Friday, June 7, 2013

Bulan yang bagaikan setahun….Part 1


Saat inilah bermula terasa akan ertinya Kebahagiaan. Gembira dan indah tak henti akan kunjung tibanya begitu mengasyikkan. Selamanya akan tersenyum kala mengenangkan…hihi.. insyaallah : )

 Bulan yang bagaikan setahun, mengamit indah perasaan yang terbuku..

Perkenalan yang berlaku membuka lembaran dua buah cerita yang berasingan.

Aku, pahatan kayu perahu yang bertahun ku siapkan..kini telah tiba masanya tuk berlayar…tersimpan lamanya dimuara menanti penumpangnya…

Kamu, sang penumpang takdir yang tiba selepas pulang dari pengembaraan ilmu mu siaga untuk mengambil hak mu di perahu ini,..telah ku raikan mu dengan mulianya…walaupun masih terdapat gugus-gugus sangsi ..tapi kau percaya tempat ini adalah untuk mu..sang pelayar ini bakal membawa mu belayar ke mana sahaja yang kau inginkan..jadi peneman dan pengemudi bahtera hidupmu yang sememangnya lumrah sang wanita.

Awak, layar keimanan ku pasangkan padanya walaupun sedikit goncang di pasaknya, tetapi menjadi 
keutamaan perhubungan ini..walaupun sekali-sekali terasa goyangnya..hingga mampu menakutkan mu untuk menaiki. Percayalah, ia pasti selamat kerana bukan sehari dua tiangnya dibina tetapi bertahun untuk membawa mu…

Awak, bekalan makanan telah kusiapkan didermaga..langkah lah kaki mu dan ambil tempatmu..dan kita siap untuk berlayar..berlayar ke sebuah tempat yang bulan nya bagaikan setahun...insyaallah ^_^. Dan tahunan bagaikan sedekad, dan sedekad bagaikan seabad…

Jom awak...sauh telah ku angkat, dirimu pun telah ditempat..bersama kita menuju ke kota cinta agama..insyaallah.


Bercinta hingga ke syurga.. bersabarlah pasti ada hikmahnya  : )

No comments: