Tuesday, July 1, 2008

Madu 6: Manisnya Sebuah Mujahadah

Alhamdullilah Rabbal Alamin.
Segala puji bagi Allah, saya dan kamu panjatkan seluruh kesyukuran diatas limpah kurnia dan nikmat-Nya, rahmat dan kasih-Nya yang tidak berbelah bagi dan tiada putusnya. Moga-moga segala doa dan hajat saya dan kamu diterima dan dimakbuli. Selawat dan salam jua keatas junjungan kita, Muhammad S.A.W moga-moga saya dan kamu semua menjadi umatnya yang beriman dan mendapat syafaat oleh baginda.

"Allahu ghayatuna, Muhammad kudwatuna, Al-quran dusturuna, Wa Jihadi fisabillilah amalina"
Al Quran itu kalamullah, petunjuk bagi kaum yang beriman. Al Quran itu kitabullah, satu dari dua perkara yang rasulullah tinggalkan, andai kita berpegang teguh padanya tiada akan tersesat buat selamanya. Al Quran itu dusturullah, kitab akhir zaman yang datangnya terkandung sebuah pelembagaan buat seluruh umat akhir zaman. Al Quran itu syafie'ullah, datangnya sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani, mental dan fizikal, bahkan juga penyembuh dikala luka dan duka. Al Quran itu mukjizat Allah, diturunkan kepada rasul junjungan, sebagai bukti tanda kerasulan. Di jagai Allah daripada kebatilan. Isinya terkandung segala kebenaran, menempis hujah-hujah meraka yang durjana. Oh, indahnya Al Quran penunjuk sepanjang jalan, sepanjang zaman.

Senantiasa oh kekawan, kita mendengar ucapan-ucapan mukadimah samada pada tazkirah-tazkirah, khutbah-khutbah mahupun ceramah-ceramah agama yang mengajak dan menyuruh kita sentiasa bersyukur dan memuji Allah supaya dipanjangkan hidup dan kekal dalam Islam. Seterusnya dirahmati dan diberi rezeki oleh Allah yang meluas dan hinggalah ke seterusnya sampai akhirnya (i'lal akhirul dua'). Pernahkan kamu dan saya memikirkan betapa kepentingan ajakan dan seruan ini. Mungkin? mungkin kerana sudah acapkali dan ke berapakali kita mendengarnya menyebabkan kita sudah mula tidak berfikir akan kepentingannya. Kamu dan saya pasti menganggapnya ia hanyalah sekadar mukaddimah bagi seseorang dai'e sebelum masuk menjamah dan mengupas tajuk kuliah-kuliah beliau. Memang!! sudah tentunya kita berasa tiada isi yang penting terkandung dalam mukadimah tersebut bahkan pula kekadang skrip yang sama yang sering digunakan oleh penceramah-penceramah. Namun mahukah tuan-tuan mempercayainya, andai saya mengatakan betapa pentingnya skrip mukaddimah ini. Skrip yang meminta kita bersyukur kerana masih lagi Allah meletakkan diri kita sebagai seorang islam. Kenapa?
Kenapa? kerana pertamanya ia adalah suatu doa. Dan doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin. Sebagaimana firman Allah dalam kitabnya yang agung, Allah berfirman; Dia tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehinggalah sampai mereka sendiri yang bertindak merubahi diri mereka sendiri. Isinya disini amatlah penting, betapa kita perlu senantiasa bertindak menadah tangan meminta kepada-Nya kerana sudah adat ketentuan kita sebagai hamba, tidak pernah dan tidak akan lari dari meminta. Mintalah dari sebesar-besar benda hinggalah ke sekecil-kecil zarah pastinya Allah mampu memenuhinya. Kerana Allah bersifat dengan sifat kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran. Sudah tentu tiada yang terlepas daripada pengetahuan Allah S.W.T. Cuma kita perlulah ingat, adalah harus bagi Allah untuk menjadikan ataupun tidak menjadikannya, menunaikan ataupun tidak menunaikannya. Itu adalah hak bagi Allah. Hak Allah sebagai raja. Hak Allah sebagai tuhan sekalian alam, pencipta seluruhnya. Apa yang pentingnya disini, setakat mana kita berusaha meminta dan mengharap. Sejauh mana keikhlasan kita. Itu adalah perlu. Setakat mana istiqamahnya kita, kerana dalam istiqamah terletaknya kemuliaan pada kita. Oleh itu mintalah para sahabat, mintalah kerana kita meminta kepada yang hak, tidak akan habis perbendaharaan Allah andai seluruh alam dimuka bumi ini memohon kepadanya kecuali sedikit sahaja. Dan tidaklah langsung rugi bagi Allah andai seluruh alam dan makhluknya tidak ingin meminta kepada-Nya melainkan ia adalah sebenar-benar suatu kerugian kepada mereka sendiri.
Keduanya, tahukah kita akan saat kematian. siapakah yang mengetahui saat kematian. Tidak!! tiada siapa pun yang tahu. Wahlal nabi Muhammad sendiri tatkala baginda ditanya soal ruh dan kematian baginda lantas menjawab "kul lilruhi Amri rabbi". Nah!! baginda seorang rasul dan kekasih Allah pun tiada mengetahui saat detik dan kematiannya apatah lagi kita insan picisan, pasti jauhnya api dari panggang. Kerana itu adalah urusan Allah yang Maha Kuasa. Dan kerana sebab itulah kita perlu sentiasa meminta dan berdoa ditetapkan hati dalam agama, kerana kita tidak pernah dan tidak akan tahu saat bila nyawa kita akan dikembalikan. Hendakalah kita ingat bukanlah setaat amal ibadat yang kita buat, sebanyak mana solat-solat kita lakukan, setinggi mana ilmu agama kita akan tetapi yang perlu kita ketahui disini adalah kita mati dalam apa. Dalam agama Allah ataupun bukan agama Allah. Pernah kita mendengar kisah-kisah zaman para sahabat dan tabi'in, diman seorang abid yang begitu kuat beribadat kepada Allah sehinggalah seluruh hidupnya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah akhirnya gugur dan mati dalam bukan islam kerana termakan tipu daya syaitan yang selama ini tidak dan tidak akan pernah berhenti dari mengoda anak-anak adam termasuk kita. Sia-sialah ibadat si abid selama bertahun-tahun namun akhirnya si dia mati dalam kehinaan iaitu bukan dalam agama islam. Sedangkan Allah sudah berfirman mengatakan andai adanya sedikit iman dihati hamba-hamba-Nya disaat kematian mereka pasti akan Allah tarik akan mereka dari azab neraka Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Allah yang penuh nikmat~Allahuakbar. Apakah kita sedar sebenarnya hakikat ini, siapalah kita sebenarnya, adakah ibadat kita sebagaimana abid tadi, adakah ilmu kita setingginya? Sudah tentulah tidak pada saya, tapi mungkin iya bagi tuan-tuan. Namun sedarkah kita? sejauh mana kita menjaga iman kita, sekuat mana iman kita. Hahaha, tiadalah daya kita selain berserah dan mengharap segala-gala kepadanya Allah. Umat akhir zaman pernah diceritakan nabi, seperti keluar paginya beriman dan pulang petangnya dalam keadaan tak beriman ataupun sebaliknya. Ini menunjukkan betapa godaan dunia di hujung zaman ini sangatlah berat kerana betapa kita telah menjaga sehebat iman kita sudah pasti akan tercalit oleh perbuatan dosa. Itu baru kita tuan-tuan. Insan yang sudah mendapat bimbingan tarbiyyah dan didikan islam. Cuba tuan-tuan bayangkan saudara-saudara kita yang lain yang terkandas jauh disana, apakah nasib mereka, dimanakah tempat mereka, adakah mungkin meraka akan terselamat? itu semua, WallahuAllam.
Begitulah nak diceritakan, betapa perlu kita menjaga dan menetapkan iman. Berusaha terlebih dahulu dan akhirnya disertai dengan pengharapan kepada Allah. InsyaAllah, innallaha maa'na. Saya sebenarnya agak tertarik dengan usaha sahabat-sahabat yang berjuang dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah di muka bumi malaysia ini. Beberapa siri demonstrasi dan protes telah diadakan dan yang terbaru adalah PROTES. Walaupun tidak berjaya dan telah lari daripada maksud asalnya sebagaimana yang telah disebutkan oleh Tuan Guru. Namun saya tetap memuji akan semangat sahabat-sahabat pejuang yang turun dan bersama-sama dengan parti Islam untuk menyuarakan kebenaran. Ingatlah!! kami bukannya pemuda yang sukakan keganasan, kami bukannya pemuda yang suka melanggar arahan dan menjadi pembangkang tapi kami hadir kerana kami adalah pemuda yang cintakan kebenaran, kami inginkan keadilan mungkin bukan untuk kami pun tetapi kerana saudara-saudara kami, kerana apa? kerana kami adalah bersaudara. Meraka adalah saudara-saudara kami. Samada saudara seagama kami ataupun bukan tapi kami semua adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Bukannya seperti kamu duhai pemerintah petah berkata-kata memainkan keadaan, pandai memanipulasikan situasi. Alih-alih kami semua yang menderita. Mungkin perhimpunan kali ini tidak selancar dahulu, sudah tentu banyak mehnah dan halangannya bermula dari awal hinggalah ke akhirnya. Munkin ini menyukarkan kehadiran sahabat-sahabat pejuang yang lain. Tapi itu bukan menjadi persoalan bagi kami. Mungkin fakta PROTES yang lepas mengatakan target satu juta tercapai dan ia memalukan pihak penganjur dan siapa yang pergi malah disertai dengan insiden yang memalukan. Memang!! hakikatnya adalah begitu, maka biarlah. Cuma yang kami katakan disini bukanlah hakikat bilangan itu yang kami ingin tunjukkan dan kami ingin tontonkan. Apa yang kami ingin sebenarnya ialah saat pengorbanan, rasa mujahadah. Biarpun kehadiran kami tidak bermakna apa-apa, tapi asalkan ada pertambahan nilai dan bilangan, itu menunjukkan jihad kami. Itulah mujahadah kami. Itulah perjuangan kami bersama-sama islam dan ulama', pewaris nabi-nabi. Marilah kita renungi bersama suatu pengorbanan dan mujahadah tinggi yang terkandung dalam kisah Nabi Allah Ibrahim ini disaat baginda ingin dibakar oleh Raja zalim dan pemerintah-pemerintahnya. Ya Allah!! semoga ia adalah sama dengan kisah kami ini. Jadikanlah kami sebagaimana burung kecil itu. Yang berusaha dan berusaha membantu Nabi Allah ini, kerana apa kerana sayang akan ia akan Nabi Allah Ibrahim, juga seorang kekasih Allah. Kisah si burung kecil ini yang tanpa henti-henti membawa air di dalam paruhnya yang kecil untuk menyiram gunung api yang disediakan oleh raja zalim ini untuk membakar nabi Ibrahim. Si burung kecil ini berulang kali terbang ke sana ke mari membawa air walaupun memdapat ejekan dan halangan daripada haiwan-haiwan lain tidak sedikit pun meruntuhkan jiwanya dan usahanya. Kerana itulah nilai pengorbanan yang boleh dilakukannya untuk menyelamatkan nabi Allah ini. Ia sedari apalah sangat yang mampu dilakukannya dengan paruhnya yang kecil itu. Namun ia teruskan juga tanpa henti-henti. Allah melihatnya bukan sebesar mana pengaruh dan impak pengorbanan yang diusahakannya oleh burung kecil itu. Tetapi Allah melihat betapa ikhlas dan istiqamahnya si burung itu menyelamatkan Ibrahim a.s. Nahh!! begitulah juga kami, wahai pemerintah yang zalim. Mungkin aku ibarat burung kecil itu sumbangan daku tidak mungkin mengoyahkan kezalimanmu, tapi ingatlah mana mungkin diantara kami Allah hadirkan seumpama singa-singanya yang pasti akan merobek keegoaanmu dan menutup kezalimanmu nanti. InsyaAllah, bangkitlah pemuda dan pemudi islam. Aku bangga menjadi pejuangmu Ya Allah. Terimalah perjuanganku dan tetapkanlah hatiku. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita.
~ALLAH HUWA AWWAL WAL ALKHIR.

No comments: