Friday, April 2, 2010

Masanya Kini....

Kasih belum termiliki.

Alhamdulillah, kereta paling baru setakat ini, ha ha ha, Kia Forte (poker) dah sampai…Honda City (Horn) mungkin seminggu lebih awal sampai daripada kereta poker…Saga merah wustaz pun rasanya dah genap setahun setengah lebih kot umurnya..berjasa dan mengerahkan keringat untuk tuannya. Si jimbit, entah masih dalam tanda tanya? Kereta ka atau kawen ka…ha3, pape jelah jimbit. Kedua-duanya adalah yang terbaik. InsyaAllah, aku akan menyusul ke kenduri mu..Huissh, Sabak Bernam, rindu plak nak memancing..dah getar nak pegang joran nie…ni raja patin nak beraksi nie…kali ni kalu tak dapat 4-5 ekor..tak tau lah. Dah lama training kat game dalam computer lap top nie..he3 “Bass Pro Fishing”..mau pejam mata jer kalu nak naikkan ikan bass cam dalam game ni yang berat 13@14 paun..easy-neh..he3.Aniep, bila nak tukar keta baru..kacil lagi ke..ops, sori boh, nampak jah kancil tue…enjin turbo tue maa…ha3. Alhamdulillah, masing-masing dah ada rezeki lebih-lebih..molek-molek. Gambate semua..semoga dapat yang lebih baik lagi…insyaAllah amin….Cuma jangan lupa tuhan blako deh.

Dan kini, masih tinggal aku yang begini…masih tak berharta..nak punyai kereta jauh sekali…sebab tue post kali ini tajuk dia “kasih belum termiliki”..Hu3, sebenarnya geram jugak tengok bebudak ni semua dah ada kereta belako dah. Nak bandingkan aku, motor takdok kereta takdo..gapo sangatlah harta aku yang ado nie…ha3, setakat almari kain dan set meja untuk letak buku-buku dab journal-journal lah je lah yang ada..ha3. seyes, sedih weih. Rasanya…he3. Insya Allah..dalam geram tak geram nie…aku target doh, paling koman aku beli kereta pah nie..honda civic 2.0..ha3, senang citer Honda civic lampu bulat warna hitam..tak kisahlah berapa harga, aku bayar..aku sanggup. Jaga forte..jaga city, he3…kita jumpa di jalan raya suatu hari nanti. Cucuk angin lah semua. Jaga baik…!!.

Minta maaf banyaklah..ore kate, dalam macam ni, tengok orang dah beli keta, kiter pun rasa nak beli jugak…ntahlah. Kekadang tercabar jugak perasaan ni, bukannya tak mampu, mampu lah sikit-sikit. Tapi takpelah…nak yang terbaik..sabar-sabar. insyaAllah, pasti ada. Tunggu je lah. Cuma kekadang bila lihat kawan-kawan dah start pakai dan beli-beli keta ni..hatii pun meronta jugak nak. Hah , tapi nak wat macam mana pilihan takda yang sesuai..mampu tue, takpalah, untuk setakat ni aku mengalah lah..yang aku masih lagi belum bersedia dan tak mampu untuk memiliki barang mana kereta pun..tapi takpo suatu hari nanti masanya kan tiba jugak…yang terbaik menjadi pilahan aku…jaga baik semua Honda Civic 2.0 ..lampu bulat warna hitam. Milik Azuya Azhan…kalu lalu tepi tak laye tue..pahe2 lah tak sir bui tupe lah tue..keh3x..insyaAllah di permudahkan. Amin.


Kasih Belum Termiliki
Telah aku renangi Lautan bergelora Hanya untukku menggenggam kasihmu Telahku persembahkan Seluruh rona jiwa Jadi bingkisan semahu kau pinta (Chorus) Apa lagi perlu aku perkorbankan Buat membuktikan niat ini Akan terzahir ke mata Apa lagi perlu aku laksanakan Untuk kau selami dan mengerti Kejujuran perasaan Keperitan rintangan Persis mawar berduri Petanda kasih belum termiliki (Repeat Chorus)(Bridge) Jika ku masih gagal Meyakinkan sebuah keikhlasan Khabarkanlah mana kesilapanku

No comments: