Friday, April 23, 2010

Masanya Kini....

Ego kah aku? Keras hati kah aku?
Alhamdulillah..setelah bermalam-malam berhempas pulas menyiapkan slaid-slaid presentation..hu3, pagi tadi dah berjaya jugak present di depan prof. dan dr. dan rakan-rakan. Alhamdulillah juga…buat sekalian kali pertamanya..aku berjaya menyiapkan slaid dan berlatih seberapa kali sebelum present..ha3..terasa lebih bersedia dan hilang segala keresahan sekali ini.
Present awal pagi berlangsung elok dan seperti yang di rancangkan. Alhamdulillah..kali ini aku dapat menebus kembali kesilapan dahulu yang sebelum ini. Hu3, maafkan aku prof-prof ku dan dr-dr ku..aku akui silap ku…aku tidak prepared untuk masa yang dahulu dan kali ini aku akui aku sedia untuknya. Masih terbayang dan masih teringat, raut wajah dan setiap inci garisan mereka-mereka yang hadir untuk sesi pembentangan yang dahulu terpapar padanya kekecewaan dan Ya Allah, masih tidak dapat ku lupakan, ibarat penghinaan terbesar padaku..seakan wajah-wajah kasihan ini yang ditujahkan kepada diriku ini…namun, ia semua dah berlalu dan hari ini adalah hari ini. Berbeza memang berbeza, yang dahulu untuk research update..dan kali ini untuk journal club..tapi konklusinya tetap sama…mereka tetap menilai aku..dan juga mereka akan melabelkanku.
Cukuplah hilang keresahan di hatiku ini buat sementara selepas present, namun entah mengapa hari ini terasa kepelikannya dan datangnya selalu secara tiba-tiba…mengapa? Aku tak mengerti. Benci betullah..Dan akibatnya..aku mesti jadi begini. Selalu begini…seakan selalu nak bagitau..berhadapan dengan berkepala tujuh lagi aku sanggup dari mengenang perasaan ni maa…nak kata sebab yang mungkin after berjumpa dan berbincang dengan prof…entah rase cam biase jerr tadi. Mood prof pun baik-baik jer. Nak kate ade bengang ngan sape2…hmm, semalam adalah..dengan si hamud dan mat cley..tapi tak ambik hati pun..mungkin semalam tengah stress fikir nk present untuk hari ini..tu yang bengang sikit.tapi sekarang hati dah aman pun dengan mereka.
Hu3, mungkin juga sebab malam ini main futsal? Hmm..ya benar dan aku bermain dengannya. Alhamdulillah, hari ini performance bersamaan dengan 20. Creativity was very impressive. Shot on target…hmm, banyak yang cantek jugak..and scored, adalah sikit-sikit. Memang lah setiap kali turn nak main futsal mesti serabut sebab nak cukupkan orang, nak konteks orang tu..nak kontek orang nie..rimas tau..rimas..tapi takpelah nak main punya pasal..ok jer..gambate jer dan pulaknya, hari ini takdelah masalah cam selalu..semua berjalan amat lancar dan cantek aje.so, nak kate sebab ia pun bukan...begitulah pelik dan dan tetap perasaan pelik ni masih juga tak hilang-hilang? Sentiasa begini…perasaan ini, nak kata benci..entah? nak kate suke..Allahu akbar..letihnya nak fikir, tapi nak bwat macam mana. Dah begini. Dan beginilah aku, itu lah yang sentiasa menjadi perangkap jawapan aku.
Bila cuba tanya hati kenape? Hati jawab tak tahu..entah. xde pape cam xnak ngaku pape sedangkan perasaan cam datang daripada dia..hmm, okey takpelah biasalah tu dah ego dan sombong. Xkisah.. Dah tu bila tanya otak pula? Hmm, otak fikir..ha3 biasalah tu..letih lah kot tue..rest sekejap pastu okey lah. Hmm, bila tanya perut? Ecey3x…tadi dah bantai nasi lemak 3 pinggang after present..xkan problem lagi kot..minum kopi pun sudah..ape lagi. Something wrong ape hang nie? Hu3. Lagi bila tanya mata? Mata kate ade lah sesuatu…yang hang tengok tadi…tang tu yang bwat hang gila kot. Chaitt, camtu plak. Hu3. Bila tanya telinga? Hmmm, nak kate dengar lagu-lagu pelik2 takdelah plak lagi..hmm, skang baru tengah layan sambil taip2..hmm, adelah sikit terubat perasaan ni, hu3..biasalah lagu dulu-dulu orang kater..hi3. Tapi problemnya..masih xleh tido plak..demmm. Peliknya!! Apo kono jang oi jang?..Last skali, lupa nak tanya iman? Masalah apekah ana ini duhai iman? Yazid wa Yankus kah..itukah sebabnya? Kau kah yang sedang merajuk dengan ku? Kau kah yang menyebabkan berperasaan begini. Apa jawab iman ku? Diam….masih tak berkata-kata dan tetap tidak mahu berkata-kata….Allahuakbar, Allahukbar!! Apakah ini ya Allah..adakah ini suatu petanda ya Allah?. Petanda yang masih ku tercari-cari dan masih ternanti-nanti. Allahuakbar…aku mengeluhhhh panjang.