Wednesday, June 2, 2010

Masanya Kini..

Doa Seorang Kekasih...
Assalamualaikum wbt...
Sekadar hanya menyinggah sebentar..untuk ku kongsikan bersama lagi. Kali ini ku titipkan kegembiraan buat sahabatku dan saudaraku, adinda Izny Hanis yang bakal melangsungkan hari perkahwinannya pada 5 hb Jun ini nanti...Alhamdulillah..semoga dicucuri barakah dan rahmah ke atas perhubungan yang bakal terjalin nanti. Mawaddah dan Mahabbah untuk mu..semoga berbahagia selalu dan dipermudahkan urusan-urusan mu.
Hanya sepenuh kemaafan bakal ku pinta dari mu sahabat kerana, Hari dan Majlis dan kegembiraan mu tiada dapat ku hadirinya jua..kerana aku juga mempunyai urusan kekeluargaan yang tak dapat ku berkompromi dengannya. Namun senantiasa untuk aku doakan kepadamu wahai sahabat...DOA SEORANG KEKASIH buat mu..dan dengarkan lah sahabat. Dalam banyak sahabat-sahabat ku yang sudah berkahwin dan melangsungkan hari bahagia mereka..tiada apa lagi yang dapatku nasihatkan kepada mu lagi..kerana antara mereka semua, andalah yang paling bersedia dan andalah paling matang..Ilmu, fizikal, mental semuanya anda telah lengkap..dan mantap. berbahagilah pasanganmu nanti kerana kehadiranmu sebagai insan bernama kekasih buatnya. InsyaAllah..sudah lama dikau menunggu duhai sahabatku..hadapilah hari mu ini dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Semoga Allah sentiasa bersamamu.
p/s: cuma agak terkilan sedikit sahaja..he3, ku ingatkan di hari bahagiamu nanti ingin ku persembahkan sedikit persembahan solo..ikhlas dari ku..."Doa Seorang Kekasih-In Team"..namun, he3..x dapatlah gamoknya....keh3x..mungkin di Kedah nanti kot..he3.
Alhamdulillah..."Seeru Ala Barakatillah"
Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku,
tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah,
ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala