Friday, April 2, 2010

Masanya Kini....

amir..amir..amir
Alhamdulillah…Akhirnya terhurailah juga si misteri yang berlalu sesebelum ini..di saat ku dalam perjalanan ke kota bandaraya neon, saat itu juga aku menerima sebuah panggilan misteri yang kurang ku jelas siapa diri pemanggilnya…bahasanya Kelantan, suaranya familiar tapi tak dapat ku meneka siapa. Ku tanya; siapa beliau? Namun di jawabnya acuh tak acuh..tapi lagaknya seolah mengenaliku terlalu lama agaknya. Siapa? Itu yang bermain di mindaku..aku tewas dalam persoalan. Ku cuba lanjutkan perbualan namun beliau persis untuk memutuskan panggilan dan mengatakan untuk menelefon kembali sesudah ku selesai urusan ku. Aku akur dengan niatnya..tapi ia tidak pantas untuk terus ku membiarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja. Aku mengamati kotak panggilan telefon ku…ku terokai kembali nombor yang menelefon ku…ha3, tiada nama..nombor sahaja..jelas sekali aku tidak terlalu biasa dengan dialan itu..berakhirnya ia disitu..lama ku tunggu kemudiannya. Namun tiada lagi panggilan itu yang memasuki kotak telefon bimbitku….

Kini semuanya terjawab disini…di saat ku melaksanakan suruhan Tuhan yang tercinta..telefon ku menyanyi..jarang dan amat jarang ku untuk tidak men “silent”kan HP ku, disaat ku melaksana ibadah solat..wahlal disaat memasuki masjid sekali pun..”Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi”..Cuma kali ini aku lupa barangkali..HP di poket menderingkan irama panggilannya..aku membiarkan sahaja. Namun tidak sedap hati barangkali menganggu jemaah bersama..ku usaha untuk membatalkan panggilan. Alhamdulillah..ia berhenti, samada kerana ku tekan..atau pemanggilnya meletakkan panggilannya. Aku selesai bersolat. Alhamdulillah. Terus ku lewati papan skrin HP ku..lihat senarai “missed called”…HAH!!..pelik private number..hu3, siapa? Ntah..ku biarkan sahaja. Ku fikir andai barangkali penting, nyata ia akan menelefon ku kembali…dan jangkaan ku tepat..ia berdering lagi.

“PRIVATE NUMBER”….siapalah agaknya. Assalamualaikum..perkataan pertama yang ku sambut dengan salamnya juga. Sudah selesai sembahyang? Pertanyaan kedua. Aku membalas, Alhamdulillah sudah. Ku amati suara….ha3, memang kenal benar, suara sang sahabat yang jauh di perantauan..he3. Setelah lama tak dengar khabaran, beliau menelefonku. Ku gembira. Amir..Amir..lama sekali tak mendengar khabaran mu..ha3, berada di tempat orang laksana kamu tidak mahu pulang ke tanah air, namun tak sangka kamu masih mengingati sahabat mu ini..Alhamdulillah, aku bangga. Aku beredar ke tempat yang lebih privasi..di bilik sebelah aku memulakan bicara, menanya keadaan nya…sehinggalah menanyakan apa mimpi menelefon ke mari?...tekalah. Heh he he..Siot !!..itu jawapan pertama ku di saat Amir menyatakan beritanya..hahaha. Sorilah kawan, terkejut kot..keh3x. mungkin aku tak tersangka. Soalan mu masih lagi bermain di minda aku amir, itu yang menjadi idea untuk ku menulis hari ini amir, ha ha ha..Apakah OK jika aku kawen bulan 6 ini?...cheh, ape punya soklan ko tanya…namun dalam jawapan siot, yang terpacul di mulut ku, aku melafazkan sesuci-suci kalimah Alhamdulillah, memuji muji Ilahi di atas berita rahmat yang ku terima ini. Ha3, apa tak Ok nyer amir, andai itu jodoh mu..terimalah, buat apa nak di fikirkan…umur mu pun sudah di sempadan, berusahalah untuk mencari keredhaan nya..Ha ha ha, ku selidiki lebih mendalam siapa bakal mu, bagaimana permulaanya dengan aju persoalan dari mulut ku…ha3, pantas tenang ko menjawabnya..ha3 aku kagum dengan konfiden mu..bagus. Itu yang aku dapat agak dari jawabmu..ko memang sudah bersedia, tiada apa lagi perlu ko gusar wahai sahabat..ko di landasan yang terbaik. InsyaAllah, doaku sentiasa untuk mu..mengharapkan kebaikan mu..wahlal ko tidak mengingatkan aku untuk berdoa untukmu..pasti kan tidak ku lupa untuk berbuat demikian untuk mu…kerna ko sahabatku..ha3. kegembiraan mu..kegembiraan ku. Ha3..agaknya, apakah fikir si Ajuadi jika dia juga mendapat tahu berita ini..semoga juga beliau si ajuadi, mencapai kebahagiaan dalam hidupnya. Harap dia juga menjumpai jodohnya..sedih benar ku melihatnya…cam orang tak betul rupanya..skang..ha3..ha3.

Namun yang paling ku gembirakan sekali, tidak lupa dahulu untuk ku ucapkan terima kasih sahabatku…panggilan mu benar-benar bererti buatku…Allah masih menyayangi ku…mungkin ini masanya…aku perlu berubah..aku perlu kembali…aku merindui mu ilahi..terlalu jauh aku di jalan mu…apakah begini berakhirnya hidup?...tidak ya Ilahi…aku sayang kan mu…aku masih hamba mu…selamatkan lah aku di saat aku semakin menjauhi mu…Allahhuakbar…

“udkhulu ha bi salamin aminin…”

“Ayyuhan nafsi…..”ir ji ie ila robbika rodiyatan mardhiyah….”. amin..



No comments: