Monday, June 17, 2013

Aku impikan kita begini Awak....

Assalamualaikum awk, saya yakin dan pasti bahawa impian dan keinginan kita sama awak..kita berdua impikan hidup yang bahagia dan cinta hingga ke syurga. Awak, saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak..tapi saya kan cuba ntuk menjadi yang terikhlas untuk awak..hanya awak di hati saya.


Awak, saya sentiasa berdoa awak, agar awak lah jodoh yang terbaik untuk saya dan saya adalah jodoh terbaik untuk awak...awak, kepada Allah sahaja sebaik-baik pertolongan yang mampu saya pinta. Agar allah membuka pintu hati awak tuk menerima saya sebagai suami, teman dan pembimbing awak nanti.



Awak, saya inginkan bahagia bersama awak...banyak yang saya ingin curah dan berikan kepada awak selaku suami awak...kasih sayang dan cinta yang saya ingin kongsikan bersama, manja dan main-main yang saya ingin lakukan bersama awak...awak, semoga jodoh dan perhubungan kita panjang awak...saya senantiasa berdoa dan meminta kepada Ilahi awak..supaya perhubungan kita ini pasti dan bukannya fantasi..kerana awak adalah realiti saya kini.



Awak, saya tak sabar untuk menanti setiap saat perbuatan dan segala perlakuan awak menjadi tanggungan saya..saya berjanji awak akan mendidik awak menjadi permaisuri hati saya awak, menjadi seorang isteri yang terbaik dan sempurna awak..sy ingin mendidik dan membawa awak di jalan dunia dan juga di jalan akhirat awak..juga memperolehi zuriat yang soleh solehah bersama awak. Awak, saya janji awak untuk jadi insan terbaik bagi awak...


Ya Allah, semoga Allah satukan percintaan dan perhubungan kita ini awak, semoga ianya menjadi kerahmatan untuk kedua-dua famili kita, anak-anak kita dan kita berdua awak. Awak, saat aku terima nikahnya untuk awak...saya pasti akan menjadi insan yang paling bahagia bersama awak. Semoga Allah mempersatukan hati-hati kita ini awak. Saya sayang kan awak, AA : )

No comments: