah doo..jihe dulu dah mati dah..kini jihe baru dah..ntah. kadang2 rindu gak dengan jihe yang dulu…tapi nak wat guane..kadang2 tertanya2 gak, dapat tak jihe dulu nak kembali? Hu3..ntah, macam dah lama sgt dah dia pergi, NAMUN….jawapannya…hanya terserah pada JIHE.. Wallahu allam.

Moga Allah terus merahmati mu diriku……

Monday, January 18, 2010

Masanya kini..

Rindu pada yang dirindui…DammShitt..Miss U Korea.

Entah mengapa sejak di akhir-akhir ini, perasaan hati ini seringkali dan seringkali merasai nikmat erti sebuah kerinduan. Sebuah kerinduan tentang satu perjalanan yang benar-benar masih dirindui dan masih lagi terngiang-ngiang di pelusuk fikiran ku..

Benarlah kata-kata pepatah “hujan emas di negara orang..hujan batu di negara sendiri”..seakan diri ini tidak pernah menyangkal sama sekali akan kebenaran pepatah warisan yang sentiasa menjadi pegangan warga peribumi, namun pernah terkadang di saat kerinduan persis membuak dan membuku di hati, seakan ingin mengatakan yang sebaliknya. Sememanglah tiada yang lebih utama berbanding Malaysia dan negeri tercintaku, berbanding negara yang lain. Namun pantas sekali tanggapan ku untuk korea bukanlah seperti negara-negara lain..ia tampak berbeza. Walaupun hanya sekadar beberapa bilangan hari yang berlalu disana. Akan tetapi berat rasanya seolah sudah bertahun menetap disana . Korea dan Malaysia..wah, ku rasakan tak jauh berbeza. Di saat mendaratnya dan berlandasnya tayar kapal terbang Boing 375 di lapangan terbang Incheon jauh di hujung kepulauan korea selatan..institusi hati ini seakan bergetar dan merasa kegembiraan dan rasa kepulangan yang teramat sangat-sangat walaupun sebenarnya aku ini adalah pertama kali berkunjung ke sini.

Saat melintasi terminal-terminal pemeriksaan di lapangan terbang Incheon, betapa hati ini kaku dan kagum melihat keunikan ini, pantas dari segi teknologinya, suasananya, kesejukannya bahkan warganya semuanya cantik dan indah di pandang mata. Teknologi setaraf kelas dunia pertama wajarnya telah membuatkan aku terpaku dan kagum sendirian. Suasana dan hawa kesejukannya 4 musim turut menggenapkan impian yang sentiasa diimpikan dengan terasa indahnya dan nikmatnya melalui permukaan kulitku sendiri. Ya Allah, nyaman dan ternyata berbeda sekali dengan Malaysia.

Arggggghhhh……

Tahun 2009 sudah pun berlalu pergi..kini 2010 pula kita mendaki ke mari..ibarat menaiki dan mendaki sebuah bukit..begitulah ertinya tahunan yang dilalui. Seolah dan seakan cerun-cerun bukit yang di daki..semakin mendaki semakin kita ke puncak..semakin mendaki semakin jauh kita menuju..yang lepas di belakang, pasti akan dikenang dan diingati kerana setiap perjalanan hidup ini ibarat sebuah pendakian yang jauh..kesenangan dan kesusahan, kegembiraan dan kesedihan adalah lumrah pendakian..padanya ibarat cerun-cerun perjalanan yang dilalui..tidak kiralah senang atau sukarnya..kerana ianya pasti terukir dan terpalit dengan setiap torehan dan takisan pada batuan ampuh yang dilalui, kesan pautan dan pegangan pada rona perjalanan kehidupan yang dirempuhi. Dan pastinya, setiap kenangan dan yang telah lalu pasti terpahat dihati ibarat terpahatnya sebuah perjalanan kita dalam menaiki liku-liku cerunan yang dilalui.

Bukit 2009 sudah pun berlalu..sudah agak terlewat untuk menceritakannya, sesuatu yang sangat pahit manis tetap…mmm, mungkin..dalam kenangan…tapi pendakian 2010 sudah jauh bermula..meninggalkan cerita lama dan membuka lembaran-lembaran baru. Dan begitulah kita dan kehidupan..saling berlumba mengatasi satu yang lain, mendahului atau didahului..pilih yang mana suka. Ia semuanya pada kita. Hushh, begitulah suatu perlumbaan yang tiada kesudahannya..nadanya hanya dengan kematian sahaja tanda penamatnya. Dan itu sudahlah tentu..Allah taala jua yang menentukan.

Bukit 2010 sudah bersedia untuk dijajah..puncaknya masih jauh..namun hijaunya hutannya sudah dapatku lihat segarnya..biru airnya sudah dapat ku rasa nyamannya hanya menantikan menerobos ke saljunya..begitulah juga aku..tukul-tukul peralatan sudah lama tersedia, semuanya baru dan belum terasah,..yang lama? Yang sudah tumpul atau pun yang telah baik terasah, ku simpan dan ku lipat tinggal sejarah. InsyaAllah kini dan nanti, perjalanan ku yang akan menentukan samada tukul-tukul peralatan yang ku bawa dalam menempuhi pendakian ku ini terguna sebaik-baik ganjaran ataupun mungkin tersimpan menjadi mamahan oleh si karat-karat dosa.Nauzu Billahiminzalik..

Dan dengan nama Allah..ku membuka tabir dan tirai 2010..dengan keberkatan Zat mu Ilahi..semoga jebat terus ampuh dan kukuh meyelusuri ujian perjalananmu..semoga jebat terus cekal dan kekal untuk menikmati indah-indah nikmat dan kurniaan mu…amin..amin ya Rabbal alamin.

p/s: rindu seoul tidak berlalu..cinta gaskow ternanti tak kunjung tiba….