Saturday, June 14, 2008

Madu 2: Manisnya Sebuah Perhubungan

Subhanallah walhamdullilah wallahuaakbar..

Allah ~ mengapa terasa jauh sungguh hati ini dengan diriMu kali ini. Alangkah lalainya daku ya Allah, sudah letihku membiarkan diri ini merasa segan dan malu terhadapMu ya tuhan. Tetapi mengapa semakin kali semakin aku terus dihimpit perasaan selesa dan senang terhadap d0sa-dosa. Ya Allah, aku benar-benar pohon kemaafanMu. Aku merayu keampunanMu. Aku rindu Kasih dan aku rindu Sayang Mu.

Sesungguhnya aku terkenangkan saat persekolahanku dahulu. Daku terasa saat itu adalah paling sempurna namun sedihnya hati ini, terasa sungguh menyesal dan terkilan rasanya kerana disaat tamat persekolahanku, masih banyak lagi ilmu dan kemanfaatan yang masih aku belum aku kaut secukupnya dari para ustaz dan ustazah yang gigih mendidikku. Setelah itu baru ku sedar akan kehilangan ini, rupanya pengajian di matrikulasi dan Universiti tidak seperti disekolah. Banyak persamaan dan perbezaannya akan tetapi sudah nasi menjadi bubur, masa takkan berpatah kembali. Dan daku tidak akan kembali muda, umur pasti bergerak. ku teruskan perjuangan ini.

Matrikulasi Kedah masih lagi selamat, kerana kewujudan beberapa sahabat-sahabat persekolahanku . Merekalah teman sejati, merakalah pembimbingku, merakalah nasihatku. Kami saling jaga menjagai, mungkin ada yang sesetengah kami yang lalai dan mula terhenjut kepada kejutan budaya, yang jauh berbeza di masa persekolahan, namun yang tinggal, Alhamdullilah sedaya berusaha mengawal diri, dan tidak terus leka dengan perubahan. Kami cuba menjadi benih yang baik, dicampak ke mana kami pasti menjadi pulau penuh dengan buah-buahan, dipetik orang untuk mendapat manfaaatnya. InsyaAllah kami berjaya bi'iznillah.

Zaman di matrikulasi berakhir, kami berpisah jua. Perpisahan yang tidak dapat dihalang. Masing-masing bersama hala tuju dan matlamat masing-masing. Begitulah aku datang ke UKMKL, hatiku biasa dan tanpa apa-apa. Cuma sedikit hiba kerana tidak bersama-sama dengan sahabat-sahabat persekolahan. Termenung jauh ku sesekali semasa MINGGU MESRA MAHASISWA apabila mengenangkan nasibku di UKM nanti. Telah banyak ku dengari dari abang dan kakakku, media massa dan majalah akan keruntuhan akhlak remaja selangkah ke alam menara gading. Pergaulan bebas disana-sini. Oh!! rosaknya. Disaat ini baru ku terasa betapa ku merindui perhubungan ku bersama-sama teman-temanku. Kami adalah antara satu sama lain. Dicubit paha kanan, paha kiri pasti merasai bersama. Namun demikian, Alhamdullilah. Allah masih menyayangi ku, tidak pernah ku terfikir selama ini. Diriku yang berkeseorangan ini rupanya berserta seorang temanku yang lain cuma tidak diketahui bahawa dia turut ditempatkan bersama-sama kami. Lega dan syukur hatiku kerana ada juga sahabat yang dapat sama-sama jaga menjagai antara kami.

Namun ianya tidak terhenti setakat itu sahaja, aku dikejutkan juga dengan kehadiran sahabat abangku yang juga seniorku di sekolah. Pertama kali aku melihatnya, aku tidak menyapanya mungkin disebabkan segan dan malu. Namun kami tetap bertemu, pertemuan yang telah ditakdirkan. Sahabat abangku menegurku di surau dan dari situ bermulalah bibit-bibit perhubungan yang tidak cukup tidak semanis saat persekolahku. Nyatalah pertemuan ini tiadalah tidak bererti melainkan suatu sinar baru dalam diriku. Sinar yang merubah seluruh perjalanan hidupku di Universiti.



No comments: