Thursday, July 10, 2008

Masanya memilih jalan yang bermadu(2)

Assalamualaikum, buat saudara-saudara AKHI.
Nampaknya telah sekian lama, saya tidak menulis di blog ini, hinggalah ke hari ini agaknya diberi kekuatan dan sedikit idea untuk menulis disini. Tidak lupa juga rasa syukur dan tahniah kepada sahabat-sahabat AKHI yang masing-masing sudah mula mengorak langkah untuk perjalanan masing-masing sesudah ada yang tamat pembelajaran, mahupun masih belajar ataupun belum lagi. Ayuh!! Chaiuyukk kengkawan.
Cuma di harapkan masing-masing janganlah terlalu leka dan lena dengan kesibukan masing-masing, ingat!! AKHI juga perlu diambil berat. Banyak yang perlu diambil perhatian, AKHI masih kecil. Pastinya AKHI perlukan dorongan dan sokongan Sahabat-sahabat semua. "Aiwaah!!, teman-teman, Aiwaah!! ". Tidak sikit mahupun banyak, perhatian tuan-tuan sudah pastinya menyemarakkan lagi semangat AKHI diantara kita. Hahaha.
Ok kengkawan, jangan lupa janji kita pada 13 Julai ini. Harap masing-masing sudah menjalankan kerja masing-masing. Saya sudah dimaklumkan saudara GM sudah pun menyelesaikan beberapa masalah-masalah AKHI sempena percutiannya yang membosankan, ini sudah pastinya suatu berita baik. Tahniah Abg GM. Namun demikian tidaklah berapa elok sekiranya selepas-lepas ini perkara sama masih berulang. Sebaiknya kita bersama menyelesaikan masalah-masalah itu. barulah ia dinamakan Ukhwah sesempena nama si AKHI. InsyaAllah dipermudahkan.
Errmm!! Rasanya cukup lah sampai di situ cerita kali ini. Tetapi sebelum melabuhkan keyboard ini. Dibawah saya adaptasikan kata dan kajian daripada Dr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Beliau mengatakan survey yang beliau ingin kongsikan ini pasti menarik minat kita. Surveynya adalah mengenai:

Apakah faktor-faktor kejayaan seorang jutawan? Berikut adalah jawapan mengikut turutan top 10…

1) Being honest with all people
2) Being well discipline
3) Getting along with others
4) Having a supportive spouse (husband/wife) (penting ni! no.4 )
5) Working harder than most people
6) Loving my carreer / business
7) Having strong leadership qualities
8) Having a very competitive spirit / personality
9) Being very well organized
10)Having the ability to sell my ideas / products
Hahaha. Dan dari pengalaman saya sendiri, memang tepat faktor-faktor yang disebutkan di atas. Terutamanya yang no.4 itu, cukup membantu bagi saya. ermm, nyam nyam!! Adakah kawan-kawan memiliki faktor-faktor ini? Yang mana antara faktor ini yang kawan-kawan kekurangan? (bagi yang belum berumah tangga, no.4 tak kira… mungkin perlu keluarga yang supportive!) Pendapat Anda?
Sila Komen. ChaiYukkk!!
Wassalam

Friday, July 4, 2008

Diari Seorang Penjual madu.

Bismillahirahmanirrahim. Al-fatihah buat si penulis blog ini, moga ruh dan jiwa nya sentiasa dicucuri kasih dan cinta Ilahi. Moga dirahmati dan diampunkan dosanya andai ada pelbagai kesilapan. InsyaAllah.
InsyaAllah, sub tajuk "diari seorang penjual madu" ini akan menceritakan perjalanan liku-liku hidup si penulis blog sehinggalah sampai masa untuknya untuk memilih jalan yang bermadu. Chantek~Lirik lagu ini saya tujukan khas buat Epul, Hirzi & Wustadz..Hoho Amir ngan Izny sekali. Abg Fizi pun boleh gaklah. Kidin?Kidin pun on je. Dan siapa-siapa yang rasa-rasa nak dirinya dilibatkan. Dipersilakan. Hahaha.
Hey wanita.
Gembira dapat berjumpa.Teringat kembali kali pertama kita bersua.Ingat bila kita bersepatu serupa.Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa.
Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata.Kau paling menyerlah di antara mereka.Rambut hitam warna cokelat anak mata.Membuat aku kurang fasih bila bicara.
Apakata kita ambil sedikit masa.Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya.Dan jika kau rasa apa yang ku rasa.Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya.
Chantek.Dirimu buat ku tertarik.Menghilang segala prasangka.Di jiwa.Oh chantek.Sungguh aku cinta kamu.
Dia..Pandai menjaga hati ayah dan ibunya.Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga.Dia..Bisa cipta yg gula dari yang cuka.Pandai menukar yg duka kepada suka.Dia..Bijak mengatur acara dan juga masa.Cekap memasak garam gula secukup rasa.Dia..Pandai menjaga harta dan juga duitnya.Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya.Dia..Setia pada Yang Esa satu-satunya.Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya.Dia..Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka.Tak usah lengah.Ayuh kita berumah tangga.
Chantek…Sechantek suria menyinar.Seindah bunga yang di taman..mekar.Chantek…Dirimu buat ku tertarik..Menghilang segala prasangka.Di jiwa…Ohh chantek.Sungguh aku cinta kamu
Aku..Melihat kita bersama di hari tua.Dia..Masih satu tiada empat tiga atau dua.Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa.Kau tetap cantik padaku aku tak lupa.Kita bersama di anjung luangkan masa.Kewangan kita merdeka mampu bersara.Hasil usaha kita dari masa dahulu.Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu.Hidup santai tak perlu terburu-buru.Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu.Anak kita dan ayahya semua sebulu.Aku bilang kau chantek dan mereka setuju.
Chantek..Sechantek suria menyinar.Seindah bunga yang di taman..mekar.Chantek.Dirimu buat ku tertarik..Menghilang segala prasangka di jiwa.Oh chantek…Sungguh aku cinta kamu.
P/s: ada apa-apa persoalan?

Thursday, July 3, 2008

Masanya memilih jalan yang bermadu: Edisi khas 1

Bismillahirahmanirahim, Petunjuk Sepanjang Jalan.

Alhamdullilah, hampir setahun sudah kami menunggu saat ini. Penungguan dan penantian yang sering mengundang keluh kesah kami-kami semua. Antara sangsi dan tidak yakin sesama kami. Akhirnya, saat-saat kelahiran ini tiba sudah. Pada Tanggal ini, 3 julai 2008 terungkai sudahlah sebuah penantian kami semua akan kehadirannya satu permata penting bagi kami. Permata yang bakal megubah seluruh hidup kami. InsyaAllah wa Biiznillah.

Penantian yang lahirnya sebuah harapan dan sinar permata kami ini bukanlah suatu yang semudah dipandang mata. Kelahiran yang menuntut setiap pengorbanan dari kami semua, setiap detik jerih dan keringat kami semua. Kerana untuk ia, lihatlah bagaimana kami-kami terpaksa berkorban harta dan wang, dikala masing-masing sangat berkesempitan, tidak berkemampuan. Namun dek terdorong oleh semangat masing-masing yang begitu bersungguh dan bersemangat ianya bukan menjadi penghalang. Kemampuan kami memang terbatas. Kami akui kami perlukan suatu dana lain untuk menampungnya, namun demikian ia tetap jua bisa diatasi atas usaha dan gigih insan-insan tertentu antara kami. Dan bukan setakat itu sahaja, jangan dilupa jerih dan keringat kami yang mengalir semasa melakukan aktiviti-aktiviti ditanah sri merchang itu. Hah!! ia bukanlah suatu yang biasa, ditambahi pula luka, goresan dan bahaya yang menanti. Apakah lagi alasannya untuk tidak kami mengatakan kehadiranmu bukanlah suatu yang biasa, malah luar biasa hendaknya.

Begitulah betapa pentingnya bagi kita tanggal 3 julai ini. Lahirnya si AKHI bermakna suatu tanggunggjawab sudah pun bermula, tanggungjawab antara kita semakin berat. Dan ia bukannya terletak atas bahu seorang perseorangan malahan bahu semua antara kita. Aduhai teman-teman, janganlah kalian melepaskan tanganmu, AKHI adalah milik kita, tanggungjawab kita. Setiap kita adalah setiap apa yang ada pada AKHI. Cuba renungilah nama AKHI itu atas apakah ia dibina. Hahaha..tanya dada dan tanyalah iman kita, apakah jawapannya?, A untuk seorang kawan yang bernama encik MARKETING, sang R&D yang kacak, saudara FINANCIAL, dan si SPECIAL AGENT. K buat sahabat LOGISTIC. H pastinya buat GENERAL MANAGER yang bertugas dan mengaturkan segala perjalanan si AKHI ini. H juga untuk mr. SEKRETARIAT (harapan kami diharap lebih bersemangat). Dan akhirnya huruf I mewakili saudara OPERATION EXECUTIVE.

Tahniah buat sahabat AKHI semua kerana telah berjaya sampai sejauh ini. Walaupun ia barulah permulaan tapi ingatlah "A thounsand miles of journey begins with a single steps". Dan kita sudah pun berjaya memulakan langkah pertama itu. Pastikan kita berjaya mengekalkan rentak perjalanan kita ini pastinya insyaAllah berjaya dan dipermudahkan. Impian kita semua pastikan tercapai dan digapai akhirnya.

Tuesday, July 1, 2008

Madu 6: Manisnya Sebuah Mujahadah

Alhamdullilah Rabbal Alamin.
Segala puji bagi Allah, saya dan kamu panjatkan seluruh kesyukuran diatas limpah kurnia dan nikmat-Nya, rahmat dan kasih-Nya yang tidak berbelah bagi dan tiada putusnya. Moga-moga segala doa dan hajat saya dan kamu diterima dan dimakbuli. Selawat dan salam jua keatas junjungan kita, Muhammad S.A.W moga-moga saya dan kamu semua menjadi umatnya yang beriman dan mendapat syafaat oleh baginda.

"Allahu ghayatuna, Muhammad kudwatuna, Al-quran dusturuna, Wa Jihadi fisabillilah amalina"
Al Quran itu kalamullah, petunjuk bagi kaum yang beriman. Al Quran itu kitabullah, satu dari dua perkara yang rasulullah tinggalkan, andai kita berpegang teguh padanya tiada akan tersesat buat selamanya. Al Quran itu dusturullah, kitab akhir zaman yang datangnya terkandung sebuah pelembagaan buat seluruh umat akhir zaman. Al Quran itu syafie'ullah, datangnya sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani, mental dan fizikal, bahkan juga penyembuh dikala luka dan duka. Al Quran itu mukjizat Allah, diturunkan kepada rasul junjungan, sebagai bukti tanda kerasulan. Di jagai Allah daripada kebatilan. Isinya terkandung segala kebenaran, menempis hujah-hujah meraka yang durjana. Oh, indahnya Al Quran penunjuk sepanjang jalan, sepanjang zaman.

Senantiasa oh kekawan, kita mendengar ucapan-ucapan mukadimah samada pada tazkirah-tazkirah, khutbah-khutbah mahupun ceramah-ceramah agama yang mengajak dan menyuruh kita sentiasa bersyukur dan memuji Allah supaya dipanjangkan hidup dan kekal dalam Islam. Seterusnya dirahmati dan diberi rezeki oleh Allah yang meluas dan hinggalah ke seterusnya sampai akhirnya (i'lal akhirul dua'). Pernahkan kamu dan saya memikirkan betapa kepentingan ajakan dan seruan ini. Mungkin? mungkin kerana sudah acapkali dan ke berapakali kita mendengarnya menyebabkan kita sudah mula tidak berfikir akan kepentingannya. Kamu dan saya pasti menganggapnya ia hanyalah sekadar mukaddimah bagi seseorang dai'e sebelum masuk menjamah dan mengupas tajuk kuliah-kuliah beliau. Memang!! sudah tentunya kita berasa tiada isi yang penting terkandung dalam mukadimah tersebut bahkan pula kekadang skrip yang sama yang sering digunakan oleh penceramah-penceramah. Namun mahukah tuan-tuan mempercayainya, andai saya mengatakan betapa pentingnya skrip mukaddimah ini. Skrip yang meminta kita bersyukur kerana masih lagi Allah meletakkan diri kita sebagai seorang islam. Kenapa?
Kenapa? kerana pertamanya ia adalah suatu doa. Dan doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin. Sebagaimana firman Allah dalam kitabnya yang agung, Allah berfirman; Dia tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehinggalah sampai mereka sendiri yang bertindak merubahi diri mereka sendiri. Isinya disini amatlah penting, betapa kita perlu senantiasa bertindak menadah tangan meminta kepada-Nya kerana sudah adat ketentuan kita sebagai hamba, tidak pernah dan tidak akan lari dari meminta. Mintalah dari sebesar-besar benda hinggalah ke sekecil-kecil zarah pastinya Allah mampu memenuhinya. Kerana Allah bersifat dengan sifat kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran. Sudah tentu tiada yang terlepas daripada pengetahuan Allah S.W.T. Cuma kita perlulah ingat, adalah harus bagi Allah untuk menjadikan ataupun tidak menjadikannya, menunaikan ataupun tidak menunaikannya. Itu adalah hak bagi Allah. Hak Allah sebagai raja. Hak Allah sebagai tuhan sekalian alam, pencipta seluruhnya. Apa yang pentingnya disini, setakat mana kita berusaha meminta dan mengharap. Sejauh mana keikhlasan kita. Itu adalah perlu. Setakat mana istiqamahnya kita, kerana dalam istiqamah terletaknya kemuliaan pada kita. Oleh itu mintalah para sahabat, mintalah kerana kita meminta kepada yang hak, tidak akan habis perbendaharaan Allah andai seluruh alam dimuka bumi ini memohon kepadanya kecuali sedikit sahaja. Dan tidaklah langsung rugi bagi Allah andai seluruh alam dan makhluknya tidak ingin meminta kepada-Nya melainkan ia adalah sebenar-benar suatu kerugian kepada mereka sendiri.
Keduanya, tahukah kita akan saat kematian. siapakah yang mengetahui saat kematian. Tidak!! tiada siapa pun yang tahu. Wahlal nabi Muhammad sendiri tatkala baginda ditanya soal ruh dan kematian baginda lantas menjawab "kul lilruhi Amri rabbi". Nah!! baginda seorang rasul dan kekasih Allah pun tiada mengetahui saat detik dan kematiannya apatah lagi kita insan picisan, pasti jauhnya api dari panggang. Kerana itu adalah urusan Allah yang Maha Kuasa. Dan kerana sebab itulah kita perlu sentiasa meminta dan berdoa ditetapkan hati dalam agama, kerana kita tidak pernah dan tidak akan tahu saat bila nyawa kita akan dikembalikan. Hendakalah kita ingat bukanlah setaat amal ibadat yang kita buat, sebanyak mana solat-solat kita lakukan, setinggi mana ilmu agama kita akan tetapi yang perlu kita ketahui disini adalah kita mati dalam apa. Dalam agama Allah ataupun bukan agama Allah. Pernah kita mendengar kisah-kisah zaman para sahabat dan tabi'in, diman seorang abid yang begitu kuat beribadat kepada Allah sehinggalah seluruh hidupnya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah akhirnya gugur dan mati dalam bukan islam kerana termakan tipu daya syaitan yang selama ini tidak dan tidak akan pernah berhenti dari mengoda anak-anak adam termasuk kita. Sia-sialah ibadat si abid selama bertahun-tahun namun akhirnya si dia mati dalam kehinaan iaitu bukan dalam agama islam. Sedangkan Allah sudah berfirman mengatakan andai adanya sedikit iman dihati hamba-hamba-Nya disaat kematian mereka pasti akan Allah tarik akan mereka dari azab neraka Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Allah yang penuh nikmat~Allahuakbar. Apakah kita sedar sebenarnya hakikat ini, siapalah kita sebenarnya, adakah ibadat kita sebagaimana abid tadi, adakah ilmu kita setingginya? Sudah tentulah tidak pada saya, tapi mungkin iya bagi tuan-tuan. Namun sedarkah kita? sejauh mana kita menjaga iman kita, sekuat mana iman kita. Hahaha, tiadalah daya kita selain berserah dan mengharap segala-gala kepadanya Allah. Umat akhir zaman pernah diceritakan nabi, seperti keluar paginya beriman dan pulang petangnya dalam keadaan tak beriman ataupun sebaliknya. Ini menunjukkan betapa godaan dunia di hujung zaman ini sangatlah berat kerana betapa kita telah menjaga sehebat iman kita sudah pasti akan tercalit oleh perbuatan dosa. Itu baru kita tuan-tuan. Insan yang sudah mendapat bimbingan tarbiyyah dan didikan islam. Cuba tuan-tuan bayangkan saudara-saudara kita yang lain yang terkandas jauh disana, apakah nasib mereka, dimanakah tempat mereka, adakah mungkin meraka akan terselamat? itu semua, WallahuAllam.
Begitulah nak diceritakan, betapa perlu kita menjaga dan menetapkan iman. Berusaha terlebih dahulu dan akhirnya disertai dengan pengharapan kepada Allah. InsyaAllah, innallaha maa'na. Saya sebenarnya agak tertarik dengan usaha sahabat-sahabat yang berjuang dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah di muka bumi malaysia ini. Beberapa siri demonstrasi dan protes telah diadakan dan yang terbaru adalah PROTES. Walaupun tidak berjaya dan telah lari daripada maksud asalnya sebagaimana yang telah disebutkan oleh Tuan Guru. Namun saya tetap memuji akan semangat sahabat-sahabat pejuang yang turun dan bersama-sama dengan parti Islam untuk menyuarakan kebenaran. Ingatlah!! kami bukannya pemuda yang sukakan keganasan, kami bukannya pemuda yang suka melanggar arahan dan menjadi pembangkang tapi kami hadir kerana kami adalah pemuda yang cintakan kebenaran, kami inginkan keadilan mungkin bukan untuk kami pun tetapi kerana saudara-saudara kami, kerana apa? kerana kami adalah bersaudara. Meraka adalah saudara-saudara kami. Samada saudara seagama kami ataupun bukan tapi kami semua adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Bukannya seperti kamu duhai pemerintah petah berkata-kata memainkan keadaan, pandai memanipulasikan situasi. Alih-alih kami semua yang menderita. Mungkin perhimpunan kali ini tidak selancar dahulu, sudah tentu banyak mehnah dan halangannya bermula dari awal hinggalah ke akhirnya. Munkin ini menyukarkan kehadiran sahabat-sahabat pejuang yang lain. Tapi itu bukan menjadi persoalan bagi kami. Mungkin fakta PROTES yang lepas mengatakan target satu juta tercapai dan ia memalukan pihak penganjur dan siapa yang pergi malah disertai dengan insiden yang memalukan. Memang!! hakikatnya adalah begitu, maka biarlah. Cuma yang kami katakan disini bukanlah hakikat bilangan itu yang kami ingin tunjukkan dan kami ingin tontonkan. Apa yang kami ingin sebenarnya ialah saat pengorbanan, rasa mujahadah. Biarpun kehadiran kami tidak bermakna apa-apa, tapi asalkan ada pertambahan nilai dan bilangan, itu menunjukkan jihad kami. Itulah mujahadah kami. Itulah perjuangan kami bersama-sama islam dan ulama', pewaris nabi-nabi. Marilah kita renungi bersama suatu pengorbanan dan mujahadah tinggi yang terkandung dalam kisah Nabi Allah Ibrahim ini disaat baginda ingin dibakar oleh Raja zalim dan pemerintah-pemerintahnya. Ya Allah!! semoga ia adalah sama dengan kisah kami ini. Jadikanlah kami sebagaimana burung kecil itu. Yang berusaha dan berusaha membantu Nabi Allah ini, kerana apa kerana sayang akan ia akan Nabi Allah Ibrahim, juga seorang kekasih Allah. Kisah si burung kecil ini yang tanpa henti-henti membawa air di dalam paruhnya yang kecil untuk menyiram gunung api yang disediakan oleh raja zalim ini untuk membakar nabi Ibrahim. Si burung kecil ini berulang kali terbang ke sana ke mari membawa air walaupun memdapat ejekan dan halangan daripada haiwan-haiwan lain tidak sedikit pun meruntuhkan jiwanya dan usahanya. Kerana itulah nilai pengorbanan yang boleh dilakukannya untuk menyelamatkan nabi Allah ini. Ia sedari apalah sangat yang mampu dilakukannya dengan paruhnya yang kecil itu. Namun ia teruskan juga tanpa henti-henti. Allah melihatnya bukan sebesar mana pengaruh dan impak pengorbanan yang diusahakannya oleh burung kecil itu. Tetapi Allah melihat betapa ikhlas dan istiqamahnya si burung itu menyelamatkan Ibrahim a.s. Nahh!! begitulah juga kami, wahai pemerintah yang zalim. Mungkin aku ibarat burung kecil itu sumbangan daku tidak mungkin mengoyahkan kezalimanmu, tapi ingatlah mana mungkin diantara kami Allah hadirkan seumpama singa-singanya yang pasti akan merobek keegoaanmu dan menutup kezalimanmu nanti. InsyaAllah, bangkitlah pemuda dan pemudi islam. Aku bangga menjadi pejuangmu Ya Allah. Terimalah perjuanganku dan tetapkanlah hatiku. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita.
~ALLAH HUWA AWWAL WAL ALKHIR.