Saturday, June 14, 2008

Madu 1: Manisnya Sebuah Seperjuangan


IKHLAS DARI KU

Aku bukan seperti engkau sangkakan

pura-pura di dalam berjuang
.
Aku tak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga.

Jika ada benci dihati
, oh katakanlah padaku.
Relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga.

Kerna tidak sanggup lagi, mempermainkan dustur Ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa.

Tuhan...mohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali.
Teman...kita patrikan disini

berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik Ilahi.

Alhamdullilah, Syukur pada mu Ilahi, bahawa esok tanggal 16hb jun 2008 akan kembalinya ayahanda dan mami bersama-sama adindaku dari tanah suci. Moga Allah senantiasa merahmati perjalanan mereka sehingga selamat sampai ke kampung halaman.

Ayahanda sentiasa menakjubkan. Apatah lagi ditemani mami yang cukup setia , aku mengharapkan perjalanan ke tanah haram kali ini penuh makna. Ayahanda senantiasalah doakan anakandamu disini, nasihatmu dan tingkahmu penuh berbekas pada setiap langkahku. Ayahanda kau bukan orang sebarangan, kaulah idola kami, anakanda-anakandamu. Mungkin kau jarang-jarang berada di rumah, petahmu sedikit sebanyak dapat kami kira, kau tidak banyak bergurau tapi kami senantiasa senang hati dengan dirimu.

Ayahanda maafkanlah anakanda, andai sekiranya anakanda masih lagi tidak dapat memenuhi keinginanmu berdua. Dan pastinya anakanda selalu menjadikan keinginan ayahanda dan mami yang paling utama dalam hidup anakanda selepas ALLAH dan RASUL. Buat mami selamat kembali, anakanda rindu akan dirimu, ku tahu keinginanku kembali ke kampung halaman pastinya cukup mengembirakan hati keibuanmu, tapi apakan daya ayahanda masih tidak mengizinkan untuk anakanda kembali duhai mamiku. Anakanda masih perlu berjuang di sini mami, restuilah anakanda.

Sememangnya hati anakanda sudah tidak berada di sini lagi mami, hanyalah jasad semata-mata. Tapi apakan daya mami, aku masih perlu berjuang di sini, di bumi orang bertualang sendirian. Ini amanah ayahanda, maksudnya amanahmu jua mamiku. Usahlah aku berduka lagi, ayahanda, mamiku. Sampai masanya aku pasti kembali.

Moga-moga pengembalianku disisi mu berdua ditemani oleh kegembiraan yang terbesar yang pasti ku bawa bersama-samaku untuk tatapan ayahanda dan mami. InsyaAllah, wa Biizniillah.

No comments: