Hang Jebat dan Hang Tuah siapakah yang tidak mengenali mereka, seorang penderhaka dan penegak kebenaran, seorang lagi taat dan setia, sehingga tidak dapat membeza yang benar dan salah.Sedang aku membelek-belek blog-blog blogger lain, aku sempat membaca sedikit ulasan seorang rakan blog berkenaan Tuah dan Jebat berdasarkan sebuah filem iaitu Hang Jebat (1961) lakonan Nordin Ahmad (jebat) dan M.Amin(Tuah). Filem ini kalau nak diikutkan bukanlah jauh bezanya jarak masa dengan penghasilan filem lagenda arahan seniman Negara P.Ramlee..iaitu Hang Tuah. Namun cantiknya filem Hang Jebat ni kerana walaupun jaraknya dengan filem ‘abang’nya Hang Tuah cuma sekitar 5 tahun (dikira rapatlah), tapi dari segi dialog & lakonan, Hang Jebat langsung tak meniru Hang Tuah, seolah-olah filem Hang Tuah tak pernah wujud sebelum ni.

rtamanya sudah cukup tegang. Adegan pembesar-pembesar Melaka yang diketuai oleh Patih Karmawijaya mendatang sembah derhaka kepada Sultan Melaka dengan cara mempersembahkan tengkolok masing-masing di hadapan Sultan begitu tegang. Wajah gusar Datuk Bendahara & Datuk Temenggung begitu ketara, kecelaruan Sultan juga terpancar melalui titahnya supaya Hang Tuah dibunuh, walaupun celaru tetapi masih ego mempertahankan titahnya.Permulaan yang sebegitu cemerlang ini sebenarnya memerangkap penonton yang tidak tahu hujung pangkal sejarah Hang Tuah. Tapi disebabkan sejarah Hang Tuah ni dah memang famous, maka atas tuduhan apa Hang Tuah difitnah sengaja tak diceritakan. Tau-tau saja Hang Tuah dihukum bunuh & Hang Jebat membelanya, walaupun diberi amaran oleh Hang Tuah agar jangan derhaka kepada Sultan melalui pesannya “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
Kartun Tuah dan Jebat 1

Kartun Tuah Dan Jebat 2
Sebenarnya Tuah & Jebat bukan sekadar sejarah biasa yang dihikayatkan turun-temurun untuk generasi Melayu. Tuah & Jebat wujud di mana-mana, malah di waktu sekarang juga. Cuma orang itu sendiri tak sedar dia ialah Tuah ataupun dia ialah Jebat. Berapa ramai orang yang tak berpendirian yang menurut perintah orang atas walaupun dia tahu itu tidak betul seperti perangainya Hang Tuah? Berapa ramai yang telah mengikut jejak Hang Tuah yang putus saudara disebabkan kebenaran sehingga sanggup membunuh rakan karibnya sendiri semata-mata kerana titah Sultan yang ‘buta’ mata perut? Berapa ramai pula yang bijak seperti Datuk Bendahara yang masih ada ikhtiar & akal untuk mengelakkan kezaliman walaupun dihimpit untuk melakukan ketidakadilan? Berapa ramai pula yang berani bangkit menentang kezaliman seperti Hang Jebat & berapa ramai pula yang melabel orang-orang seperti seperti Jebat ini sebagai derhaka & tak mengikut perintah pemimpin, tapi dia sendiri bisu apabila berdepan dengan kezaliman? Berapa ramai pula yang bermuka-muka seperti Kasturi, Lekir & Lekiu? Berapa ramai pula pemimpin yang takde kepala hotak & membuat keputusan ikut hawa nafsu seperti Sultan Melaka? Yang busuk hati & khianat macam Patih Karmawiyaja berapa ramai pulak?
Jebatkah kami? Tuahkah kami?Lu Pikiaq lah sendiri..
Kalau sungguh cerita Tuah & Jebat ini bermakna maka tidak sepatutnya kelemahan watak-watak di dalam kisah mereka diulangi oleh generasi sekarang, mahu pun akan datang. Tapi kenapa ianya terus berulang & berulang? Memang mudah kalau ditanya sesiapapun sekarang, siapa yang kau sokong, Tuah atau Jebat, dah tentu mereka akan kata Jebat. Tapi sedarkah dia yang dia sendiri mengikut perangai Tuah tanpa dia sedari, sekaligus menyaksikan pengulangan ‘perangai lama’ Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka sampailah sekarang.Selagi penyakit lama ni tak hilang, selagi itulah cerita Tuah & Jebat akan terus kekal sebagai ‘cerita terhebat’ orang Melayu. Cerita Tuah & Jebat inilah contoh terbaik ’sejarah terus berulang’. Persoalannya, kenapa terus berulang?
Habis siapakah Jebat ini? Adakah aku juga seorang penderhaka, atau adakah aku si penegak kebenaran. Mungkin ada merasakan jebat ini tidak setia umpama Tuah yang tetap setia? Apakah jebat ini..sedangkan ramai yang ingin menjadi seperti jebat, bergelar penegak keadilan, pemegang kebenaran, mementingkan persaudaraan dan percintaan..namun jawapan jebat? jebat tetap jebat.Jebat sedar dia bukanlah yang terbaik. Tapi satu pesan jebat:
“Andai roboh kota di Melaka”
“papan di jawa kami gantikan”
“Andai jebat luluh darah dagingnya”
“biarlah islam dan syahid jadi impian”
p/s: Hai bang tuah !!..ada ape2 nak komen ke? kang tertusuk keris sendiri kang? ahaks
No comments:
Post a Comment